Friday, January 1, 2010

Cerpen - Bila Mama Tiada


Bila mama tiada.. "ain!!!" suara jerkahan ibu tiriku yang menggantikan tempat mama di mahligai kami sekeluarga. Wanita berusia 35 tahun bernama Ieka itu dinikahi papa setahun selepas mama pergi menghadap Ilahi. " ya mummy.." sahutku. Memang aku serta abangku diminta papa untuk memanggil isteri barunya begitu. " Aku nak keluar shopping jap, aku lunch kat luar dengan papa kau.. pandai-pandailah kau cari makan ya.." lagak sombong mummy ieka keluar dari rumah. "arrghh..." meluat hatiku melihat gelagatnya yang tergedik-gedik itu. Buta agaknya mata papa memilih perempuan sebegitu sebagai pengganti mama. Mama.. Ain rindu mama. Kenapa mama pergi terlalu cepat? Kenapa mama tinggalkan Ain dengan Abang Alif? Papa? biarlah dia. Papa dah banyak berubah. Sejak mama tiada, papa jarang pulang awal ke rumah. Kalau pulang pun masing-masing buat hal sendiri. Tiada lagi gurau tawa seperti waktu mama ada. Aku melangkah kaki ke kamarku. Kutatap potret mama yang menghiasi kamarku. Aku terlena dibuai kenangan bersama mama.

Bila mama tiada.. Semangatku yang pernah jatuh tatkala mama menghembuskan nafas terakhir akibat barah otak kukuatkan. "Ain.. walaupun mama dah tak ada nanti, Ain kene teruskan hidup, belajar rajin-rajin, capai cita-cita Ain tu. Ain nak jadi doctor kan sayang.." suara mama tersekat-sekat menahan sakit yang ditanggung. Berderai air mataku saat itu. "Mama.. Ain sayang mama.." Esakku dalam pelukan mama. Mama Mengusap lembut kepalaku. " Ain.. Mama pun sayang Ain. Ain janji ye sayang.." Pinta mama. Aku mengangguk. Janji itulah yang aku pegang sehingga kini. Tinggal 2 semester lagi aku akan mengenggam segulung ijazah dalam bidang perubatan. Itu janji aku pada insam bergelar mama. "Oiitt.. Berangan.." Tegur Badrul. Dialah yang menjadi teman baikku sejak dari sekolah rendah lagi. Ramai yang menyangka kami pasangan kekasih, namun semua itu tidak benar. Aku selesa berkawan dengan Badrul begitu juga dia. " Takla.. Aku terkenang mama" Kataku perlahan. Badrul mengetahui segalanya kerana aku banyak berkongsi cerita dengannya. Dialah tempat aku melepaskan sedih, marah, suka, duka dalam hidupku ini. Abang Alif sudah berkeluarga, jadi agak terbatas aku ingin meluahkan segalanya kepadanya. Namun hubungan kami tetap akrab. " Ain.. yang pergi tetap pergi.. dah 5 tahun pun mama kau pergi." Kata Badrul. " Ya Bad, dah 5 tahun.. tapi aku rasa macam baru semalam.. hmm, dahla.. tak mau emosional la" Aku memutuskan kenangan terhadap mama. " Haa.. macam tulah Nurul Ain Amirah yang aku sayang.." Kata Badrul membuatkan aku tersenyum. Terima kasih Bad!!

Bila mama tiada.. Mama, Hari ni Ain Konvokesyen mama. Ain Dah dapat ijazah. Ain bakal jadi doctor. Alangkah bahagianya kalau mama ada pada hari ini. Aku lihat teman-temanku bergembira bersama keluarga. Namun aku, hanya abang Alif yang datang. Papa? melancong ke sydney bersama mummy ieka. Lagipun aku tak kisah kalau papa tak ada pun. Dia memang dah buang jauh kami dari hidupnya. Dunia papa adalah duit dan mummy ieka. "Ain.. Tahniah.. " Kata Badrul. Hari bersejarah kami kongsi bersama. Badrul Mendapat Ijazah dalam bidang perakaunan. " Tahniah juga kat kau. " Kataku. " Badrul datang bersama keluarganya. Bahagia sungguh Badrul. " Ain.. kenapa muram je ni.." Tegur Kak Azlin, kakak iparku. " Tak ada apa-apa kak." Jawabku. Namun, jauh disudut hatiku aku terkenang mama. Aku rindu mama. Alangkah bahagianya Ain kalau mama ada disisi ketika ini. Kita kongsi kejayaan Ain. Harapan mama.

Bila mama tiada.. Aku termenung di birai katil. Kini aku telah bergelar seorang doktor pakar dalam barah otak. Aku sedaya upaya membantu insan-insan yang menderita seperti mama. Aku kini juga mampu memiliki rumah, kereta sendiri. Aku kini bebas tinggal jauh dari papa dan isteri gediknya itu. Tapi.. Ain rindu mama. Sedang aku mengelamun, telefon bimbitku berdering. Reminder!! hari ini tanggal 3 Julai 2009 hari ulangtahunku yang ke 25 dan... genap 7 tahun mama meninggalkan aku. Ya, mama pergi pada hari lahirku yang ke 18. Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Di saat teman-teman mengucapkan selamat hari lahir kepadaku, aku kehilangan mama. Air mataku menitis. Selama 7 tahun aku hidup tanpa mama, selama 7 tahun aku redha dengan pemergiannya, selama itulah juga aku mengumpul kekuatan meneruskan hidup dengan berbekalkan semangat mama. Mama, Ain sayang mama. Ain rindu mama. Ku raup muka membidas air mata yang mengalir. Aku hayunkan langkahku ini ke pusara mama. Kuhadiahkan Fatihah dan Yassin buat mama agar rohnya tenang di alam sana. Kukalungkan juga doa buat mama " Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Pengasih. Tempatkanlah ibuku di kalangan orang-orang yang Engkau redhai, sayangi, Cintai. Sesungguhnya ibuku ini telah melahirkanku, membesarkan ku sesusah payahnya. Engkau Ampunkanlah dosanya ketika hayatnya. Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim.. hanya padaMu aku berserah, hanya padaMu aku berharap.. Amin".. Mama, Ain sayang mama. Aku melangkah meninggalkan pusara ibu bersama kenangannya.