Tuesday, August 7, 2012

Sangkar Kasih 4


“Mama.. kenapa wawa tak ikut kita sekali?” Najma menyoal sewaktu dalam perjalanan menuju ke Pavillion bagi membeli belah.

“Dia mana nak ikut kita.. Biasanya ahad ni dia keluar dengan Ray.. tak pun konvoi kemana-mana..” Balas Salina yang masih menumpukan perhatian pada pemanduan.

“Ray? Siapa?” Najma yang setia di sisi menyoal lagi.

“Kawan dia.. tapi maybe BF dia.. Mama tak berkenan sangat dengan budak tu..” Salina membalas.

“Ala mama.. Wawa tu pandai jaga diri. Naja rasa dia pun tak serius dengan Ray tu..” Lancar mulut Najma menutur kata. Dia senyum. Salina menoleh. Hairan dengan keyakinan yang ditunjuk anak gadisnya itu.

“Mana naja tahu?” salina menyoal.

“Entah.. Naja rasa je..” Balas Najma. Salina akuinya. Mungkin ini dinamakan firasat saudara kembar. Salina masih ingat sewaktu kecil, jika ada salah seorang dari mereka ditimpa sesuatu ataupun sakit, pasti lagi seorang dapat merasakannya.

“okay.. kita dah sampai..” Kata Salina. Najma mengangguk. Dia capai tas tangannya dan keluar dari kereta. Najwa dan Salina berjalan beriringan menuju ke dalam Pusat membeli belah itu.

“Mama.. kita nak pergi mana dulu ni?” Soal Najma.

“Kita cari baju dulu then kasut and lepas tu tengoklah apa yang patut.” Kata Salina.
Najma mengangguk. Dia hanya membontoti ibunya. Najma mencuba beberapa pakaian dan mana yang sesuai akan dibelinya. Kedua beranak itu sangat seronok.

“Okay.. semua dah ada.. Jom kita pergi makan dulu.. Food court kat sana.. Jom..” Salina memimpin tangan anak gadisnya itu menuju ke tempat yang ditunjuknya.

“Naja nak makan western la.. Naja order Chicken Chop la.. Mama nak apa?” Najma menyoal ibunya.

“Mama nak pekena Laksa Shake la..” Balas Salina. Selesai mendapatkan makanan, kedua beranak itu menuju ke satu meja kosong untuk menikmati juadah yang dipesan. Hari minggu sebegitu pasti ramai yang berkunjung ke pusat membeli belah kerana hanya itu hari yang tidak bekerja.

“Banyak kita shopping hari ni ma..” najma memulakan bicara.

“Ala.. sekali sekala.. bukan selalu pun.. mama pun dah lama tak shopping..” Salina membalas.

“Esok Naja pergi sama dengan mama kan.. Nanti mama kenalkanlah staf mama..” Najma menunjukkan keterujaannya.

“Itu Naja jangan risau.. mama letak Naja di Main Office kat Damansara tau sayang..” Kata Salina.

“Okay.. yang kat KLCC tu just bakery kan mama? Siapa yang manage?” Najma menyoal lagi.

“Kat sana just bakery, Ada pekerja kat sana, mama jenguk-jenguk je.. Kat Damansara tu Main Office and kilang. Nanti mama tunjukkan semua. Naja kan nak jai Operational Manager. Kenalah tahu semua.” Jelas Salina.

“Operational Manager ma!!” Najma terkedu. Salina senyum.

“Tapi Ma.. Naja ingat nak start dari bawah. Naja tak ada pengalaman pun.. Just teori masa study dulu je..” Najma serba salah diberi tanggungjawab seberat itu.

“La.. mama nak bagi Naja pengalaman lah ni.. Belajar slow-slow.. mama kan ada. Mama ajar Naja nanti. Yang penting Naja tak main-main..” Salina menambah. Najma mengangguk. Mereka meneruskan menikmati makanan yang ada dihadapan. Sedang menikmati itu, telefon bimbit Najma bordering. Najma menjawab panggilan itu.

“waalaikumsalam papa..” Jawab Najma. Salina memandang wajah anaknya itu.

“Naja kat mana tu sayang?” Soal Syed Hazim.

“Naja tengah makan dengan mama.. Tadi Naja shopping. Papa macam mana? Ubat dah
makan?” Balas Najma.

“Sudah.. Naja keluaq ngan mama ya? Mama sihat?” Syed Hazim membalas.

“Alhamdulillah. Papa dah makan ka? Pa, besok Naja start kerja. Tu yang pi shopping sakan cari baju..” Kata Najma. Najma memandang ibunya.

“Papa ma.. Mama nak cakap dengan papa?” Najma menyoal ibunya. Salina menggeleng. Najma akur.

“Naja bila nak balik? Papa rindu sayang..” Syed Hazim memberitahu anaknya itu.

“Papa.. Naja baru sat ja kat sini. Baru dua hari dah tanya pasai balik.. Nanti ada masa InsyaAllah Naja balik. Mungkin dengan mama sekali..” Najma berkata. Bapanya yang masih ditalian diam. Salina membulatkan mata memandang anak gadisnya itu.

“Nak ka mama tu jumpa papa? Mummy laila mesti marah..” Nazmi bersuara sayu.

“Pa.. biaq pi Mummy tu.. Yang penting hati kita..” Najma tunduk. Dadanya sedikit sebak. Tapi dia cuba mengawal.

“Oklah sayang.. nanti free papa call lagi.. Sat gi sampai rumah SMS la papa.. Kalau tak dak kredit topup dulu.. Nanti sending fail..” Syed Hazim berseloroh. Najma tertawa.

“Ok pa.. Assalammualaikum..” Najma mengakhiri perbualan. Salamnya disambut bapanya itu.

“Papa sihat?” Salina menyoal sebaik Najma meletakkan telefon bimbitnya di meja.

“Macam tu lah ma.. kena makan ubat..” Kata Najma.

“Papa sakit ke?” Salina menunjukkan wajah risau.

“Yup.. Papa ada darah tinggi. Kena makan ubat selalu…” Balas Najma. Salina tunduk. Hatinya amat merindui bekas suaminya yang juga bapa kepada dua puterinya itu. Tapi apakan daya. Dia hanya pasrah.

“Ma.. Ma sayang papa lagi?” Terpacul soalan itu dari mulut Najma.

“Naja dah siap makan? Jomlah kita balik.. mama takut jalan sesak.. jom..” Salina lari dari menjawab soalan itu. Dia bergegas bangun dan membawa barang-barangnya. Najma akur. Mungkin hati ibunya masih ada baki sedih. Najma dan Salina berjalan meninggalkan bangunan pusat mebeli belah Pavilliaon dan menuju ke tempat letak kereta.

“Adoi ma.. tak pernah Naja Shopping banyak macam ni..” Najma bernafas kencang sebaik memasuki kereta. Salina senyum sambil menghidupkan enjin keretanya.

“Tak apa lah.. Bukan selalu pun. Penat ke?” Salina mencubit pipi anak kesayangannya itu.

“Boleh la tahan..” Balas Najma.

“Ini baru sikit.. nanti kerja nak kesana, kemari.. boleh tak?” Salina menduga lagi.

“InsyaAllah ma..” Jawab Najma ringkas. Salina memandu tenang keluar dari parkir dan menuju ke jalan raya.

“Naja nak pergi mana-mana lagi tak?” Salina menyoal.

“Tak kot ma.. kita baliklah..” Balas gadis manis itu.

“Ok sayang… Oh ya.. Naja ada lessen kereta kan? Nanti senanglah boleh drive sendiri kalau ada urusan kat mana-mana..” Salina bersuara.

“Ada.. tapi Naja dah lama tak drive. Kat sana driver ayah yang drive. Naja pernah drive, masa tu ada ayah dengan Mummy sekali. Mummy tu asyik jerit sana, jerit sini.. dari ok, jadi gelabah dengar suara dia yang macam kuda tu and Naja terus terlanggar devider jalan. Pas tu Naja tak drive dah.. dia tu tak patut naik kereta.. Baik naik beca je.. kalau naik teksi jerit-jerit macam tu, mahunya driver teksi tu tinggalkan dia tengah jalan.” Najma mengomel panjang. Salina tertawa.

“Apa-apa pun, dia Mummy Naja juga..” Kata Slina.

“Ye la.. tapi dia tak pernah pun nak ngaku Naja anak tiri dia.. Naja pun tak hingin.. Ma tau dia tu asyik nak orang ikut cakap dia je.. Dulu Naja bodoh ikut je.. Tapi dah besar ni malas Naja nak layan kerenah dia.. Bela kucing minta orang belikan pampers untuk kucing dia.. mana nak cari.. memang mengarut otak dia tu..” Najma semakin rancak bercerita. Salina mendengar luahan anaknya itu. Dia tahu Najma tidak selesa dengan ibu tirinya.

“Naja.. Tok Wan macam mana?” Soal Salina lagi.

“Hmm.. macam tu lah ma.. Nak kata nyanyuk macam waras.. Nak kata waras macam nyanyuk. Tapi walau macam mana pun Tok Wan tu, walau dah terlantar, keturunan yang dia banggakan tu tetap dia sebut-sebut. Hari tu kata kat Naja kalau nak kahwin cari orang sama taraf. Katanya kita ni orang ada-ada. Entah apa yang ada tak tahulah. Gigi emas banyaklah Tok Wan tu…” Kata Najma lagi.

“Biasalah Naja.. memang pun keluarga papa orang ada-ada..” Salina membalas.

“tapi kalau tak berakhlak, sombong baik tak payah.. hari tu Mak su kena cerai dengan laki dia.. laki dia kahwin lain dengan Indon sebab tak tahan dengan Mak su yang berlagak sama macam Tok Wan tu.. padan muka..” Najma memberitahu.

“Ishh.. tak baik.. habis anak-anak dia macam mana?” Salina menyoal.

“Diorang mana ada anak mama.. Kan Ma su tak nak beranak coz nak jaga body.. dah tu kena tinggal ngan laki duduk la sorang-sorang. Ada harta menimbun pun tak berguna kalau keluarga tak bahagia.” Najma menambah. Salina angguk, setuju dengan kata-kata bernas anak gadisnya itu.

“Mama ingat dia ada anak.. Dia dulu selalu juga kutuk and herdik mama.. Mama sabar je.. Dia nak sangat mama berpisah dengan papa, mungkin ini balasan Tuhan untuk dia.. Naja nanti janganlah macam tu tau sayang.. Apa yang terjadi kat sekeliling kita nilai. Yang baik kita ambil, yang buruk jadikan sempadan.. Naja ada boy friend.?” Salina menyoal. Najma menggeleng.

“Betul ke ni? Biasanya kalau umur dah 23 dah mencari..” Salina menambah.

“Betul ma.. tak ada.. Naja tak fikir and malas nak fikir ma.. Biarlah dulu. Banyak lagi matlamat hidup Naja ni..” Najma membalas.

“yeke.. Tapi jangan lambat sangat.. nanti kempunan mama nak jadi nenek.. nak harap adik kamu, entahlah. Dia tu buat apa pun tak pernah serius..” Salina mengeluh kecil. Najma memegang bahu ibunya.

“Ala ma… jangan cakap macam tu. Wawa tu bagus ma.. mama percaya lah cakap Naja ni. One day dia mesti capai matlamat dia and masa tu mama mesti happy..” Najma menambah.

“Naja faham dia.. Tapi dia layan macam tu pada Naja.. Mama minta maaf ye sayang..” Salina sekali lagi menzahirkan serba salahnya.

“Ma.. Naja tak kisah.. Naja sayang dia walau macam mana pun dia buat pada Naja..” Balas Najma. Salina mengangguk. Kagum dengan ketulusan hati anaknya itu. Dia sesal. Dia seakan gagal mendidik Najwa sebaik bekas suaminya, Syed Hazim mendidik Najma. Salina diam. Dia melayan perasaannya. Andainya tika ini dia masih bersama Syed Hazim, pasti didikan anak-anaknya sempurna. Tapi apakan daya. Takdir sudah begini. Salina redha.

Setengah jam perjalanan, Salina dan Najma tiba di rumah. Salina memandu ke perkarangan rumah. Dia sedikit hairan kerana kereta Myvi Najwa ada. Selalunya, anaknya itu pasti tak melekat di rumah hujung-hujung minggu begitu.

“Ma.. wawa tak keluar pulak?” Najma menyoal sebaik turun dari kereta. Dia ambil barang-barang yang baru dibelinya dari But kereta.

“Entah.. perang dunia kedua kot..” Salina menjawab. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Najma melilau matanya mencari kelibat adiknya itu.

“Banyak shopping..” Suara Najwa kedengaran dari ruang tamu. Dia sedang menonton televisyen.

“Tak adalah.. beli barang sikit-sikit untuk kakak.. wawa dah makan ke?” Salina menjawab. Najma hanya diam. Dia terus berlalu kebilik untuk menyimpan barang dan menukar pakaian.

“Mama layanlah anak kesayangan mama tu.. Bila dia ada, wawa ni mama buat macam tak Nampak je kan..” Najwa menutur kata. Terguris sedikit hati Salina.

“Apa ni.. Ni mama ada belikan wawa jeans baru..” Salina memujuk. Dia menghulurkan satu beg buat Najwa. Najwa ambil. Dia buka dan senyum melihat pemberian ibunya itu.

“Thanks ma..” Balasnya.

“Tak keluar ke sayang?” Salina menyoal. Dia melabuhkan punggung di sebelah anaknya itu.

“Tak.. malas la ma… Ray tu entah date dengan girl mana sampai cancelkan date hari ni ngan wawa.. memang sepsis buaya dia tu..” Najwa menjawab.


“Dah tau dia spesis buaya, kenapa berkawan lagi dengan dia.. buat mama risau je la..” Salina menambah.

“Ala.. Wawa saja nak kenakan dia.. Biar dia tahu sikit tak semua perempuan boleh buat main..” Najwa membalas.

“Ikutlah sayang.. tapi pandai-pandailah jaga diri tau.. Ni dah makan belum?” Salina berkata.

“Belum ma…. Lapar….” Najwa merengek manja. Dari jauh Najma memerhati. Dia tidak mahu mengganggu kemesraan ibu dan adiknya itu.

“Mak Yam tak masak?” Salina hairan. Dia memanggil wanita itu. Mak Yam muncul dari dapur.

“Ya puan..” Kata Mak Yam.

“Mak Yam tak masak ke hari ni? Najwa ni merungut kata lapar..” Salina menyoal. Mak Yam memandang tajam pada Najwa. Najwa tersenyum sumbing.

“Amboi budak ni.. Mak Yam dah masak tadi.. dia dah makan sama dengan Mak Yam.. ada motif lain lah tu..” mak Yam membebel. Najwa tersengih memandang ibunya.

“Habis tu? Lapar lagi?” Salina mencubit pipi anak gadisnya itu.

“Lapar… Jom mama kita makan kat luar..” Pelawa Najwa. Salina serba salah. Perutnya masih kenyang setelah makan bersama Najma tadi.

“Mama dah makan lah sayang.. Dah makan dengan kakak tadi kat Pavi..” Balas Salina.

“Ala mama ni… lagi-lagi kakak. Ma, wawa ni anak mama juga.. asal dia balik sini, Mama buat tak tahu je kat wawa.. apa ni ma?!” Najwa sedikit melenting.

“Adik.. tak baik macam tu ngan mama.. Mama layan kita sama je..” Najma mula menghampiri dan bersuara.

“Hey.. kau penyibuk tau.. Kau tak ada mama layan aku elok je.. Kau datang sini sengaja kan nak sakitkan hati aku..” Najwa membalas. Salina kaget. Dia tidak mahu lagi menonton pertelingkahan itu. Mak Yam terdiam melihat dua beradik itu.

“Adik.. akak tak niat macam tu pun. Akak rindu adik, rindu mama..” Najma bersuara perlahan.

“Sibuk la kau.. tak payah la tunjuk baik kalau nak jadi anak kesayangan mama.. hey.. pergi balik lah kau dengan papa ngan mak tiri kau tu!!” Najwa menolak bahu Najma.

“Najwa!!” Salina separuh menjerit.

“Mama ni.. semua wawa buat semua salah.. macam lah kakak tu baik sangat… bosanlah macam ni!!” Kata Najwa dan terus berlari menaiki tangga menuju ke kamarnya. Pintu dihempas kuat tanda protes. Salina mengurut dadanya. Geram dengan sikap Najwa. Najma menaiki tangga. Dia ke bilik Najwa untuk memujuk. Pintu di ketuk.

“Adik.. kakak rindu adik.. Akak tahu adik rindu akak juga.. Janganlah macam ni.. akak minta maaf..” Najma memujuk.

“Perasan!! Sapa rindu kau ha??” Suara Najwa kedengaran dari biliknya.

“Akak tahu.. kita kembar, akak dapat rasa apa wawa rasa..” Balas Najma. Najwa terkkedu. Benar. Sebenarnya dia amat merindui saudara kembarnya itu. Tapi ego mengatasi segalanya.

“Firasat kau salah lah tu..!! berambuslah.. tak payah nak pujuk-pujuk aku..” Najwa membalas. Najma diam. Betulkah macam tu? Najma sedikit sedih. Dia akur, dia berlalu ke biliknya.

Sementara itu dari tingkat bawah, Salina dan Mak Yam hanya memerhati. Salina dirundung rasa serba salah. Entah apa harus dilakukannya untuk menyatukan kembali keakraban dan kasih sayang dua beradik itu.

No comments:

Post a Comment