Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 44 - Final


“Happy birthday to tou, Happy birthday to you, Happy birthday to Najma and Najwa, happy birthday to you…” Tetamu yang hadir menyanyikan lagu buat Najma dan Najwa sempena hari ulang tahun kelahiran mereka yang ke 25. Najwa dan Najma potong kek bersama.

“Ini untuk mama…” Najma dan najwa suapkan kek buat ibu mereka. Salina buka mulut. Najwa dan Najma pula suap menyuap. Syed Hazim, bapa mereka tak dapat hadir kerana ada krisis dengan Laila, ibu tiri mereka. Namun Syed Hazim sempat menghadiahkan dua puterinya itu kalung emas.

“Ini buat abang…” Najma suap buat suaminya yang tercinta, Aidil. Aidil cium dahi isterinya. Ucapan tahniah dan hadiah diberikan. Aidil dan Najma kini dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Aiman Najmi yang berusia setahun dua bulan. Kehidupan Najma kini lengkap dengan kehadiran suami yang penyayang dan anak yang comel.

“ Love you B…” Ungkap Najwa buat suaminya Izhar. Najwa pula kini sarat mengandung 7 bulan. Berdasarkan imbasan yang dibuat, Najwa mengandung bayi kembar. Najwa ikut jejek langkah ibunya. Izhar adalah insan yang paling bahagia saat Najwa disahkan mengandung. Izhar menjaga Najwa dengan sepenuh perhatian.

Mereka sekeluarga meraikannya di rumah Salina. Meriah benar suasana di rumah Salina. Salina gembira dan bersyukur kerana kedua-dua puterinya telah dikurniakan kehidupan yang bahagia. Salina tumpang bahagia.

Najwa dan Najma duduk di sofa. Tamat majlis dan tetamu pulang, Aidil dan Izhar bantu mengemas apa yang perlu. Najwa dukung anak saudaranya, Aiman.

“Nanti dah besar tak mau nakal-nakal macam mama wawa tau…” Najma pesan pada anaknya.

“Eleh.. akak tu pun naughty apa…” Najwa balas. Kedua beradik itu ketawa.

“Ni .. baby kembar dalam perut ni nanti.. Mesti ada yang ikut wawa… Naughty..” Najma usap perut adiknya itu.

“Ala akak ni… adik naughty sikit-sikit je…” balas Najwa.

“Amboi si kembar ni… Borak apa… Aiman.. mari kat papa..” Aidil sapa. Dia dukung anaknya. Izhar duduk sebelah isterinya, Najwa.

“Dah siap kemas ke B?” Soal najwa.

“Dah….” Jawab Izhar ringkas.

“ooo.. tak sempat nak tolong..” Tambah Najma.

“Eleh… tak payahla.. Tolong bagi kami baby comel cukuplah…” Aidil cubit mesra pipi isterinya itu.

“Kak.. jom kat mama, termenung apa entah kat tingkap tu..” najwa ajak kakaknya. Najma angguk. Izhar bantu Najwa bangun. Najwa dan Najma menuju kearah ibu mereka. Salina yang tak sedar kehadiran anaknya itu masih leka melayan perasaan.

“Mama nangis? Kenapa ni?” Najwa hadap wajah ibunya. Salina pantas seka air matanya.

“Kenapa ni ma?” Najma hairan.

“Mama nangis gembira sayang.. Dua-dua anak mama dah dapat family yang happy… Mama bersyukur pada tuhan..” Salina berkata.

“Mama ni… ingat apa tadi.. Tak mau lah macam ni…” Najwa usap wajah ibunya. Ketiga beranak itu berpelukan.

“Alamak, sangkut… ada dua lagi babby ni nak peluk nenek dia..” Najwa berkata. Najma ketawa. Salina juga.

“Ma… suasah tak jaga anak kembar?” Izhar soal.

“Boleh la tahan, sorang nangis dua-dua nangis.. Izhar dengan Najwa nanti rasalah apa yang mama dengan papa pernah rasa… Tapi, enjoy sayang… Mama seronok dapat puteri mama ni…” Salina berkata.

“Dengar tu B… nanti B lah kena jaga dua-dua ni..” Najwa kata pada Izhar.

“No hal… B okay je.. Tapi kalau tak bagi perhatian kat ibu dia, jangan marah ye sayang…” Izhar balas. Mereka ketawa.

“Abang rasa, wawa ni nanti dapat baby mesti kecoh, besok.. macam-macam lagi lah…” Aidil menyampuk. Najma senyum.

“Amboi abang… tengoklah nanti. Wawa lagi expert dari mama nanti terkejut pulak..” Najwa balas. Salina pandang anak, menantu serta cucunya itu. Dia tiba-tiba teringat akan bekas suaminya, Syed Hazim.

“Abang…. Mereka dah dapat kehidupan sempurna…” Desis hati Salina. Dia kembali berbual dengan Najwa, Najma, Aidil dan Izhar. Salina gembira. Salina bahagia. Setelah pelbagai rintangan yang dilalui, dia bersyukur dapat lihat keluarganya berkumpul dengan penuh senyuman dan gelak tawa itu. Sesungguhnya pengalaman mematangkan kita, setiap ujian yang terjadi pasti ada hikmahnya.

TAMAT..

Sangkar Kasih 43


Najwa mulakan tugas seperti biasa. Kini dia lebih kuat dan tabah. Dia masuk ke kelasnya dengan tenang. Untuk tugasan hari ini, Najwa pinta pelajarnya menyampaikan lagu serta muzik dalam kumpulan.

“Masih jelas… setiap garisan halus, bila senyuman kau ukir kan untukku… Masih jelas, setiap lekuk penjuru menghiasi wajahmu.. waktu kau renung aku. Sudah suratan, takdir begini. Segalanya sementara…. Selagi hayatku masih ada.. kau bertakhta dihatiku….” Kumpulan pertama menyampaikan persembahan mereka. Najwa hayati bait-bait lirik lagu Masih Jelas dari Hafiz Af4. Masih jelas bayangan senyuman Izhar tika dia pandang wajah Najwa. Masih jelas tergambar renungan cinta Izhar buatnya. Kucupan mesra. Najwa terima segala ketentuan Ilahi itu. Sudah suaratan takdirnya begitu. Dia masih ingat janjinya pada Izhar, selagi hayatnya ada, tiada lelaki lain yang akan bertakhta dihatinya selain suaminya itu. Najwa amat menyayangi Izhar. Walaupun Izhar kini sudah pergi meninggalkannya. Dia tetap bersyukur kerana sempat bergelar isteri buat lelaki yang dicintainya itu.

“Okay… next…” Arah Najwa. Kumpulan seterusnya mebuat persembahan mereka. Semua anak didiknya yang meminati bidang itu melakukan dengan baik sekali. Najwa berpuas hati. Selagi dia mampu, dia akan berkhidmat dalam bidang yang diminatinya itu.

“Puan Najwa… ada orang kirim surat ni....” Seorang pelajar menyerahkan sekeping surat pada Najwa. Najwa ambil dan baca.

“Jumpa di Old Town White CafĂ©, Bukit Bintang jam 4 petang..” Najwa membacanya. Najwa hairan. Tiada pula tertulis nama di surat itu. Siap saja yang tahu tempat iti selain Izhar. Tapi, tak mungkin Izhar. Najwa ligat memikirkannya. Najwa gelisah. Hatinya
berdoa semoga tenang.

Najwa habiskan kelasnya lebih awal.

“Okay class.. esok kita sambung. Praktis jangan lupa.. Assalamualaikum..” Najwa melangkah keluar. Sebagai guru Muzik moden di Kolej Sunway, Najwa perlu berhadapan dengan berbagai kerenah pelajarnya. Mudah sahaja baginya untuk mengawal mereka kerana dia sendiri pernah lalui saat itu. Pengalaman lalu menjadikan dia rapat dengan pelajarnya.

Najwa berjalan menuju keretanya. Dia memandu ke tempat seperti yang diminta dalam surat itu. Najwa masih ingat tempat itu. Tempat dia bertemu Izhar. Sejak pemergian Izhar, Najwa tak jejak lagi kaki ke sana. Dia begitu sedih kerana terlalu banyak kenangan bersama Izhar di situ. Najwa tiba. Seperti kebiasannya yang dilakukan suatu masa dahulu, Najwa pesan minuman dan duduk di suatu meja. Najwa nantikan kehadiran orang ang mengirim surat padanya. Sambil itu, Najwa gamit memori lalu. Dia teringat saat mula bertemu Izhar.

“Hai.. boleh minum sekali..” Suara yang menegurnya membuatkan Najwa terpaku. Dia kenali suara itu. Pantas Najwa berpaling. Air matanya menitis. Insan yang berdiri hadapannya adalah insan yang amat dinantikan selama ini. Najwa bingkas bangun.

“Iz….” Najwa gagap. Antara percaya dengan tidak. Najwa mengalirkan air mata.

“Sayang… Najwa…” Iz panggil. Najwa pantas memeluk Izhar. Dia peluk sekuatnya. Dibiarkan orang sekeliling memandang. Dia tak peduli. Najwa cium tangan Izhar. Dia tatap wajah Izhar. Benar.Itu Izhar, Suaminya yang dikhabarkan sudah meninggal dunia lebih enam bulan yang lalu.

“Iz… macam mana?” Najwa kelu. Izhar duduk. Air mata Najwa disekanya. Izhar ceritakan segalanya. Semasa kemalangan itu, sebelum kereta meletup dia sempat keluar namun segala pengenalan dirinya terjatuh. Dia sempat berjalan beberapa kilometer dalam hutan da akhirnya rebah. Setelah dibuka mata, rupanya dia diselamatkan oleh satu keluarga yang menetap di kawasan setinggan berhampiran. Izhar dirawat dan dijaga rapi. Dia lihat dalam surat khabar berita kematiannya. Jadi dia minta keluarga yang menyelamatkannya itu tidak menghantarnya ke hospital sebaliknya merawat secara tradisional. Setelah sembuh sepenuhnya, Izhar bercadang untuk kembali bertemu Najwa dan keluarganya. Namun dia harus balas jasa keluarga setinggan yang telah menyelamatkannya. Dia bekerja untuk keluarga tersebut dan cuba dapatkan apa yang terbaik buat keluarga itu.

“Alhamdulillah, mereka dah ada kehidupan yang lebih baik sekarang..” Kata Izhar. Dia genggam tangan Najwa. Air mata Najwa masih belum kering. Izhar sambung ceritanya.

Selepas dari itu, dia berusaha dapatkan semula identitinya. Namun tak berhasil. Dia tiada bukti dan saksi. Maka dia ambil keputusan untuk mengekori Najwa. Dia rindu Najwa. Hingga akhirnya mereka bertemu di situ.

“So, selama ni Iz lah yang Wawa selalu nampak tu.. Kenapa Iz lari?” Najwa soal.

“Memang Iz.. bukan lari, Iz tak nak kita jumpa semula cara macam tu..” Balas Izhar.

“Iz tahu tak betapa Wawa menderita tanpa Iz disisi..” Najwa alirkan air mata.

“Maafkan Iz sayang… Mungkin ini ujian untuk kita..” Balas Izhar.

“Iz… miss you so much..” Kata Najwa. Tangan Izhar digenggamnya. Izhar juga begitu.

“Jom kita balik, Jumpa mummy and daddy… Mesti semua happy..” Ajak Najwa. Izhar angguk. Dia renung sepuasnya wajah Najwa. Isteri yang amat disayangi itu.
Ternyata, kepulangan Izhar menggembirakan semua. Najwa adalah insan yang paling bahagia. Tengku Hamzah dan Tengku Mirna adakan majlis kesyukuran. Najwa tak lekang dari Izhar. Dia tak mahu kehilangan Izhar lagi. Izhar adalah nyawa dan kehidupannya. Dia amat menyayangi Izhar.

“Janji dengan Wawa.. Iz jangan tinggalkan wawa lagi tau..” Najwa lentokkan kepalanya di bahu Izhar.

“Iz janji sayang…” Izhar kucup mesra dahi Najwa. Dia peluk erat isterinya itu.

“ Wawa tak boleh hidup tanpa Iz.. Wawa tak kuat Iz..” Tambah najwa.

‘Jangan risau sayang.. Iz sentiasa ada dengan sayang… Iz sentiasa milik Wawa macam mana Wawa jadi milik Iz..” Kata Izhar lagi. Najwa angguk. Dia bahagia.

“ Kenapa nangis ni?” Soal Izhar. Air mata Najwa disekanya.

“Iz tahu, mummy and daddy dah minta Wawa kahwin lain.. Ye la, mereka kesian tengok Wawa sorang-sorang…” Beritahu Najwa.

“So?” Soal Izhar.

“Wawa tak nak. Wawa rela sorang-sorang sebab Wawa rasa walau di mana pun Iz, Iz tetap dekat di hati wawa.. Takkan ada orang lain yang boleh ganti tempat Iz..” Najwa
renung wajah suaminya itu.

“Iz pun sayang… Janganlah nangis lagi… Iz tak boleh la tengok Wawa nangis macam ni…” Izhar seka air mata Najwa.

“Entah… keluar sendiri..” Najwa balas manja.

“Ala…. Tak mau la.. Iz tak nak tengok sayang nangis. Senyum sikit…” Izhar usap wajah Najwa. Najwa senyum. Izhar angkat Najwa dan letakkan isterinya itu di katil. Najwa bahagia dalam pelukan suaminya. Suami yang pernah menghilang sejurus beberapa jam bergelar isteri. Malam itu ibarat malam pertama buat Najwa dan Izhar yang terpisah lebih enam bulan. Najwa bersyukur kerana Tuhan memberinya peluang sekali lagi untuk bersama lelaki yang dicintainya itu. Izhar juga begitu.

Sangkar Kasih 42


Najwa dirawat oleh teman Aidil, Dr Kamarul. Menurut Dr Kamarul, Najwa mungkin hadapi tekanan dengan bayangan Izhar yang sering dibayangnginya. Dia masih dalam keadaan tidak dapat terima kenyataan insan yang dia sayangi pergi meninggalkannya dalam jangka masa yang begitu singkat.

“Tapi Rul, dulu dia dah boleh terima, tapi sekarang dia bagitahu kami dia nampak Izhar, itu yang buat dia macam tu..” Aidil berkata.

“Masalah Najwa ni tak berat, dia alami kemurungan dan sebab kemurungan itu dia selalu terbayang suaminya. Masa awal dulu dia terima sebab dia cuba latih diri dia, namun bila bayangan tu selalu bermain di minda dia dan kadang kala dia rasa macam ternampak, itu yang buat dia kembali yakin Izhar masih ada padahal apa yang dia nampak itu hanyalah khayalan dan bayangan dia..” Jelas Dr Kamarul. Salina dan Najma angguk.

“Tapi, kalau apa yang dia nampak itu betul macam mana?” Naja soal. Aidil pandang isterinya itu.

“Macam mana orang yang dah mati boleh kembali hidup?” Dr Kamarul soal.

“Dalam kemalangan tu, letupan yang kuat buat semua mangsa hancur. Jadi pihak polis sendiri tak dapat kenalpasti, Namun semua identiti mangsa dah diketahui termasuk Izhar. Kerana dia punya pengenalan diri ada dijumpai tak jauh dari kawasan letupan. Pihak polis andaikan Izhar adalah salah satu mangsa..” Jelas Aidil lagi.

“Tapi, betul kata Puan Najma. Ada kemungkinan itu. Tapi, kalau dia ada, kenapa dia tak pulang sampai sekarang… Mungkin apa yang najwa nampak hanyalah bayangan dan khayalannya.” Tambah Dr Kamarul.

“Thanks Dr… Kami harap sangat Najwa kembali macam dulu. Dia terlalu sayangkan Izhar.” Salina menambah. Dia gusar dengan keadaan Najwa yang sebegitu rupa.

“Mestilah puan.. Izhar itu suaminya. Munkin dia perlukan masa yang lama untuk terima kenyataan itu. Harap kamu sekeluarga beri dia semangat… Itu sahaja jalan yang terbaik..” Dr Kamarul memesan.

“Baik Doktor…” Balas Najwa.

“Lagi satu, jangan biarkan dia bersendirian buat tempoh masa yang lama. Dia perlukan teman, perlukan perhatian. Kalau dia sendirian, bayangan tu akan muncul lagi. Susah bagi dia untuk sembuh sepenuhnya..” Tambah Dr Kamarul.

“InsyaAllah…” jawab Salina perlahan

“Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu… Dua minggu lagi saya kembali untuk beri dia rawatan lanjut.. Jangan lupa bagi dia ubat. Aidil, kalau ada apa-apa just call me..” Dr Kamrul mohon untuk pulang. Aidil hantar temannya itu hingga muka pintu. Salina dan Najma masuk ke kamar Najwa. Najwa sedang termenung di birai katil.

“Adik…” Panggil Najma. Najwa tak menyahut. Najma dan Salina hampiri Najwa. Najwa berlinangan air mata.

“Ma… Wawa tak sakit… Tak payah panggil Doktor..” Kata Najwa.

“Ye… mama tahu..” Balas Salina. Dia seka air mata anaknya itu.

“Ma… Iz hidup dalam hati wawa… wawa takkan lupakan dia… Sesiapa pun tak boleh buat wawa lupakan dia..” Najwa bersuara lagi.

“Ye adik. Tak ada sesiapa pun yang nak padamkan Iz dari hati adik. Kami Cuma nak adik jalani hidup macam biasa… Adik kena redha sayang.. Ini ujian tuhan. Kakak dengan mama tak nak tengok keadaan adik macam ni… kami sayangkan adik…” Kata Najma. Najwa tunduk.

“Ye sayang… Mama nak Wawa yang ceria, yang becok macam dulu…. Mama rindu sayang… Mama susah hati tengok Wawa macam ni..” Salina menambah. Najwa pandang ibu dan kakaknya.

“Mama… kakak… maafkan Wawa buat Mama and kakak susah hati..” Najwa bersuara.

“Mungkin betul kata Dr. Itu khayalan wawa… tapi ma.. kalau lah Iz masih ada, mesti Wawa dah bahagia sekarang kan..” Najwa bersuara lemah.

“Adik… memang susah nak lupakan. Tapi adik kena terima dengan tabah, Ini ketentuan. Tak baik melawan takdir..” Pesan Najma.

“Ye sayang… Kami semua ada untuk Wawa…” Salina menambah.

“Ma… kadang-kadang adik cemburu dengan kakak. Kakak ada abang Aidil sebagai suami yang ada di sisi. Tapi Wawa hanya sempat bergelar isteri beberapa jam je ma… Tanpa pernah disentuh, Izhar pergi ma… Takkan ada pengganti dia ma..” Najwa alirkan air mata. Najma peluk adiknya. Salina tenangkan Najwa.

“Sabar sayang… mungkin ada hikmah yang kita tak tahu atas semua kejadian ni…” Tambah Salina. Najwa angguk.

Sangkar Kasih 41


Najma dan Aidil bersiap untuk pergi ke klinik. Hari ini Najma ada janji temu dengan doktor berkaitan kesihatan kandungannya.

“Abang… tolong ambil beg Naja bawa masuk kereta..” Arah Najma sambil membetulkan ikatan rambutnya. Aidil ambil dan pergi ke kereta.

“Sayang.. cepat sikit…” Kata Aidil. Najma turun. Dia hampiri Aidil.

“Jom… kenapa nak cepat sangat, appoiment pukul 11 pagi, sekarang baru pukul 10..” Najma bebel. Sejak berbadan dua ini, dia kerap membebel. Pelbagai perkara pelik berlaku pada dirinya. Aidil pening namun dia cuba memahami. Tapi, kadang kala tak tahan juga dia.

“Jalan tu sesak karang.. Ingat sempat ke..” Aidil sedikit berkeras. Najma tersentuh. Dia tarik muncung. Dia masuk kereta dan hempas pintu kuat.

“Tu lah.. cakap sikit merajuk…. Dah la.. Abang minta maaf..” Aidil berkata. Enjin kereta dihidupkan. Najma masih dengan muka mencuka.

“Cakap lah elok-elok.. Tak payah nak marah-marah…” Rungut Najma.

“”Abang tak marah pun.. tegur sikit tak boleh ke? Amboi… orang lain mengandung juga, elok je…” Aidil geram. Najma diam. Dia juga geram. Aidil pandu keretanya keluar dari parkir rumahnya.

“Ni kenapa nak merajuk-rajuk ni… abang penatlah nak pujuk…” Aidil menambah. Najma masih diam.

“Sayang…. Dah la… sorry ok… Tak mau lah macam ni.. Nanti turun perangai buruk tu kat Babby…” Aidil pujuk.

“Tau takut… Naja pun sorry.. Emo sikit..” Najma bersuara.

“Dah la… senyum sikit…” Pinta Aidil. Najma senyum. Aidil teruskan pemanduan. Najma hayati lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dendangan Aliyah yang bermain di corong radio. Aidil ikut nyanyi lagu itu. Najma tinjau kiri kanan. Hayati pemandangan sekitar.

“Eh abang.. itu kereta Najwa.. kenapa kat situ…?” Najma terkejut melihat kereta adiknya yang diletakkan di bahu jalan. Aidil juga. Dia hentikan kereta. Aidil keluar. Najma membontoti suaminya.

“Mana adik? Kereta kat sini…” Najma hairan kerana tiada kelibat Najwa dalam kereta yang tak berkunci itu. Hatinya gusar.

“Ye lah… kereta tak kunci… dia pergi mana.. Takkan masuk hutan tu pulak..” Balas Aidil. Kawasan bahu jalan hanyalah hutan kecil. Aidil dan Najma pusing beberapa kali dan tinjau kawasan sekitar. Tiada kelibat Najwa.

“Akak.. abang… buat apa?” Najwa muncul dari hutan. Aidil dan Najma gamam. Najma meluru arah adiknya dan peluk Najwa.

“Adik pergi mana? Kenapa ni?” Najma gusar lihat keadaan Najwa yang berpeluh dan nafas yang mengah. Najwa pandang kakaknya. Air matanya menitis. Aidil hairan.

“Kak… adik nampak Iz… dia lari dalam hutan ni.. Adik kejar Tapi tak dapat…” Suara Najwa. Najma mengucap panjang. Aidil juga. Najma peluk adiknya itu.

“Adik… kenapa ni? Ya Allah… jom kita balik…” Najma ajak. Dia tenangkan adiknya. Aidil kembali kekeretanya dan ambil sebotol air. Najwa minum. Dia masuk dalam kereta.

“Adik nak tunggu sini… Iz ada dalam tu… Adik nak tunggu… Kak, Iz masih hidup kak…” Najwa cuba yakinkan kakaknya. Najma pandang Aidil.

“Sayang bawa Wawa balik, drive kereta dia. Abang drive kereta kita ikut belakang. Nanti abang call doktor bagitahu kita lewat sikit…” Arah Aidil. Najma angguk. Dia pinta adiknya duduk di bahagian penumpang.

“Akak!! Adik nak tunggu sini. Iz akan datang nanti… akak kalau nak balik balik lah…” Suara Najwa sedikit kasar. Najma terkedu. Aidil terdiam.

“Wawa… kita balik dulu, petang nanti kita datang lagi kalau Iz ada..” Aidil cuba memujuk. Najwa diam. Dia akur. Najma hidupkan enjin dan bawa Najwa pulang. Aidil
ikut dari belakang.

“Kak… Iz hidup lagi kak…” Najwa berulang kali menuturkan kata-kata itu. Najma tak tahu mahu cakap apa. Najma gusar dengan keadaan adiknya itu. Najma hanya menitiskan air mata. Najwa menangis. Najma tahu hati adiknya. Mungkin Najwa masih tak kuat terima takdir Izhar sudah meninggalkannya. Najma cuba tenangkan adiknya hingga sampai ke rumah.

“Ya Allah… kenapa ni? Najwa? Najma?” Salina terkedu. Najwa yang kelihatan kusut dengan muka yang merah, menangis dan berpeluh. Najma juga menangis. Salina hairan. Najma ceritakan pada ibunya. Salina terkedu. Dia peluk Najwa.

“Ma… Wawa nampak Iz ma… Dia masih hidup…” Najwa kata pada ibunya.

“Wawa.. Izhar dah tak ada…. Dia dah pergi…” Salina usap anaknya itu.

“Tak… Iz masih ada, dia selamat dalam kemalangan tu… kalau dia dah mati, mana kubur dia ma… “ Najwa menambah.

“Kan semua mangsa hancur. Tak dapat kebumi secara biasa… Sayang… wawa kena redha, kena terima dengan Ikhlas… Iz dah tak ada sayang…” Salina peluk Najwa. Dia usap anaknya itu.

“Habis.. siapa yang wawa nampak? Hantu? “ Najwa soal. Memang benar dia kerap kali nampak kelibat Izhar. Tapi tiada siapa mahu percayainya. Najwa rungsing. Dia nak semua tahu bahawa dia nampak kelibat Izhar. Namun setiap kali dia cuba cari, kelibat itu hilang. Najwa menangis. Dia tenung wajah ibunya.

“Ma… Iz masih hidup.. percayalah… Kita kena cari dia…” Najwa cuba yakinkan ibunya. Dia pandang Najma. Matanya meraih simpati agar kakaknya itu percaya kata-katanya.

“Ma… Naja rasa adik sakit.. Kita bawa dia berubat ma..” Najma suarakan pada ibunya. Aidil angguk setuju.

“Aku tak sakit!!! Kenapa tak nak percaya?.. Ma, betul Wawa nampak Iz… Iz masih hidup..” Najwa geram. Dia berang. Salina cuba kawal anaknya itu. Namun tak berjaya. Najwa terus berlari kebiliknya dan mengurung diri dalam bilik. Dia rebahkan diri di katil. Gambar perkahwinan ditatapnya.

“Iz… Iz masih hidup kan… Iz tak tinggalkan Wawa kan… Wawa akan cari Iz… Wawa yakin Iz masih ada…” Najwa berkata sendirian. Dia baring. Kerinduan terhadap Izhar meluap-luap. Kelibat yang sering dia nampak itu dia yakin adalah suaminya.

Sementara itu, di ruang tamu, Aidil cuba hubungi temannya iaitu seorang doktor yang merawat masalah Psikologi.

“Ma… dia boleh bantu kita…” Aidil kata pada Salina. Najma dan ibunya berpelukan. Mereka gusar dengan keadaan Najwa. Najwa yang disangka sudah dapat terima hakikat itu nyata sebaliknya. Dia kini semakin parah dari dulu. Salina pun tak pasti apa yang menyebabkan Najwa jadi begitu. Dia tahu hati anaknya itu hanya pada Izhar. Tapi, dia berdoa agar Najwa dapat terima kenyataan itu walaupun memang pahit.

Sangkar Kasih 40


Najwa termenung di jendela kamarnya. Sudah enam bulan dia bergelar isteri buat Izhar. Itu bermakana sudah enam bulan juga Izhar pergi meninggalkannya. Najwa seka air matanya. Memori bersama Izhar tidak dapat dia lupakan. Gambar perkahwinan yang sempat diambil dijadikan kenangan tika rindu. Majlis untuk perkahwinan mereka ditukar menjadi kenduri Tahlil Arwah. Walaupun dia tak dapat renung Izhar buat kali terakhir kerana semua mangsa kemalangan itu hancur, namun dia redha dengan pemergian suaminya itu. Jauh disudut hati dia masih mengharap Izhar masih hidup. Namun, apakah daya dia melawan takdir. Najwa terima dengan ikhlas.

“Adik….” Panggil Najma. Najma kini sudah mengandung empat bulan. Najwa menoleh arah kakaknya.

“Akak… masuklah…” Kata Najwa. Dia duduk di birai katil Najma duduk sebelah adiknya itu. Najwa usap rambut Najwa.

“Adik ingat Iz akak…” Air mata Najwa menitis. Najma faham kesedihan yang dialami adiknya itu.

“Akak tahu… Sabar sayang… Kita doakan moga roh dia ditempatkan bersama orang yang soleh.. Jom turun makan.. Mama dah siap masak tu..” Ajak Najma.

“Akak… kalau Iz masih hidup macam mana?” Najwa soal kakaknya.

“Adik… kenapa ni? Kita tak boleh salahkan takdir. Ini kan Qada dan Qadar. Adik kena terima…” Nasihat Najma.

“Entah la akak… Kadang kala adik rasa Iz masih ada kak…” Najwa suarakan rasa hatinya.

“Adik.. tak ada siapa yang selamat dalam kemalangan tu..Walau macam mana pun, Iz tetap hidup dalam hati adik kan… Adik sayang dia kan..” Najma tenangkan adiknya itu.

“Ye kak… dia sentiasa dalam hati Adik….” Balas Najwa.

‘Akak tahu… Dah la.. Jom makan.. Mama dengan Abang Aidil dah tunggu tu..” Kata Najma. Najwa angguk. Najwa dan Najma keluar dari bilik. Mereka menuju ke dapur. Salina dan Aidil menuggu di meja makan.

“Wah… sedap ni…” Kata Najwa. Dia masih cuba ceriakan diri walau perkara sedih itu menimpanya. Mungkin dari luaran dia kelihatan seperti seorang yang kuat dan tabah, namun jauh disudut hati dia lemah, sedih dan tak terdaya hidup tanpa Izhar disisi. Namun dia kuatkan juga. Kini dia bertugas sebagai guru muzik di sebuah Kolej swasta. Sedikit sebanyak, kesibukan itu mampu mengubat luka dan sendu di hati.

“Jom lah makan…” Salina isikan nasi buat Najwa. Dia kasihan dengan nasib yang menimpa Najwa. Namun dia kagum dengan kekentalan hati anaknya itu.

“Oh ya… ma, kejap lagi wawa nak balik Shah Alam jap. Dah lama tak jenguk Mummy dengan Daddy..” Kata Najwa.

‘Ooo.. sampaikan salam Mama pada Mummy kamu..” Pesan Salina. Najwa angguk. Walaupun Izhar sudah tiada, hubungan Najwa dan keluarga Izhar masih akrab. Tengku Hamzah dan tengku Mirna menganggap Najwa seperti anak sendiri. Kehadiran Najwa dapat mengubat kerinduan mereka terhadap anak tunggal mereka, Izhar.

“Amboi abang Aidil.. Wawa tengok perut abang dengan akak sama je naik… Makin bulat..” Najwa bergurau.

“Tu lah.. abang pun hairan. Akak nil ah tak pandai MENGURUSKAN abang.. Kan dah gemuk..” Aidil balas.

“Ala… biarlah gemuk. Montel.. comel..” Tambah Najma.

“Akak perut naik ada isi and nanti kempis balik.. Abang tu sentiasa macam tu…” Najwa berkata. Mereka sekeluarga ketawa. Terhibur sedikit duka dihati Najwa dengan suasana ceria itu. Namun, di hatinya Izhar tetap bertahta sampai bila-bila pun. Janji Najwa pada Izhar tetap dilaksanakannya. Dia doakan Izhar bahagia di alam sana.
Najwa pandu menuju ke Shah Alam. Dalam perjalanan, dia terserempak dengan seseorang yang wajahnya mirip Izhar. Najwa hentikan kenderaannnya.

“Iz… Izhar ke tu?” Najwa panggil. Dia berlari mengejar. Tapi orang itu hilang. Najwa berjalan semula ke arah keretanya dengan rasa hampa.

“Mungkin perasaan aku je….” Desis hati kecilnya. Dia teruskan pemanduan.
Najwa tiba dirumah keluarga Izhar. Najwa bawa sedikit buah tangan utuk Tengku Mirna dan tengku Hamzah. Najwa salam dengan dua orang tua Izhar itu.

“Mummy… tadi masa on the way Wawa ke sini, Wawa macam nampak Iz.. Bila Wawa stop, nak kejar, hilang pula…” Najwa suarakan. Tengku Mirna memandang menantunya itu. Dia hampiri Najwa.

“Wawa… Iz dah pergi… Sabar ye sayang..” Balas Tengku Mirna. Najwa angguk.

“Wawa…..” Tengku Mirna peluk Najwa. Dia tahu Najwa lebih terasa kehilangan Izhar. Izhar penting bagi hidup Najwa. Dia juga tahu Najwa pura-pura tabah di depan mereka semua, namun hakikatnya Najwa tak terdaya menahan sedih, perit dan suram diatas pemergian Izhar.

“Maybe perasaan Wawa je kot…” Najwa cuba tenangkan diri dan ibu mertuanya itu.

“Kita doakan dia…” Balas Tengku Mirna.

“Ye mummy…” Najwa angguk.
Najwa dan dua orang tua Izhar berbual di ruang tamu.

“Wawa… Mummy dengan Daddy nak cakap sikit…” Tengku Hamzah mulakan bicara.

‘Ada apa daddy…” Najwa bersedia.

“Dah enam bulan Iz pergi, kamu carilah pengganti. Wawa berhak dapat hidup sempurna. Ada suami… Mummy and Daddy tak nak jadi penghalang..” Tengku Hamzah berkata. Najwa tunduk.

“Mummy… daddy… kalau Wawa nak dah lama wawa cari.. Tap hati wawa ni tak terbuka langsung lagi untuk itu. Kadang-kadang wawa rasa Izhar tu ada. Wawa nak tunggu dia…” Air mata Najwa menitis.

“Jangan macam tu… Wawa berhak. Kami dah anggap wawa macam anak sendiri. Kami nak lihat wawa bahagia..” Tengku Mirna pula berkata.

“Mumy, wawa bahagia macam ni. Kehidupan wawa dah sempurna dengan family wawa, Mummy, daddy… Wawa tak perlukan orang lain lagi… Kalau Mummy nak lihat wawa happy, biarkan wawa macam ni. Wawa happy macam ni..” Balas Najwa. Dia berlalu keluar untuk hirup udara segar dan tenangkan fikirannya. Fikirannya melayang jauh bersama memori bersama Izhar. Saat mula bertemu hingga saat diijab kabulkan. Najwa tenang. Biarlah dia begitu. Dia tenang begitu. Tak pernah terbuka hatinya untuk insan lain. Hanya Izhar yang bertakhta dihatinya.

“ Siapa tu?” Soal najwa sebaik perasan kelibatnya diperhati. Dia berlari ke pagar. Najwa cuba kejar orang yang memerhatinya. Dia tak sempat. Orang itu terlalu pantas berlari. Najwa kembali masuk kerumah.

Sangkar Kasih 39


Najwa berdebar. Izhar tenang. Najma menemani adiknya. Tengku Hamzah duduk disisi anaknya. Tengku Mirna memerhati dari jauh. Najwa dan Izhar berpakaian sedondon warna biru muda untuk majlis akad nikah. Kadi mula membacakan khutbah nikah. Najwa dan Izhar dengar dengan teliti. Najwa pandang bakal suaminya. Hatinya berdebar.

“Tengku Izhar Halqi bin Tengku Hamzah…” Kadi membaca.

“Tok.. salah, Izhar haqqi..” Najwa menegur kadi itu. Selalu saja orang salah menyebut nama Izhar. Izhar senyum.

“Ooo… thank you so much..” balas Kadi itu.

“Amboi… speaking..” Desis hati kecil Najwa. Dia pandang kakaknya. Najma setia disisi adiknya.

“Tengku Izhar Haqqi Bin Tengku Hamzah, aku nikahkan dikau dengan Syarifah Najwa Aisha binti Syed Hazim, berwalikan bapanya dengan Mas kahwinnya RM80 tunai…” Kata Kadi itu.

“Aku terima nikahnya Syarifah Najwa bin Syed Hazim dengan mas…..” Izhar terhenti.

“Bin? Kamu nak menikah dengan lelaki ke?” Soal Kadi itu. Izhar gamam. Dia toleh arah Najwa. Najwa senyum sumbing. Dia gementar hingga silap. Beberapa tetamu yang hadir ketawa.

Sekali lagi Kadi membacakan akad. Kali ini Izhar berjaya melakukannya. Najwa tarik nafas lega. Dia bersyukur. Izhar juga begitu.

“Lulus pun..” Desis hati Najwa. Izhar hampiri Najwa. Izhar sarungkan sebentuk cincin di jari manis Najwa. Najwa salam dan cium tangan suaminya. Izhar kucup dahi najwa. Bahagia dapat dirasa.

“lama sikit.. nak ambil gambar ni..” Suara seseorang kedengaran. Izhar kucup sekali lagi.

“Ha… padan muka… dulu kutuk abang dengan kakak..” Aidil berkata pada adik iparnya itu.

“Hehe… Nervous gak sikit…” Balas Najwa. Najwa dan Izhar bergambar bersama sanak saudara, leps satu-satu gaya yang mereka lakukan. Izhar dan Najwa hanya mengikut.

“Iz.. lepas ni kena buat cermin mata rabun silau la..” Bisik Najwa.

“kenapa?” Izhar soal.

“Flash banyak sangat..” Balas Najwa. Izhar ketawa. Hari bahagia begini pun Najwa masih Najwa yang sama. Izhar senyum dengan telatah Najwa. Selama beberapa jam mereka bergambar. Akhirnya sesi itu tamat juga.

“Ma.. boleh makan tak? Lapar ni..” Najwa bisik ketelinga ibunya. Salina ketawa.

“Makan lah.. ajak Iz sekali..” Balas Salina. Najwa berlari anak arah Izhar. Dia ajak Izhar makan.

“Najwa ni…” Syed Hazim ketawa. Aidil dan Najma berpandangan.
Orang ramai sudah mula bersurai. Najwa penat melayan tetamu yang hadir. Izhar juga begitu. Ucapan tahniah diterima dari sanak saudara dan sahabat handai.

“Penatnya…” Najwa duduk diatas sofa. Pakaian akad nikah masih tersarung. Izhar disebelahnya mengurut manja Najwa.

“Amboi… pengantin baru…” Najma dan Aidil muncul. Salina masih melayan tetamu yang berbaki. Syed Hazim juga begitu. Pihak lelaki, keluarga Izhar sudah pulang ke Shah Alam. Pekerja catering sedang sibuk mengemas di luar.

“eleh abang Aidil… rileks la…” Najwa balas. Aidil ketawa.

“Oh ya… sayang, Iz kena balik Shah Alam kejap lah.. Ada barang tertinggal. Petang nanti Iz datang balik ya..” Izhar bangun dari kerusinya. Najwa hairan.

“Barang apa pula? Kan beg semua dah bawa..” Najwa soal.

‘Entah… Iz rasa ada tinggal barang. Nak ambil kejap ye.. Bukan jauh pun.. Malam ni Iz tidur sini..” Izhar bisik. Najwa angguk. Pelik masih pelik. Namun dia biarkan. Izhar dengan masih berpakaian pengantin meluru arah keretanya dengan tergesa-gesa. Dia pandu pulang.

“Ke mana Izhar tu?” Salina soal hairan.

“Balik Shah Alam kejap…” Najwa balas perlahan.

“La…. Tak menyempat nak salin baju dulu…” Salina mengomel.

“Tu lah… wawa dah cakap. Dia kata tak sempat, cepat pergi cepat balik katanya…” Tambah Najwa. Dia sedikit mengeluh. Setelah semua tetamu pulang, Najwa kembali kebiliknya. Bilik pengantin yang dihias indah itu ditatapnya. Berdebar mahu menghadapi malam pertama bersama Izhar. Baru tiga jam yang lalu dia bergelar isteri buat Izhar. Najwa bersyukur kerana akhirnya dia dapat disatukan dengan Izhar. Najwa senyum. Najwa bersihkan diri. Dia tukar pakaiannya. Dia menanti kepulangan Izhar.
Suasna di rumah Salina kembali sunyi.Aidil dan Najma memabantunya mengemas apa yang patut.

“Abang… Naja pelik dengan Izhar tu.. Dia tergesa-gesa balik…” Najma suarakan hairan dihatinya.

“Abang pun… dia macam lain je…” Balas Aidil.

“Moga tak ada apa-apa lah… Abang dah makan belum?” Soal Najma pada suaminya. Kesibukan melayan tetamu tadi membuatkan dia terlupa makan minum suaminya.

“Dah… abang makan dengan family Izhar tadi…” Balas Aidil.

“Cukuplah ni.. masuk dulu abang. Tengok mama dengan papa buat apa..” Najma rangkul lengan suaminya. Aidil senyum. Dia masuk kedalam rumah bersama isterinya itu.

“Amboi.. dating ye mama dengan papa..” Tegur Najma. Syed Hazim sedang minum petang bersama Salina.

“Tak lah… jom lah minum sekali. Aidil… duduklah..” Pelawa Syed Hazim. Aidil angguk.

‘Najwa mana?” Soal Salina.

“Kat bilik. Tukar baju katanya. Entah-entah tidur. Izhar pun satu, hari first kahwin dah kelam kabut.. Tinggal itu, tinngal ini..” Kata Najma.

“Biasalah tu.. Lelaki sebenarnya lagi gelabah. Papa dulu pun. Betul tak Aidil..” Syed Hazim menambah. Aidil angguk.

“Izhar tu jangan pula tidur Shah Alam nanti.. mahunya mengamuk Najwa tu nanti..” Salina bicara. Mereka tertawa. Dapat dibayangkan wajah Najwa nanti.

“Ma, tengok tadi masa akad nikah. Selamba dia tegur kadi tu terkejut Naja..” Najma bualkan mengenai peristiwa tadi.

“Dah kadi tu salah sebut.. Betullah tindakan dia tu…” Aidil menambah.

‘Tu lah Najwa. Berani.. Dalam nervous tu sempat macam-macam lagi…” Syed Hazim senyum. Terbayang dia saat kecil Najwa.

Telefon rumah Salina berdering. Aidil bangkit menjawab panggilan itu. Najma dan kedua ibu bapanya masih rancak berbual.

“Okay… terima kasih..” Kata Aidil. Air wajahnya berubah. Dia berjalan lemah kedapur.

“siapa call dil? Kenapa?” Soal Salina. Aidil terduduk di sebelah isterinya. Najma hairan.

“Abang… kenapa?” Soal Najma.

“ma, pa, naja… Izhar.. Izhar kemalangan…” Suara Aidil tersangkut. Najma, Syed Hazim dan Salina mengucap panjang Mereka terkedu.

“Iz macam mana?” Syed Hazim meyoal. Najma dan Salina tak mampu terkata apa-apa.

“Keretanya bertembung dengan kereta lain. Jatuh gaung. Kereta terbakar, meletup. Semua rentung. Hancur. Tak ada yang selamat. Termasuk Izhar… ” Aidil kuatkan semangat untuk mengkhabarkan itu.

“Innalillah….” Balas Syed Hazim. Najma dn Salina berpelukan.

“Kita pergi hospital... Kena bagitahu Najwa…” Aidil tambah. Salina, Najma dan Syed Hazim berpandangan. Tiada siapa di situ yang sanggup beritahu Najwa.

“Ma….” Najma pandang ibunya.

“Kita bagitahu sama-sama…” Salina ajak. Air matanya masih menitis. Mereka berempat menuju ke bilik Najwa. Najwa hairan.

“Ma… kenapa ni?” Soal Najwa. Dia hairan lihat mata ibu dan kakaknya merah. Salina kumpul kekuatan dan beritahu perkara tersebut. Najwa terkedu. Dia terduduk di birai katil.

“Mama tipu… Ma.. jangan main-main ma…” Najwa tidak percaya.

“ya sayang… Izhar dah tak ada..” Salina peluk anaknya itu.

“No… tak mungkin… dia janji tak tinggalkan wawa… Iz….” Najwa meraung. Salina dan Najma kawal Najwa.

“Tipu… Iz masih hidup… Ya Allah….” Najwa menangis lagi. Terasa tubuhnya lemah. Suami yang baru dinikahi 7 jam yang lalu dkhabarkan sudah tiada. Najwa lemah selemahnya. Tiada kudrat untuknya berdiri.

“Ma… suami wawa ma…” Najwa langkah lemah. Dia dipapah memasuki kereta. Khabar tentang perkara itu benar membuatkannya lemah. Dia tak terdaya.
Aidil pandu keretanya tenang. Mereka menuju ke Hospital Besar Shah Alam. Tiba di sana keluarga Izhar sudah ada. Najwa ke arah ibu bapa mertuanya. Mereka berpelukan.

“Mummy… Iz selamat kan…” Najwa seperti tidak siuman.

“Semua rentung wawa… Tak ada siapa yang selamat…” Suara lemah Tengku Hamzah. Najwa rebah. lemah. Tak terdaya dia dengan berita itu. Kenapa begitu takdirnya. Kata-kata Izhar tentang dia kan pergi jauh itu masih terngiang ditelinganya.

“Iz… jangan tinggalkan wawa… wawa nak Iz…” Suara Najwa perlahan. Najma tenangkan adiknya itu. Suasana hospital itu masih sibuk. Beberapa keluarga mangsa yang terlibat masih menunggu jawapan.

“Letupan yang kuat buat semua yang terlibat hancur. Pihak kami dah siasat dan semua mangsa terkorban.” Ketua polis bahagian Forensik membuat pengumuman. Senarai nama mangsa dikeluarkan. Salah satunya adalah Izhar. Najwa lemah. Gelap. Dia pengsan.

Sangkar Kasih 38


Najwa menghadapi peperiksaan akhir. Peperiksaan yang penting dan menentukan masa depannya. Najwa bertungkus lumus berusaha. Sepanjang tempoh peperiksaan, Izharlah yang manghantar dan menjemputnya. Hubungan najwa dan Izhar bukan rahsia lagi terutamanya kepada dua teman baiknya Katrina dan Hakim. Tamat kertas terakhir sepanjang pengajiannya, semua pelajar melompat girang. Kini mereka hanya menunggu keputusan dan hari graduasi. Bagi Najwa, ada debaran lain buatnya. Debaran bergelar seorang isteri.

“Cik abang kau tak ambil lagi ke?” Katrina soal.

“Lambat sikit hari ni… Korang nak balik dulu balik lah.. Aku okay je tunggu sorang-sorang..” Najwa balas.

“Amboi kau.. Aku tak sangka tau antara kita bertiga, kau dulu yang kahwin..” Hakim terharu.

“Jodoh la beb.. Korang nanti jangan lupa jemput aku tau…” jawab Najwa.

“Kitorang lambat lagi lah.. Aku ni, tak jumpa lagi Mr right aku..” Tambah Katrina.

“Ha… dah sampai abang kau..” Hakim perasan kelibat Izhar yang membawa sebuah Honda Accord. Najwa senyum. Izhar turun untuk bertemu teman Najwa. Dia bersalaman dengan mereka.

“Jaga diri tau Izhar.. Najwa ni kalau bengang, kau pun dia makan…” Hakim bercanda.

“Kau ni.. Molek la mencarut…” Najwa siku Hakim.

“Ha.. kan betul….” Balas hakim. Mereka tertawa. Izhar senyum.

“Aku balik dulu.. Jumpa lagi nanti geng.. Apa-apa contact la.. Lagi satu, jangan lupa datang masa kitorang kahwin nanti tau..” Pesan Najwa. Ketiga sahabat itu bersalaman. Najwa dan Katrina berpelukan.

“Balik dulu…” Izhar bersuara. Katrina dan Hakim mengangguk. Najwa masuk dalam kereta. Izhar pandu pulang.

“Iz.. singgah rumah kakak kejap, dia kata nak kirim kuih kat mama…” Najwa mengarahkan.

“Okay…” balas Izhar. Dia memandu menuju Taman Permata. Najwa tenang disisi Izhar. Kereta dipandu Izhar meluncur tenang di jalan raya. Izhar pandu cermat. Ada orang tersayang disisinya.

“Assalammualaikum…” Najwa beri salam. Najma muncul di muka pintu. Najma jemput Najwa dan Izhar masuk.

“Duduklah… Akak ambil kuih jap..” Najma ke dapur. Izhar duduk. Najwa pula melilau melihat rumah kakaknya.

“Pandai akak design.. Pinky la kak.. Abang Aidil okay ke?” Soal Najwa.

‘Dia diam je.. Okay la kot.. Dia tak balik lagi ni, ada banyak kerja. Akak balik dulu..” Najma berkata. Dia membuat sedikit kuih untuk ibunya. Salina kini telah menyerahkan perniagaannya untuk diurus Najma dan Aidil. Dia mahu berehat sepenuhnya.

“Ooo… rajin akak masak..” Najwa jenguk dapur kakaknya.

“Biasa je.. kalau sempat akak masak. Kalau tak makan kat luar je… Preparation macam mana?’ Najma soal tentang persiapan perkahwinan Najwa dan Izhar.

“Okay… Semua dah ready. Untuk akad nikah je kitorang sediakan sendiri. Sanding dengan resepsi family Iz dah aturkan. Kitorang ikut je..” Balas Najwa.

“Tak sangka akak adik akak yang rock ni kahwin jugak…” Najma tambah.

“Ala kak.. Rock pun jiwang gak…” Balas Najwa. Najma ketawa.

“Exam tadi macam mana? Boleh jawab?” Najma soal adiknya lagi.

“Alhamdulillah kak… Boleh..” balas Najwa.

“Baguslah… ni mesti semangat Iz kan.. Seronok akak tengok adik bahagia macam ni..” Tambah Najma.

“Ye ka… dia memang semangat adik.. Tak tahu lah macam mana kalau tak ada dia..” Kata Najwa perlahan.

“Kenapa pula?” Hairan Najma mendengarnya.

“Entahlah akak.. Iz tu menakutkan adik. Kadang-kadang di selalu kata nak pergi jauhlah, ajal lah, apa lah.. Adik takut la kak..” Jelas Najwa.

“Hmmm. Dia gurau lah tu… Nak tengok adik sayang dia ke tak..” Najma tenangkan hati adiknya itu. Dia juga gusar.

“Harap macam tu lah. Adik tak nak apa-apa jadi kat dia..” Najwa menambah.

“Kita doakan lah… Moga dia sentiasa selamat. Sudahla, jom kedepan. Ajak Iz minum..” Najma mempelawa. Najwa angguk. Dia keluar dari dapur bersama kakaknya. Izhar menunggu di ruang tamu.

“Iz.. minumlah air tu.. Air bujang je..” Najma hidangkan air dan sedikit kuih buat Najwa dan Aidil. Najwa tuangkan air.

“Berapa ribu abang Aidil beli rumah ni?” Soal Izhar.

“Entah.. akak pun tak tahu sebenarnya. Akak ada tanya, dia cakap harga tak penting. Kamu tahulah abang Aidil tu kan..” Najma balas. Izhar angguk.

“Kenapa tanya? Iz nak beli rumah ke?” Soal Najwa.

“Tak lah.. Wawa nanti dah kahwin duduk lah dengan Mama. Kalau Iz pergi jauh senang lah ada orang jenguk. Tak lah wawa bosan and sunyi nanti..” Kata-kata Izhar membuatkan Najwa terkedu. Najma pandang adiknya. Air wajah Najwa berubah. Sudah banyak kali Izhar berkata sebegitu rupa. Najwa gusar.

“Apalah Iz ni.. Kita tinggal sama-sama lah… Wawa tak nak jauh dari Iz..” Najwa tenangkan hati sendiri. Izhar pandang wajah Najwa. Dia senyum.

Najwa dan Izhar minta diri untuk pulang Najma hantar mereka hingga muka pintu. Izhar pandu keretanya. Dia hantar Najwa pulang.

“Maafkan Iz sayang..” kata Izhar sebaik mulakan perjalanan. Najwa terkedu.

“Wawa tak suka Iz cakap macam tu… Please jangan cakap lagi tau..” Rayu Najwa. Izhar angguk.

“Oh ya, lepas akad nikah nanti Iz stay rumah wawa dulu seminggu before resepsi tu.. Boleh tak?” Soal Izhar.

“La.. nak tanya lagi. Boleh la… Kalau wawa cakap tak boleh kenapa?” Najwa geram.

“Iz tidur hotel la… hehee” Izhar ketawa.

“Sanggup ke? Pergilah…” Rajuk Najwa.

“Mestilah tak… Dah ada wife nak tidur sebelah, takkan nak tidur sorang-sorang…” Izhar senyum nakal. Najwa jelir lidah.

“Tau pun….” Najwa balas. Izhar hantar Najwa pulang. Kemudia dia pandu pulang kerumahnya. Baik Izhar mahupun Najwa, masing-masing tak sabar menanti hari bahagia mereka.