Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 20


Najwa sudah sembuh dari kecederaannya. Yang tinggal cuma luka-luka kecil. Najwa dibenarkan pulang kerumah setelah dua hari terlantar di katil hospital. Aidil pandu keretanya. Najma, Najwa dan Salina berbual girang.

“Mama dah suruh Mak Yam masak belum?” Najwa soal.

“Dah.. balik nanti kita makan, Aidil, makan sekali lah.. Kamu dah banyak bantu keluarga saya.. Terima Kasih, segan pula saya susahkan kamu..” Kata Salina.

“Its ok la Puan.. Apa yang saya boleh bantu, saya bantu ikut kemampuan..” Balas Aidil. Sesekali dia kerling arah Najma yang duduk di sebelahnya.

“Ala.. Abang Aidil pun nanti jadi family kita kan ma… Bukan orang lain..” Najwa berbicara nakal.

“Janganlah usik abang Aidil tu..” Tambah Salina.

“Bukan.. nasihat ma.. Jangan sampai kita dah kehilangan baru nak bagitahu…” Najwa menambah lagi.

“Apa-apa lah adik ni.. kesian abang Aidil..” Najma mencelah.

“Ok.. kita dah sampai..” Aidil matikan enjin keretanya. Najma bantu memapah Najwa. Salina angkut barang anaknya itu. Aidil turut membantu.

“Elok-elok… Boleh tak ni?” Soal Najma sewakt Najwa ingin turun dari kereta.

“Akak.. ini Najwa lah.. Urat dawai tulang besi..” Najwa mendabik dada.

“Urat dawai sangatlah cedera macam ni…” Ngomel Najma. Dia papah Najwa masuk rumah. Najwa duduk di sofa. Najma duduk sebelah adiknya itu. Salina dan Aidil letak barang di penjuru rumah.

“Adik… thanks do semua ni untuk kakak..” Najma usap wajah adiknya itu.

“Kak… Adik buat semua sebab adik sayang kakak. Adik minta maaf banyak lukakan hati kakak.. Adik tak dapat nak tebus semua..” Balas Najwa.

“Adik dah tebus.. Akak sayang adik, biarlah kita selamanya macam ni tau.. Tak mau gaduh-gaduh lagi..” Ungkap Najma. Najwa angguk. Kedua beradik itu berpelukan. Salina hampiri puteri-puterinya.

“Maafkan kami ma.. buat mama selalu susah hati..” Najwa berkata pada ibunya.

“Adik nakal, kakak kuat nangis.. Macam mana pun semua anak mama… Mama sayang kamu..” Salina peluk anak-anaknya. Aidil memerhati dari jauh. Tersentuh melihat kasih sayang anak beranak itu.

“Drama sebabak dah habis.. Jom kita makan..” Suara Mak Yam memecah kesunyian.

“Mak Yam…” Najwa depakan tangannya. Mak Yam berjalan arah Mak Yam. Mereka berpelukan.

“Budak ni.. lain kali jangan handal sangat.. tengok dah lebam, luka sini..” Bebel Mak Yam.

“Ala…. Orang baru balik dia dah bebel.. Mak Yam tak rindu wawa ke?” Najwa mencemik muka.

“Mestilah rindu.. anak Mak Yam ni…” Mak Yam cubit pipi Najwa. Najwa sudah dianggap seperti anak sendiri. Najwa juga manja dengan Mak Yam kerana diasuh wanita itu sejak kecil.

“Amboi… bestnya dia ada dua ibu..” Kata Najma.

“Ala.. kakak pun ada kan.. Mummy laila.. heheh…” Balas Najwa.

“Whatever.. Mummy awak juga, cik Najwa oii..” Tambah Najma.

“Tak maul ah.. nanti jadi The Mummy returns.. Jom lah makan. Wawa dah dengar perut abang Aidil nyanyi lagu negaraku dah.. Kesian dia..” Najwa mengerling kearah Aidil.

“Abang pula kena?” Aidil senyum.

“Dia ni.. sakit-sakit pun kenakan orang juga…” Ngomel Salina. Najwa tersengih. Mereka sekeluarga temasuk Aidil menikmati makan malam yang disediakan Mak Yam. Najwa berselera sekali menjamah makanan. Sekali sekala dia memanjakan diri meminta Najma suapkannya.

“Akak… nah..” Najwa suapkan Najma. Najma segan. Namun dia terima juga.

“Dulu, kecil-kecil kalau mama suap wawa, kakak sabar tunggu, tapi bila mama nak suap kakak, wawa tarik tangan mama masuk mulut dia..” Salina bercerita.

“Ye ke ma? Tak berapa nak ingatlah..” Kata Najwa.

“Ye la… kembar, tapi perangai beza sangat. Pening mama dengan papa. Kalau keluar shopping, Kakak dengan teddy bear, wawa pula merengek nak gitar la, piano la..” Salina menambah.

“Sampai sekarang kan ma.. sama je..” Najma bersuara.

“memanglah.. Sampai sekarang kakak kuat nangis..” Ejek Najwa. Najma memandang geram.
Selesai makan, Najma cuci pinggan mangkuk di dapur. Salina membawa Najwa ke ruang tamu. Aidil hampiri mereka. Najwa panggil Aidil.

“Abang.. nak tunggu bila lagi.. tell her..” Bisik Najwa.

“Hish.. ramai tu.. Mama wawa ngan Mak Yam ada.. Abang segan..” Aidil bantah.

“Tak sudah-sudah dengan segan… Mama!! Mak Yam!!” Najwa jerit. Mak Yam dan Salina terkejut.

“Kenapa?” Soal Salina.

“Mama.. urut wawa.. Mak Yam.. tolong bawa barang naik atas..” Arah Najwa.

“Mak Yam tolong kakak basuh pinggan jap, jap lagi Mak Yam angkat..” Kata Mak Yam.

“Ala.. abang Aidil boleh tolong… Abang.. go..” Kata Najwa. Mak Yam akur. Aidil berjalan ke dapur. Najma masih mencuci pinggan mangkuk. Aidil hampiri gadis itu.

“Nak saya tolong?” Soal Aidil.

“Eh, awak tetamu.. tak payahla.. Sikit je lagi.. Kenapa adik terjerit tadi?” Kata Najma.

“Nak suruh urut…” Balas Aidil. Dia kumpul kekuatan untuk curah isi hatinya.

“Awak ada apa-apa nak cakap ke?” Najma soal. Dia hairan melihat Aidil seperti gundah gulana. Najma selesaikan membilas pinggan terakhir. Dia lap sekitar singki.

“Awak.. boleh kita cakap sikit..” Aidil memulakan. Najma angguk. Mereka kembali duduk di meja makan. Najma tuangkan air dan memberi pada Aidil.

“Saya minta maaf sakitkan hati awak beberapa hari lalu. Saya nampak awak nangis.”
Kata Aidil.

“Tak apa lah.. Awak buat semua tu untuk sedarkan saya. Terima kasih sangat atas semua bantuan awak..” Najma ucapkan. Dia pandang wajah lelaki itu.

“Saya buat semuanya atas alasan sama dengan Wawa…” Kata Aidil.

“Apa? Dia buat sebab sayangkan saya kerana saya kakaknya.. awak….” Lidah Najma kelu untuk terus berbicara. Aidil genggam jari jemari Najma.

“Saya buat sebab sayangkan awak kerana awak gadis yang ada dalam hati saya.. yang saya cinta..” Luah Aidil. Najma tergamam.

“Saya suka awak, saya simpan perasaan pada awak sejak mula kita berjumpa.. sudi tak awak jadi teman hidup saya?” Aidil uji Najma. Najma bangun dari kerusi.

“Beri saya masa…” Lembut suara Najma.

“Take your time.. sampai bila-bila pun saya sanggup tunggu..” Aidil hampiri Najma.

“Saya belum sedia. Saya ada impian. Awak faham kan… “ Najma renung wajah Aidil.

“Izinkan saya kongsi impian awak tu. Kita gapai sama-sama boleh?” Aidil menambah. Najma diam.

“Saya tak paksa atau desak awak. Awak fikirlah. Sekurangnya saya lega dah luahkan semuanya. Apa pun keputusan awak, saya terima.. Saya balik dulu..” Aidil meminta diri untuk pulang. Dia kembali keruang tamu. Najma ekori lelaki itu.

“Puan.. saya pulang dulu…” Aidil berkata pada Salina. Salina angguk. Dia menghantar Aidil hingga muka pintu. Najma dan Najwa berdiri disisi Salina.

“Awak…. Drive elok-elok..” Pesan Najma. Aidil angguk. Najwa pandang Aidil kemudian Najma. Aidil pandu keretanya keluar dari perkarangan rumah Salina. Sepanjang perjalanan pulang, dia hanya terbayang wajah ayu Najma. Dia berdoa agar Najma menerima cintanya.

“Kakak…. Macam mana?” Soal Najwa. Dia baring sebelah kakaknya. Salina tika itu sudah masuk tidur. Najma mengeluh kecil. Dia pandang wajah Najwa.

“Pasal abang Aidil? Hmm.. entah la dik…” Jawab Najma.

“Apa nak fikir lagi.. Abang Aidil tu baik, dia memang betul-betul cintakan akak. Dia dah cakap segalanya pada adik..” Tambah Najwa.

“Yeke.. apa dia cakap?” Soal Najma.

“Dia cakap dia sayang akak, akak cantik, ayu, sopan santun.. Yang penting akak memang gadis idaman dialah.. akak, adik tak nak orang lain jadi abang ipar tau.. Lebih-lebih lagi si Kay Kang tu..” Najwa membebel.

“Hish adik ni… InsyaAllah. Tapi akak nak masa sikit utuk fikir. Soal cinta ni bukan main-main. Akak tak nak lukakan hati dia sepertimana akak taknak hati akak dilukai..” Jelas Najma.

“Adoi… jiwang la pula.. Boleh la akak ni join ngan Saari Amri buat lagu tangkap leleh..” Najwa ejek. Najma tarik rambut adiknya itu.

“Adoi…” Najwa membalas. Selepas puas berbual. Najma akhirnya lena kerana kepenatan. Najwa renung wajah kakaknya itu.

“Good night akak…” Najwa kucup dahi kakaknya. Dia lena disebelah kakaknya.

No comments:

Post a Comment