Tuesday, August 7, 2012

Sangkar Kasih 9


Najwa mundar mandir di bilik. Dia serba salah. Egonya masih menebal. Tapi dia sayangkan kakaknya.

“ Nak buat apa ni? Nak pergi kat dia cakap aku sayang dia? Then peluk dia?? Karang dia kata aku gila.. tak pasal-pasal mama daftarkan aku kat rumah sakit jiwa pula..” Najwa berkata sendirian. Dari melompat atas katil, dia turun, duduk pula di meja solek cuma almari belum dimasukinya untuk memikirkan gundah gulana hatinya itu. Setiap kali dia teringat mimpi yang menakutkan itu. Najwa buntu. Dia buka pintu. Dijenguknya suasana di luar. Dia mencari kelibat kakaknya.

“Hoi… Kenapa mengendap ni? Macam komunis je Mak Yam tengok.” Sergah Mak Yam yang tiba-tiba muncul. Najwa terperanjat.

“Mak Yam muncul dari mana? Tiba-tiba sergah orang..” Najwa hairan.

“Dari bumbung tadi turun.. Hish budak ni, Mak Yam dari bilik kakak kamu. Kamu tu yang tak perasan. Ni kenapa ni?” Mak Yam berleter. Najwa senyum sumbing.

“Tengah jadi spy..” Kata Najwa.

‘Spy? Apa tu?” Mak Yam garu kepalanya yang tak gatal tu.

“Ala Mak Yam ni.. yang macam James Bond tu.. Pengintip..” Balas Najwa geram.

“Ooo.. 007 bang!!!…” Mak Yam membuat seperti memegang pistol dan menghalakan pada Najwa. Najwa sekali lagi terkejut. Dia jengilkan matanya.

“Mak Yam.. akak kenapa?” Soal Najwa.

“Tak sihat sikit.. dia kata sakit kepala.. Dah tidur dah tu..” Balas Mak Yam.

“Oooo… dah bagi makan ubat? Teruk ke?” Najwa menyoal lagi wanita tua hadapannya.

“Entahlah.. macam teruk tapi tak teruk sangat.. Dah makan dah panadol tadi.. Kenapa? Risau ye.. ego je lebih kamu ni..” Jelas Mak Yam. Dia cubit hidung Najwa.

“Adoi.. Mak Yam ni… Tak de lah risau.. memandai je.. Lantak dia lah.. Mama dah tidur ke?” Najwa membalas.

“Lantak-lantak lah.. Kalau sayang katakan sayang. Jangan bila dia dah tak ada baru menyesal.. Mama kamu dah tidur..” Kata Mak Yam. Najwa sedikit tersentap dengan kata-kata Mak Yam itu. Air wajahnya berubah.

“Dah lah.. Mak Yam nak masuk tidur dulu. Kamu tu jangan tidur lewat sangat… cepat tua..” Ungkap Mak Yam dan berlalu ke biliknya.

“Mak Yam ni…” Najwa berkata. Selesai Mak Yam masuk ke kamarnya, Najwa keluar dari biliknya. Dia perhati sekeliling bimbang jika kelibat ibunya ada.

“Selamat… Line clear..” Hatinya berbicara. Najwa menuju ke kamar kakaknya. Dia kuak pintu bilik Najma. Sekujur tubuh kakaknya berselimut itu diperhatikan. Najma sedang nyenyak tidur. Najwa hampir ke katil. Dia tenung wajah kakaknya itu. Tangannya mengusap rambut Najma.

“Akak… adik sayang akak.. Maafkan adik..” Kata Najwa perlahan. Air matanya menitis. Cepat-cepat dia seka air matanya. Satu kucupan hadiah seorang adik buat kakaknya singgah di dahi Najma. Najwa selimutkan kakaknya hingga ke dada dan dia melangkah keluar. Hatinya bersyukur dapat menyentuh wajah kakak yang disayangi biarpun kakaknya itu tidak menyedarinya. Najwa masuk ke biliknya.

Mata masih belum mengantuk walaupun jam sudah menunjukkan tepat jam satu pagi. Najwa duduk di katilnya. Telefon bimbit tergenggam di tangan. Dia masih terbayang hangat mengucup kakaknya itu. Rindunya sedikit terubat namun dilema masih menghantuinya.

“Buat macam biasa dah la…” Desis hati kecilnya. Najwa baringkan dirinya. Telefon
bimbitnya berdering. Najwa sambut panggilan.

“Ada apa you ni.. tak reti nak tidur ke? Kambing pun tau tidur..” Najwa berkata.

“Ala.. malam masih muda la sayang..” Jawab Roy.

“Muda tengkorak ayam you.. ni dah pagi la.. ada apa call I ni?” Najwa menyoal.

“Saja.. I bosan la.. I kat rumah ni..” Balas Roy.

“Ada aku kesah ke kau kat mana? Ngok la..” Desis hati kecil Najwa.

“Kenapa you diam ni.. dah tidur ke? Jom keluar.. pergi club ke.. mana ke..” Roy mempelawa.

“I tak pergi club, I orang islam...” Balas Najwa. Terkedu Roy mendengarnya.

“Ala you ni.. macam baik sangat kalau setakat tak pergi club tu..” Roy sengaja menguji Najwa.

‘Baik la sikit dari you yang kasanova tu..” Kata Najwa.

“Whatever la wawa.. so, how your sister?” Ray menyoal. Najwa hairan. Kenapa pula nak tanya pasal kakaknya. Najwa geram.

“Apasal tanya dia pula? Sibuk je you ni..” Balas Najwa sedikit kasar.

“Saja nak kasi you cemburu..” kata Ray. Dia ketawa kecil. Najwa mengutuk Ray dalam hatinya.

“Tak de maknanya I nak cemburu la Ray… Kalau you tanya pasal Mak Yam pun I tak kisah..” Bicara Najwa.

“Macam marah je.. I sayang you sorang je.. You kenapa tak tidur lagi?” Jawab Ray. Sekali lagi Najwa menyumpah seranah Ray dalam hatinya.

“I nak tidur la.. you yang call.. I jawab la takut you terasa hati pula…” Kata Najwa. Ray tersentap sekali lagi. Nak meleleh air matanya. Ray tabahkan dirinya yang maskulin itu.

“Okaylah… pergilah tidur.. Goodnight..” Ungkap Ray. Najwa membalas ungkapan Ray dan dia matikan talian. Najwa baring. Telefon bimbit diletakkan di tepi. Dia lelapkan mata.

Sementara itu Ray dirumahnya turut menyumpah seranah Najwa. Dia geram. Dalam banyak-banyak gadis yang bersamanya, hanya Najwa yang boleh dianggap agak liat. Kalau gadis lain, hanya dengan sedikit pujuk rayu mereka menyerahkan takhta mereka buat lelaki itu.

“Susah betul kau ni… Ni yang aku berkobar-kobar ni.. Kalau dapat mesti mantap..” Kata Ray sendirian.

“Hoi bro.. apahal kau mencarut sorang-sorang ni..” Qasim, teman serumah Ray menyoal.

“Aku bengang dengan Najwa ni.. liat betul nak dapat dia..” Balas Ray.

“Ala.. apa susah, kau bagi je dia pil kau tu..” Qasim memberi cadangan.

“Uiitt.. tak boleh.. Aku pernah buat, dia bagi balik kat aku tau.. Siot betul bila bangun pagi muka aku dia make up macam badut. Setan..” Ray menambah.

“Oo.. memang liat.. So? Kau nak buat apa?” Qassim menyoal.

“Aku tengah fikir la ni.. Dari kepala sampai kepala lutut aku fikir ni.. Tapi, aku dah dapat satu idea baik punya…” Ray senyum memandang Qassim.

“Idea apa?” Qassim menyoal lagi.

“Najwa tu ada kakak kembar.. Muka sama siot.. Tapi kakak dia Nampak lembut sikit dari dia..” Ray menjelaskan.

“Habis tu? Apa kena mengenanya?” Qassim menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

“Kau ni kalau aku kata bengap kau marah aku.. Benda senang macam ni pun kau tak faham-faham lagi..” Ray merungut. Geram dengan Qassim.

“Dah memang aku tak tahu..” Qassim menunjukkan muka selamba.

“Kalau tak dapat adik yang liat tu.. Dapat kakak yang ayu pun cukuplah.. Biar padan muka si Najwa tu..” Ray ketawa. Ada sesuatu niat yang kurang elok bermain dihatinya. Qassim yang masih tak faham pura-pura buat faham. Dia ketawa sama.

“Kau ketawa ni faham ke?” Ray hentikan tawanya. Dia soal temannya itu. Qassim menggeleng sambil ketawa yang makin kuat.

“Ngok.. habis tu kenapa kau gelak?” Ray soal lagi..

“Sebab kau gelak.. Kalau aku diam masa kau gelak takut kau terasa hati pula..” Balas Qassim dan ketawa lagi. Ray semakin geram. Dia campakkan bantal tepat di muka Qassim. Barulah Qassim berhenti dari tawanya setelah hampir ¼ dari ruang bantal itu berada dalam mulutnya. Ray pula sambung ketawa.

“Tapi bro.. aku perlukan kau untuk laksanakan impian aku ni.. Dah dapat kita share la..” Sambung Ray.

“Okay.. No hal bro..” Qassim menjawab.

“Bagus-bagus…” Tambah Ray. Lelaki itu ketawa lagi.

“Tapi.. Kau nak aku buat apa?” Soal Qassim. Sekali lagi ketawa Ray terhenti. Ray rasa macam nak bunuh diri dapat teman “pintar” seperti Qassim itu.

“Aku nak suruh kau tidur… esoklah bincang lagi. Gelak macam nak putus urat kentut.. Tapi fahamnya tidak.. Dah la.. Good night. See you.. Tomorrow never die..” Kata Ray. Dia baring di katilnya dan cuba lelapkan mata.

“Bukan putus urat kentut je.. Sembelit aku pun macam dah melepasi zon kritikal. Good night..” Balas Qassim dan berlari menuju ke tandas. Ray hanya mengetap gigi menahan geram sambil redha dengan haruman gas yang baru dilepaskan Qassim.

No comments:

Post a Comment