Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 4


“U duduk sini dulu sementara, nanti I carikan rumah untuk U” Tan Sri Muiz menenangkanku. Aku ditempatkan di hotel sementara dia mencari kediaman yang sesuai buatku.
“Darling… Thanks so much.. U teman la I malam ni… I need someone.. Please..” Rayuku. Air mataku masih belum kering. Sedih. Memang aku sedih dengan kejadian itu. Rasa diri ini telah mengkhianati Suzie. Tapi diri harus dibela. Aku tidak bias selamanya ditindas, dipersalahkan. Aku harus keluar dari keadaan sedemikian.
“I teman U… U nak cerita ke? I boleh dengar…” Tan Sri Muiz mengusap lembut kepalaku.
“Nothing selain apa yang I dah cerita tadi.. “ Balasku. Hatiku sedikit gusar, dengan terputusnya ikatan aku dan Suzie serta Malik, ini bermakna aku juga telah hilang pekerjaan itu. Alamak.. Macam mana ni. Macam mana aku mahu menampung kehidupan ini. Sementelah otak ini ligat memikir, lelaki tua itu telah lena dalam pelukanku. Hmm.. Nampak gayanya, hanya lelaki ini harapanku. Aku tersenyum nakal. Ada sesuatu yang ligat bermain difikiranku. Bagus.!
“Sayang… boleh la.. I boleh buat..” Aku merayu
“I know, tapi macam mana dengan secretary I sekarang?” Tan Sri Muiz menyoal. Aku lihat mukanya yang serba salah. Ah, aku tidak peduli.
“Sayang…. U kata nak dengan I selalu kan… so, inilah caranya.. U letak la dia kat department lain…” Aku memujuk. Jawatan Setiausaha di syarikatnya perlu aku gondol. Itulah satu-satunya harapanku untuk mendapat kembali kehidupan seperti dahulu.
“Tapi… “ Tan Sri itu ku lihat semakin gusar
“Sayang… I kat sana kerja, nobody yang akan tahu pasal kita, even your wife. Pandai la I.. U tak yakin dengan I ke?” Aku menggoda lembut. Pelbagai cara aku lakukan, pelbagai janji aku taburkan. Akhirnya usahaku membuahkan hasil. Dia berjanji akan memberikan jawatan itu kepadaku.
**********************************
Hari pertama aku melangkah masuk ke Muiz Bhd. Aku melangkah dengan lagaknya. Tan Sri muiz memperkenalkan aku kepada sebahagian kakitangan Syarikat besar itu. Mereka bersalaman dengan aku, namun aku tahu, ada segelintir yang kurang senang dengan keadiranku. Banyak mata-mata yang sering melirik benci terhadapku. Ahh.. peduli apa aku dengan semua itu. Apa yang aku tahu, aku perlu menguasai segalanya. Biar dunia menyembah aku.
“Hai Cik Mar.. jom lunch..” Pelawa Shahrul, Ketua Eksekutif Kewangan syarikat yang mengawal selia semua dana-dana syarikat. Aku tersenyum manja.
“Sorry En Shah.. I kena lunch dengan Tan Sri.. Maybe next time..” Ucapku. Aku tahu niatnya, aku sedah biasa dengan lelaki-lelaki hidung belang seperti itu. Shahrul akur. Lelaki berusia lewat 30-an itu berlalu dengan hampanya. Aku hanya tersenyum sinis melihatnya. Dasar lelaki!!
Janji untuk makan tengahari bersama Tan Sri Muiz aku tunaikan. Aku yakin, ramai kakitangan Syarikat yang perasan dengan kemesraan kami. Biarlah. Aku lagi suka. Sekurang-kurangnya mereka akan menghormati aku kerana aku adalah wanita kesayangan pemilik Syarikat Hartana terunggul itu. Memang ramai yang kurang senang dengan aku. Aku biarkan. Bukan aku rugi apa-apa pun. Pernah satu ketika aku melintas di hadapan sekumpulan pekerja wanita. Mereka tiba-tiba berbisik sesame sendiri. Bukan aku tak dengar, saja aku biar. Bila aku pusing belakang diorang buat-buat macam bekerja. Aku apa lagi..
“U all ni dah tak ada kerja lain ke nak mengumpat ha?” Perli aku. Mereka diam
“Tudung atas kepala, buat dosa jugak… tak payah la nak kutuk I.. U all ingat U all semua ni baik sangat.. setakat baik luaran… sudah.. buat kerja. Jangan sampai I report kat Tan Sri..” Aku memberi sedikit ugutan. Aku berlalu dengan tawa sinis. Puas aku dapat mengerjakan mereka. Padan Muka.
“Amboi Mar… marah nampak..” Tegur Shahrul yang tiba-tiba muncul dihadapanku.
“Yela… I geram… kerja tak sebanyak mana, duduk mengutuk I je.. Macam la bagus sangat..” Aku merungut.
“Diorang memang macam tu… U tak payah la ambik hati… Kalau ada apa-apa, just tell me.. I kan ada..” Ujarnya. Tangannya meraba tanganku. Aku biarkan sahaja. Aku senyum ke arahnya.
“Thanks Shah…” ungkapku. Alamak… Tan Sri tiba-tiba muncul. Apa aku nak jawab ni..
“Hi Tan Sri… macam mana project?” soal Shahrul.
“Nice… but my mood kurang nice.. Mardihah.. masuk bilik saya sekejap..” Ujarnya. Shahrul diam. Aku terkulat-kulat. Mampusla aku. Kepalaku ligat mencari idea untuk melemahkan lelaki tua itu. Tan Sri Muiz masuk ke biliknya. Aku membontotinya.
“Apa U buat ni?” Tan Sri Muiz terus menyoalku.
“Apa? I just… “ Aku kelu.
“U ni… janji dengan I lain, U buat lain… please la sayang…” Tan Sri Muiz memegang bahuku.
“Sayang… Dia yang lebih-lebih. I just talk to him.. Dia yang nak goda I… Bukan salah I..” Aku memanjakan suara. Aku cuba menggoda Lelaki tua itu.
“Betul?” Soalnya.
“Ye sayang… U macam la tak kenal I…” Aku menghadiahkan satu kucupan di pipinya.
“I rindu la… U tak ada 2 days hidup I sunyi… Malam ni tidur rumah I ok..” Aku menambah.
“Ala… I tak boleh la… Puan Sri ada buat party sikit for anak I… Esok ye..” Katanya.
“U ni… sikit-sikit Puan Sri… I ni u campak je… Bila U nak U datang.. Penting sangat ke? I rindu U..” Aku menarik muncung.
“Darling… U kena faham I… kalau I tak de kelam kabut nanti.. party ni untuk anak I, Marissa yang baru balik dari Uk.. I’m really sorry ok…” Dia memujuk.
“Okay…” Aku mengalah. Ah.. Bukan aku kisah pun. Sengaja mahu dia jadi serba salah. Biar dia perasan aku benar-benar inginkannya. Padahal, pada dasarnya aku hanya menyintai duit serta harta miliknya. Aku tersenyum sinis. Tertawa dalam hati. Sehingga ke hari ini aku puas, puas dengan kemampuanku ini. Aku meminta diri. Aku keluar dari biliknya.
*************************************
Arghh.. Bosannya. Aku mundar mandir di ruang tamu rumah. Banglo dua tingkat yang dihadiahkan Tan Sri Muiz itu kini menjadi tempat aku berteduh tatkala aku dihalau Suzie keluar dari rumahnya. Entah apa khabar Suzie agaknya, aku sehingga kini langsung tidak menghubunginya. Biarlah dia dengan hidupnya dan aku dengan hidup bahagia ini. Aku berbring di bilik. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Bosan yang aku rasakan ini bagai sampai ke tahap dewa. Perut aku mula bernyanyi lagu kebangsaan. Baru aku teringat, aku masih belum makan malam. “Ahh… keluarlah…” Aku berkata sendiri. Tanpa membuang masa, aku menggapai kunci kereta dan keluar.
Sepanjang pemanduan, aku melihat kiri dan kanan kalau-kalau ada kedai makan yang menarik perhatianku. Ahkhirnya aku berhenti di hadapan sebuah kedai makan di pinggir jalan. Kedai itu kelihatan biasa sahaja. Aku tersenyum sendiri. Entah mengapa kedai itu menarik perhatianku. Walaupun itu hanya gerai biasa. Seingatku, sejak beberapa bulan lalu, aku langsung tidak pernah menjejakkan kaki di kedai sedemikian. Tempat yang aku biasa kunjungi adalah restaurant-restauran mewah yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Aku melangkah masuk ke dalam kedai makan tersebut. Orang tidak berapa ramai. Aku memerhati sekeliling, ada beberapa kelompok pelanggan sahaja. Aku mengambil tempat di satu meja.
“Order kak…” Sapa pelayan kedai itu. Seorang gadis yang aku anggar usianya baru belasan tahun.
“Kejap…” Kataku sambil meneliti menu yang tersedia di atas meja. Pelayan itu setia menunggu.
“Bagi I.. Nasi Goreng Ayam satu and.. Milo ais..” Pintaku. Gadis itu mencatit tempahanku. Dia kemudia beredar ke kaunter.
Aku melihat sekitar. Pandanganku tertumpu pada satu keluarga yang sedang makan. Keluarga yang terdiri dari ayah, ibu serta tiga orang anak kecil. Seronok aku melihat mereka bergembira. Si ayah tidak jemu melayan kerenah anak-anaknya. Si ibu pula menyuap makanan buat anak kecilnya. Anak-anak pula menyoal bermacam-macam sehingga kulihat lelah si bapa ingin menjawab. Seronoknya. Aku senyum sendiri. Tiba-tiba fikiranku teringan pada keluarga. Pada Ayah, mama, serta abangku yang telah pergi meninggalkanku buat selamanya. Dahulu, aku juga seperti itu. Ayah sentiasa sabar melayan kerenah nakal aku dan abang. Mama pula tidak pernah mengeluh bila menyuap, memasak, menidurkan aku. Abang, dia menjadi teman, menjadi musuh. Aku rindu dengan semua itu, dengan gelak tawa, dengan ciuman dan belaian mereka. Tuhan itu kejam. Dia rampas semua dariku. “Ayah… maafkan mardihah sebab pilih jalan ini… Mardihah Cuma mencari kehidupan. Mama, adik sayang mama, abang… adik rindu abang..” Hatiku berbisik. Tanpa disedari air mataku menitis. Aku seka air mata dari merembes lagi.
Makanan serta minuman yang aku pesan tiba. Baunya cukup menyelerakan. Aku hirup Milo Ais perlahan. Ahh.. nikmat. Aku menyuap makanan. Sambil itu, aku memerhati sekitar. Pelanggan mana lagi yang bakal menjadi penilaianku. Nampaknya tiada. Pelanggan-pelanggan lain tidak menarik perhatianku. Aku kembali menikmati makanan itu. Sedang aku asyik menikmati, masuk seorang lelaki ke dalam gerai itu. Lelaki itu kalau tidak silap usianya munkin tua setahun atau dua dariku. Usiaku 26 tahun, dia mungkin dalam 28 tahun. Kacak. Memang dia kacak. Ada satu kelainan aku lihat pada wajahnya. Dia sepertinya baru pulang dari masjid. Ya, masjid berhampiran gerai. Baru aku perasan. Sudah lama aku tidak menziarahi rumah Allah itu. Dengan diriku yang sekeji ini, tidak mungkin bagiku untuk ketempat semulia itu. Dia mengambil tempat betul-betul di hadapanku. Aku merenungnya, dia tidak perasan. Dia membetulkan songkoknya sambil meneliti menu.
Aku masih memandangnya. Alamak, dia perasan. Aku mengalihkan pandanganku. Aku habiskan sisa-sisa nasi yang masih berbaki. Memang kenyang. Aku beredar ke kaunter. Selesai membuat pembayaran aku kembali ke kereta. Mataku masih memandang lelaki tersebut. Entah kenapa aku begitu tertarik dengannya. Hatiku seperti berkata bahawa dia akan menjadi sebahagian dari hidupku. Ahh.. berangan sahaja. Aku tersenyum sendiri. Aku memasuki kereta dan terus melaju keluar dari kawasan kedai makan itu. Sepanjang perjalanan aku masih terbayang wajah lelaki tersebut. Angau ke apa entah..

No comments:

Post a Comment