Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 13


Segala urusan telah aku selesaikan di Pusat Rawatan Islam Husna. Kini, aku bersama Auntie Maria berada di rumah kami. Rumah di mana aku pernah diami bersama keluarga tercinta sebelum kami berpindah ke Villa baru yang jauh dari sesak ibu kota. Begitu banyak kenangan aku di rumah itu. Sebaik melangkah masuk, seribu satu memori menerpa mindaku. Aku tolak kerusi roda Auntie Maria. Rumah itu masih dijaga rapi. Tidak banyak ubah suai.

“Mar.. hantar Auntie kat bilik yang sepatutnya Auntie berada. Auntie dah banyak buat salah pada Mar..” Suara Auntie Maria memecah keheningan. Selama dalam perjalanan pulang, Auntie Maria hanya mendiamkan diri.

“Tapi Auntie, bilik utama tu kan bilik untuk Auntie.. Senang kat bilik tu semua dah lengkap. Toilet yang ada pun senang untuk pergerakan Auntie... ” Aku membalas.

“Mar..” Auntie Maria mengejutkan aku dari lamunan.

“Ya Auntie..” Aku menjawab.

“Ini bukan bilik Auntie, Mar yang sepatutnya di sini.. “ Katanya. Tiada lagi herdik dan tengkingan yang aku dengar. Hanya suara sayu, lembut dan penuh keinsafan dari setiap lafaz bicara Auntie Maria.

“Tak apa.. Mar duduk bilik Mar.. barang Auntie kan ada disini.. lagipun, bilik ni senang untuk Auntie.. semuanya complete..” Kataku. Biarlah Auntie Maria selesa di situ. Tandas, pemandangan, dan segalanya sesuai untuk teraphinya. Auntie Maria mengangguk lesu.

“Auntie rehat dulu ya. Nanti Mar suruh orang-orang kemas barang auntie.. Mar nak ke bawah dulu, jumpa En Nazri..” Aku meminta diri.

“Mar.. maafkan Auntie, atas segala keperitan yang Mar lalui, semua salah Auntie…” Air mata Auntie Maria mula menitis.

“Mar dah lupakan semua Auntie.. Mar bersyukur sangat Auntie dah berubah.. Mar sayang Auntie.. Mar dah tak ada orang lain.. hanya Auntie yang Mar ada..” Ujarku menenangkan gelora hatinya.

“Terima Kasih Mar..” Katanya. Aku mengangguk dan berlalu dari kamarnya.
Ya Tuhan. Aku terima semua ini. Bantulah aku untuk mengharungi liku hidupku yang mendatang ini. Berilah aku kebahagiaan, tunjukkanlah aku jalan. Aku hanya hambaMu yang lemah dan tak mengetahui.

Aku turun ke ruang tamu. Beberapa orang pekerja yang diupah sedang membawa masuk barang. En Nazri masih setia menanti di sofa. Aku menghampirinya.

“Boleh kita mula sekarang Cik Mardihah?” Soalnya sebaik aku duduk. Aku mengangguk sambil membetulkan tudungku.

“Semua dokumen ini saya akan serahkan pada Cik Mardihah. Ini termasuk wasiat arwah. Sutera Holding dan semua asset arwah akan jatuh ke tangan Cik Mardihah apabila usia Cik genap 21 tahun. Sepatutnya penyerahan ini berlaku 5 tahun dahulu, tapi selepas apa yang berlaku dan cik hilangkan diri, kami terpaksa hold dulu dan penerima sementara adalah Puan Maria. Sehingga ke hari ni, Sutera Holding berada pada tahap kritikal apabila En Badrul telah menyeleweng wang syarikat. Dia kini sudah ditahan. Sutera Holding juga kini dibekukan operasi seketika. Harap, dengan kehadiran Cik Mardihah, sutera Holding boleh beroperasi semula. Banyak kakitangan hilang pekerjaan selepas mahkamah mengarahkan ia dibekukan operasinya.” Jelas Nazri panjang lebar.

“Ya Allah.. sampai macam tu.. Selepas saya pergi, saya langsung tak dengar khabar berita dan tak ambil tahu, tak sangka keadaannya begini.” Aku menambah.

“Ya Cik Mardihah. Sutera Holding masih mampu bertahan dan boleh dinaikkan semula. Jadi, dengan penyerahan ini, saya harap Cik Mardihah dapat terajuinya semula. Saya akan bantu sedikit sebanyak apa yang saya ada. ” Ujar lelaki itu lagi. Aku mengangguk.

“Ayah.. maafkan Mardihah, Mar akan teruskan Sutera Holding semula..” Hatiku berkata.

No comments:

Post a Comment