Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 22


“Abang ni… sabarlah. Jangan desak-desak Mar macam ni..” Aku merungut. Firdaus yang memandu terdiam. Keputusanku untuk menangguhkan perkahwinan dibantah Firdaus. Aku bukan apa, jadual kerja terlalu padat. Tarikh perkahwinan yang ditetapkan bertembung pula dengan tarikh aku terpaksa ke Indonesia bagi menguruskan perjumpaan bagi usahasama dengan Pertina, Syarikat minyak Indonesia dalam projek membina dua banggunan kilang memproses minyak di Bandung. Projek tersebut adalah satu projek mega buat Sutera Holding. Aku tidak boleh menundanya.

“Mar.. apa ni? Kad dah hantar.. Semua dah prepare. 2 minggu lagi..” Firdaus membalas.

“Mar buka pergi lama. 3 hari je untuk uruskan tu.. penting la..” Aku membantah pula.

“Penting??? Habis? Perkahwinan kita tak penting? Abang tak penting? Kenapa buat keputusan macam ni?” Firdaus memberhentikan kenderaan di bahu jalan.

“Penting jugak.. tapi.. Please understand me..” Aku merayu.

“Memang abang faham Mar, abang sentiasa faham Mar.. tapi.. kenapa buat macam ni.. boleh hantar wakil kan..” Firdaus memandangku. Aku tunduk. Memang boleh hantar wakil. Tapi aku tak yakin. Aku mahu uruskan sendiri.

“Mardihah.. fikir betul-betul. Kahwin bukan benda nak main-main. Jangan suka-suka nak postpond.” Bebel Firdaus lagi. Aku geram. Aku cuma minta ditangguh seminggu. Bukan lama pun. Aku diam.

“Tolong la.. Mar dulu mula-mula janji dengan abang, a month before weeding nak stop dulu kerja.. Nak tumpu pada weeding. Tapi kenapa macam ni pula..” Firdaus menamba lagi. Aku tunduk.

“Apa abang nak cakap pada Mak ayah, pada sedara-sedara yang dah dijemput..” Dia melepaskan keluhan kecil.

“Bagitahu je la..” Aku mengomel.

“Cakap senang lah.. Mar, ini second weeding for me.. tolong lah.. kalau boleh abang tak nak meyusahkan orang lain..” Suara Firdaus mendatar.

“Macam ni lah.. Mar hantar wakil, kalau tak nak juga, Mar pospond la meeting tu, kita pergi sana sama-sama lepas kahwin. Honeymoon sekali.” Firdaus mencadagkan.

“Postpond meeting? NO!!” Aku membatah.

“So? Postpond kawin boleh pula.. Abang dah banyak sabar dengan Mar. Untuk prepare weeding abang mengalah, Fine, Mar Busy abang handle sorang.. Tapi sekarang ni..
Please la sayang.. jangan kusutkan keadaan..” Firdaus merayu.

“Sudahla abang ni.. Tak payah la kahwin.. senang..” Aku mula marah.

“Fine!!!” Suara Firdaus sedikit tinggi. Dia memecut keretanya. Aku dihantar pulang. Aku tahu dia marah. Tapi aku ada tugas penting untuk diuruskan. Kami tiba di perkarangan rumahku. Aku keluar kereta lalu terus masuk kerumah. Tanpa menoleh kearahnya. Dia terus memandu pulang.

Aku geram. Aku nekad dengan keputusan untuk menangguhkan perkahwinan. Memang aku mahu perkahwinan itu. Tapi, pertemuan bagi menandatangani projek itu lebih penting. Aku bingung. Ego yang menebal membuatkan aku membiarkan sahaja keputusan itu tergantung. Aku tahu Firdaus marah, kecewa. Tapi.. Ya Allah. Bantulah aku. Dua jam aku termenung di meja di bilik. Aku tenung baju untuk dipakai semasa akad nikah. Sebak pula rasa. Tak pernah aku bertegang urat dengan Firdaus sebelum ini. Ini benar-benar mengejutkan aku dan dia. Telefon bimbitku berbunyi. Firdaus member salam sebaik aku menekan butang jawab. Aku menjawab salamnya.

“Abang.. Mar minta maaf..” Suaraku perlahan.

“Tak Apa. Mar tak salah.. tapi tolonglah fikir rasional sikit..” Firdaus membalas.

“Mar tahu abang kecewa dengan keputusan Mar ni. Tapi Mar tak nak hilang projek mega macam tu..” Aku menambah.

“Ya Allah. Mar ada choice, hantar wakil. Sekali sekala terimalah pendapat orang lain.. “ Kata-kata Firdaus membuatkan aku tersentap.

“Hmm.. tengok la macam mana.. Mar fikir dulu..” Jawabku ringkas. Aku matikan talian tanpa memberi kata putus. Malas bertegang urat degan Firdaus. Aku duduk di birai katil. Berfikir. Menilai. Mungkin benar kata Firdaus. Wakilkan sahaja. Lagipun aku harus mrmbuat sesuatu dengan bijak. Baiklah. Esok aku akan selesaikan segalanya. Aku gapai tuala dan terus ke kamar mandi.

No comments:

Post a Comment