Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 36


Firdaus telah dibenarkan pulang kerumah setelah dua minggu berada di hospital. Kesihatannya juga semakin baik. Walaupun masih berjalan menggunakan tongkat, tetapi itu adalah suatu peningkatan. Namun aku masih sedih kerana Firdaus kurang bercakap denganku. Entah kenapa dengan dia. Aku rasa seperti tersisih. Aku biarkan sahaja perasaan itu begitu.

Ibu dan bapa Firdaus turut ada ketika Firdaus dibawa pulang dari HUKM ke rumah. Dia hanya berbual dengan ibu bapanya sahaja. Soalan dan apa yang aku kata hanya dijawab dengan angguk serta geleng. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang.

“Abang nak naik bilik terus ke?” Aku soal suamiku sebaik kami sampai di rumah. Dia menggeleng. Pak Samad membantunya untuk ke ruang tamu. Firdaus duduk di sofa. Aku pula memunggah barang-barang miliknya masuk ke rumah. Firdaus masih rancak berbual ketika aku turun ke ruang tamu selepas membawa barangan Firdaus ke bilik. Aku hanya memandangnya dari jauh. Biarlah dia dengan orang tuanya. Aku terus kedapur membantu Mak Kiah menyediakan juadah makan malam. Walaupun hatiku masih sedih kerana Firdaus langsung tak endahkan aku, tapi aku kuatkan juga.

“Puan menangis?” Soal Mak Kiah. Aku kesat air mata yang tiba-tiba menangis.

“Tak lah.. bawang ni pedih…” balasku. Walaupun alasanku tidak munasabah kerana ketika itu aku sedang menghiris bawang putih. Sememangnya bawang putih tidak memedihkan. Mak Kiah tidak menjawab. Dia biarkan aku. Aku teruskan menghiris bawang manakala Mak Kiah sudah mula menumis. Aku hanya membantu serba sedikit. Mak Kiah cekap didapur. Selesai semuanya, aku bantu Mak Kiah hidangkan makanan dan aku panggil ibu bapa mertuaku serta aku pimpin Firdaus kemeja makan. Kami menikmati makan malam. Selera makanku kurang. Aku hanya memandang Firdaus dan suamiku itu langsung tak menatap aku. Aku tunduk. Sedih.

Selesai makan malam aku terus naik kebilik. Selepas tunaikan solat Isyak aku terus duduk di katil. Aku menangis lagi. Aku hidupkan radio dan lagu agnes monica, teruskanlah sedang dimainkan. Aku hayati liriknya. Lagu itu seperti apa yang ada dihatiku kini.

Pernahkah kau bicara, Tapi tak didengar

Tak dianggap sama sekali

Pernahkah kau tak salah, Tapi disalahkan

Tak diberi kesempatan

Ku hidup dengan siapa, Ku tak tahu kau siapa

Kau kekasihku tapi orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja

Kau dengan dunaimu saja

Teruskanlah teruskanlah..Kau begitu….

Kau tak butuh diriku

Aku patung bagimu

Cinta bukan, kebutuhanmu

Ku hidup dengan siapa

Ku tak tahu kau siapa

Kau kekasihku tapi orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja

Kau dengan duniamu saja

Teruskanlah, teruskanlah

Kau begitu….

Lirik-lirik ini membuatkan air mataku mengalir. Ya Allah. Kenapa ini harus aku terima. Aku inginkan hidup yang bahagia. Aku mahukan kehidupan yang penuh kasih sayang. Aku berbaring dikatil. Aku capai gambar perkahwinan aku dan Firdaus. Wajah ceria sewaktu dinikahkan telah menjadi suram kini. Aku tidak tahu selama mana perkahwinan ini mampu bertahan. Ya Tuhan. Bantulah aku. Telefon bimbitku berdering.
Aku capai telefon bimbitku. Ihsan yang menghubungiku,

“Assalammualaikum..” Kataku. Ihsan menjawab salamku.

“Ada apa Ihsan?” Soalku.

“Tak boleh ke I call? Saja.. mis your voice. You sihat? Kenapa suara serak ni? Baru lepas nangis ke?” Balas Ihsan.

“Sihat.. Tak adalah..” Jawabku.

“I know you Mardihah. Kenapa ni? Ada problem lagi? Sudahlah.. jangan you kenang lagi.. Fikir your future.. let him go..” Kata Ihsan. Dia tidak jemu-jemu memberi kata nasihat padaku.

“I tak tahu Ihsan.. Firdaus seems not love me anymore..” Sambungku diiringi deraian air mata.

“so? Apa keputusan you?” Ihsan menyoal lagi. Aku diam. Aku tak tahu apa harus aku jawab.

“Ihsan.. not now.. I nak tidur dulu.. Good night. Assalammualaikum..” kataku lalu terus mematikan talian. Aku menangis. Aku tak tahu bila air mata ini akan berhenti mengalir. Ya Allah. Aku penat dengan semua ini. Bilakah semuanya akan berakhir. Bagaimanakah pengakhirannya.. adakah bahagia yang mendatang padaku atau derita yang akan melanda. Ya Tuhan. Izinkan aku mengecap nikmat bahagia. Walau bersama siapa pun. Antara Ihsan dan Firdaus. Lelaki yang sememangnya suamiku tapi aku tak yakin dengan cintanya padaku dan Ihsan yang setia menantiku untuk hidupnya. Aku buntu. Yang mana akan memberikan masa depan bahagia dalam hidupku. Satu persatu aku fikir. Aku pertimbangkan.

Akhirnya aku lena dalam tangisan dan seribu satu persoalan.

No comments:

Post a Comment