Tuesday, August 7, 2012
Terima Kasih Tuhan 15
Aku memulakan hari baru dan membuka lembaran baru dalam hidupku. Aku kini bergelar pengarah urusan Sutera Holding. Dengan bantuan En Nazri, aku Berjaya mengumpul kembali bekas pihak pengurusan syarikat. Mereka bersama-sama denganku berazam membangunkan kembali Sutera Holding. Aku kini menjadi Ketua Pengarah dan dibantu oleh beberapa orang yang lain. Kami cuba sedaya upaya memulihkan Sutera Holding. Selain itu, kami juga telah berjaya mendapat persetujuan mahkamah bagi beroperasi semula. Dengan azam yang baru, aku mahu membangunkan semula apa yang telah diusahakan oleh arwah ayah.
“Saya ucapkan terima kasih semua. Selama sebulan kita beroperasi ini, saya dapat lihat peningkatan Sutera Holding..” Kata-kata pembukaan dariku sewaktu mempengurusikan mesyuarat selepas sebulan Sutera Holding beroperasi semula.
“Cik Mardihah, laporan kewangan syarikat kita semakin stabil. Dengan pinjaman yang baru diluluskan itu, saya membuat analisis kita mampu membayar semua hutang-hutang dan bakinya boleh digunakan sebagai modal.” Ujar Karim selaku pengarah Kewangan.
“Dari bahagian operasi, saya dah buat link dengan beberapa syarikat lain dan yang terbaru kita dapat projek untuk buat sebuah masjid. Walaupun projek ini Nampak kecil tapi ini adalah permulaan yang baik.” Jelas Ahmad syukri pula. Beliau adalah pengarah Operasi syarikat. Aku masih mendengar perkembangan setiap bahagian.
“Dari bahagian sumber manusia, kita sudah mampu menampung kekosongan jawatan. Sekarang kita telah mempunyai pekerja yang mencukupi dan dari segi urusan gaji, EPF, elaun dan sebagainya, bahagian kami sedang membuat pelarasan. InsyaAllah dalam hujung bulan ini semuanya selesai dan mampu berjaan seperti biasa.” Liana Jasman pula menjelaskan mewakili bahagian sumber manusia. Setiap bahagian menjelaskan perkembangan masing-masing. Aku bersyukur, berkat usaha dan kesabaran selama sebulan ini Sutera holding mampu dibina semula. Walaupun masih belum menunjukkan apa-apa keuntungan, tapi ini adalah permulaan yang baik. Terima kasih Tuhan atas bantuanMu ini. Aku tidak lupa untuk memuji dan bersyukur dengan Tuhan sekalian alam. Kerana dengan RahmatNya aku mampu menapak hingga kini.
“Baiklah, kalau tiada apa-apa lagi kita bersurai. Terima Kasih semua. Assalammualaikum..” Aku menutup mesyuarat kali pertama itu. Alhamdulillah. Dengan bantuan semua aku dengan penuh semangat mahu menaikkan semula Sutera holding setanding dengan syarikat hartanah lain. Aku ingat lagi sewaktu ayah bersama Sutera Holding, banyak projek-projek besar diterima. Salah satunya ialah pembinaan banggunan kerajaan di Putrajaya. Ayah memang seorang yang hebat. Dia mampu mendapatkan tender-tender yang besar. Aku pasti mampu juga.
“Ayah… Mar akan teruskan semua.. “ Azamku dalam hati. Kehidupanku kini banyak berubah. Aku menjadi seorang yang sentiasa sibuk. Aku keluar seawal 7 pagi dan pulang biasanya 9 malam. Banyak urusan yang perlu dilakukan. Namun, tidak sekalipun aku terlupa untuk menyembah Yang Maha Esa. Auntie Maria juga semakin menunjukkan peningkatan dari aspek kesihatannya. Dia kini juga aku lihat rajin menunaikan solat. Aku bersyukur kerana Tuhan telah membukakan hatinya.
Aku melangkah masuk ke ruang pejabatku. Sutera Holding ditempatkan di sebuah banggunan 5 tingkat. Itulah Menara Sutera yang dari dahulu dibangunkan oleh ayah. Aku meneruskan legasi itu. Aku duduk di tempatku. Fail-fail mula menimbun di atas meja. Itu menandakan kerjaku semakin banyak. Biasalah, baru nak dibangunkan. Aku ambil gambar keluargaku yang menghiasi meja pejabatku.” Ayah, ibu, abang.. Mar rindu semua. Semoga Kalian bahagia di sana.” Hati kecilku berbicara. Tuk.Tuk. Ketukan pintu menghentikan lamunanku.
“Masuk..” Kataku. Hanisah, setiausahaku masuk.
“Cik Mardihah.. ada seorang lelaki nak jumpa..” Katanya.
“Ooo.. jemput dia masuk..” Kataku. Hanisah mengangguk dan keluar dari pejabatku. Aku tertunggu-tunggu siapakah lelaki yang mahu berjumpaku itu. Pintu diketuk dan aku mempelawanya masuk. Seorang lelaki melangkah masuk. Aku terkejut dengan kehadirannya. Dia senyum sambil memberi salam. Aku menjawab salamnya. Aku gagap. Kenapa dia datang? Apa dia mahu?.
“Assalammualaikum Mardihah..” Sapa lelaki itu. Aku menjawab salamnya dengan tenang.
“Duduklah.. Pak long..” Kataku. Lelaki yang tiba itu adalah Tan Sri Muiz. Lelaki yang pernah menjadi teman tidurku suatu ketika dahulu dan bapa saudara kandungku. Aku gementar, gelisah dan berbagai lagi. Aku tidak keruan. Malu. Marah. Perasaan bercampur baur.
“Sudahlah Mardihah.. yang lepas kita lupakan. Mardihah pun dah banyak berubah. Alhamdulillah..” Ujarnya. Lelaki itu tampak lebih jernih air mukanya.
“Err.. Pak Long sihat?” Soalku.
“Alhamdulillah.. Mardihah macam mana? Maria?” Soalnya kembali.
“Mar sihat.. Auntie Maria pun semakin pulih. Err.. kenapa Pak long datang?” Aku hairan. Lelaki itu mengukir senyum.
“Macam ni.. Pak Long dengar Mar nak bangunkan semula Sutera Holding. Pak Long datang jenguk kalau ada apa-apa yang Pak Long boleh bantu.. Lagi satu… Pak Long nak jumpa Maria dan nak ziarah kubur arwah Muin.. Itupun kalau Mar Izinkan..” Katanya.
“Ooo.. setakat ni Mar masih mampu Pak Long… biasalah baru nak naik, masalah kecil saja. InsyaAllah Mar boleh uruskan. Kalau nak jumpa Auntie, datanglah ke rumah. Boleh juga Mar bawa Pak Long ziarah kubur ayah..” Kataku. Aku cuba mempositifkan fikiranku.
“Terima Kasih Mar.. Selepas apa yang berlaku, Pak Long nekad berubah. Tahun lepas Pak long dah tunaikan haji. Alhamdulillah… Mar, Pak Long nak melabur dalam Sutera Holding boleh?” Katanya lagi.
“Apa? Nak melabur? Tapi.. Mar tak nak hutang budi dengan Pak Long.. Mar nak usaha sendiri..” Aku membantah.
“Mardihah.. masih sama macam dulu, keras kepala. Mar.. Ini Business. Pelaburan tu penting. Jangan anggap Pak Long nak bantu Mar, Pak Long nak melabur. Pak Long boleh Nampak Sutera Holding ada potensi untuk masa akan datang. Boleh bagi Pak Long keuntungan…” Jelasnya. Aku berfikir sejenak. Ini kan perniagaan. Aku seharusnya mencari pelabur-pelabur. Aku tidak seharusnya melepaskan peluang ini.
“Baiklah Tan Sri Muiz.. saya setuju. Terima Kasih..” Ujarku dan senyum. Dia membalas senyumku. Walau masih kekok dengan kehadirannya, aku cuba berlagak biasa.
“Malam ni kita Dinner sama-sama boleh? Bawa Maria sekali.. Pak Long minta diri dulu.” Katanya. Aku mengangguk setuju.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment