Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 29


“Nak apa lagi??” Jerit Firdaus.

“Abang nak pergi mana? Kenapa abang buat Mar macam ni?” Aku menangis. Tragedi pertengkaran itu disaksikan pleh Mak Kiah dan Pak Samad. Mereka tidak berani untuk campur tangan. Pertengkaran aku dan Firdaus sudah menjadi asam garam buat mereka. Sudah dua bulan aku dan Firdaus begitu. Hanya deraian air mata menemani aku setiap malam.

“Tepilah.. Aku aku keluar..” Kata Firdaus apabila aku menghalang dia di muka pintu.

“Abang.. tolonglah.. Mar merayu kat abang.. boleh tak kita berbincang? Kita cari penyelesaian. Ini bukan caranya..” Kataku membalas.

“Bincang apa? Tak ada apa yang nak dibincangkan..” Jawabnya.

“Banyak.. Banyak yang perlu kita bincang.. Kenapa abang berubah sampai macam ni? Mar isteri abang.. Solat entah kemana, sikap abang dulu entah kemana.. semua nak kena bincang..!!” Aku sedikit tegas.

“Hey.. siapa kau nak tegur aku? Solat aku punya hal.. Ingat aku keluar tak solat ke?” Firdaus membidas lagi.

“Mar isteri abang.. Apa yang salah Mar patut tegur.. Sedarlah abang…” Aku merayu padanya.

“Kau yang patut sedar.. Sudahla!!” Firdaus menolakku. Dia pantas keluar. Aku terduduk di muka pintu. Hatiku benar-benar sedih.

“Abang.. Mar sayangkan abang..” suara sayuku tenggelam dalam deruman enjin kereta Firdaus.

“Puan..” Mak Kiah dan Pak Samad menghampiriku. Aku peluk Mak Kiah.

“Saya dah tak tahu nak buat apa Mak Kiah.. Dia..” Aku tak mampu lagi meneruskan kata-kata. Aku tahu, mereka juga terkejut dengan sikap Firdaus. Dari seorang yang beragama, penyabar, sopan dia bertukar menjadi sedemikian. Ya Allah. Janganlah Kau tarik hidayahMu dari suamiku. Ampunkanlah dia.

“Puan.. saya tahu perempuan yang dah buat hidup Tuan sampai macam ni..” Pak Samad bersuara. Aku memandangnya.

“Siapa?” Aku menyoal.

“ Saya tak berapa kenal tapi saya tahu mana dia tinggal sebab saya pernah intip Tuan..” Kata Pak Samad lagi.

“Pak Samad.. nanti bawa saya ke sana.. saya nak jumpa perempuan tu..” Kataku. Pak Samad mengangguk. Mak Kiah memapah aku masuk ke dalam bilik. Lemah. Memang aku tak terdaya lagi menghadapi semua ini. Ya Allah. Tabahkanlah hatiku ini.

Aku berbaring di katil. Dalam aku melayan gerak nadi yang penuh kesedihan ini, fikiranku hanya tertumpu pada Firdaus, suami yang aku nikahi beberapa bulan lalu. Seorang lelaki yang dulunya sangat aku hormati, kasihi kini bertukar sedemikian rupa. Umpama Ben 10 bertukar kepada sepuluh bentuk lain. Begitu juga Firdaus. Dia menjadi seorang yang cukup berbeza. Ya Tuhan.. Aku mohon padaMu. Kembalikanlah suamiku yang dulu.

Firdaus yang aku kenali sewaktu dulu. Firdaus yang membimbing aku kejalanMu ini Ya Allah. Aku mohon. Ampunkanlah dosanya. Bukakanlah pintu hatinya. Aku amat menyayanginya. Doaku diiringi linangan air mata. Jauh disudut hati aku mahu Tuhan makbulkan doaku. Aku baring di tilam empuk bercadar merah itu. Kini, tidurku hanya ditemani bantal-bantal dan linangan air mata. Tiada lagi suami disisi untuk membelai, memeluk dan mendodoikan aku. Bukan ini yang aku harapkan dari sebuah perkahwinan. Aku pejamkan mata. Nyata hanya wajah Firdaus yang penuh dengan senyuman menjelma. Aku rindukan semua itu. Tapi.. Bisakah aku mendapatkannya kembali? Ya Allah.. Aku mohon padaMu.

No comments:

Post a Comment