Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 7


Pagi yang nyaman. Sebaik selesai mengemaskan diri, aku keluar dari kamar.Suasana riuh rendah degan suara kanak-kanak membuatkan aku tersenyum. Sudah lama aku tidak mendengar melodi indah itu. Aku berjalan keluar. Sepanjang perjalanan, aku disapa ramah oleh beberapa orang di situ. Aku membalas sapaan mereka dengan senyuman.
“Mardihah…” Suara Kak Jamilah kedengaran dari belakang. Aku menoleh.
“Akak…. Selamat pagi…” Sapaku.
“Assalammualaikum, selamat pagi.. macam mana tidur? Lena?” Katanya. Aku tunduk dan menjawab salamnya.
“Lena kak… mungkin kepenatan semalam. Mari, kita sarapan sama-sama.” Kak Jamilah memimpin tanganku. Aku di bawa kesebuah dewan. Aku baca tulisannya. Dewan Makan. Aku melangkah masuk selepas Kak Jamilah.
“Mardihah duduk dulu, akak ambilkan makanan…” Kata wanita itu. Aku mengangguk dan duduk di tempat yang disediakan. Beberapa pasang mata yang ada dalam dewan itu memerhatiku.
“Ini sarapan kita, nasi goreng dan telur separuh masak..” Kak Jamilah muncul dan membawa sarapan buatku. Dia mengambil tempat di hadapanku. Aku mengucapkan terima kasih. Selesai berdoa, kami makan.
“Akak… mana budak-budak.. akak kata ada 30 orang anak yatim kan..” Aku menyoal.
“ooo.. Dah kesekolah, yang tinggal ni budak-budak yang belum bersekolah. Dekat sini sebenarnya, bukan anak yatim sahaja, anak-anak dari keluarga susah, anak-anak yang di buang. Yang paling besar kat sini sudah 21 tahun, sekarang belajar di Universiti Putra Malaysia. Dan yang paling kecil usianya 3 minggu. Anak yang dibuang.” Kak Jamilah menjelaskan.
“Kos semua persekolahan dan makanan di sini macam mana? Saya duduk sini nak kena bayar berapa kak sebulan?” Aku menyoal lagi. Kak Jamilah senyum
“Kat sini, semuanya percuma. Semua di tanggung oleh En Firdaus. Selain itu kami di sini ada juga mendapat sumbangan dari beberapa badan korporat dan anak-anak di sini dapat alaun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mardihah jangan risau, kejap lagi En Firdaus datang, dia akan jelaskan semua.” Tambah wanita itu. Aku mengangguk dan menghabiskan baki-baki nasi yang tertinggal.
Selesai sarapan, Kak Jamilah membawa aku melawat di sekitar Kawasan Yayasan Jannatul Firdaus. Kawasan seluas dua hektar itu menempatkan sebuah bangunan asrama lelaki, sebuah asrama perempuan, satu bangunan pusat pentadbiran, surau, dewan, kelas-kelas dan pusat   riadah. Kawasan sekitarnya juga diserikan dengan tanaman-tnaman bunga yang indah. Memang kawasan Yayasan itu tenang.
“Ini bilik En Firdaus. Mardihah masuk dulu lah… dia ada di dalam. Akak buat kerja dulu ya.”Kak Jamilah meminta diri. Barulah aku tahu, Kak Jamilah adalah pembantu Firdaus. Dia menguruskan hal ehwal pentadbiran Yayasan. Selain itu terdapat seorang kerani di bahagian pentadbiran yang juga mualaf dan penghuni Yayasan itu. Dua orang ibu tunggal lagi diletakkan sebagai penjaga di asrama yang menyelia hal-ehwal makan, pakaian dan keselesaan di asrama. Aku juga diperkenalkan dengan dua lagi ibu tunggal dan 2 Muallaf yang ditugaskan sebagai pengasuh dan tenaga pengajar di yayasan itu. Aku benar-benar kagum dengan Firdaus. Dia bukan hanya memberi perlindungan, malah peluang pekerjaan.
Aku mengetuk pintu pejabat Firdaus. “Masuk.” Terdengar suaraya dari dalam. Aku memulas tombol pintu dan masuk ke dalam. Aku duduk di hadapannya.
“Macam mana? Awak sihat?” Soalnya. Aku mengangguk.
“Terima kasih Firdaus, awak dah banyak tolong saya, saya tak tahu nak balas macam mana..” Aku berulang kali mengucapkan terima kasih.
“Tak apa Mardihah, dah tanggungjawab kita bersama bagi membantu sesama islam.. So, apa perancangan awak lepas ni?” Soalnya lagi.
“Ha? Perancangan?” Aku seperti sedikit terkejut. Manakan tidak, aku masih belum membuat apa-apa perancangan, aku selesa berada di sini, kalau boleh mahu terus di sini. Tapi, dia macam nak aku keluar je.
“Err… saya nak mintak tinggal beberapa hari di sini boleh tak? Saya nak cuba cari kerja di luardan rumah sewa. Nanti dah dapat saya keluar la..” Aku membuat muka simpati.
“Cari kerja? Apa kelayakan yang awak ada?” Dia bertanya lagi.
“Diploma In Business Admin..” Kataku
“Wow.. bukan calang-calang la awak ni.. macam ni Mardihah, kalau awak tak keberatan, saya nak ambil awak berkerja di sini, dan awak boleh tinggal di sini. Awak setuju tak kalau saya lantik awak sebagai guru tuisyen budak-budak di sini?” Firdaus menawarkan. Aku membulatkan mata, pucuk dicita, ulam yang datang. Aku terus mengangguk setuju.
“Bagusla. Dan, saya tak nak sia-siakan ilmu yang awak ada. Awak ada dua tugas. Tugas kedua, saya nak awak pantau jika kita ada peluang dalam pasaran, tak kisahla saham ke, apa-apa ke.. yang boleh mendatangkan hasil buat Yayasan ni. Tapi… secara halal.” Ujarnya lagi.
“Ooo.. baiklah… Terima Kasih Firdaus..” Aku menitis air mata. Terharu dibantu sedemikian. Masih ada ruang buatku dalam masyarakat. Walaupun aku telah banyak berdosa. Tuhan itu Maha Penyayang. Dia bantu aku. Terima Kasih Tuhan.
“Err.. Firdaus.. saya nak berubah.. boleh tak awak pimpin saya untuk berubah..” Aku menyuarakan hasrat yang terpendam.
“InsyaAllah… di sini, kita ada kelas agama untuk budak-budak dan semua penghuni. Awak nak mula dari mana?” Firdaus menyoal.
“Dari awal, dari asas… saya memang dah tak ingat semua tu. Dah lama saya abaikan..” Aku tunduk malu dengan diri sendiri, malu dengan Tuhan.
“Asas… ermm, asas semua untuk kanak-kanak.. kalau awak keberatan saya cuba asingkan.. macam mana?” Tambahnya lagi.
“Eh, tak perlu… saya tak kisah. Saya nak belajar..” Aku menidakkan. Dapat aku rasakan kesungguhan dalam hatiku ini dan aku belum pernah sebegini.
“Baiklah… nanti saya aturkan. Untuk kerja awak tu, mungkin esok dah boleh mula..” Katanya.
“Terima Kasih… Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu..” Aku meminta diri. Dia mengangguk dan memberikan salam. Aku menjawab salamnya.
Petang itu, aku diperkenalkan kepada semua penghuni Yayasan. Aku sangat bersyukur, mereka dengan hati yang terbuka menerima aku. Petang itu juga aku keluar bersama Kak jamilah untuk mencari pakaian dan mengubah rambutku yang keperangan ini. Aku juga membeli sepasang telekung dan sebuah Al-Quran.
“Akak… terima kasih ya… Mar tak tahu nak luahakan macam mana lagi. Akak dan Firdaus serta Yayasan banyak bantu Mar..” Kataku dalam perjalanan pulang.
“Mardihah… Ini semua pertolongan dari Allah.. Allah tu Maha penyayang. Dia tak akan biarkan Hambanya dalam kesusahan. Kita sebagai khalifah ini hanya menjalankan apa yang telah ditetapkan olehNya..” Wanita itu menutur kata.
“Akak.. malam nanti Mar ada hal nak bercakap dengan akak. Banyak sangat.. kalau akak sudi, boleh tak kak?” Aku meminta
“InsyaAllah…” Balasnya.
**********************
“Akak… Mar banyak sangat dosa. Mar takut kak..” Aku menangis. Aku menceritakan segalanya kepada Kak Jamilah. Aku selesa dengannya.
“Sabar… Tuhan tu Maha Pengampun..” Dia menenangkan aku.
“Mar tak tahu nak buat apa kak… bila Mar fikir, Mar rasa hina sangat diri ini. Mar rasa Mar dah tak layak untuk jadi Hamba Allah… Masa tu, semua Mar tak kisah. Mar berzina, minum arak,
solat dan Al-Quran memang jauh dari hidup Mar… Mar makan duit haram.. Dan yang paling Mar rasa teruk bila berzina dengan bapa saudara sendiri kak.. Apa Mar nak buat kak” Sambungku dalam esak tangis.
“Mar.. Pintu taubat Allah tu sentiasa terbuka untuk HambaNya yang ingin berubah. Masih belum terlambat… Bertaubatla…” Pujuknya.
“Mar tak tahu kak.. Macam mana nak solat Taubat..” Aku memandangnya. Air mata aku seka.
“Nanti akak ajar… Ingat Mar, Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat dari kesalahan tersebut." Kata Kak Jamilah. Aku mendengar khusyuk.
“Tapi kak… Mar rasa hina sangat diri Mar ni..” Aku berkata perlahan
“Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya kerana sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sebagaimana firmanya dalam surat Al-Baqarah: 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang- orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." Kak Jamilah menjawab. Aku mengangguk.

“Jadi… terbuka lagi ke Pintu taubat untuk Mar akak?” Aku menyoal.
“Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerimataubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari  barat." Balas wanita itu. Aku senyum.
“Kadang-kadang Mar takut kak.. kalau-kalau Mar mati sebelum sempat taubat. Dulu masa Mar buat kerja terkutuk tu, Mar ada terfikir nak berubah. Tapi ada seorang ustazah yang Mar kenal dia kata orang macam Mar ni dah tak diterima dalam islam. Dia kata Mar ni ahli neraka. Kalau Mar taubat pun Tuhan tak terima. Tu yang Mar ubah fikiran. Daripada macam tu baik Mar terus je dengan hidup Mar tu…” Aku menceritakan kepadanya.
“Mar, dia tak ada hak untuk tentukan hidup Mar. Dia tu yang patut taubat. Dia dah memesongkan…” Ujarnya.
“Terima Kasih kak…” Aku memeluk Kak Jamilah.
“Sama-sama… apa yang akak boleh bantu, akak bantu..” Katanya.
“Esok dah start kelas kak… nervous la pulak Mar rasa…” Aku tertawa kecil.
“Ala… nak belajar kan… Firdaus macam mana?” Kak Jamilah menyoal.
“Firdaus.. dia baik sangat kak.. Dia pun tahu masa silam Mar… Malu Mar dengan dia..” Aku tunduk.
“Dia bukan jenis macam tu. Dia baik sangat. Bagi dia semua orang sama. Akak kagum dengan dia. Kalau bukan dia buka Yayasan ni bersama arwah isteri dia dulu, tak tahulah apa nasib akak dengan penghuni lain…” Kak Jamilah menambah.
“Arwah isteri? Dia dah kawin la..” Aku hairan
“Ya… Puan Jannah. Meninggal dua tahun lepas sebab kanser tulang. Puan Jannah dan En Firdaus la yang tubuhkan yayasan ni. Mereka tak ada anak, jadi mereka tubuh Yayasan ni. Tapi Tuhan lebih sayangkan Puan Jannah. Dia pergi menghadap Ilahi beberapa bulan lepas tubuh Yayasan ni. Akak sempat mengenalinya. Dia memang baik.” Kak Jamilah merenung jauh. Mungkin teringat memori bersama Puan Jannah.
“Sekarang.. Firdaus tak kahwin lagi ke?” Mulut gatal aku menyoal. Sekadar ingin tahu.
“Entah… akak ada juga dulu Tanya. Yela, akak kesian tengok dia sorang-sorang.. dia kata, kalau Tuhan dah tentukan jodoh dia, dia kawin la… selagi dia tak kawin, maknanya Tuhan belum sedia la nak bagi dia tanggungjawab sebagai suami..” Ujar Kak Jamilah.
“Betul la tu…” Kataku.
*********************

No comments:

Post a Comment