Tuesday, August 7, 2012

Novel - Aleeya 9


Sudah setahun peristiwa itu berlalu. Aleeya pula bertukar menjadi seorang yang pendiam. Dia lebih banyak menghabiskan masa bersendirian. Sejak itu juga hubungan Aleeya dengan keluarga mertuanya sedikit renggang. Hal ini gara-gara masalah Aleeya untuk mengandung. Datin Syafiah yang mengetahuinya sedikit mengeluh. Pernah suatu ketika dia bertanya kepada Aleeya adakah Aleeya izinkan jika Zackry berkahwin lagi. Aleeya hanya diam. Berat hatinya untuk semua itu. Namun dia harus terima. “Leeya, mama sayang leeya, tapi.. mama nak jugak cucu..” Kata Datin Syafiah. Aleeya tunduk. “Mama.. apa cakap macam tu pada leeya..” Zackry menyapa. “Leeya bukan tak boleh mengandung, dia Cuma ada masalah sikit je.. sabarlah..” Zackry menyambung. “Apa zack ni.. macam salahkan mama pula.. bukan mama paksa pun.. tapi zack fikirlah.. dah berapa tahun ni?” Kata Datin Syafiah dan terus berlalu meninggalkan Aleeya dan Zackry. Zackry menggeleng kepala melihat perubahan sikap ibunya itu. “Maafkan mama ye leeya..” Pujuk Zackry. “Taka pa bang, leeya faham perasaan mama..” Ujar Aleeya. 
Zackry terpaksa berkursus selama tiga hari. Aleeya pula tinggal di rumah keluarga mertuanya kerana Zackry risau jika Aleeya tinggal berseorangan di rumah mereka. “Apa awak ni..” Suara Datuk Zabidin kedengaran. Aleeya yang ketika itu mahu kedapur membantutka niatnya. Dia curi-curi mendengar perbualan ibu bapa mertuanya. “Ala abang… saya tengok Maria tu okey.. dia mesti boleh bagi cucu pada kita.. kita kahwinkanlah dia dengan Zack..” Ujar Datin Syafiah. Aleeya hampir menangis mendengarnya. “Awak dah lupa ke perjanjian kita dengan abang ajim tu?” Soal Datuk Zabidin. “Abang… kita dah tunaikan perjanjian tu lah… Aleeya dan Zackry dah kahwin.. saya bukan nak mereka bercerai, Cuma biar Zackry kahwin dua..” Ujar Datin Syafiah lagi. Aleeya mula menitiskan air matanya. “Saya tak fahamlah dengan awak ni.. saya tak sampai hati nak buat macam tu pada Aleeya, zackry pula, belum tentu setuju..” Datuk Zabidin menambah. “Aleeya mesti okey, saya dah pernah tanya.. zackry pula mesti setuju, dia kan anak yang taat.. abang tak nak cucu ke? Saya ni dah kempunan tau tak..” Ujar Datin Syafiah. “saya tak fahamlah awak ni.. susah-susah biar diorang ambil anak angkat je..” Cadang Datuk Zabidin. “Hish abang ni… tak mahu saya, saya nak cucu dari darah daging kita..” Bantah Datin Syafiah. Air mata Aleeya mengalir laju. Dia terus masuk ke biliknya. Dia menangis sepuasnya menyesali kelemahan diri. “Abang… maafkan Leeya..” Kata Aleeya. “Ya Allah..” Aleeya berdoa. Dia tidak mahu berkongsi kasih. Lebih-lebih lagi apabila ada insan lain yang hadir dalam hidupnya dan Zackry. “leeya..” Sapa Datin Syafiah. Aleeya pantas mengesat air matanya. “Leeya nangis?” Soal Datin Syafiah. Aleeya tunduk. Ibu mertuanya menghampiri Aleeya. Dia menghulurkan sekeping gambar. Gambar seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengannya. “ini Maria.. anak Datin Markonah.” Kata Datin Syafiah. Aleeya mengangguk. Dia sudah dapat mengagak niat ibu mertuanya itu. “Cantik..” Kata Aleeya. “Ya.. leeya, macam ni.. kalau boleh.. mama nak zackry berkahwin dengan dia..” Jelas Datin Syafiah. Aleeya terkesima. “mama tahu leeya pasti berat hati, tapi.. cuba leeya fikir, lelaki ni dia mesti nak zuriat dari benihnya juga.” Kata Datin Syafiah. Aleeya hanya diam. “ Mama yakin zack pasti boleh berlaku adil. Mama tahu zack memang sayangkan leeya dan leeya sayang zack.. jadi, berkorbanlah sayang..” Pinta Datin Syafiah. Aleeya mati kata. Dia tidak tahu bagaimana mahu dikatakan. Ibu mertuanya seperti sudah membuat keputusan yang muktamad. “Mama tanyalah abang zack, leeya ikut je..” Ujar Aleeya dengan berat hatinya. Datin Syafiah gembira mendengar jawapan menantunya itu. “Terima kasih leeya..” Ujar Datin Syafiah lalu keluar dari bilik Aleeya. Dia begitu teruja mahu menyampaikan berita itu kepada suaminya dan Zackry.
“Apa mama??!!” Zackry terkejut. “Ala zack.. leeya pun dah setuju..” Kata Datin Syafiah. “Tidak ma.. walau apa pun, zack tak akan kahwin dengan Maria. Zack tak sanggup nak duakan Aleeya.. Zack sayang dia..” Ujar Zackry. “Apa Zack ni.. mama tak halang kasih sayang zack pada Leeya, mama Cuma nak bagi Zack kehidupan, bagi Zack zuriat..” Datin Syafiah sedikit menyeringa. Aleeya ketika itu berada dibiliknya dan tidak mahu masuk campur perbincangan yanag mengguris hati kewanitaannya itu. Dia sedar Zackry pasti kecewa. Namun, apakan daya. Dia Cuma seorang wanita yang malang. “Zack tak akan setuju.. No mama…” Zackry terus menuju kebiliknya. Aleeya terkejut. “Sampai hati leeya..” Kata Zackry. Aleeya terdiam. “Abang sayang leeya.. kenapa leeya setuju, kenapa leeya tak pertahankan hak leeya, pertahankan cinta kita.. leeya anggap abang ni apa ha?” Zackry berkata dengan nada kecewa. Air mata Aleeya mengalir laju. “Maafkan leeya abang.. leeya terpaksa, abang berhak dapat kehidupan sempurna, ada anak…” Kata Aleeya. Zackry pantas memeluk Aleeya. “Ya Allah sayang.. abang dah ada leeya pun dah cukup sempurna sayang..” Kata Zackry. “Abang hanya nak leeya dalam hidup abang.. please leeya.. Don’t do this to me..” Ujar Zackry. “Leeya minta maaf abang..” Kata Aleeya. Datin Syafiah hanya memerhati. Timbul sedikit kekesalan dihatinya. Dia mengagumi kasih sayang Zackry dan Aleeya itu. 
************************************************************************************

 Hari berganti hari, kehidupan Aleeya dan Zackry semakin bahagia dari hari ke hari. “Leeya, petang ni kita pergi rumah kawan abang ya.. dia baru dapat baby.” Ujar Zackry. Hati Aleeya sedikit tersentap. “Okey.. tapi kita tak kan pergi kosong je.. jom lah pergi beli hadiah..” Kata Aleeya. Zackry mengangguk setuju. Selesai bersiap mereka ke sebuah kedai yang menjual peralatan bayi. Setiba di situ Aleeya semakin terusik hatinya. Dia dan Zackry berjalan di sekitar kedai tersebut. “Comel-comel kan baju ni…” Ujar Zackry. Aleeya mengangguk. Sedang mereka leka memilih barangan di situ, Aleeya memerhati kelibat sepasang suami isteri yang sedang memilih perkakasan bayi. Si isteri sedang mengandung. Si suami pula mengusap perut isteri dan bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan. Aleeya cemburu. Dia sedih. Kasihan Zackry yang tidak dapat merasa pengalaman seperti itu. “Sayang..” Panggil Zackry. Lamunan Aleeya terhenti. “Kita beli set nil ah.. complete, baju ada, sock, toiletry.. okey tak?” Tanya Zackry. Aleeya mengangguk. Selesai membayar mereka terus menuju ke rumah Hafiz, sahabat Zackry. “Assalammualaikum..” Kata Zackry. Salamnya disambut hafiz. 
“Hai.. dah jadi daddy ye kau..” Kata Zackry. Mereka ketawa. Aleeya dan Zackry dijemput masuk. Hafiz dan isterinya Diana dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberi nama Intan Dilaila. “Sihat?” Kata Aleeya dan bersalam dengan Diana. “Sihat..” Jawab Diana. “Comelnya baby ni.. dah berapa hari?” Kata Aleeya. Dia merenung Intan Dilaila yang sedang tidur. Diusap ubun-ubun bayi itu. “Dah Seminggu..” Jawab Diana. “Wei, korang bila lagi.. dah masuk 3 tahun kan this year?” Hafiz menyoal. Air wajah Aleeya dan Zackry sedikit berubah. Zackry lihat wajah Aleeya yang muram. “Ala… relax la.. belum rezeki.. kitorang tak puas lagi honeymoon..” jawab Zackry. “eleh..” kata Hafiz disambut hilai tawa mereka kecuali Aleeya. Zackry cuba mendukung Intan. “Hai cutey.. uncle zack coming..” Kata Zackry. Aleeya tersentuh melihat zackry memangku Intan. Hatinya luruh. “Eh, dah lewat ni.. aku balik dulu lah ye..” kata Zackry meminta diri.
 Dalam perjalanan pulang, Aleeya hanya mendiamkan diri. Zackry tahu situasi isterinya waktu itu. Dia membiarkan sahaja keadaan Aleeya itu. “Abang.. stop jap.. Nampak tak jeruk tu.. leeya nak beli jap..” Kata Aleeya tiba-tiba. Zackry menghentikan keretanya mengejut. “Ya Allah sayang.. terkejut abang..” Zackry mengucap panjang. Aleeya hanya senyum. Dia turun dan membeli sedikit jeruk. “Aik.. makan jeruk pulak kenapa ni?” Soal Zackry sebaik Aleeya memasuki kereta. “Entah.. leeya teringin..” Kata Aleeya. “Teringin?? Mengidam ke?” Kata Zackry sambil ketawa kecil. “Apa abang ni.. leeya kan tak boleh mengandung lagi..” Kata Aleeya. “Ish.. jangan cakap macam tu, bukan tak boleh.. Cuma ada prob sikit je kan..” Zackry membalas.
************************************************************************************
 Aleeya merasa ada perbezaan pada dirinya. Dia dan Zackry ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Setelah di periksa, Aleeya disahkan mengandung 2 bulan. Alangkah gembiranya hati Aleeya dan Zackry. Akhirnya penantian mereka berbaloi. “Saya nak cakap dengan puan Aleeya sebentar.” Kata Doktor Fatimah. “Oo.. okey, sayang abang tunggu kat luar ya..” Kata Zackry. Dia segera keluar dan terus menelefon kedua orang tuanya untuk dikhabarkan berita gembira itu. “Puan, kandungan puan bermasalah..” Kata Doktor Fatimah. Aleeya tunduk. “Saya nasihatkan agar kandungan ini digugurkan..” Ujar Doktor itu lagi. “Apa? No Doctor.. saya tak nak..” Ujar Aleeya. “Tapi puan, ini akan membahayakan nyawa puan. Masa kelahiran nanti, salah satu terpaksa berkorban.” Ujar Doktor itu lagi. “Why?” Aleeya inginkan kepastian. Doktor Fatimah menjelaskan segalanya. “So macam mana puan?” Tanya Doktor itu. “Saya nak teruskan… maaf doctor..” Kata Aleeya. Doktor Fatimah tidak boleh berkata apa-apa lagi. Dia menghormati keputusan Aleeya. Aleeya keluar dari bilik itu, Zackry di luar menyambut dengan senyuman. “ Macam mana sayang.. Doktor cakap apa?” Tanya Zackry. “err.. just bagi nasihat pasal kandungan, leeya dah ok sekarang dan baby pun okey..” Aleeya menipu. Dia hanya mahu Zackry gembira. Dia seronok melihat keterujaan suaminya itu. “Abang dah call semua bagi tahu.. diorang semua say congrate.” Kata Zackry. Aleeya hanya senyum. “Thanx sayang..” Zackry memeluk Aleeya. 
 Belajar dari kesilapan lalu, baik Aleeya mahupun Zackry, masing-masing menjaga kandungan Aleeya itu dengan sebaiknya. Setiap hari Zackry pasti mengusap perut isterinya dan bercakap dengan bayi mereka. Aleeya mengalami alahan yang teruk sejak mengandung. Dia juga kelihatan semakin kurus. Hanya Aleeya yang tahu situasi dirinya. Setiap kali temu janji bersama Doktor, Aleeya diberi kaunseling oleh Dr Fatimah. Dia juga terpaksa bergantung dengan ubat-ubat bagi memastikan kandungannya sihat. “Doktor.. jangan bagitahu sesiapa pun mengenai ini.. saya nak semua orang bahagia.. saya rela berkorban..” Kata Aleeya. “Saya faham puan.. saya kagum dengan semangat puan..” Balas Dr Fatimah.
 Kini, kandungan Aleeya telah mencecah 9 bulan. Hari yang dinanti sudah semakin tiba. Semua orang begitu teruja menanti kelahiran bayi pertama Aleeya dan Zackry. “Abang.. kalau leeya tak ada nanti jaga lah anak kita baik-baik tau..” Kata Aleeya. “Apa leeya ni.. kita sama-sama akan jaga dia..” kata Zackry. Aleeya mengangguk. Hari-hari yang dilaluinya semakin bermakna dalam hidupnya. Aleeya juga telah banyak berubah. Dia rajin mengerjakan ibadah dan mengaji. Zackry perasan dengan perubahan Aleeya itu. Dia bersyukur. “Abang.. maafkan leeya atas semua salah leeya pada abang..” Ujar Aleeya. “Leeya tak buat salah pun pada abang sayang..” Balas Zackry. “Halalkan segalanya sepanjang kita bersama.” Kata Aleeya lagi. Senyuman tidak pernah lokek dari wajahnya. Zackry mengangguk. “Abang.. leeya sayang abang.. terima kasih sebab sayangkan leeya..” Ujar Aleeya lagi. “Dah la sayang.. rehatlah..” kata Zackry. Aleeya lena di pangkuan suaminya.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Perut Aleeya terasa sakit. Dia mengejutkan Zackry. “Abang.. baby dah nak keluar ni..” Kata Aleeya. Zackry panik. Pertama kali dia berhadapan dengan situasi itu. “Jap abang call ambulans..” Kata Zackry. “ Tak payah.. naik kereta je..” Kata Aleeya. Perutnya semakin memulas-mulas. Zackry pantas memecut keretanya. Segala kelengkapan sudah tersedia. Dia tiba di unit kecemasan dan Aleeya terus diusung memasuki bilik bersalin. Zackry menghubungi keluarganya dan keluarga Aleeya. Datuk Zabidin dan Datin Syafiah tiba. Zackry pula dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut bagi menemani Aleeya. Aleeya meneran. Sakit yang mencucuk-cucuk melanda. “Doktor, komplikasi..” Kata Seorang jururawat. Zackry terkejut. “En Zack, maaf, Aleeya mengalami komplikasi, kami terpaksa bius dan gunakan Vacum. En Zack terpaksa keluar.. maaf” Jelas Seorang jururawat. Zackry akur. “Abang…” Suara Aleeya lemah. Zackry keluar dan diterpa kedua orang tuanya. “Ma.. komplikasi.. zack tak boleh kat dalam..” Suara Zackry risau. Keluarga Aleeya tiba tidak lama kemudian.
Sementara itu Aleeya masih di dalam bilik bersalin. “Doktor, problems..” Kata Jururawat. Dr Fatimah semakin gusar. “Doktor, save my baby please…” Aleeya merayu. Aleeya di bius. Dia semakin lemah. “Ya Allah..” Hanya itu yang keluar dari mulut Aleeya. Tidak lama kemudian bayi Aleeya berjaya dilahirkan. Dr Fatimah pantas meletakkan bayi itu di atas dada Aleeya. “Alhamdulillah..” Aleeya memeluk bayi lelakinya yang baru dilahirkan. “Maafkan mama Muhammd Zafiq Nazly” Suara Aleeya tersekat-sekat. “Doktor, danger..” Jerit seorang jururawat yang lain. Keadaan Aleeya kritikal. Aleeya tercungap-cungap. Dadanya turun naik. Bantuan kecemasan diberikan kepada Aleeya. Hanya beberapa minit kemudian, Aleeya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dr Fatimah tunduk. Serentak dengan itu, bayi lelaki Aleeya menangis. Dr Fatimah keluar dari bilik tersebut. Semua menerpa kearahnya. “Tahniah, Puan Aleeya melahirkan seorang bayi lelaki dan bayi itu sihat… “ Kata Dr Fatimah dan disambut dengan penuh kesyukuran. “Tapi.. kami tak dapat selamatkan Puan Aleeya, kami dah cuba sebaiknya, tapi Tuhan lebih sayangkan dia.. Dia dah meninggal dunia.” Jelas Dr Fatimah. Zackry terduduk. Hajah Amina terkedu. “Leeya..” Datin Syafiah lemah. Zackry bergegas masuk. Aleeya diselimuti kain putih. Bayi lelaki disebelahnya menangis. Zackry mengambil bayi itu dan mengazankannya. Dia membuka kain yang menutupi wajah Aleeya. “Ya Allah..” Hanya itu yang mampu dikatakan sewaktu melihat sekujur tubuh dan muka pucat lesi milik isteriya. “Leeya…” Raungan hajah Amina kedengaran. Semua di situ menitiskan air mata. “Sayang.. kenapa tinggalkan abang…” Zackry menangis. “Zack.. tak elok.” Datuk Zabidin memujuk. “Aleeya, anak kita sayang… dia perlukan mama..” kata Zackry lagi. “Along.. adik kita…” Azman memeluk abangnya. Lemah seluruh tubuh tatkala melihat sekujur tubuh di hadapan adalah mayat adik yang mereka sayangi. “Maafkan mama leeya..” Datin Syafiah berkali-kali mencium menantunya itu. “Maaf semua, saya terpaksa bagitahu..” Dr Fatimah muncul. “Aleeya sebenarnya tahu dia akan menghadapi komplikasi ini. Pada awal usia kandungan, saya nasihatkan agar dia menggugurkan kerana akan membahayakan nyawanya. Namun dia berkeras mahu meneruskan. Dia sebenarnya menghidap masalah rahim yang serius. Salah satu nyawa akan terkorban dalam proses kelahiran. Dia kuat, dia mahu menyelamatkan nyawa anaknya dan sanggup disuntik setiap sebulan untuk kesihatan kandungannya. Dia sebenarnya tidak mengizinkan saya menceritakan perkara ini, tapi saya tak mampu lagi untuk simpan. Maafkan saya.” Ujar Dr fatimah. “Astagfirullah…” Suara Haji Nazim mula kedengaran. “Leeya, kenapa buat semua ni.. jangan tinggalkan abang…” Zackry menangis. “En Zack, ini surat dari Aleeya, dia mintak saya bagikan. Dan boleh baca selepas pengebumian. Itu amanat dia.” Dr Fatimah menyerahkan sepucuk surat kepada Zackry. 
************************************************************************************
 Aleeya selamat dikebumikan. Pemergiannya diiringi tangisan dan doa dari semua sanak saudara. Zackry masih duduk disisi pusara Aleeya. Air matanya menitis. Segala kenangan bersama Aleeya semasa hayatnya menerjah minda. “Ya Allah.. betapa besar dugaan ini..” Desis hati kecilnya. Zackry melangkah pulang. Di rumah, anaknya masih lena tidur. Nama masih belum diberikan kerana sibuk menguruskan pengebumian Aleeya. Zackry merenung wajah anaknya. Saling tak tumpah seperti Aleeya. Zackry mengeluarkan surat yang diberi Aleeya. Ahli keluarga yang lain menunggu. 
Assalammualaikum,
Salam sayang dari leeya buat semua. Terima kasih kerana sudi menguruskan pengebumian leeya. Abang, maafkan leeya sebab tinggalkan abang. Leeya sayang abang, harap abang terima Muhammad Zafiq Nazli ini. Tolong letak nama tu ya.. Leeya suka sangat. Abang, ini sahaja yang leeya dapat tinggalkan pada abang. Sayangi dia, didiklah dia supaya jadi insan sempurna. Maafkan leeya tak dapat nak tunaikan amanah Tuhan ini bersama-sama abang. Maafkan leeya. Leeya tahu, Dr Fatimah pasti sudah bagitau perkara sebenar. Bukan niat leeya mahu berahsia, tapi leeya terpaksa. Harap semua orang gembira. Mama, papa, ini cucu mama ngan papa, sayangilah dia ya.. maaf kalau leeya menyusahkan. Ampunkan semua dosa leeya. Abang kalau nak kahwin lepas ni, abang kahwinla. Sekurang-kurangnya anak kita ada mama. 
Ibu, Ayah.. ampunkan semua dosa leeya. Leeya banyak sangat salah dengan ibu ayah. Halalkan makan minum leeya. Ibu, halalkan setiap titis susu yang ibu berikan. Leeya tak sempat nak balas semuanya. Leeya mintak maaf. Along, abang man.. adik sayang semua. Boy, Ocu dah tunaikan janji, ocu dah bagi baby boy. Nanti kawan dengan dia tau. Jaga dia, dia tak ada mama. Harap semua orang dapat terima anak yatim ini. Sayangilah dia. 
Abang.. banyak leeya nak cakap dengan abang. Leeya sayang abang, selamanya leeya sayang abang. Leeya sedih nak tinggalkan abang. Tapi.. Tuhan dah panggil Leeya balik. Leeya kena ikut. Leeya harap abang dapat hidup bahagia dengan anak kita walaupun tanpa leeya disisi. Leeya akan sentiasa bersama abang. Di hati abang. Doakan kesejahteraan leeya kat sini ye abang. Leeya pasti akan merindui abang. Terima kasih atas segalanya abang. Selamat tinggal semua. 

Salam..
Aleeya
Air mata Zackry menitis. Hajah Amina, Haji Nazim, Amran serta Azman turut menangis. Datin Syafiah lemah longlai dalam pelukan suaminya Datuk Zabidin. Zackry memangku anaknya yang sedang tidur. Dikucup anak kecil itu. “Muhammad Zafiq Nazly..” Katanya. 

Sekian…. 


1 comment:

  1. cerita best giler👏👏ending dye sedih sangat..dh 1/2 jam nagis x bole stop😭😭😭😢

    ReplyDelete