Tuesday, August 7, 2012

Sangkar Kasih 2


“Mak Yam.. kenapa tak kejut.. dah lambat ni..!!Adess… ” Najwa separuh menjerit sambil menyiapkan diri. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Kelasnya pasti sudah bermula.

“Maaf wawa.. Mak yam tak tahu pula wawa ada kelas pagi ni....” Mak Yam, orang gaji juga pengasuh Najwa itu menjawab.

“Whatever lah... wawa dah lambat ni.. Wawa pergi dulu..” Najwa membalas. Dia salam Mak Yam.

“Heart-heart ya wawa..” Kata Mak Yam. Najwa terhenti. Tidak faham apa yang dimaksudkan Mak Yam. Dia mengerutkan kening sambil memandang Mak Yam.

“Hati-hati..” Jawab Mak Yam sambil tersengih menampakkan dua batang gigi emasnya. Najwa tetawa kecil.

“Cakap carefull kan senang..” Najwa membalas. Dia masih menahan tawanya apabila Mak Yam menggaru-garukan kepala yang tidak gatal. Enjin Myvi kesayangannya dihidupkan.

Jarak rumahnya yang berada di Ampang dengan Kolej Cosmopoint Jalan Raja Laut tidak begitu jauh. Najwa memandu keluar dari dari perkarangan rumahnya.

“Budak ni.. bawa kereta macam orang ada lesen lori..” Mak Yam mengucap panjang dengan cara Najwa memandu. Sesudah Najwa hilang dari pandangan, Mak Yam masuk semula ke dalam rumah.

“Selamat pagi Mak Yam.. Apa kecoh-kecoh tadi? ” Najma menegur Mak Yam. Deruman enjin kereta Najwa mengejutkannya.

“Selamat pagi…Wawa tadi, bangun lambat.. kelas pukul 10.. tu yang kecoh..” Balas Mak Yam.

“Ooo.. dia dah pergi kelas ye.. tak sempat Naja nak jumpa..” Najma menambah.

“Nanti dia balik jumpalah.. jom sarapan.. Mak Yam masak mee goreng je pagi ni..” Kata Mak Kiah. Najma mengangguk dan beriringan dengan Mak Yam menuju ke dapur. Najma menikmati segelas susu segar dan sepinggan mee goreng.

“Papa kamu sihat Naja?” Soal Mak Yam. Walaupun dia belum pernah berjumpa Nazmi, bapa Najwa dan Najma namun dia tahu serba sedikit dari apa yang diceritakan Salina.

“Bolehla Mak Yam.. kadang-kadang sakit juga..” Jawab Najma.

“Ye lah.. biasalah, orang dah berumur macam tu lah.. Macam Mak Yam ni pun kadang-kadang kembung,sapu minyak angin kentutlah.. tahan sikit. Dua hari lepas sakit-sakit sendi pula, dah makan ubat klinik sihat dah..” Mak Yam menambah.

“Ye lah Mak Yam.. Mama macam mana sekarang?” Najma menyoal.

“Macam mana apa? Macam dia lah.. sibuk sana sini.. Dah maju kedai dia tu..” Jelas Mak Yam.

“Ye la.. Mama tu rajin betul dengan business dia.. mama tengahari ni balik makan kat rumah tak? Kelas wawa habis pukul berapa? Naja dah lama tak makan sama-sama dengan mama ngan wawa..” Kata Najma lagi.

“Mama kamu biasanya balik petang, tak tahulah pula balik tak makan tengahari ni. Si Najwa tu belum matahari terbenam tak de la dia nak balik. Entah ke mana dia merayau.. Mak Yam pun tak tahu nak kata apa..” Mak Yam menjawab.

“Oo.. kita makan berdua lah tengahari ni.. Malam nanti baru makan sama dengan mama..” Najma membalas. Mak Kiah mengangguk. Najma menghabiskan sisa-sisa terakhir mee goreng yang masih berbaki dipinggan. Usai itu, dia bawa pinggan dan gelasnya ke singki.

“Letak je kat situ.. nanti Mak Yam basuh..” Kata Mak Yam.

“Ala.. bukan susah pun.. bukan Naja tak biasa..” Kata Najma. Dia basuh pinggan dan gelasnya dan letakkan di rak.

“Mak Yam.. Naja masuk bilik dulu.. nak kemas barang sikit.. nanti Naja tolong Mak Yam masak..” Kata Najma. Mak Yam mengangguk dan Najma terus berlalu ke kamarnya. Langkah Najma terhenti di hadapan bilik adiknya, Najwa. Dia pulas tombol pintu. Mahu dilihat bilik adik kesayangannya itu.

“Cantik..” Kata Najma. Teman warna bilik Najwa berwarna merah dan hitam. Hiasannya pula. Nampak unik dan agak Funky. Sesuai dengan sifat Najwa. Najma tutup pintu bilik adiknya dan terus ke kamarnya. Sebelum dia kemas barangnya, dia capai telefon bimbitnya untuk hubungi bapanya.

“Assalammualaikum..” Najma memulakan perbualan.

“Ha? Ada apa? Jadi orang KL hang skarang..” suara Laila yang menyambut.

“ Mummy.. papa ada? Naja nak cakap ngan papa sat..” Kata Najma.

“Papa hang kat luaq. Sat aku panggil.. ABANG!!!!!” Laila menjerit memanggil suaminya. Najma terkejut sehingga matanya juling mendengar jeritan Laila. Geram sahaja rasanya. Suara nyaring Laila baginya boleh meletupkan pencawang Celcom di Arau. Najma mengucap panjang. Najma menunggu.

“Assalammualaikum anak papa..” Syed Hazim berkata. Najma menjawab salam bapanya.

“Abang!! Mai sat.. ada bangla juai karpet ni..” Terdengar suara Laila dari jauh. Najma mengeluh.

“Papa pi lah settlekan dulu Mummy tu..” Najma berkata. Rimas dengan suara nyaring Laila.

“Biaq pi la dia.. Naja sihat? Sampai pukui brapa?” Soal Syed Hazim.

“6. Naja okay.. Mama pun sihat.. Papa macam na? Sihat ka?” Kata Najma.

“Baguih la.. Kim salam papa pada mama nanti ya. Papa sakit perut sikit ni.. Malam kelmarin kenduri rumah Pak Taip Reter makan sambai terlebih cabai..” Jawab bapanya. Najma tertawa kecil.

“ Tu lah papa.. papa bukannya buleh makan cabai banyak-banyak.. jangan lupa makan ubat ya pa.. Nanti Naja risau..” Kata Najma lagi.

“Ya sayang.. puteri papa lagi satu tu macam na?” Syed Hazim menyoal perihal Najwa pula.

‘Dia pi kelas dah pa. Naja tak sempat jumpa lagi. Sat lagi la dia balik Naja jumpa. Pa nak kim salam ka?” Najma membalas.

“Kim salam ja la.. Nak kim kueh takut basi..” Balas Syed Hazim. Mereka tertawa.

“Papa ni.. Pa, Mama makin cantik.. papa bila nak mai sini jumpa mama.. tak rindu mama ka?” Najma menyoal pula. Ayahnya itu hanya diam tanpa jawapan.

“Naja.. Perut papa memulas lagi ni.. Sat papa nak pi toilet dulu.. Nanti ada masa papa call.. Assalammualaikum..” Syed Hazim terus mematikan talian. Najma menjawab salam bapanya itu. Risau dengan bapanya. Dia hanya mampu doakan kesejahteraan bapanya. Najma ambil beg pakaiannya dan memulakan operasi mengemas barang. Satu persatu barangnya disimpan. Dia atur pakaiannya di dalam almari. Dia pastikan semuanya kemas, baru selesa di bilik. Dari pakaian hinggalah kepada barangan kosmetik, semuanya diatur rapi. Najma sangat mementingkan penjagaan diri. Mungkin menurun sifat ibunya. Sebab itulah Najma sentiasa kelihatan cantik dan segar sepanjang hari. Najma keluarkan bingkai gambar dia dan ayahnya dari beg dan meletakkan di meja sebelah katil. Dia amat menyayangi ayahnya. Dia kucup gambar ayahnya itu berkali kali.

“Papa.. Naja sayang papa.. Jaga diri elok-elok..” Desis hati kecilnya. Selesai semua, Najma membersihkan diri dan bersiap untuk membantu Mak Yam masak tengahari. Rambutnya lurus melepasi bahu disisir rapi. Dia berdiri dihadapan cermin. Sudah berpuas hati dengan penampilan, Najma melangkah keluar. Dia menuju ke dapur bagi membantu Mak Yam menyediakan juadah makan tengahari.

“Mak Yam..” Jerkah Najma.

“Oh ayam… tomyam…” Mak Yam melatah. Dia beristighfar. Najma tertawa melihat gaya Mak yam melatah.

“Sorry..” Kata Najma. Dia tersenyum sumbing memandang Mak Yam.

“Kamu ni…. Sorry-sorry naik lori lah..” Kata Mak Yam. Geram rasanya. Najma tertawa lagi.

“Mak Yam nak masak apa ni? Ada ayam, terung ni..?” Soal Najma.

“Masak bodoh-bodoh je.. kita makan berdua je..” Balas Mak Yam.

“Yeke.. Naja tolong ya..” Najma menambah. Lengan baju disinsingnya. Dia membantu Mak Yam menghiris bawang. Mak Yam pula ligat memulakan masakannya. Sebagai tukang masak yang cekap, memasak bukanlah masalah bagi Mak Yam. Najma kagum melihat kehebatan Mak Yam di dapur.

“Kat sana siapa masak kat rumah kamu?” Mak Yam menyoal. Tangannya masih ligat mengacau sayur di kuali.

“Kalau Naja rajin Naja masaklah untuk papa. Selalunya makan kat kedai je..” Balas Najma.

“Mak tiri Naja tu tak masak ke? Bukan dulu ada orang gaji juga kan?” Mak Yam menyoal lagi.

“Dah sepuluh orang gaji berhenti Mak Yam. Tak tahan perangai Mummy Laila. Mummy tu pula, mana tahu masak. Dia tahu shopping, pergi salon, hutang sana sini..” Najma membalas dengan sedikit keluhan.

“Yeke.. kesian papa kamu. Yang dia kahwin dengan Mak tiri kamu tu kenapalah..” Mak Yam pula mengeluh.

“Tok wan yang suruh. Mak Yam tahu kan, mama ngan papa cerai pasai Tok Wan lah. Mummy tu memang pilihan Tok Wan dari dulu lagi..” Najma menjelaskan.

“Tu lah.. Mama Naja pun ada cerita. Kesian Mak Yam kat kamu semua ni. Tapi tak apalah, dah takdir… Tok Wan kamu macam mana? Sihat lagi?” Mak Yam berkata.

“Tok Wan macam tu lah.. tak lah sihat sangat. Macam-macam kerenah. Dah tua nak mati pun fikir darjat, sombong lagi.. Entahlah. Naja pun tak faham dia..” Najma menambah. Mak Yam tidak membalas apa-apa. Dia biarkan gadis itu meluahkan. Mak Yam sudah siap memasak. Najma membantu Mak Yam menyajikan makanan dan mereka menikmatinya bersama.

No comments:

Post a Comment