Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 19


Najwa memandu laju. Air mata berguguran. Dia nekad, apa mahu jadi dia tak peduli lagi. Dia harus buktikan semuanya. Najwa capai telefon bimbitya. Dia hubungi Aidil.

“Abang.. Tolong call polis.. Kalau apa-apa jadi pada wawa tolong bagitahun mama and kakak, wawa sayang diorang..” Suara getar Najwa.

“Wawa… kenapa?!! Wawa nak…” Tak sempat Aidil soal, Najwa matikan talian. Aidil gusar. Dia pantas mencapai kunci keretanya. Dia ligat fikir mungkin ada sesuatu berlaku. Aidil ikut arahan Najwa. Dia hubungi polis. Tempatnya. Dia tahu.
Najwa tiba di hadapan Hot Mama Café and Pub. Najwa meluru masuk. Dia tidak toleh kiri dan kanan lagi. Dia meluru arah seseorang. Bukk!! Najwa tumbuk muka Ray.

“Hoi.. gila ke?” Jerit Ray.

“Memang.. memang aku gila sebab kau setan!!” Kata Najwa. Dia tidak dapat tahan lagi. Biar Ray terima pegajarannya.

“Apahal kau??!!” Seorang lelaki tumbuk perut Najwa. Aduh. Najwa terduduk. Dia bangkit. Sia-sia dia jadi pemegang Black Belt dalam persatuan Taekwando kalau tidak melawan. Najwa tendang lelaki itu. Beberapa pembantu Ray melawan.

“Oppss.. biarkan.. aku nak tengok sekuat mana kudrat minah ni..” Ray Ketawa. Najwa siap sedia untuk menyerang.

“Kalau kau tak puas hati ngan aku, kenapa libatkan akak aku bodoh!! Macam sial!!” Najwa ludah ke muka Ray.

“Kurang ajar… tangkap dia..” Arah Ray. Tangan Najwa dipegang dua lelaki. Najwa meronta untuk dilepaskan. Dia tak terdaya melawan. Berapa sangat kudratnya sebagai seorang perempuan.

“Ni.. Mangkuk untuk kau!!” Ray hadiahkan satu tumbukan dimperut Najwa. Najwa mengerang kesakitan.

“Ini pula hadiah kau hina aku..” Ray Lempang muka Najwa. Darah keluar dari celah bibir Najwa. Suasana Pub itu gamat. Orang mula mengelilingi. Najwa lemah. Tiada lagi kudratnya.

“Aku ingat kau kuat sangat.. Ini Ray la…” Ray berkata. Dia ketawa.

“Aku tak heran kau siapa…” Suara Najwa lemah. Dia cuba lengahkan masa. Dia pasti, akan ada yang membantunya.

Aidil berlari ke rumah Salina. Dia mengah di muka pintu.

“Puan.. Najwa dalam bahaya…” Aidil beritahu. Salina dan Najma yang masih bermain emosi dengan peristiwa yang berlaku beberapa jam lalu terkejut.

“Aidil.. awak buat apa kat sini?” Soal Najma perlahan.

“Kita tak ada masa lagi. Najwa dalam bahaya…. Nanti saya cerita dalam kereta..” Aidil pantas berkata. Salina dan Najma hairan. Namun, mereka turuti Aidil. Selesai masuk dalam kereta, Aidil pandu keretanya laju.

“Aidil.. apa semua ni?” Salina yang duduk di belakang menyoal. Aidil tarik nafasnya. Dia cerita segalanya. Biarlah Najma dan Salina mahu percaya atau tidak. Dia habiskan ceritanya.

“Ya Allah… Mama…” Najma menangis. Dia toleh kebelakang. Salina pekup mukanya. Air matanya gugur.

“Habis? Dah report polis?” Soal Salina.

“Dah.. mereka ke sana.. Kita kena cepat.. Saya rasa Najwa dalam bahaya sekarang. Dia nekad lakukan apa sahaja.. Sebab dia sayangkan Puan dan Najma..” Kata Aidil.

“Adik… maafkan akak…” Najma terketar-ketar berbicara. Dia doakan adiknya tidak ditimpa bencana.

“Najwa….. Aidil, cepat…” Desak Salina. Aidil cuba memandu sepantas boleh.

“Ma… Adik sakit, Naja dapat rasa…” Kata Najma. Suara raungan Salina kedengaran. Aidil masuk simpang sebelah kiri. Dia hentikan kenderaannya. Najma, Salina dan Aidil keluar.

“Najma… Hot Mama Café..” Aidil tunjuk. Najma dongak. Dia terduduk. Kata-kata Najwa benar. Najma sesal. Pihak polis sudah tiba. Tapi suasana masih tegang. Pihak polis cuba menahan Ray. Namun, Ray mengugut mahu menembak tebusannya jika dia ditangkap.

“Dia tak nak lepaskan tebusan..” Suara seorang anggota polis memberitahu apabila disoal Aidil. Najma dan Salina berpelukan apabila lihat tebusan tersebut adalah Najwa.

“Adik………….!!” Najma jerit. Najwa sangat lemah tika itu. Dia ketar apabila diacukan pistol di kepalanya. Mendengar suara Najma, Najwa mengangkat kepalanya.

“Tolong adik.. akak…” Suara Najwa lemah.

“Kau dah nak mati pun nak mintak tolong dengan kakak kau yang lembik tu ke?’ Ray perli.

“Hey Ray… kau takkan selamat. Aku rela mati. ..” Najwa tegas.
Najma menangis. Dia gusar. Beberapa orang bawahan Ray sudah dicekup. Najma hampiri pihak polis yang bersama tahanan itu.

“Kay………..” Najma kata. Qassim dongak kemudian tunduk kembali.

“Kurang ajar…” Najma tak dapat tahan marahnya, Qassim ditamparnya. Salina tenangkan anaknya itu.

“Kami beri kiraan sepuluh, lepaskan tebusan atau kami tembak kamu…” Pegawai polis beri amaran.

“Tembaklah!!! Dia akan mati bersama!!” Jerit Ray. Najwa meronta. Tapi, dia tak berdaya. Dia sudah lemah kerana cedera setelah dibelasah Ray.

“Aidil, tolong selamatkan Najwa.. Aidil…” Najma merayu pada Aidil. Aidil gamam. Dia juga buntu.

“Sabar.. polis sedang cuba…” Aidil tenangkan Najma. Badan Najma lemah. Dia dah tak terdaya menahan tangis. Najma pandang ibunya yang sedang duduk termenung di sebelah kereta polis. Salina juga sama. Lemah apabila melihat nyawa anak gadisnya seperti telur dihujung tanduk.

Najwa cuba mencari peluang. Ray leka dengan arahan pihak polis. Najwa gigit tangan Ray sekuat hati. Dia Berjaya lepas dari pegangan Ray.

“Aduh..!!!” Ray jerit. Suasana gempar. Polis bersedia. Najwa lari. Dia cuba seboleh mungkin dalam keadaan lemah itu. Pang!!!! Bunyi tembakan.

“Najwa!!” Najma menjerit. Salina bangun. Aidil beliakkan mata. Najwa tersungkur jatuh. Najwa cuba bangkit, dia toleh kebelakang. Ray tersembam menyembah bumi. Polis sempat menembak Ray sebelum dia menembak Najwa. Beberapa anggota polis segera meluru arah Najwa. Najwa diangkat dan dibawa ketempat selamat. Najma meluru arah Najwa. Namun, Najwa terlalu lemah. Dia cedera agak teruk dibelasah Ray dan kumpulannya.

“Akak….” Suara Najwa lemah.

“Adik….. Maafkan akak..” Najma pangku adiknya. Dia menangis.

“Wawa… mama sayang wawa…” Salina peluk tubuh anaknya. Najwa lemah. Bibirnya masih berdarah.

“Adik… jangan tinggalkan akak.. kuatkan semangat dik… Akak ada untuk adik…” Suara Najma kedengaran. Nafas Najwa turun naik.

“Panggil ambulans…” Aidil mengarahkan.

“Adik.. kenapa buat semua ni…” Najma soal sambil menangis. Dia peluk sekujur tubuh adiknya itu.

“Akak…adik sayang akak… Adik sayang akak…” Ungkap Najwa. Dia terlalu lemah dan akhirnya pengsan. Ambulans telah tersedia. Najwa dibawa ke hospital berhampiran untuk dirawat.

“Ma… kalau Naja dengar cakap adik.. semua ni tak akan jadi..” Najma kata pada ibunya. Dia lentok di bahu ibunya. Salina usap kepala Najwa. Najwa masih tidak sedarkan diri.

“Sudahla sayang.. yang penting semuanya selamat..” Salina balas. Ambulans masih meluncur di lebuhraya. Najma dan Salina setia di sisi Najwa. Aidil pula memandu keretanya mengekori ambulans.

No comments:

Post a Comment