Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 21


“Akak… cepatlah.. lembab la.. tak payah nak bersolek sangat, bukan nak pergi mana pun..” Bebel Najwa. Sudah setengah jam dia tunggu kakaknya bersiap. Mereka waktu itu ingin keluar makan malam.

“Dah siap ni…” Najma turun. Dia mengenakan sepasang blaus putih dan seluar jeans. Najwa pula simple denga kemeja T dan jeans.

“Ni macam nak pergi birthday party je.. orang nak ajak makan nasi lemak kampong baru je..” Bebel Najwa lagi.

“Biarlah.. sibuk..” Najma balas. Mereka menuju arah kereta.

“Mama… pergi dulu… Nak kirim tak?” Jerit Najwa.

“Tak.. enjoy lah. Jangan balik lewat sangat..” Salina yang sedang menonton televisyen membalas.

“Okay….” Najma menyahut. Najwa hidupkan enjin keretanya. Dia terus memandu keluar.

“Makin rapat budak-budak ni kan Puan..” Mak Yam berbicara.

“Diorang dah kembali macam dulu.. Ni kalau papa diorang tengok, mesti suka..” Salina membalas.

“Puan rindukan dia?” Mak Yam soal.

“Entahlah Mak Yam. Dia dah ada kehidupan baru. Saya tak nak mengganggu..” Balas Salina.

“Ye la.. tapi tak apa lah. Budak-budak ni jadi pengubat..” Mak Yam menambah. Salina senyum. Hatinya masih sayang pada bekas suaminya. Tapi, apakan daya. Takdir menentukan segalanya. Namun kini dia bersyukur kerana kedua-dua anaknya kembali akrab dan menyayangi.

Sementara itu, di Kedai Nasi lemak Kampung baru, Najma dan Najwa tiba. Mereka menghentam enam bungkus Nasi lemak bersama tiga jenis lauk pauk.

“Perghh.. kenyang gila.. Tak sangka adik, akak larat makan tiga.. Adik memanglah kuat makan..” Najwa berkata. Dia hirup air sirap limaunya.

“Akak pun urat dawai tulang besi…” Balas Najma. Mereka duduk betul-betul menghadap Menara Berkembar Petronas.

“Adik.. kita ni sama macam KLCC tu kan..” Najma berbicara.

“Mana sama… kita orang, tu bangunan. Bahasa Melayu dulu dapat berapa?” Najwa sengaja bergurau.

“Dia ni…” Najma cubit manja lengan adiknya.

“Yela-yela.. kalau sebelah tak ada, dah tak pangil KLCC kan.. dua-dua mesti bersama sampai bila-bila..” Najwa berkata.

“Tau pun. Janji ngan akak, adik jangan benci akak lagi…” Najma memandang adiknya.

“Adik tak pernah benci akak.. Cuma ego kak.. Tapi sekarang tak ada lagi.. Adik sayang akak..” Najwa balas. Najma angguk.

“Akak… cuti adik ada dua minggu lagi ni.. I have a plan..” Najwa berkata. Dia jelaskan rancangan yang bermain di fikirannya. Dia bercadang bercuti di Arau dan tinggal bersama bapanya selama dua minggu itu.

“Baguslah… Papa tu memang teringin nak jumpa adik…” Najma balas.

“Adik pun kak… Adik rindu sangat papa.. 13 tahun tak jumpa.. Adik nak peluk, cium papa..” Mata Najwa berkaca.

“Pergilah jumpa… Papa mesti happy..” Balas Najma.

“Tapi kak.. Adik tak sedia lagi. Adik ingat nak menyamar jadi kakak, muka kita sama.. Cuma perangai je lain..” Najwa berkata.

“Kenapa pula? Tak payah la buat pelik-pelik tu…” Najma membantah.

“Adik tahulah apa nak buat.. Kakak tengok dan tunggu je tau.. Tapi.. jangan bagitahu mama, jangan bagitahu papa..” Najwa memesan.

“Buatlah apa adik nak… ha.. tolong kenakan mummy Laila tu boleh?” Najma balas.

“Ok… Beres..” Najwa jawab.

“Jomlah balik.. Kang mama risau pula..” Ajak Najma.

“Okay… jom…” Mereka bangun dan berlalu keluar. Beberapa mata memandang mereka. Pasangan kembar yang cantik. Ada juga yang cuba mengusik.

“Hai Cik Adik.. Boleh kenal..” Sapa mereka yang nakal. Mereka tak endahkan sahaja. Najwa sempat berpaling kebelakang dan tunjukkan penumbuknya. Najma menarik lengan adiknya.

“Kat sini memang melambak yang macam tu kak.. kasi penumbuk je..” Bebel Najwa sebaik masuk kereta.

“Hish… tak payah layan sudahla..” Najma balas.

“Akak nak drive?” Najwa menawarkan.

“Boleh juga…. Tapi jangan komen apa-apa tau..” Najma menerimanya.

“Okay… jangan bawa macam beca sudahlah…” Najwa balas. Najma cemik muka. Dia pandu Perodua Myvi adiknya itu. Najma selawat sebelum memandu. Najwa ketawakan kakaknya.

“Kan akak cakap diam…. Jangan buat lawak or gelak lah…” Najma geram. Najwa akhirnya akur.

“Esok adik nak pergi salon, potong rambut style akak.. Akak teman boleh tak? “ Najwa soal.

“Akak kerja lah esok.. Time lunch boleh la…” Balas Najma. Dia masih tumpukan pada pemanduannya.

“Ok.. Time lunch.. Adik datang ambil akak kat office.. Baju sama saiz je kan.. nak kena praktis pakai baju kurung la ni… Adoi..” Najwa berkata.

“Padan muka, lantak.. adik pandai sangat plan.. Tanggung la..” Najma membalas. Dia senyum sinis pada adiknya.

“Ni Najwa la.. Adik boleh buat apa saja.. But akak, nanti akak ceritalah semua, bagitahu la semua.. Kang terkantoi pula kat sana..” Najwa berbicara lagi. Najma angguk.

“Adik, akak rasa dan salah masuk jalan ni… Adesss…” Najma berhenti dibahu jalan. Dia garu kepalanya.

“Tu la.. tak focus.. Bukan sesat sangat pun, akak pusing kat depan tu.. Nanti masuk kiri..” Perintah Najwa. Dia tenang. Najma gelabah.

“Adik la banyak sangat cakap.. Dah la malam…” Najma mula pandu kembali.

“Tak ada istilah malam kak kat KL ni… Dah la, pusingla cepat…” Najwa bantu memandu stereng kereta. Najwa akur. Dia tarik nafas lega.

“Akak tak biasa jalan ni, selama ni akak tau drive dari rumah ke office je…” Najma menambah.

“Tu namanya penakut.. Bergantung kat abang Aidil je… Oh ya.. bila nak bagi jawapan ni.. Kesian adik tengok dia..” Najwa soal tentang Aidil.

“Ala… nantilah… Kalau dia betul-betul nak mesti dia sanggup tunggu..” Balas Najma.

“Whatever la akak…” Najwa menambah.

No comments:

Post a Comment