Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 17


“Wah.. betul-betul macam spy..” Najwa kata pada Aidil. Aidil yang berpakaian serba hitam tiba di tempat yang dijanjikan. Najwa pula berpakaian ala rock.

“Mestilah… James Bond…” Aidil senyum bangga.

“James bond mana ada pakai slack hitam dengan T shirt kolar macam ni.. siap ada sikat lagi dalam poket… ni Jamil Bonat la…” Najwa ketawa.

“Ini kira ok lah… kutuk orang pula, wawa tu dress up macam nak masuk sukan olimpik je..” Aidil balas. Geram rasanya.

“Mana ada orang bersukan pakai jeans… haha” Najwa ketawa lagi

“Ada… kalau track suit dia basah…. Sengal” Aidil balas geram

“Poyo.. jom cepat.. slow-slow gerak..” Najwa kata. Mereka melangkah perlahan. Malam tika itu sudah jauh di tengah. Misi Najwa dan Aidil kini untuk memastikan benar-benar Kay dan Hot Mama Café adalah frod atau satu penipuan. Mereka masuk dalam Hot Mama Café. Najwa dan Aidil berlagak selamba. Mata Najwa melilau mencari seseorang. Akhirnya dia ketemu insan yang ingin dia lihat.

“Abang nampak tu… That’s Ray.. Dulu wawa pernah couple dengan mangkuk tu.. Tapi wawa yang clashkan.. Maybe sebab tu dia bengang and plan nak buat macam tu pada kakak.” Jelas Najwa. Najwa tunjuk kearah Ray. Aidil pandang. Najwa dari mula sudah mengesyaki Ray terlibat dalam sindekit penipuan terhadap kakaknya. Aidil pandang lelaki bernama Ray.

“Kau couple dengan orang macam tu?” Aidil terkejut.

“Main-main je.. Bukan wawa sayang dia pun, wawa just nak ajar dia supaya hormat sikit girl. Kasanova macam tu mana boleh bagi muka abang..” Najwa balas.

“Tak kasi muka, kasi apa?” Aidil sengaja bergurau.

“Kasi siku, tak pun tumit…” Najwa balas serius. Aidil terdiam.

“Ray tu Kay ke?” Soal Aidil.

“Bukan… ni nak siasat la ni.. Abang pernah tengok Kay tu kan… Sama tak macam guys sebelah Ray?” Soal Najwa. Mereka berbisik perlahan. Suasana dalam pub itu agak bising.

“Lain… Kay ada misai and jambang.. Tu suci dalam debu je muka dia…” Balas Aidil.

“Yup… itu misai and jambang palsu. Badigol tu nama dia Qassim, assistant and housemate Ray. Dia yang menyamar jadi Kay.” Kata Najwa.

“Macam tu pulak. Kasanova ada assistant..” Aidil balas.

“Dia bukan kasanova je, dia sebenarnya terlibat dalam sindiket pelacuran. Dia tu macam bapak ayam lah kiranya. Sebab tu kaya, tapi dia bukan bos.. Wawa dah lama tahu, diorang pandai simpan rahsia.. Operasi senyap-senyap. “Barbie Doll” dari China yang mereka guna..” Jelas Najwa.

“Lagi?” Soal Aidil. Dia berminat ingin tahu.

“Entahlah selain itu. But, ada yang pernah kata diorang juga edar pil and dadah.. memang bahaya..” Kata Najwa lagi.

“Wah.. hebat la wawa ni.. macam ne boleh tahu semua?” Aidil kagum.

“Ngok, janganlah cakap kuat.. Informer la… Wawa kawan dengan Ray tak kosong.. Wawa intip, kaji.. sebab tu wawa takut kakak jadi mangsa.. ” Najwa katup mulut Aidil dan jelaskan.

“Sorry… Dahsyat la tempat ni.. So, macam mana kita nak buktikan pada Najma?” Aidil soal lagi. Najwa senyum, dia capai telefon bimbitnya dan ambil gambar Ray serta Kay atau Qassim.

“Okay.. siap, jom..” Ajak Najwa. Mereka mula melangkah keluar. Aidil ekori belakang Najwa. Mereka berlagak biasa agar tiada siapa yang perasan. Najwa lenggokkan badannya ikut rentak muzik.

“Adoi..!!” Najwa separuh menjerit. Beberapa orang di Pub itu memandangnya.

“Kenapa jerit? Kata kat abang jangan bising..” Bebel Aidil. Najwa tunjukkan jari telunjuknya di bawah. Aidil pijak kakinya.

“Heheh… sorry tak nampak..” Balas Aidil sambil senyum sumbing. Mereka pantas keluar dari tempat itu. Tanpa mereka sedari, Ray sedar kehadiran Najwa.

“Dah sampai masa…” Kata Ray pada Qassim. Mereka ketawa kuat. Beberapa teman di situ turut ketawa.

“Habislah kau Najwa… Mangkuk!!” Desis hati Ray. Dia ketawa sepuasnya.
Di luar, Najwa dan Aidil Berjaya keluar dengan selamatnya. Aidil dan Najwa termengah-mengah. Mereka bernafas dengan tenang di luar.

“Busuk betul dalam tu..” Ngomel Aidil. Dia tarik nafas perlahan-lahan.

“Ye la.. macam-macam bau.. asap sana sini..” Najwa tambah.

“Dah la ramai.. laga sana, laga sini.. adoi.. nasib baik iman kuat lagi..” sambung Aidil.

“Amboi… kalau tak abang dah terkam sorang dua kan.. gatal… report kat akak tahu lah..” Balas Najwa.

“Tak lah… hanya Najma di hati…” Aidil berkata. Mereka teruskan perjalanan hingga hujung bangunan.

“Okay.. semua bukti dah ada, bila nak dedahkan?” Najwa soal Aidil.

“Dalam masa terdekat. Abang serah pada wawa tau.. Kalau perlu bantuan abang lagi, just call me..” Kata Aidil.

“Ok bro… harap kau dapat jadi abang ipar aku..” Tambah Najwa. Aidil senyum. Mereka berpisah di satu persimpangan. Najwa ke keretanya dan pandu pulang bersama bukti yang dimilikinya. Dia senyum puas. Hatinya berdoa semoga kakaknya percaya setiap kata-katanya.

“Akak… adik akan selamatkan akak..” Kata Najwa. Najwa tiba dirumahnya pada jam 2 pagi. Dia masuk perlahan-lahan kerana tidak mahu sesiapa menyedari kelibatnya. Dengan berpakaian demikian, pasti ada yang terkejut bila jumpa dengannya pada waktu malam sebegitu. Najwa langkah perlahan. Dia naiki tangga.

“Wah… selamat..” Kata Najwa sebaik masuk ke kamarnya.

No comments:

Post a Comment