Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 25


Majlis perkahwinan dan resepsi aku dan Firdaus diadakan dalam suasana meriah. Aku bahagia mendapat peluang bergelar raja sehari. Kini telah dua minggu aku bergelar seorang isteri. Firdaus juga telah berpindah kerumahku. Lebih selesa begitu. Rumah lamanya disewakan. Dia kini berulang alik dari rumah ke Yayasan. Perjalanan 2 jam dari rumah ke yayasan kadang kala membuatkan aku simpati dengannya. Namun, tak sanggup kami berjauhan. Firdaus mengalah. Hidup sebagai seorang isteri memang membahagiakan. Lebih-lebih lagi disamping seorang suami yang penyayang. Aku bertuah memilikinya. Namun, tugas sebagai pengarah urusan Sutera Holding tetap aku laksanakan.

“Abang.. Mar balik lambat sikit hari ni..” Aku beritahu Firdaus sebelum dia melangkah meninggalkan rumah seawall 7 pagi. Sudah menjadi rutin dia akan keluar seawall 7 pagi dan pulang 8 malam. Aku pula pukul 9 pagi dan waktu pulang tidak menentu. Aku mencuba sebaik mungkin pulang sebelum dia pulang. Setakat ini ada beberapa kali aku pulang lewat malam. Namun, Firdaus memahamiku.

“Jangan lewat sangat sayang..” Balasnya. Aku mengangguk. Aku salam dan cium tangannya dan dia mengucup dahiku. Bahagia benar rasanya.

“Mak Kiah..” Aku memanggil wanita itu sebaik Firdaus hilang dari pandangan.

“Ya puan..” Jawabnya.

“Saya balik lambat sikit. Mak Kiah masak macam biasa untuk tuan untuk makan malam.” Kataku. Dia mengangguk. Setakat ini hanya beberapa kali aku berpeluang memasan untuk Firdaus. Nasiblah dia bukan jenis yang cerewet dalam soal makanan.

Aku melangkah kekamar. Aku siapkan diri untuk kepejabat. Tugas di Sutera Holding menantiku. Aku kenakan sepasang kemeja putih dan skirt labuh berwarna hitam. Tudung berwarna hitam berbunga putih aku lilit dengan betul. Kemas. Sopan. Itulah gayaku kini. Aku calit sedikit solekkan diwajah. SIAP.

Perjalanan ke pejabat agak sesak. Aku sekali lagi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Huh. Warga kota memang begini hidupnya. Aku melepaskan keluhan kecil. Hampir setengah jam diatas jalan raya, akhirnya aku tiba di Menara Sutera. Staf syarikat member salam dan ucapan selamat pagi sebaik melihat kelibat aku. Kini aku digelar Puan Mardihah. Agak bangga dengan status itu. Aku selesa dengannya. Ada juga yang tersasul memanggil Cik. Aku tak kisah, mungkin mereka telah biasa dengan gelaran itu.

“Puan.. lusa kita kena hantar wakil ke Indonesia bagi menguruskan soal projek di sana. Puan nak pergi atau Encik Syukri?” Hanisah menjelaskan jadualku.

“Oh ya.. Saya rasa saya tak ada apa-apa. Biar saya pergilah. 2 hari kan..” Jawabku.

“Okay.. nanti saya settlekan soal flight, hotel dan sebagainya. Puan pergi sorang or dengan suami?” Hanisah inginkan kepastian.

“Hmm.. saya sorang sajalah.. Ini kan soal kerja..” Jawabku. Bukan apa, aku tak mahu campur adukkan urusan rumahtangga dengan kerja. Itu juga janjiku dengan Firdaus.

“Baiklah.. Ada apa-apa lagi?” Soal Gadis itu. Aku menggeleng dan dia berlalu keluar. Aku kembali menatap fail-fail yang perlu disemak. Huh. Aku melepaskan keluhan kecil. Kadang-kadang terasa bosan dan penat dengan kerja ini. Bila agaknya aku dapat bersara dari semua ini dan uruskan soal rumah tangga sahaja. Tapi, kalau aku lepaskan tugas ini, siapa yang mahu mengambil alihnya. Hmm. Aku harus laksanakan juga. Satu-satu fail aku teliti. Aku semak segalanya. Memang itu rutin aku. Sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Selepas makan tengahari nanti aku perlu melawat tapak projek pula. Selepas itu kembali ke pejabat untuk membuat laporan. Penat. Memang penat. Tapi aku tidak boleh menghentikan usaha ditengah jalan. Aku harus selesaikan segalanya. Aku harus teruskan legasi arway ayah ini.

Penat pulang dari tapak projek di Gombak, aku menyiapkan beberapa rangka laporan. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Firdaus tika itu mesti sudah tiba dirumah. Aku sungguh sibuk hari ini sehingga tiada masa langsung untuk menghubunginya. Aku keluar dari ruang pejabat. Waktu itu ada beberapa staf yang belum pulang. Aku melangkah keluar.

“Puan Mardihah.. sekejap..” Panggil Liana Jasman. Aku menoleh.

“Ada apa?” Soalku.

“Puan dah nak balik ke? Boleh saya ambil masa puan sekejap..“ Soalnya pula. Aku mengangguk.

“Saya baru nak balik. Ada apa-apa ke?” Aku membalas.

“Macam ni… HR department ada terima beberapa surat dari dua buah Universiti Putra Malaysia untuk letak pelajar mereka buat Latihan Industri di sini. Beserta dengan itu, ada juga resume dari pelajar yang nak buat latihan industry tu..” Kata Liana Jasman.

“Oo.. yeke… Bila sampai surat tu?” Aku menyoal.

“Pagi tadi. Tapi saya tak sempat bagi Puan sebab Puan busy sepanjang hari.. Mereka nak confirmation secepat mungkin and kalau boleh esok.” Jawabnya. Dia member sati fail kepadaku. Aku duduk dan teliti fail tersebut. Liana Jasman memberi penerangan.

“Hmm.. bagus juga kalau kita ambil.. Awak terima and approve semua permohonan ni..” Kataku membuat keputusan.

“Baik Puan..” Balasnya. Aku bangun. Jam ditangan menunjukkan pukul 10 malam. Huh. Pasti Firdaus risau.

“Kalau tak ada apa-apa lagi. Saya balik dulu..” Kataku. Dia mengangguk. Aku melangkah keluar dari Menara Sutera dan memandu pulang kerumah. Suasana ketika itu tidak berapa sibuk. Mungkin warga kota sudah ada di rumah masing-masing. Pemanduan selama 20 minit berjalan lancar. Aku tiba di rumah.

“Assalammualaikum..” Aku memberi salam sebaik melangkah masuk kerumah. Salamku disambut Mak Kiah.

“Tuan mana? Dia dah makan?” Soalku kepada wanita itu kerana tiada keibat Firdaus kelihatan.

“Tuan di bilik kot. Dia dah makan dah.. Puan nak makan dulu?” Mak Kiah membalas.

“Tak.. saya dah makan.. Saya naik atas dulu ye..” Kataku. Beg dan tas tangan aku capai dari meja makan. Aku naik dan berjalan menuju kamarku. Aku tolak daun pintu. Firdaus ketika itu sedang berbaring di katil sambit menonton televisyen. Aku memberi salam dan dia menjawabnya. Matanya langsung tak teralih dari skrin televisyen. Aku sedikit hampa. Aku terus mencapai tuala dan ke kamar mandi. Selesai itu aku menunaikan solat isyak yang belum sempat ditunaikan. Selesai solat, dan segalanya aku naik ke katil dan baring disebelahnya.

“Cerita apa?” Aku menyoal.

“Abang tak tahu pula tajuknya. Tapi pasal isteri yang abaikan suami.” Jawabnya.

“Ooo.. Banyak betul kerja Mar hari ni. Penat pula rasa..” Kataku.

“Yeke…” Sepatah sahaja jawapannya. Biarlah. Mungkin dia sedang menghayati drama yang sedang ditontonnya.

“Abang… Lusa ni Mar kena pergi Indonesia untuk settlekan projek kat sana..” Kataku.

“Oh.. Okay..” Jawabnya ringkas. Aku tidak berminat untuk meneruskan lagi perbualan. Aku cuba melelapkan mata. Aku pejamkan mata. Penat. Firdaus mematikan televisyen. Lampu dipadam. Aku terasa pinggangku dipeluknya.

“Sayang…” Bisiknya ketelingaku. Aku penat. Mata pun aku malas nak buka.

“Tidur lah abang.. Mar penat la.. Lain kali lah..” Balasku dan meleraikan pelukannya. Aku dengar keluhan Firdaus. Tapi, kepenatan membataskan. Aku akhirnya lena.

No comments:

Post a Comment