Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 39


“Fahmi dukung dengan Umi sekejap.. Ayah nak tolong angkat meja sekejap..” ujar Firdaus pada anak kami, Muhammad Fahmi Muzammil yang berusia 1 tahun.

Kawasan sekitar yayasan sedang sibuk membuat persiapan menyabut hari ulangtahun kelahiran Fahmi. Firdaus menyerahkan Fahmi padaku. Dia membantu warga yayasan yang lain mengangkat meja dan membuat persiapan.

Aku kini telah mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Dengan dikurniakan Fahmi sebagai pelengkap hidup aku dan Firdaus, hubungan dan rasa cinta kami semakin hari semakin bertambah.

Aku kini juga telah melepaskan jawatan di Sutera Holding dan diganti oleh Ahmad Syukri. Hanya sekali sekala aku pantau Sutera Holding san hadiri mesyuarat. Aku ambil keputusan itu untuk member sepenuh perhatian pada keluarga.

Firdaus pula masih meneruskan tanggungjawabnya pada Yayasan yang kini bertambah cawangan di setiap negeri. Aku bersyukur dengan rezeki Allah ini.

Ihsan pula telah berhijrah ke Perth untuk tinggal bersama ibunya. Walaupun begitu, kami tidak putus hubungan. Kami saling menghubungi satu sama lain. Dan, khabar yang terbaru tentangnya, dia akan melangsungkan perkahwinan bersama seorang wanita islam Australia. Alhamdulillah. Akhirnya dia bertemu jodoh.

Diyana pula kini sedang meniti hari-hari terakhir di wad selepas HIV yang dihidapinya semakin serius. Jika ada kesempatan aku dan Firdaus datang melawatnya. Kasihan dengan keadaannya. Dia kini banyak menghabiskan masa dengan beribadah. Ahamdulillah. Tuhan masih sayangkan dia.

Suzie pula sedang menanti hukuman gantung sampai mati. Tapi, apa yang aku sedih dia
masih tidak sujud dan menyesali dosa-dosanya. Aku tak mampu berbuat apa-apa lagi. Dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah dalam perniagaan mengedar dadah. Sedih hatiku mengenangkannya. Aku sayangkan dia kerana dia temanku. Tapi dia, tak sayangkan diri sendiri. Ya Allah. Ampunkan dosanya.

“Umi… bawa Fahmi kesini.. kita ambil gambar dulu..” Firdaus memanggilku. Aku bergerak kearahnya. Warga yayasan sangat gembira. Aku juga teruja. Selesai doa selamat, kami menjamu selera. Aku suapkan buah hati kesayanganku itu. Keletah Fahmi membuatkan aku dan Firdaus tidak penat melayannya. Dialah penyeri rumahtangga kami kini. Aku bersyukur pada Tuhan kerana telah mengurniakan keluarga sempurna ini padaku. Alhamdulillah.

“Abang.. terima kasih..” Bisikku ketelinga suamiku.

“Terima kasih juga sayang…” Balasnya. Dia memahami maksudku.
Sebuah keluarga yang dibina atas redha Allah pasti akan bahagia. Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak akan biarkan hambaNya sengsara.

Aku bersyukur dengan kurnianNya ini. Seorang suami yang oenyayang dan anak yang comel sudah membuatkan aku kagum dengan kekusaan Allah.

Selagi pintu taubat masih terbuka, bertaubatlah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Sesungguhnya hidup di jalan Isalam dan diredhai Allah itu adalah lebih tenang dan bahagia.

Terima Kasih Tuhan.

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment