Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 11


Semakin hari, aku semakin menikmati hidup ini. Aku seronok berada di sini. Apa yang penting, hubungan aku dengan Firdaus juga semakin hari semakin rapat. Kemana pergi dia pasti ada bersamaku. Hubungan ini juga menjadi buah mulut warga Yayasan. Namun semua itu berubah apabila suatu hari seorang wanita lingkungan usiaku muncul di yayasan. Aku cuba mengendap dan mencuri-curi dengar perbualan mereka. Aku bertanya Kak Jamilah, wanita itu juga tak mengenali wanita yang datang itu.

“Assalammualaikum..” Sapa wanita itu. Aku yang sewaktu itu sibuk memasukkan data ke dalam computer agak kaget. Namun, aku cuba menjawab salamnya dengan tenang.

“duduklah..” Pelawaku. Wanita itu mengambil tempatnya.

“Saya Dr Azmah, saya dari Pusat Rawatan Islam Husna.” Wanita itu memulakan bicaranya. Kak Jamilah hanya memandang dari tempatnya. Firdaus pula berdiri di sebelahku.

“Cik Mardihah.. awak kenal wanita ni kan..” Dr Azmah menghulurkan sekeping gambar. Aku menyambutnya.

“Auntie Maria…” Aku terkejut.

“Ya cik Mardihah, ini Puan Maria, dia sekarang ada bersama kami untuk menjalani rawatan sakit mental..” Jelas Doktor itu.

“Sakit mental?” Sekali lagi aku terkesima. Wanita dihadapanku itu mengangguk.

“Dia dihantar ke Pusat Rawatan Kami setelah dijumpai berkeliaran oleh jiran-jiran. Menurut sumber, dia tinggal sebatang kara. Kami cuba mencari warisnya dan dia hanya mengingati kamu.” Dr Azimah menyambung.

“Ya Allah.. macam mana keadaan dia sekarang?” Aku menyoal. Hatiku berbelah bagi. Antara kasihan dan benci.

“Dia semakin pulih dan dibenarkan keluar dari Pusat Rawatan, tapi kami memerlukan waris untuk membawa pulang dia. Rawatan lanjut perlu diberikan juga setiap minggu. Dengan ada waris, ini akan lebih cepat memulihkan daya ingatan dan kewarasan dia.” Dr Azimah menjelaskan.

“ Tapi doctor.. saya dah tak ada apa-apa dengan dia..” Aku menyangkal. Tidak mahu aku mengutip orang yang pernah membuang aku suatu masa dahulu.

“Mardihah, walau macam mana pun, dia perlukan awak untuk pulih. Macam mana awak berdendam sekalipun, dia masih darah daging awak. Sedangkan nabi ampunkan umat..” Firdaus mula bersuara. Aku memandangnya.

“Tapi saya bukan nabi, saya benci dia. Macam-macam dia dah lakukan pada saya. Tak akan pula saya nak punggut dia.. Tak mungkin..” Aku menebalkan egoku.

“ Mardiah, setinggi-tinggi darjat makhluk di sisi tuhan adalah insane yang memaafkan.. Awak tak boleh buang dia, dia perlukan awak.” Firdaus meyakinkan aku lagi. Aku hanya diam membatu.

“Hmm.. Tak apalah En Firdaus, Cik Mardihah.. kami masih member perlindungan kepada dia, cik Mardihah fikirlah dulu, Pusat Rawatan kami sentiasa terbuka untuk insan-insan seperti itu. Kalau Cik Mardihah nak bawa pulang, bila-bila masa pun boleh. Ini alamat.” Dr Azimah menghulurkan sekeping kad kepadaku.

Aku memandang Firdaus setelah Dr Azimah berlalu. Dia seakan mengerti hatiku. Tapi aku masih belum betah mahu menerima kembali perempuan yang telah menyebabkan hidupku musnah. Aku benci dia, aku benci Auntie Maria. Kenapa harus aku kutip dan jaga dia kembali setelah apa yang dia lakukan.

“Mardihah.. awak fikirlah baik-baik…” Hanya itu ungkapan Firdaus kepadaku dan dia terus berlalu ke biliknya. Aku mengeluh kecil. Apa harus aku lakukan. Kenapa setiap kali aku baru mendapat kehidupan sebegini aku sekali lagi diuji. Ya Tuhan, ujian apakah ini..?

“ Ya Tuhan, Engkau Yang Maha memberi petunjuk.. Bantulah aku..” Aku berdoa kepada Allah. Selesai segalnya, aku berbaring di katil. Fikiranku masih tertumpu kepada apa yang diberitahu pleh Dr Azimah. Auntie Maria, patutkah aku menerimanya semula. Kenapa aku? Selepas apa yang telah dia lakukan, bagaimana aku harus menerimanya kembali. Kalau aku biarkan, kejamkah aku? Tapi… benar kata Firdaus, walau macam mana sekalipun, dia tetap darah dagingku. Sebelum aku lelapkan mata, aku harus tetapkan satu matlamat agar hari esok yang mendatang, aku telah hadir dengan satu keputusan. Aku tidak mahu masalah ini menyelubungi hari-hariku. Auntie Maria, Yayasan Jannatul Firdaus.. Maafkan Mardihah atas keputusan yang dibuat ini..

No comments:

Post a Comment