Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 25


Najwa mengikut Syed Hazim ke hotelnya yang terletak di Kuala Perlis. Sebelum ini, Najma telah menceritakan mengenai hotel itu. Najwa kagum dengan hasil usaha bapanya itu. Hotel Lagend milik Syed Hazim itu dioperasikan sejak 7 tahun yang lalu. Syed Hazim memberi sepenuh kepercayaan kepada pekerja untuk mentadbir hotel itu. Dia akan sekali sekala datang memantau keadaan hotel itu. Keadaan kesihatan yang membataskan dia untuk mengoperasi sendiri periagaannya itu. Selesai melawat hotel itu, Syed Hazim mengajak najwa mengikutnya melawat nenek najwa yang digelar Tok Wan. Rumah Tok Wan hanya beberapa kilometer dari rumah Syed Hazim.

“Assalammualaikum..” Syed Hazim bersalam dengan ibunya yang uzur itu. Najwa turut bersalam.

“Balik kamu Najma.. Toksah la hang pi rumah mama hang tu… Hang tu keturunan baik…” Tok Wan berkata pada Najwa. Panas sahaja telinga dia mendengarnya.

“Mak.. Biaq la.. Itu mama depa, yang melahirkan depa..” Syed Hazim bersuara. Najwa sokong bapanya.

“Putus sudah.. Biaq dia dengan hidup dia.. Hang ingat ajim, keturunan kena jaga. Kita bukan orang biasa-biasa..” Tok Wan menambah lagi. Najwa buat muka bosan. Syed Hazim diam.

“Tok wan ni dah nak mampuih pun dok pikiaq keturunan lagi.. Bukan bawaq mati..” Najwa bersuara. Terkedu neneknya mendengar kata-katanya.

“Nanti dah mati, amalan yang membezakan darjat. Bukan keturunan yang duk megah-megah ni.. Tak pi mana pun tok wan oii..” Najwa menambah.

“Hang dengaq tu ajim. Ni lah kalau dah pi duk ngan mama dia.. Habis dihasutnya anak hang… Dasar orang tak dak keturunan. Lagu tu lah..” Tok Wan berang. Najwa juga
bertambah geram apabila ibunya dihina.

“Tok wan.. Orang sekarang dah tak kesah la pasal keturunan. Rileks la, kita 1 Malaysia. Semua sama.. Bangga dengan keturunan tak sudah-sudah.. Buang masa..” najwa melawan.

“Syarifah Najma. Hang ni dah berani lawan Tok Wan. Keturunan kita baik-baik, ada nama, bangsawan. Keturunan Syed Harun Al-kangari ni terkenal hang tau..” Tok Wan membantah. Syed Hazim diam. Terkedu dengan sikap berani anaknya.

“Tak masuk buku sejarah pun Tok Wan.. Tak cukup terkenal la..” Najwa balas. Orang tua itu bertambah berang.

“Hang ni… pi balik.. Hang pi balik..!” Tok Wan menghalau.

“Memang nak balik pun… Sat, Keturunan megah macam mana pun, ajal kita kat tangan Tuhan juga, esok Tok Wan mati, bawak lah keturunan apa tu.. Syed Harun kanggarori.. apa ntah.. dah macam bunyi kangaroo pulak.. . Kitorang dah tak nak pakai.. Bye” Najwa melawan lagi. Dia terus melangkah keluar dari rumah neneknya itu.

“Kuang ajaq budak ni.. Dah pandai cakap Kolompoq.. Hang pi ajaq dia ajim…” Tok wan membalas. Syed Hazim angguk dan keluar dari rumah ibunya. Dia hampiri Najwa.

“Naja… papa heran..” Syed Hazim bersuara.

“Naja cakap apa yang betul pa.. Biarlah Tok Wan tu..” Najwa jawab.

“Tapi, papa respect Naja.. But, orang tua kena hormat juga.. Walau macam mana pun dia Tok Wan Naja..” Syed Hazim nasihati anaknya itu. Najwa angguk.

“Naja tahu pa.. Jomlah kita balik…” najwa pimpin tangan bapanya itu. Pemandu Syed Hazim telah lama menanti. Najwa dan bapanya naik kereta Toyota Camry milik Syed Hazim. Mereka pulang kerumah.

“Cantik perlis ni kan pa… Tenang..” Najwa berbual dengan bapanya dalam kereta.

“Ya sayang…” Syed Hazim sedikit hairan dengan tutur kata anaknya.

“Pa… papa sayang mama lagi tak?” Soal Najwa.

“Papa tak pernah benci mama.. Papa sentiasa ada mama dihati papa..” Syed Hazim balas. Dia tidak pernah berahsia tentang hatinya.

“Kenapa papa tak balik dengan mama? Kalau sayang, papa mesti tahankan cinta papa..” Najwa menambah.

“Entahlah Naja.. Papa tak ada keberanian untuk itu. Papa tak tau nak mulakan semula cam na..” Syed Hazim mengeluh kecil.

“Pa… mama sayang papa.. Naja dengan wawa harap dapat keluarga yang sempurna semula pa..” Najwa renung mata apanya.

“Papa minta maaf sayang….” Syed Hazim berkata sayu. Najwa angguk kecil. Dia tak mahu lagi membuat bapanya sedih. Dia biarkan bapanya dengan perasaannya sendiri. Selepas itu tiada agi terdengar perbualan dua beranak itu. Syed Hazim layan perasaannya. Sata-saat indah bersama Salina digamit kembali. Najwa pula leka menyaksikan
keindahan alam ciptaan Tuhan.

1 comment: