Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 20


Sudah seminggu Auntie Maria meninggalkan aku di saat aku meerlukan kehadirannya. Kini aku sendiri. Duduk di rumah agam ini bersama Pak Samad dan Mak Kiah aku rasa terlalu sunyi. Aku rindukan semua. Aku kini hanya menyibukkan diri bagi melupakan segala kesedihan kehilangan insan yang aku sayang.

“Cik Mardihah.. are you okay?” Soal Hanisah. Aku mengangguk.

“Hanisah, awak cancelkan semua appoiment saya hari ini. Saya nak keluar..” Kataku. Hanisah mengangguk. Aku mahu keluar mencari ketenangan. Aku mahu ke Yayasan Jannatul Firdaus. Aku melangkah keluar dari Menara Sutera. Aku memandu tenang menuju ke Yayasan. Aku singgah dibahu jalan membeli buah tangan buat warga yayasan. Hanya itu tempat aku. Keluargaku disana. Meraka sahaja kini yang aku ada. Ya Allah.. Tabahkan hati hambamu ini.

Aku tiba di Yayasan. Kehadiranku disambut mesra warga yayasan. Nyata mereka masih belum meupakan aku. Aku ke pusat pentadbiran. Firdaus. I need you. Aku mencari Firdaus.

“Assalammualaikum..” Sapaku sebaik masuk kepejabat Firdaus. Lelaki itu menjawab salamku dan senyum. Tenang air wajahnya dan itu menenangkan hatiku jua.

“Firdaus… Saya ganggu awak ke? Dah lama saya tak datang sini. Yayasan masih sama, masih tenang,damai..” Ujarku.

“Tak ganggu pun. Kami sentiasa terbuka menerima kunjungan awak. Awak tak kerja ke hari ini? Awak sihat?” Balas Firdaus dan menyoalku.

“Alhamdulillah.. masih sihat. Cuma still dalam kesedihan. Saya ambil cuti hari ini..” Jawabku.

“Sedih? Janganla awak layan sangat perasaan awak tu. Kalau sedih, kalau teringat sedekahkan mereka yassin, fatihah.. InsyaAllah. Itu ubatnya..” Firdaus menasihatiku.

“Ya.. saya buat semua tu. Cuma saya sunyi.. Saya perlukan seseorang untuk teman saya, untuk dengar masalah saya, and… untuk my heart..” Kataku. Aku tenung wajahnya. Firdaus senyum. Aku tunduk. Kenapa dengan aku ni? Aku malu.

“Ya.. and.. that’s mean awak kena cari teman hidup.. mungkin sudah tiba masanya..” Firdaus membalas. Aku terkedu.

“Entahlah. Dulu, saya pernah kata denan diri saya mungkin tak perlukan seorang lelaki yang bergelar suami untuk hidup saya. Tapi, lepas apa yang jadi.. Saya memerlukan seseorang… But, saya tak tahu lah macam mana. Saya rasa macam saya tak layak untuk sesiapa..” kataku meluahkan apa yang terbuku dihati.

“Mardihah.. Jangan terlalu merendah diri. Kita semua sama.. Mungkin disisi tuhan awak lebih mulia dari saya. Mana kita tahu kan..” Balas Firdaus. Aku tunduk.

“Tapi.. saya ada kisah silam yang hitam.. saya ni…” Aku titiskan air mata.

“Awak dah taubat kan.. lupakan kisah sila tu. Awak juga manusia yang berhak untuk dapat kehidupan yang baik. InsyaAllah. Tuhan tu Maha Kaya. Dia pasti akan temukan yang sesuai untuk awak..” Kata-kata Firdaus membuatkan aku tenang. Aku cintakan kau Firdaus. Tapi.. jauh di sudut hati ini, aku tak layak buatmu.

“Dah lunch ni.. Jom kita makan sama-sama ngan budak-budak ni..” Pelawa Firdaus. Aku mengangguk. Kami keluar beriringan dari Pusat Pentadbiran. Sepanjang perjalanan aku disapa oleh warga yayasan. Aku gembira dengan keramahan mereka. Sapenjang hari itu aku menghabiskan masa di yayasan. Sekurang-kurangnya ia mampu menghilangkan sedikit kesedihanku. Firdaus. Aku gembira disisimu.

“Saya balik dulu ye awak..” Kataku sebelum melangkah masuk kedalam kereta. Dia mengangguk.

“Mardihah..” Panggil Firdaus. Aku menoleh.

“Ya awak..” Jawabku.

“Err… drive elok-elok.” Katanya. Aku mengangguk. Itu saja? Ya.. siapalah aku untuk menerima ungkapan yang lebih dari itu.

“Mardihah.. Mungkin dah temukan jodoh awak depan mata. Tapi mungkin awak belum terbuka untuk menerima dan tahu siapakan dia..” Ungkapan Firdaus membuatkan aku terhenti. Sekali lagi aku menoleh padanya.

“Apa maksud awak…” Soalku.

“Tak.. Kadang-kadang, jodoh yang ditentukan Tuhan untuk kita itu ada depan mata atau hampir dengan kita. Cuma mungkin diri kita saja yang belum perasan..” Kata-katanya membuatkan aku terpaku. Firdaus masih berkias. Aku cuba merungkai maksud ungkapannya.

“ya.. mungkin..” Jawabku ringkas.

“Mardihah… mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak.. tapi.. kalau awak sudi boleh tak saya nak cuba jadi yang terbaik untuk awak..” Kata Firdaus. Dia tunduk. Ya Allah. Aku sekali lagi terpana. Benarkah apa yang aku dengar ini?

“Firdaus…” Aku mula menitiskan air mata. Entah kenapa air mataku keluar. Gembira? Mungkin. Kerana inilah ungkapan yang aku tunggu darinya sejak pertama kali mengenalinya. Namun sikapnya yang bersahaja dan sukar ditafsir itu membuatkan aku lupa sahaja impianku itu.

“Mardihah.. Sudi tak awak terima saya untuk jadi teman hidup awak, teman awak berkongsi masalah, kebahagian.. “ Lelaki itu memandang tepat mataku. Aku tunduk. Aku dapat lihat dan rasa keikhlasan hatinya.

“Awak.. memang ini yang saya nantikan selama ini…” Kataku. Air mata mengalir. Ya Tuhan. Disebalik dugaan dan kesedihan yang aku alami, Kau berikan aku kebahagiaan begini. Terima Kasih Tuhan.

“Terima kasih Firdaus.. awak tahu semua kisah silam saya.. awak tak kisah ke?” Aku menyoal. Timbul sedikit keraguan dalam hatiku. Bimbang.

“Mardihah.. pada sama awak lagi suci lagi bersih. Awak Mardihah yang saya kenal, yang saya sayang..” Jawabnya. Aku bersyukur.

“Tapi.. saya tak mungkin dapat isi tempat Jannah dalam hati awak kan..” Aku menambah.

“Siapa pun wanita itu, kalau jadi isteri saya, tempatnya dihati saya adalah tempat yang terdalam..” Firdaus membalas.

“Saya balik dulu..” Aku meminta diri. Aku member salam dan Firdaus menjawab salamku. Aku memandu pulang dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan. Alhamdulillah. Terima Kasih Tuhan.

Setiba di rumah, aku menelefon Firdaus memberitahu bahawa aku selamat sampai. Menghubunginya umpama ubat buatku. Mendengar suaranya umpama madu buatku. Aku gembira. Aku bahagia. Terima kasih Tuhan. Di atas ujuan yang memeritkan, Kau beri aku ketenangan dan kebahagiaan ini.

No comments:

Post a Comment