Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 13


“Adik.. terima kasih hantarkan akak ke klinik..” Kata Najma sewaktu sarapan pagi. Salina senyum. Buat pertama kalinya dia bersarapan bersama dua anaknya.

“Kebetulan.. Karang kau makin teruk mama yang susah.. Aku malas nak susahkan mama.. ” Jawab Najwa endah tak endah. Najma terkedu. Belum ada keikhlasan di hati adiknya itu. Dia pandang ibunya.

“Najwa.. tak elok cakap macam tu dengan kakak..” Nasihat Salina. Najwa diam, dia terus berlalu dari meja makan. Nasi lemak yang dijamahnya dibiarkan begitu sahaja. Salina geleng kepala. Najma tunduk.

“Naja ingat dia dah terima Naja ma..” Mata Najma mula berkaca.

“Sabar sayang.. Maafkan dia Naja. Mama gagal didik wawa..” Salina menyalahkan dirinya.

“Naja sayang dia ma.. Tapi Naja tak tahu nak buat apa. Apa yang Naja buat semua sakitkan hatinya. Naja manusia juga ma..” Kata Najma. Dia tak mampu bending lagi air mata.

“Dah la.. rosak make up tu nanti. Dah pukul 10 ni.... Jom pergi kerja..” Salina tenangkan anak gadisnya itu. Dia tahu, pagi itu pasti suram buat Najma. Hatinya kesal dengan perilaku Najwa. Dia juga ingat Najwa sudah menerima kehadiran kakaknya setelah melihat Najwa risaukan Najma. Tapi ternyata tanggapannya meleset. Salina kesal.

“Ye ma…” Jawab Najma sayu. Dia membontoti ibunya keluar dari rumah.
Najwa mengintai dari biliknya. Dia kembali duduk di katil sebaik kereta yang dipandu ibunya hilang dari pandangan. Najwa capai majalah Remaja yang baru dibelinya. Masuk hari ketiga cuti semesternya membuatkan dia mula terasa bosan.

“Arghhhh.. bosannya. Nak buat apa ni..” Najwa kata pada dirinya sendiri. Dia capai telefon bimbit. Nak ajak Katrina keluar, temannya itu dalam persiapan untuk ke Beijing. Hakim pula sibuk dengan kerja sambilannya di kedai Andaman ibu saudaranya. Najwa buntu. Duduk di rumah bosan. Nak keluar tak ada teman. Dia capai kunci kereta dan turun. Najwa hidupkan enjin dan memandu keluar. Ke mana destinasinya dia sendiri tak tahu. Dia pandu terus. Myvi kesayangannya itu bergerak lancar di lebuh raya. Sesekali Najwa bertindak nakal mengganggu pengguna lebuhraya yang lain. Keseronokkan Najwa terhenti apabila kereta dipandunya dihalang sebuah kereta lain. Najwa tekan break mengejut.

“Ray…” Kata Najwa sebaik melihat kereta dihadapannya itu. Najwa turun dari keretanya.

“Hoi.. kau apahal ha????!!” Tengking Najwa. Ray senyum memandang gadis itu.

“Miss you sayang..” Kata Ray.

“Hey.. please okay.. Muka jangan perasan. I dah fade up dengan you. Jangan ingat semua perempuan sama. Senang-senang you nak tebuk..!!” Herdik Najwa.

“You ni kan.. You memang lain. Sebab tu I sayang you. Sayang nak lepaskan…” Kata Ray. Dia ketawa. Najwa hairan. Dia sedikit takut. Bimbang diapa-apakan Ray.

“You nak apa ha?” Bentak Najwa.

“Tak ada apa-apa.. kebetulan jumpa you yang drive macam orang gila tu.. Okay lah.. Bye sayang..” Kata Ray. Dia terus berlalu masuk dalam keretanya dan memecut laju. Najwa terpinga.

“Psycho la dia ni..” Kata hati kecil Najwa. Gadis itu kembali ke keretanya. Najwa hidupkan enjin dan teruskan pemanduannya. Najwa pandu ke arah jalan menuju Bukit Bintang. Dia berhenti di Old Town White Café. Najwa masuk kedalam Café itu. Setelah memesan minumannya, Najwa duduk sambil memerhati keadaan sekeliling. Jam ditangan menunjukkan pukul 12 tengahari. Najwa termenung di mejanya. Beberapa orang keluar masuk tak diendahkannya. Dia dengan perasaannya sendiri.

“Hai awak…” Tegur seseorang. Lamunan Najwa terhenti. Dia pandang insan tersebut. Dia seperti pernah lihat lelaki itu. Tapi dia lupa.

“Boleh saya duduk sekali?” Soal lelaki itu. Najwa angguk.

“Akhirnya dapat juga saya duduk dengan awak. Awak mesti ingat lagi saya kan.. dulu saya pernah minta duduk sini..” Kata lelaki itu.

“Ooo.. awak yang tu ye…” Kata Najwa. Baru dia ingat.

“Ye.. Ingat lagi ayat awak sorry saya tak kenal awak, thank you. Good bye..?” Soal lelaki itu. Najwa angguk. Dia ketawa kecil.

“Saya Tengku Izhar Haqqi.. Awak?” Izhar perkenalkan dirinya.

“Syarifah Najwa Aisha” Balas Najwa. Mereka berjabat tangan.

“Nice name.. so, apa saya boleh panggil awak?” Izhar berkata.

“Just call me wawa.. you?” Balas Najwa.

“Iz… nice and simple..” Tambah Izhar. Najwa senyum.

“Saya selalu nampak awak lepak sini.. mana member yang dua orang tu?” Soal Izhar.

“Sekarang cuti sem, sorang holiday, sorang lagi buat part-time..” Jawab Najwa sambil mengirup minumannya.

“Awak tak buat apa-apa ke? Tak bosan?” Izhar soal lagi.

“Bosan.. but tak ada apa-apa nak dibuat. Awak tak keja ke?” Kata Najwa.

“Saya owner tempat ni.. Thats why selalu nampak awak..tengah kerjalah ni..” Balas Izhar.

“Ooo.. patutla.. kenapa dalam banyak-banyak customer awak datang kat saya ha?” Soal Najwa.

“Sebab awak manarik untuk didekati..” Balas Izhar. Dia ketawa kecil.

“Menarik la sangat.. saya ni kasar tau, tak feminine, suka buat orang sakit hati.. tak layak dibuat awek..” Kata Najwa.

“Siapa kata nak buat awek? Saling mengenali tak semestinya nak bercinta.. Tak salah menambah teman kan..” Balas Izhar. Najwa terkena. Dia senyum sumbing.

“umur awak berapa ha??” Soal Najwa.

“25.. awak 23 kan?” Izhar jawab.

“Ye.. mana awak tau? Haaa… intip saya ye.. awak ni siapa ha? Macam tau je pasal saya?” najwa curiga.

“Paranoidnya awak ni.. I know dari No IC pada Matric Card awak ni la..” Balas Izhar. Alamak. Najwa tak perasan. Kad Matriknya ada bersama kunci kereta yang diletakkan atas meja.

“Ooo.. hehehe” Kata Najwa. Dia garu kepalanya yang tak gatal. Najwa tersengih sumbing.

“So, tak nak buat part time ke? Boleh je kalau nak kerja part time kat sini..” Kata Izhar.

“Saya? Sorry.. Tak kot.. malas la nak kerja. Nanti kena kerja juga, so tengah-tengah study ni lah nak enjoy.. Ok lah Iz, saya balik dulu la..” Kata Najwa. Dia bangun. Dia terus berlalu.

“Sweet and nice.. Syarifah Najwa…” Izhar berkata dalam hatinya.

No comments:

Post a Comment