Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 37


Najwa kelam kabut. Dia ke sana kemari mencari seseorang. Segenap pelusuk rumah di carinya. Dah dua minggu Aidil dan Najma menjadi suami isteri. Mereka masih tinggal di rumah Salina sementara menunggu rumah yang dibeli siap diubah suai.

“Wawa cari apa ni?” Aidil soal. Risau dia lihat adik iparnya yang kelam kabut.

“Kakak.. Kakak mana?” Najwa soal Aidil pula.

“la… cari kakak ke.. Kat dapur tu, dengan mama.. Masak kot..” Balas Aidil yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Najwa pantas berlari ke dapur.

“Akak!!” Jerkah Najwa.

“Oh bulan… lan..lan…” Mak Yam melatah terdengar jerkahan Najwa.

“Kenapa jerit-jerit ni? Terkejut akak..” Najma mengomel.

“Entah… cubalah panggil elok-elok..” Salina pula menambah.

“Eee… dah tak sempat.. Akak cepatlah tolong adik.. Jom..” Najwa tarik tangan kakaknya dan berlari. Najma terpeksa ikut.

“Hey… kenapa ni? Nak kemana ni?” Najma berhenti. Najwa juga diam. Dia mengah.

“Kak…sebenarnya adik nak minta tolong temankan adik keluar jap..” Najwa jelaskan.

“Nak ke mana?” soal Najma. Hairan dengan adiknya.

“Nak pinjam baju akak… Baju kurung.. Nak pergi kenduri doa selamat rumah Iz malam ni..” Kata Najwa.

“La… itu je… Ambil je lah..” Najma ketawa kecil.

“Ala.. akak tu dah kahwin, takkan adik main masuk je bilik akak… Hehe.. Tak lah, akak pilihkan yang sesuai.. Adil tak tahu yang mana..” Najwa senyum sumbing.

“Ish adik aku ni… Jomlah..” Najma pergi kebiliknya. Najwa membontoti kakaknya. Setiba di bilik, Najma berikan sepasang baju kurung buat adiknya.

“Ha? Pink? Jambunya….” Najwa merungut.

“Memilih pula.. Habis tu nak yang mana?” Najma soal.

‘Hmmm… boleh la yang ni.. Selendang kak… Ada tak?” Najwa pinta selendang pula.

“Ni… sesuai dah ni… Hal kecil pun gelabah. Ni belum nak kahwin lagi… Adesss..” Rungut Najma.

“Rileks la kak.. Thanks ya akak..” Najwa girang. Dia ke biliknya untuk bersiap. Najma geleng kepala dengan sikap najwa. Dia senyum sendirian. Najma turun.

“Kenapa sayang?” Aidil soal sewaktu Najma lalu dihadapannya. Najma berhenti seketika.

“Nak pinjam baju nak pergi kenduri tahlil je.. Kecohnya macam apa..” Najma beritahu Aidil ketawa kecil.

“Kalau tak kecoh bukan Najwa..” Tambah Aidil.

“Abang nak mandi dulu ke nak makan dulu? Dah nak siap dah tu. Kalau nak makan, Naja hidangkan sekarang..” Soal Najma buat suaminya.

“Mandi dulu lah… Jom mandi sama-sama sayang..” Aidil rangkul pinggang isterinya itu.

“Naja nak tolong mama tu, sikit lagi…” Balas Najma manja.

“Okay… abang tunggu kat bilik.. Nanti naik ye..” Aidil tambah. Satu kucupan hinggap di pipi Najma. Najma senyum.

“Eee… kalau nak romance pun kat bilik lah…” suara Najwa menegur. Aidil dan Najma gamam. Mereka senyum sumbing.

“Amboi.. cepatnya siap…” Kata Najma.

“Ala… simple-simple je kak… Adik dah nak pergi ni..” Kata Najwa.

“Mandi ke tak tu?” Aidil menambah.

“Amboi… mentang-mentang dia nak mandi sama-sama.. Hoi abang iparku, wawa dah mandi
lah… poyo..” Najwa balas. Aidil ketawa. Najma juga. Terkantoi aksi mesra mereka.
Najwa terus ke dapur untuk berjumpa ibunya sebelum pergi.

“Kirim salam mama kat semua ye…” Pesan Salina.

“Ma.. agak-agak lah.. Ramai tu. Takkan nak announce pula..” najwa bergurau.

“Hish budak ni… Kat mak ngan bapak mertua kamu tu lah… Izhar sekali..” Salina cubit pipi Najwa.

“Okay… beres.. wawa pergi dulu ye..” Najwa berlalu. Sempat dia cucuk pinggang Mak Yam. Apa lagi, melatah la orang tua itu. Najwa ketawa.

“Budak Najwa ni….” Salina mengomel.
Najwa memandu sendirian menuju kediaman Izhar di Shah Alam. Keluarga Izhar membuat sedikit Majlis Doa Selamat dengan menjemput anak-anak yatim dari rumah Anak Yatim berhampiran. Menurut Izhar, Aktiviti itu adalah aktiviti tahunan keluarga mereka. Najwa tiba awal bagi membantu keluarga Izhar membuat persiapan. Najwa seronok dengan kerja amal itu. Dari memasak, hinggalah menyediakan hadiah. Semua Najwa lakukan bersama beberapa orang gaji keluarga Izhar.

“Ramai juga budak-budak yang datang nanti kan..” Najwa bersuara.

“Ramai.. terhibur dengan mereka nanti. Masing-masing ada kerenah sendiri.” Balas Izhar.

“Meriah lah rumah ni nanti dengan budak-budak tu..” Najwa tambah

“Mummy ni suka budak-budak… Tak sabar nak timang cucu.. Buat masa ni jemputlah diorang. Kamu dah kahwin nanti, cepat-cepat lah bagi Mummy cucu tau..” Tengku Mirna berkata pada bakal menantunya. Najwa senyum. Dia pandang Izhar. Izhar senyum juga.

“InsyaAllah mummy….” Izhar kata. Najwa tak tahu nak cakap apa. Dia tak boleh janji. Rezeki untuk itu di Tangan Tuhan. Dia terima apa sahaja ketentuan Ilahi.

“Wawa.. dengar tu.. Nanti bagi Iz baby yang comel tau..” Kata Izhar.

“Kalau comel mesti ikut wawa… yang naughty ikut Iz..“ balas Najwa.

“Ye lah tu my love…” Izhar menambah. Najwa senyum sumbing. Majlis bermula setelah selesai solat maghrib berjemaah. Najwa terhibur dengan telatah kanak-kanak yang hadir. Najwa sempat bergurau senda dan berkongsi cerita dengan kanak-kanak itu. Najwa kasihan dengan anak-anak yatim yang tiada ibu bapa itu. Sekurangnya dia masih punyai kedua orang tua walaupun ibu dan bapanya sudah tidak bersama. Najwa bersyukur dalam hati.

“Ia.. bila wawa tengok diorang ni.. Rasa insaf kan.. Sekurangnya kita ada parents lagi… Tapi mereka ni tabah kan..” Najwa kata pada buah hatinya itu.

“Ye sayang… sebab tu kita kena bersyukur. Sementara orang yang kita sayang tu ada, hargailah dia..” Izhar balas.

“Wawa sayang Iz..” Najwa renung wajah Izhar.

“Wawa… kalau Iz dah tak ada nanti, jangan lupa Iz tau.. Jangan padam cinta Iz di hati wawa ni..” Balas Izhar. Air wajah Najwa berubah.

“Kenapa cakap macam tu.. Iz janji kan nak bersama wawa sampai bila-bila.. Janganlah tinggalkan wawa.. I need you in my life.. forever..” Najwa balas.

“Iz takkan tinggalkan wawa.. I love you so much.. Tapi ajal maut di tangan Tuhan..
Kita boleh rancang, tapi Tuhan yang tentukan. Mana tahu kalau Iz pergi du…” Izhar tak sempat habiskan ayatnya.

“ Tak nak lah cakap macam ni… Wawa nak jadi isteri Iz.. Macam mana pun, wawa sentiasa ada dengan Iz.. I can’t imagine life without you my dear..” Najwa menitiskan air mata.

“Hey… kenapa nangis ni.. Sudahlah.. Sorry sayang.. Iz tak nak tengok air mata wawa.. Iz nak wawa happy, ceria.. Boleh kan..” Izhar seka air mata Najwa. Najwa angguk. Dia kembali senyum.

Majlis tamat jam 10 malam. Setelah selesai semuanya, Najwa minta diri untuk pulang. Izhar hantar Najwa hingga muka pintu. Tengku Hamzah dan Tengku Mirna juga turut serta.

“Drive elok-elok tau.. Dah sampai bagitahu Iz..” Pesan Izhar. Najwa angguk.

“Mummy, Daddy.. wawa balik dulu ye…” Najwa bersalam dengan bakal ibu dan bapa mertuanya. Tengku Hamzah dan Tengku Mirna senyum. Mereka terbuka hati menerima Najwa dalam keluarga mereka. Mereka sukakan personality Najwa yang bersahaja dan ceria.

“Assalammualaikum…” Kata Najwa sebelum memandu keretanya keluar. Dia lambai kearah Izhar dan keluarganya. Najwa pandu pulang. Sepanjang perjalanan, dia terbayang kata-kata Izhar. Hatinya mendoakan yang terbaik untuk mereka. Dia tak mahu kehilangan Izhar kerana dia tak mampu jalani hidup tanpa lelaki itu. Izhar kekuatannya, semangatnya selain keluarganya yang tercinta. Najwa seka air matanya. Bimbang di hati masih terasa. Najwa kuatkan semangat. Dia harus positif menempuh hari mendatang. Beberapa minggu lagi dia akan bergelar isteri buat lelaki bernama Izhar yang dicintai sepenuh hatinya itu.

No comments:

Post a Comment