Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 8


Aku menyiapkan diri untuk memulakan hari pertama aku sebagai warga Yayasan ini. Di hadapan cermin, aku mengenakan tudung dengan bantuan Kak Jamilah. Aku memakai sepasang baju kurung yang dibeli bersama Kak Jamilah.
“Cantiknya adik akak…” kak Jamilah memujiku. Aku tersipu-sipu. Aku memandang ke cermin. Cantik. Tanpa rambut perang, solekan tebal dan pakaian seksi, aku ternyata lebih cantik.
“Ok la akak… Mar pergi kelas dulu..” Aku meminta diri. Kak Jamulah mengangguk.
Aku memulakan kelas agama pertamaku. Masuk sahaja ke kelas, hanya aku dewasa. Selebihnya adalah kanak-kanak berusia 10-12 tahun. Aku tidak patah semangat. Aku mahu belajar. Ustazah yang menurunkan ilmu tersebut adalah Ustazah Atiqah. Aku selesa belajar dengannya. Aku belajar semula asas-asas agama seperti solat, wuduk, rukun islam, rukun iman dan semua yang berkaitan. Tidak susah untuk aku menerima ilmu yang disampaikan kerana itu adalah ulangan bagiku. Tuhan Maha Adil, dia kembalikan ingatan aku buat semua asas-asas itu.
Selain itu aku juga belajar mengaji. Aku belajar mengenal huruf-huruf dan hari pertama sahaja aku telah Berjaya menghafal lima surah pendek. Terima Kasih Tuhan.
Pada sebelah petang, aku mengajar tuisyen pula. Aku mengajar tiga subjek, Matematik, Sains dan Akaun kepada anak-anak Yayasan Jannatul Firdaus. Sebanyak 10 orang anak-anak Yayasan mengikuti kelas aku. Aku seronok. Mereka hanya menggelar aku Kak Mar. Aku selesa dengan mereka yang kebanyakannya tingkatan 4 dan 5.
“Akak.. dulu akak kerja apa?” Soal Qaisara. Pelajar tingkatan lima itu sebaik tamat kelas. Waktu itu kami berjalan seiringan ke asrama.
“Ha? Err.. akak dulu kerja biasa-biasa je…” Aku cuba berselindung. Bagiku, tidak perlu lah mereka tahu. Lagipun aku sudah mahu melupakan kisah hitam itu.
“Yeke… akak, malam ni kami datang bilik akak boleh? Boleh borak-borak. Esok pun cuti kan..” Teman Qaisara, Adeeba pula memberi cadangan.
“Boleh.. apa salahnya. Jomla kita tidur berjemaah. Akak pun bosan duduk sorang-sorang..” Tambahku. Girang rasa hati dilayan seperti keluarga sebegini. Aku bahagia di sini.
“Wah.. kecohla malam ni kan…” Tambahku dan kami tertawa.
“Mardihah..” Panggil satu suara. Aku menoleh. Oh, Firdaus rupanya.
“Assalammualaikum Ustaz..” Qaisara dan Adeeba member salam serentak. Firdaus menjawab salam mereka.
“Kami pergi dewan dulu kak..” Qaisara berkata. Aku mengangguk. Adeeba menuruti temannya itu.
“Awak dari mana ni? Hari ni, seharian awak tak ada” Aku menyoal Firdaus.
“Dari balai polis. Ada urusan sikit tadi..” Kata Firdaus. Kami mengatur langkah seiring.
“Ha? Kenapa?” Aku mula menyibuk.
“Ingat Nur Amina? Bayi 3 bulan yang kita jaga..” Firdaus menyoal. Aku mengangguk.
“Ada keluarga datang tuntut dia.. Katanya mereka nak jaga dia.. Alhamdulillah semuanya dah selesai..” Firdaus melepaskan sedikit keluhan.
“Bagusla.. kenapa awak mengeluh?” Aku hairan
“Tak.. mesti lepas ni saya rindu dia. Awak tahu, saya suka budak-budak, saya sayang mereka. Saya dengan hati terbuka terima mereka datang ke sini.. dan jika ada keluarga yang datang menuntut kembali anak-anak ini, saya berat hati. Tapi terpaksa lepaskan sebab ini garis panduan Jabatan Kebajikan. Saya sayang mereka semua di sini. Semua saya anggap keluarga.” Firdaus meluahkan rasa yang terbuka di hatinya. Lelaki ini jika pada tanggapan pertama mungkin dilihat sebagai seorang yang pendiam. Namun dia sebenarnya ramah. Aku selesa dengannya.
“ Sayang semua? Saya?” Aku menyoal nakal. Dia hanya membalasnya dengan senyuman.
“Saya pun mesti rindu Amina tu. Dah la comel. Hari-hari tengok dia tak puas. Lepas ni tak dapat la tengok lagi kan..” Aku bernada sayu. Firdaus mengangguk.“Biarlah.. harap keluarga dia mampu bombing dia jadi anak yang solehah. Kalau dia nak ke sini, yayasan ni sentiasa terbuka untuk dia. Anak-anak ni anugerah Allah. Jadi, ibu bapa diberi amanah untuk mendidik anugerah ini. Kita kenalah jaga betul-betul.” Firdaus menambah. Aku disebelah hanya diam. Menghayati setiap bait ayatnya. Ternyata dia bukan sahaja berpengatahuan luas dalam agama malah seorang yang penyayang.

“Awak duduk rumah tu lagi? Dah lama ke kat sana? Kenapa tak duduk Yayasan je..” Soalku.
“Ooo.. Itu rumah saya dan Isteri. Terlalu banyak kenangan saya di sana bersamanya. Saya tak mungkin tinggalkan rumah tu. Saya duduk sorang.” Jelasnya.
“ooo.. Untung Jannah… Awak mesti rindu dia kan..” Kataku menambah.
“Awak tahu?” Dia hairan
“Kak Jamilah dah cerita…” Jawabku ringkas.
“Ooo… ya, sangat merinduinya..” Suara sebak Firdaus. Dia cua menyembunyikan perasaannya di sebalik raut wajah yang tidak lokek dari senyuman itu. Tapi dapat aku baca air wajahnya. Dia masih sedih dan sudah pasti sangat merindui isterinya itu.
“Maaf saya soal macam-macam..” Aku meminta maaf apabila kulihat Firdaus diam.
“Eh.. Tak apa.. Jomlah ke dewan makan, anak-anak dah tunggu kita..” Kata Firdaus. Ceh, anak-anak dah tunggu kita… Hehe.. Macam ayat suami pada isteri pula. Aku berangan. Namun aku cuba sedarkan diri. Mana mungkin aku bersama dia. Aku dan dia bagai langit dengan bumi. Lupakanlah Mardihah.
**********
Selesai solat isyak berjemaah, aku ke bilik. Seperti yang dijanjikan, Qaisara dan Adeeba turut bersamaku.
“Akak… Kami tidur sini ya…” Adeeba meminta izin.
“Boleh… Memang akak ajak korang tidur sini kan…” Jawabku. Aku menyidai telekung. Adeeba dan Qaisara duduk di katilku.
“Akak… macam mana akak boleh masuk sini ha?” Qaisara menyoal.
“Firdaus yang bawa akak.. Dulu kami berjiran dan ada beberapa masalah yang akak hadapi, dia banyak bantu dan akhirnya dia bawa akak ke sini..” Aku meringkaskan.
“Yeke.. Kiranya akak dah lama kenal dia la..” Adeeba pula berbicara.
“Hmm.. lebih kurang macam tu la.. Tapi tak la lama sangat..” Jawabku.
“Entah-entah ex Bf kot sara…” Adeeba berseloroh. Dia dan Qaisara ketawa.
“Isshhh.. Tak la sampai ke situ.. Akak ni pun tak layak dengan dia sara oii..” Aku senyum dengan usikan mereka.
“Korang pula? Macam mana datang sini?” Giliran aku pula menyoal.
“Oo.. Sara, Mak Cik Jamilah yang bawa. Lepas Mak Ayah Sara meninggal, dah tak ada siapa nak jaga sara. Abang kakak sara ada family sendiri. Sara datang la sini..” Jelas Qaisara.
“Deeba pula… anak buangan..” Adeeba tunduk. Mungkin malu dengan dirinya yang lahir sebagai anak Haram. Air matanya menitis. Aku menghampirinya.
“Deeba.. jangan sedih.. kita semua sama. Deeba lagi mulia dari akak… kat sini kan semua keluarga.. tak ada lagi istilah anak buangan..” Aku memeluk gadis itu.
“Dah la.. tak mahu emo.. Kan Ustaz Firdaus kata, siapa pun kita, apa pun kisah silam kita, mana pun asal kita, dalam Yayasan ni kita semua sama.. kita satu family.” Aku mengulang ayat-ayat yang sering Firdaus katakana padaku. Kedua-dua gadis remaja itu mengangguk.
“akak tak ada bf ke? Umur akak dah 26 kan.. tak terfikir nak kahwin ke?” Qaisara sekali lagi memberi aku soalan perangkap. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Ala… no comment.. tak ada soalan lain ke?” Aku cuba mengelak.
“Ala… ni soalan biasa la akak.. macam artis..” Adeeba menyokong Qaisara. Alamak. Aku kalah.
“Akak malas nak fikir. Dulu ada tu memang ada, tapi tak pernah serius. Biarlah akak tak kawin. Akak malas la nak fikir semua ni. Akak nak membujang sampai mati..” kataku.
“Akak.. tak baik tau.. Akak tau tak, jenazah yang paling kesian adalah orang yang tak kahwin sebab lepas meninggal dia tak ada anak-anak untuk doakan. Kesian tu kak. Kan kalau kita dah meninggal, tiga perkara je yang kita bawa. Salah satunya doa anak soleh.” Qaisara berceramah.
“Yeke.. baru akak tahu..” Aku membalas. Aku memang benar-benar tak tahu tentang itu.
“So, korang doakan la akak dapat jodoh ya..” aku bergurau. Mereka tertawa.
“yela kak… yang depan mata kan ada..” Adeeba mencuit pinggangku.
“Siapa?” Aku tertanya-tanya.
“Ustaz Firdaus..” Balas Qaisara. Mereka seperti sudah sepakat mengenakan aku.
“Korang ni.. akak tak layak untuk dia… memangla untung kalau dapat bersuamikan dia. Tapi, akak ni.. dahla.. asyik kenakan akak pula.. korang ni entah-entah ada..” Aku cuba mengalih tajuk.
“Sara ada, deeba tak ada..” Adeeba menjawab.
“Oii.. mana ada la…” Qaisara menampar manja bahu Adeeba. Wajahnya yang putih itu kemerah-merahan. Malu. Aku faham, Cinta remaja. Aku dulu juga pernah mengalaminya.
“Yeke.. siapa sara?” Aku menyoal.
“Ala… Akak ni lambatla.. Abang Zainul Muttaqim.” Adeeba membocorkan rahsia.
“Deeba.. kau ni kan…” Qaisara pura-pura merajuk.
“Sara ni.. akak open la.. dengan akak pun nak berahsia. Tapi siapa pula Zainul Muttaqim tu?” Aku menyoal.
“La.. Mak Cik Jamilah tak cerita ke? Anak yayasan yang paling tua. 21 umur dia. Sekarang belajar dekat UPM.” Adeeba menjelaskan. Qaisara yang di sebelah bertambah kemerahan mukanya.
“Ooo.. dia ke… Amboi sara.. macam mana boleh start ni? Tak nak cerita kat akak ke?” Aku memujuk.
“Akak ni.. sara malu la..” Qaisara melolak. Aku emaksa lagi. Akhirnya dia cerita.
“Abang aqim tu yang suka sara.. sebelum dia sambung belajar lepas sekolah dia luah perasaan. Dia kata sayang sara and dia nak sara tunggu dia..” Qaisara bercerita dengan muka yang kemerah-merahan.
“Kat yayasan ni semua dah tahu kak.. semua restu asalkan ada batas..” Adeeba menambah.
“yeke.. bagusla.. bila dia nak balik sini? Akak teringin gak nak jumpa bakal adik ipar..” Kataku dan tertawa.
“Akak ni.. kalau cuti semester dia balik la..” Qaisara menambah.
Aku, Qaisara dan Adeeba berbual panjang. Bermacam-macam cerita yang keluar. Ada sedih, ada tawa dan ada usik-usik. Aku seronok.

No comments:

Post a Comment