Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 38


Aku keluar dari kereta. Pemandangan kawasan sekitar tenang. Aku melangkah beberapa tapak. Langkahku terhenti. Susuk tubuh seorang lelaki dihadapanku amat aku nantikan kehadirannya. Aku hampirinya.

“Assalammualaikum..” Kataku. Salamku dijawabnya.

“Abang.. Mar dah pilih kebahagiaan Mar. Mar dah jumpa lelaki yang boleh buat Mar bahagia..” Kataku.

“Mar…” Firdaus bersuara. Dia dengan kopiah putih itu memandangku. Aku senyum. Mataku berlinang. Tak tertahan. Aku terus memeluknya.

“Mar sayang abang.. Kebahagiaan Mar adalah abang.. Tak akan sesiapa dapat ganti tempat abang.. Mar cintakan abang.. Jangan tinggalkan Mar..” Kataku.

“Abang pun sayangkan Mar… Maafkan abang..” Suara Firdaus kedengaran di telingaku. Pelukannya erat. Aku bahagia. Rasa kehangatan kasih sayang dari seorang suami. Pelukan dilepaskan. Firdaus memandangku. Mataku ditatapnya. Dia kesat air mataku.

“Abanglah jodoh dari Tuhan buat Mar… Mar tak mampu sendirian tanpa abang..” ungkapku. Firdaus kucup dahiku.

“Sayang… Maafkan abang.. Ampunkan semua yang abang dah lakukan… Abang banyak salah pada Mar..” Balasnya. Sayang? Ya Allah. Terima Kasih Tuhan. Akhirnya sekali lagi aku dengar ungkapan itu.

“Abang.. Mar dah lupakan semua.. Mar nak bina hidup baru dengan abang.. Mar nak kita bahagia.. Mar cintakan abang.. sampai bila-bila pun.. Mar janji akan jadi isteri solehah untuk abang..” Aku menambah. Firdaus menagngguk. Sekali lagi tubuhku dipeluknya. Air mata kesyukuran aku alirkan. Terima Kasih Tuhan. Akhirnya aku mampu buat keputusan ini. Maafkan aku Ihsan. Aku terkenang sewaktu aku hubungi Ihsan seaik Firdaus meninggalkan aku.

“Asslammualaikum.. Ihsan.. I dah buat keputusan..” Aku mulakan perbualan. Ihsan menjawab salamku.

“so?” Soalnya.

“I sayangkan Firdaus. I bagaikan mati tanpa dia.. I nak bersama dia, be his wife sampai akhirat.. Maafkan I..” Kataku. Ihsan terdiam seketika.

“Alhamdulillah.. Akhirnya you dah jumpa jawapan you. I doakan yang terbaik untuk you. Semoaga you bahagia..” Balasnya. Ihsan menerimanya dengan positif. Alhamdulillah.

“Maafkan I Ihsan..” Kataku lagi.

“Its okay.. Memang I dah jangka ini keputusan you coz I Nampak you memang cintakan Firdaus. Tiada siapa dapat ganti tempat dia dalam hati you. Firdaus beruntung..” Balasnya.

“Thanks so much Ihsan..” Ungkapku.
Mungkin keputusanku itu sedikit melukakan Ihsan, namun jauh disudut hati aku doakan agar dia mendapat seorang wanita yang lebih baik dariku. Semoga dia bertemu insan yang mencintainya sebagaimana aku cintakan Firdaus. Semoga hidupnya bahagia. Itu doaku buat seorang teman yang aku sayangi.

“Sayang..” Suara Firdaus menghentikan lamunanku. Aku berdiri dijendela memandang pemandangan kampong. Tenang.

“Abang… “ Balasku. Aku rangkul lengannya.

“Jom solat… dah lama kita tak solat bersama..” Pelawanya. Aku angguk. Hatiku gembira. Akhirnya Tuhan kembalikan Firdaus yang aku kenali dulu kepadaku. Tuhan Maha Penyayang. Dia makbulkan doaku, hambaNya yang naïf ini. Itukah kebesaran Allah.

“Abang.. Jangan ada lagi perpisahan kali kedua ya..” Bisikku ketelinga suami tercinta.

“Jangan ungkap lagi kata perpisahan sayang.. itu tak akan terjadi lagi.. Abang cintakan sayang.. Abang beruntung mempunyai sayang sebagai isteri. Abang akan hargai kurniaan Allah ini.” Balas Firdaus sambil satu kucupan hinggap di dahiku. Aku berasa sangat bahagia, Terima Kasih Tuhan. Kau telah kembalikan sinar dalam hidupku. Aku bersyukur.

“Ya Allah.. Aku bersyukur dengan rahmatMu ini. Kurniakanlah kami kebahagian rumahtangga yang kekal selamanya, Jauhkanlah kami dari sebarang godaan syaitan yang bisa menyesatkan manusia. Peliharalah rumahtangga kami, kurniakanlah kami zuriat yang baik dan Engkau redhai. Ya Rahman, Kami berserah padaMu, Kami sujud padaMu atas segala nikmat yang Kau kurniakan..”Aku aminkan bacaan doa dari Firdaus. Sudah lama aku tidak mendengar bacaan doanya. Kini aku Berjaya kecapinya lagi.

“Abang.. Boleh Mar tanya?” Soalku. Firdaus mengangguk.

“Kenapa abang tinggalkan Mar dulu? Abang tak yakin dengan cinta Mar ke?” Aku soal.

“Sebenarnya, abang ingat Ihsan adalah kebahagiaan Mar, masa di hospital, abang dengar perbualan Mar. Abang minta maaf sayang. Patutnya abang yakin dengan hati Mar. Abang beruntung dapat isteri macam sayang. Mar sentiasa bersama abang walau macam mana pun keadaan abang.. Abang kesal dengan apa yang berlaku dulu… Maafkan abang..” Jelas Firdaus.

“Sudahlah abang.. Biarkan semua tu jadi sejarah.. Kita muakan hidup baru..” Kataku. Firdaus mengangguk senyum. Tanganku dikucup lembut. Mata bertentangan. Aku cintakan dia. Seumur hidup, hatiku hanya untuknya kerana aku percaya Tuhan telah tentukan aku untuk dia dan dia peneman hidupku. Terima Kasih Tuhan.

No comments:

Post a Comment