Tuesday, August 7, 2012

Novel - Aleeya 4


Aleeya kelam kabut menyiapkan diri, dia terlewat bangun pagi itu. Zackry pula tidak mengejutkannya. Bukan sengaja, kata-kata Aleeya beberapa hari lalu mengubah perlakuan Zackry terhadap isterinya. Kini, dia benar-benar membiarkan Aleeya dengan kehidupan peribadinya. Ke kolej juga tidak bersama. Aleeya lebih kerap menaiki teksi. Berjumpa di rumah juga hanya kadang kala. Masing-masing duduk di bilik untuk melakukan hal peribadi masing-masing. Aleeya perasan dengan perubahan itu, namun dia tidak mengendahkan. Dia lebih selesa begitu. Tidak perlu menghadap muka dan loya buruk suaminya lagi. Mereka hanya berkomunikasi di kelas. Ternyata Zackry seorang yang professional dalam kerjayanya. Soal tugas danperibadi dipisahkan. Di kolej Aleeya adalah pelajarnya. Aleeya juga begitu Cuma kadang kala dia ada menunjukkan sifat antagonisnya terhadap Zackry. Zackry pasrah. Kelas bersama Cik Embun sudah bermula hampir setengah jam. Aleeya yang tiba lewat itu mengetuk pintu. Suzanna dan Mardiana gelisah. Sudah pasti Aleeya akan dihukum. Cik Embun terkenal dengan sikap garang dan tegasnya. Jolokan Anak Dara Tua diberikan kepadanya kerana walaupun usia sudah menginjak 35 tahun, wanita itu masih belum bersuami. Ada ura-ura yang mengatakan dia menyimpan perasaan terhadap Zackry. Al maklumlah, orang kacak. “ Aleeya, Kenapa lambat?” Soal Cik Embun. “Bangun lambat” Ujar Aleeya sambil menelan air liur. Bimbang didenda Cik Andartu itu. “ huh.. alasan tak masuk akal.. kenapa bangun lambat? Kamu susukan anak ke semalam?” Perli wanita itu lagi. Aleeya hanya diam. Terdengar tawa beberapa teman sekelasnya. “Today for first time I’ll forgive you.. duduk” Kata Cik Embun. Aleeya menarik nafas lega. Dia mengambil tempat, dalam hatinya dia geram. Geramkan Zackry yang menjadi punca segalanya. Tamat sahaja kelas Aleeya diserbu Suzanna dan Mardiana yang menyoalnya bermacam-macam perkara. Aleeya penat melayan karenah mereka. Sedang mereka berbual, kelibat Zackry melintas di kelas Aleeya. Zackry berjalan seiring dengan Sherry. Aleeya dan temannya tergamam. Zackry langsung tidak menoleh kearahnya malah begitu leka berbual dengan Sherry. Aleeya geram. Bebola matanya berapi. “ Ha… kan betul aku kat, lagipun, pagi tadi aku Nampak En. Zack datang sama-sama ngan minah tu.” Ujar Suzanna. Aleeya cepat-cepat menoleh kea rah Suzanna. “ Cis, aku lambat kau sedap-sedap pergi kolej ngan pompuan tu..” Aleeya merungt geram didalam hati. Kini, tiada maaf lagi buat Zackry. Dia nekad, pulang dari kolej nanti, Zackry akan dileteri. Biar segala kemarahannya lepas. Seperti yang dirancang, Aleeya yang sedang menonton televisyen menunggu kepulangan Zackry. Zackry pulang agak lewat hari itu. Sebaik masuk ke rumah, Aleeya menyerang. “ Amboi, lambat balik” Kata Aleeya, matanya masih tertancap pada skrin televisyen. Zackry tidak mengendahkan. “hoi, saya cakap dengan awak.” Aleeya menambah. Langkah Zackry terhenti. Hari tersebut adalah hari yang memenatkan baginya. Dia berang dengan panggilan Aleeya terhadap dirinya. “ Kalau panggil elok-elok boleh tak?” Zackry mula bersuara. “Suka hati lah.. “ Aleeya ketawa kecil. Zackry semakin baran. Sabarnya ada batasan. “Nazzatul Aleeya, kau ni kenapa? Apa yang tak puas hatinya ha?” Suara Zackry sedikit tinggi. Aleeya bertambah bengang mendengar herdikan suaminya. “ Memang aku tak puas hati, sebab kau aku lambat pergi kolej, sebab kau aku kena ketawa,kena perli.. kau tahu tak?!!” Aleeya semakin meninggikan suaranya. Gaya bahasa yang digunakan turut berubah. “ Hey, itu semua kau punya pasal lah.. kau yang pilih cara hidup macam ni, lantak KAULAH!!” Kata Zackry. Air muka Aleeya berubah. Tidak pernah dia melihat Zackry sebegitu baran. Namun dia tidak mahu mengalah. “ Hey, kau jaga sikit kata-kata tu!! Kita sama-sama yang pilih.. dah la tu, menggatal pula dengan Sherry” Aleeya semakin geram. “ Hey Aleeya, suka hati akulah… kau tu siapa nak tentukan hidup aku?” Tengking Zackry. Dia sedar dia telah berkasar dengan Aleeya. Namun, Aleeya harus diajar. Aleeya tunduk, dia menyedari salah sendiri. “ Ingat, kita kahwin atas kontrak sahaja, so, tak payah nak sibuk hal aku, and aku pun tak ingin nak ambil tahu hal kau!!” Zackry menambah. “ Okey, so kalau macam tu.. Let me go.. Ceraikan aku, senang!!” Jerit Aleeya. Matanya mula berkaca. “ Itulah kau, cakap tak pernah pakai otak” Zackry menghalakan penunjuknya ke kepala Aleeya. Aleeya menepis. “ Kalau aku tak fikirkan papa and mama, kalau aku tak hormatkan ayah dan ibu, I’ll let you go.. but, aku tak boleh buat macam tu.. “ Suara Zackry semakin rendah. Dia tunduk merenung lantai. Aleeya juga terdiam, dia teringat janjinya terhadap kedua orang tuanya. “ Aleeya, awak nak apa lagi? Apa yang saya perlu buat supaya awak bahagia, senang hati, apa?” Zackry menyoal. Aleeya masih diam. Dia mati kata. “ Sudahla, kalau saya layan marah memang dah lama awak kena, but I respect you as my wife. Saya tak kisah awak nak anggap saya suami atau tak, terpulang kat awak.. tapi kalau awak mintak cerai, I’ll say NO” Tegas pendirian Zackry. Dia terus melangkah ke kamarnya. Aleeya yang masih berdiri kaku dibiarkan. Aleeya menitiskan air mata. Rasa bersalah mula menyelubungi. Aleeya melangkah ke kamarnya, dia menangis sepuasnya. Perasaannya bercampur baur. Penyesalan memilih perkahwinan itu mula menyelubungi. 
***********************************************************************************
 Satu semester telah tamat, waktu cuti semester Aleeya dan Zackry pulang ke kampung halaman Aleeya. Hubungan mereka masih dingin. Biar Aleeya mahupun Zackry, masing-masing masih dengan ego mereka. Selain itu, status perkahwinan mereka masih menjadi rahsia di kolej. Perjalanan pulang yang mengambil masa 2 jam sunyi tanpa bicara. Nyanyian Kumpulan Search dengan lagu Isabella tidak mampu menceriakan perjalanan. Sekali sekala Aleeya menukar siaran radio untuk mencari lagu kegemarannya. Kemudian Zackry pula menukarkanya semula. “Entah apa-apa, muka poyo, minat lagu jiwang karat” ngomel Aleeya perlahan. Zackry dapat mendengarnya. “ Suka hatilah, dia tu muka mak cik cleaner minat lagu pop..” Balas Zackry. Aleeya berpaling kearahnya. Mahu sahaja Zackry ketawa melihat riak wajah Aleeya itu. “Orang cantik-cantik kata macam mak cik cleaner. Buta ke ape..” Aleeya mengomel lagi. “ Cantik lagi nenek aku..” Jawab Zackry. Aleeya menarik muka. Zackry tersenyum melihat perlakuan Aleeya itu. Tidak lama kemudian mereka tiba di kampung halaman Aleeya. Aleeya sangat merindui kedua orang tuanya. Haji Nazim dan Hajah Amina menyambut kepulangan anak dan menantu mereka. “ Ibu, Ayah.. apa khabar..” Aleeya bersalam dan memeluk erat kedua orang tuanya. Zackry juga begitu. “Jom la masuk, ibu dah masak.. kita makan sama-sama” Ujar Hajah Amina. Aleeya bergegas masuk ke dalam rumah bersama kedua orang tuanya. “ Eh, takkan dibiar Zack sorang angkat barang leeya oi..” Haji Nazim bersuara. “ Ala… takpe ayah, dia dah biasa, bukan banyak pun..” Jawab Aleeya sambil tersenyum sumbing kearah Zackry. “Kepala hotak kau tak banyak. Bawak barang macam nak pindah je.. “ Ngomel zackry sambil mengeluarkan barang dari but keretanya. “ Sabar Zack, kau kan macho,kacak pulak tu.. cool man..” Kata Zackry sendirian. Dia mengangkat barang-barang mereka ke dalam rumah. Berpeluh juga dia mengangkatnya. Geram benar dia dengan Aleeya. Zackry masuk ke dalam bilik. Aleeya ketika itu sedang duduk di jendela merenung suasana kampong. Rindu benar dia pada kampungnya. “Oii.. banyak cantik muka, kemas la barang ni, saya dah angkatkan” Sergah Zackry menenggelamkan lamunan Aleeya. “ Ala.. jap lagi la…” rungut Aleeya. “ Banyak awak punya jap. Saya dah penat angkat tau.. “ Kata Zackry lalu merebahkan tubuhnya di katil. “ oit.. jangan nak memandai tidur atas tilam ni.. awak, tidur bawah.. “ Aleeya mengarah. “ Ala… Kata kalau balik nak berlakon jadi suami isteri romantic.. marilah adinda kita beradu” Kata Zackry. Aleeya ketawa kecil melihat aksi manja Zackry itu. “ Banyak cantik… Romantik depan ayah ibu je.. dalam bilik tak kira… “ Kata Aleeya.. “ 1,2,3,4,5..” Kata Zackry lagi.. “ Hey, buat apa tu..” Aleeya hairan. “ Laa.. tadi kata tak kira, ni nak tolong kira lah…” Zackry berseloroh. “ Awak…” Aleeya melepaskan tamparan di paha Zackry. “ Adoi… gaya je lembut, sakit siot kena tampar..” Zackry mengaduh. Aleeya ketawa. Zackry merenung Aleeya. “ Cantik” bisik hatinya. “ Oii.. apa tengok-tengok..” Aleeya perasan yang Zackry merenungnya. “ Tak… Awak ni cantik… Tapi..” Zackry terhenti sebentar. Aleeya mula tersipu, “ Tapi bila awak ketawa lagi cantik, dah macam spongebob pulak saya tengok.” Ujar Zackry. Satu lagi tamparan hinggap di paha Zackry. “Dah la.. malas saya layan orang gila macam awak, jom makan” Aleeya melangkah keluar dan menuju ke dapur diikuti Zackry.
***********************************************************************************
 Seminggu Aleeya dan Zackry bercuti di kampong, hubungan mereka semakin rapat. Haji Nazim dan Hajah Amina senang melihat hubungan itu. Walaupun pada dasarnya Zackry dan Aleeya Cuma berlakon di mata Kedua orang tua mereka itu, namun tanpa mereka sedari masing-masing telah belajar menerima satu sama lain. Baki cuti Aleeya masih tinggal seminggu. Zackry pula terpaksa pulang awal kerana ada tugas yang perlu diselesaikan. Malam itu malam terakhir zackry di rumah mertuanya. Seperti biasa, Zackry terpaksa mengalah dan tidur di bawah sementara Aleeya di atas katil. Zackry tidak dapat melelapkan mata. Dia keluar dari bilik dan menuju ke jendela. Dikuak jendela tersebut. Angin malam menusuk segenap tubuhnya. Aleeya juga tersedar sebaik terasa dingin menusuk tubuhnya. “ Awak..” panggil Aleeya perlahan. Zackry menoleh. “ Tak tidur lagi.” Tanya Aleeya sambil bangun dari katil dan menghampiri Zackry. “ Tak boleh tidur..” Ujar Zackry. “Kenapa pulak?” Aleeya hairan. “ entah.. mungkin sebab kena tidur kat bawah kot, kalau kat atas mesti lena..” Zackry bercanda. “ Padan muka, siapa suruh kahwin dengan Nazzatul Aleeya.” Jawab Aleeya selamba. “ Papa and mama suruh..” Kata Zackry. “ Mengada-ngada lah awak ni, ada je nak menjawab.” Aleeya membalas. “ Best la angin malam..” Kata Zackry. Aleeya mengangguk sambil menyisir rambutnya yang mengurai. Zackry terpesona. Namun dia cuba mengawal. “ Suasana kampong tenang, sebab tu saya suka duduk kampong.” Kata Aleeya. Zackry mengiakan. “ Angin Bandar tak best ke?” Zackry menyoal. “ Tak… Lagi-lagi angin awak tu.. ngeri saya..” Aleeya berkata. “ Sorry kerana berkasar dengan awak.” Pinta Zackry. “ Eleh, ye lah tu… dah la tidurla… esok awak nak drive..” Kata Aleeya. Tingkap ditutupnya. “ ye sayang” Ujar Zackry. “ Buang tebiat ke awak ni.. meremang bulu roma saya…” Kata Aleeya. Dia kembali ke katilnya. Zackry juga begitu. Dia cuba melelapkan mata. Aleeya memandang sekujur tubuh milik suaminya itu. Jauh disudut hati dia kasihan melihat Zackry. Zackry terlalu baik padanya. Namun dia masih belum dapat menerima lelaki tersebut sebagai suaminya. Namun, dia cuba belajar untuk menerimanya.
***********************************************************************************
 Cuti semester telah tamat, Aleeya kembali belajar seperti biasa. Tidak banyak yang berubah dalam hidupnya. Hubungannya dengan Zackry masih sama. Tiada yang berubah. Masing-masing sibuk dengan tugas. Seperti biasa, Aleeya banyak menghabiskan masanya di perpustakaan untuk belajar manakala Zackry pula sibuk mengajar. Mereka hanya bertemu di rumah. “ Leeya, dah makan?” Tanya Zackry sebaik tiba di rumah. Waktu itu Aleeya sedang menonton rancangan kegemarannya Wonderpet. “ Dah.. tadi saya beli nasi bungkus. Ada lagi tu, kalau nak makan la… tapi macam dah basi je..” Kata Aleeya. Zackry diam. “Hari-hari nasi bungkus. Entah bila nak masak untuk aku ni…” Ngomel Zackry dalam hati. Dia melangkah kekamarnya. Malam itu Aleeya membuat assignment Math yang diberi. Tajuk Diffrentation yang baru dipelajari agak susah baginya untuk difahami. Aleeya menipiskan egonya untuk meminta bantuan suaminya. Tuk..tuk.. Pintu bilik Zackry diketuk. “Masuk” Kata Zackry. Aleeya memulas tombol pintu bilik suaminya itu. “Astaga…” Aleeya mengucap panjang. Selama ini, dia tidak pernah masuk ke bilik Zackry. Alangkah terperanjatnya dia melihat bilik zackry yang bersepah. Baju bertaburan, buku-buku diletakkan merata-rata. Aleeya mengomel “ Apa awak ni.. muka je handsome, bilik macam tongkang pecah.” “ Ala… biasala bilik lelaki.. Yela.. ada isteri tak tolong kemaskan.” Zackry membalas. “Tak teringin saya nak kemaskan. Kalau ada orang gaji pun dia mintak cuti tanpa gaji setahun tau.. bilik bersepah macam ni.. boleh awak tinggal dalam bilik macam ni? Boleh lena tidur ye…” Aleeya berleter lagi. Zackry tersengih bagai kerang busuk sambil perlahan-lahan menutup laptopnya. “ Awak ni teruk la.. macam mana boleh jadi lecturer.” Ngomel Aleeya. “ Ala.. janganla berleter lagi.. awak ni kalau bercakap memang non-stop ye.. kalau awak tak nak tolong kemas tak pe la.. malam ni saya tidur bilik awak ok…” Zackry sengaja menyakat. “ Kepala berkelimumur awak… tak hingin saya… jangan nak mengada-ngada tau…” Jawab Aleeya. “ok.. ni datang ada apa hal?..” Tanya Zackry. “ Errr… tolong ajar Math ni.. susahla..” Pinta Aleeya. “Ha.. tu lah, masa saya mengajar tak bagi perhatian, berborak la, korek cagu la, melepaskan kentut perlahan-lahan la… ish..ish.. apa yang susah sangat ni…” Zackry pula mengomel. “ Ala… orang dah pay attention la.. tapi dah memang tajuk ni susah..” Rengek Aleeya. “ Ala… manja pulak, tak payah nak goda-goda..” Zackry tersenyum nakal.. “ Tapi tak nak dalam bilik awak ni… smelly la… kat luar la…” Pinta Aleeya sambil menutup hidung. Geram sahaja Zackry melihatnya. Mereka ke ruang tamu. Zackry mengajar semula Aleeya bab yang tidak difahami Aleeya. Setelah diperjelas satu persatu akhirnya Aleeya faham dan mampu menguasai tajuk tersebut. “ Thanx awak..” Ujar Aleeya. “ Upahnya awak kena kemas bilik saya boleh tak?” Zackry merayu. “ hmm.. tengoklah nanti.” Kata Aleeya. Zackry beredar. Aleeya menyiapkan tugasnya yang tertangguh itu.
************************************************************************************


No comments:

Post a Comment