Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 28


Aku kepejabat seperti biasa. Walaupun beberapa hari ini menjadi hari yang suram dalam hidupku, aku tempuhi jua. Masalah aku dan Firdaus belum ada penyelesaian. Aku bingung. Firdaus semakin hari semakin berubah. Aku tak tahu apa yang mengubahnya menjadi begitu. Dia jarang pulang kerumah. Mungkin tidur di Yayasan. Dia seperti marah benar padaku. Aku tak tahu apa harus aku lakukan untuk mengubah segalanya. Aku mahukan kehidupan seperti dahulu. Bersama suami yang penyayang, romantic. Tapi semuanya hilang. Kami membuat hal masing-masing. Perah beberapa kali aku cuba berbicara tapi langsung tak diendahkannya. Aku cuba mencari punca. Aku pasti, bukan hanya sebab aku ke Indonesia sahaja yang mengubah dirinya sehingga sedemikian rupa. Mesti ada sesuatu yang lain. Aku hanya manusia biasa. Aku tak mampu menghadapi ujian ini. Ya Allah. Bantulah aku.

Aku mulakan tugas seperti biasa. Nyata masalah rumahtangga sedikit sebanyak mengganggu prestasi kerjaku. Aku termenung. Fikiranku hanya mengingati Firdaus. Dia memang benar-benar berubah. Aku masih ingat beberapa malam yang lalu sewaktu dia pulang dan aku mengajaknya solat bersama-sama, tapi dia enggan kerana katanya dia sudah tidak mahu mengimamkan aku. Ya Allah. Kenapa sehingga begitu aku diperlakukan.

Aku seolah-olah keji dan hina dimatanya. Aku buntu. Ya, Yayasan. Aku sudah lama tidak menjejakkan kaki di sana. Mungkin aku boleh melakukan sesuatu. Tanpa berfikir panjang, aku mencapai kunci kereta dan berlalu dari Sutera Holding. Aku pandu menuju ke Yayasan. Aku sempat singgah dihentian untuk membeli buah tangan buat warga yayasan. Ya Allah, berikan hambaMu ini jalan penyelesaian.

Aku tiba. Warga yayasan menyambut ketibaanku. Aku ke pusat pentadbiran. Niat dihati ingin berjumpa suami yang cukup aku rindui. Tapi hampa kerana dia tiada di pejabat.

“Kak… Bila dia balik semula office?” Soalku kepada Kak Jamilah yang masih setia berkhidmat untuk Yayasan.

“Akak pun tak tahu lah.. Dia jarang ada kat office.. Selalu keluar. Akak pun tak tahu dia kemana..” Balas Kak Jamilah.

“Yeke.. Dia selalu ke tidur kat hostel Yayasan?” Soalku lagi.

“Eh, tak pernah lagi sejak kamu kahwin..” Jawab wanita itu. Tak Pernah? Habis.. Di mana dia tidur. Fikiranku semakin bercelaru. Aku tunduk.

“Mar.. Kamu berdua ada masalah ke?” Kak Jamilah dapat membaca isi hatiku. Aku memandangnya. Air mataku mula menitis. Aku tak mampu bertahan lagi. Aku ceritakan semuanya.

“ Akak dah agak kamu berdua ada masalah. Firdaus banyak berubah. Akak tahu..” Jawabnya.

“Apa akak tahu?” Aku menyoal. Kak Jamilah seperti menyembunyikan sesuatu.

“Mar.. Firdaus tu lelaki. Dia mesti nak layanan dari seorang isteri. Mungkin Mar tak sedar selama ni Mar abaikan dia..” Kata Kak Jamilah.

“Tapi kak.. Mar tak pernah abaikan dia.. Mungkin Mar terlalu sibuk.. Tapi Mar janji nak ubah segalanya.. Mar rasa bersalah sangat pada dia.. Mar sayangkan dia kak.. Mar tak nak kehilangan dia.. ” Jawabku.

“Akak pun tak tahu nak cakap apa.. Tapi, hari tu akak Nampak… Firdaus dengan seorang perempuan.. akak tak kenal siapa..” Kata Kak Jamilah.

“Perempuan? Bila akak Nampak?” Soalku kembali.

“3 hari lepas. Nampak macam mesra. Maaf akak bagitahu Mar..” Kata Kak Jamilah.

“Tak apa kak.. Terima Kasih..” Aku cuba berlagak biasa walaupun hatiku sedikit hancur.

“Mar.. Hidayah tu milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh bagi dan bila-bila masa Dia boleh tarik semula. Apa yang kita mampu buat adalah berdoa dan jangan sesekali melupakanNya walau macam mana sekali pun kita diuji..” Kata Kak Jamila. Dia memegang erat tanganku. Aku tahu dia faham perasaanku.

“ Mar tak tahu nak buat apa lagi..” Aku membalas. Air mata mengiringi setiap tutur kataku.

“Berdoa.. semoga Allah lembutkan hatinya..” Jawab Kak Jamilah lagi. Aku mengangguk.

“Akak.. Mar balik dulu.. “ Aku meminta diri untuk pulang. Aku tak mahu lagi berada lama di situ. Ya Allah. Berikan aku petunjuk. Aku memandu pulang dengan iringan air mata.

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta nyata belum mampu menjamin kebahagiaan. Seawal ini aku diuji dengan ujian ini. Ya Allah. Aku berserah padaMu. Aku terima ujian ini. Tapi, Bantulah aku hambaMu yang lemah ini.

No comments:

Post a Comment