Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 27


“Seronok kat Indonesia..” Soal Firdaus sebaik aku tiba di rumah setelah dua hari di Indonesia. Aku sedikit terpana. Aku memberi salam dan mengucup tangan suamiku itu.

“Boleh la.. Banyak kerja..” Jawabku ringkas. Pak Samad membantuku menurunkan barang-barang dan membawanya ke bilik.

“Abang dah makan?” Soalku.

“Dah.. Makan kat luar..” Jawabnya. Dia terus berlalu mencapai kunci kereta tanpa sepatah bicara. Aku kaget. Lain benar kelakuannya. Dia tidak rindukan aku ke?

“Abang nak pergi mana? Mar baru balik ni.. Mar ada beli buah tangan untuk abang..” Aku menghampirinya.

“Malam nanti lah.. abang nak keluar jumpa kawan jap..” Jawabnya. Pegangan tanganku dilepaskannya. Dia terus berlalu memandu keluar kereta dari garaj. Aku semakin hairan. Dia marahkan aku ke? Aku bingung dengan kelakuannya.

“Mak Kiah..” Aku panggil wanita itu. Aku benar-benar hairan dengan perangai Firdaus.

“Ya Puan..” Mak Kiah datang.

“Tuan dah makan ke? Dia ada bagitahu tak nak jumpa siapa?” Aku menyoal.

“Dua hari puan pergi Tuan tak makan kat rumah pun. Mak Kiah masak, Pak Samad je yang makan.. Tuan selalu keluar dan balik malam. Mak Kiah tak berani nak tanya..” Jawab wanita yang kuanggap ibu itu.

“Keluar malam?” Hatiku tertanya. Kenapa dia berubah. Belum pun sampai beberapa bulan kami berkahwin.

“Tak apa lah Mak Kiah.. Saya naik dulu..” Kataku dan berlalu ke kamar. Hatiku masih diungkai seribu persoalan. Mungkin Firdaus merajuk denganku kerana keluar Negara begitu sahaja. Aku ingat dia faham kerana itu tugasku. Hmm.. Biarlah, tunggu dia pulang, aku akan berbicara dengannya. Aku capai tuala dan ke kamar mandi untuk menyucikan diri.

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Firdaus masih belum pulang. Aku duduk diruang tamu menanti kepulangannya. Pak Samad dan Mak Kiah sudah tidur. Aku mundar mandir sendirian. Tidak lama kemudia Firdaus pulang.

“Abang dah balik..” Sambutku dengan senyuman manis buat suami tercinta.

“Hmm.. tak tidur lagi ke?” Jawabnya. Tegang. Tiada nada romantic, kucupan sayang seperti selalu.

“Belum.. Mar tunggu abang..” Jawabku. Aku rangkul lengannya. Dia membiarkan. Kami beriringan berjalan ke bilik.

“Abang jumpa siapa?” Soalku sebaik pintu kamar dikuak.

“Kawan lama..” Jawabnya ringkas. Rangkulanku dilepaskan. Dia menghampiri katil. Aku pula ke almari untuk mengambil sesuatu buatnya.

“Ooo.. Abang, Mar ada belikan ni untuk abang..” Aku menghadiahkan sepasang baju buat suamiku itu.

“Thanks..” Jawabnya ringkas dan terus berbaring di katil. Pemberianku itu langsung tak diambilnya.

“Abang.. kenapa ni?” Aku menyoal. Dia diam. Lagaknya seperti orang kepenatan dan mahu tidur. Aku semakin geram.

“Abang.. Mar cakap dengan abang ni.. Mar ada buat salah apa-apa ke? Kenapa layan Mar macam ni..” AKu mula berkeras. Geram dengan sikapnya yang acuh tak acuh.

“Mar rasa ada buat salah ke?” Sinis soalannya.

“Mar tak tahu.. Kalau Mar buat salah abang tegurlah, Mar betulkan.. Tapi jangan buat macam ni..” Aku merayu.

“Sedar pun salah.. Mar anggap abang ni apa? Pergi Indonesia tak bagi tahu, sampai sana tak contact abang.. Mar seronok sangat ke kat sana sampai lupa abang??” Katanya lalu bangkit dari katil.

“Mar dah bagitahu kan malam tu.. Mar try call abang tak dapat.. Mar busy sikit..” Jawabku.

“Busy?? Kerja?? Projek juta-juta.. Pergi sorang-sorang, sedarlah Mardihah.. Awak tu isteri orang..” Dia membalas.

“Mar bukan tak nak ajak abang.. Tapi inikan soal kerja, kita dah janji tak campur adukkan soal kerja dengan peribadi..” Jawabku bersaja.

“Lagi-lagi kerja.. abang bosan lah macam ni.. Mar lebih pentingkan Syarikat tu dari abang… Mana tempat abang sebagai suami???” Suaranya sedikit keras.

“Abang….” Aku terkedu.

“Apa lagi lepas ni?? Abang ni manusia biasa juga, mana hak abang sebagai suami.. Mar pula sebagai isteri tanggungjawab disisi suami.. bukan keluar Negara gelak-gelak dengan jantan, entah apa lagi la Mar buat kat sana..” Dia semakin meninggi suara.

“Abang!! Ingat Mar ni apa? Mar tahu tanggungjawab Mar sebagai isteri, Mar tahu batas seorang isteri..!!” Air mataku mula menitis. Firdaus mati kata. Aku geram. Aku tak mahu dia ungkit sejarah hitamku.

“ Mar minta maaf.. Mar rindu abang…” Aku memeluknya. Firdaus kaku. Dia hanya berdiam diri. Aku lepaskan pelukan. Aku pandang matanya.

“Abang.. Jangan buat Mar macam ni.. Mar sayang abang..” Rayuku.

“Entahlah Mar.. Abang rasa macam menyesal denga perkahwinan ini.” Katanya. Ya Allah. Bagaikan halilintar menerjah bumi aku rasakan sebaik mendengar kalimat itu.

“Apa abang cakap ni.. Abang yang pinta perkahwinan ni.. Abang janji nak jaga Mar, abang sayang Mar.. Kenapa….” Aku menangis. Ya Allah. Ujian apa lagi ini. Tak kan sesingkat ini perkahwinan aku dengannya. Ya Allah. Aku sayang suamiku. AKu menyintai dia. Aku mahu sehidup semati dengannya.

“Memang abang nak lakukan semua tu, tapi kalau Mar sendiri tak pernah nak anggap abang ni suami. Nak layan abang macam suami pun susah.. apa lagi yang nak diharap dalam perkahwinan ni..” Dia membalas lagi.

“Mar minta maaf..” Aku merayu lagi.

“Maaf Mar tu tak boleh pakai. Balik lambat, pergi sana sini tak bagitahu.. isteri apa tu? Apa tempat abang seagai suami? Mana hak abang?” Firdaus semakin menunjukkan taringnya. Aku seperti tidak mengenalinya lagi. Dia benar-benar lain.

“Abang.. Mar janji ubah segalanya. Apa yang abang nak Mar turutkan.. Janganlah tinggalkan Mar..” Air mataku tak henti-henti mengalir.

“Dah la.. Pergi tidur.. abang……” Katanya. Aku terkedu. Dia berlalu keluar. Aku intai dari tingkap, dia pergi bersama keretanya. Kemana destinasinya? Aku tak pasti. Yang aku tahu, aku benar-benar sedih.

“Ya Allah….” Raunganku. Apakah Firdaus akan meninggalkanku. Kenapa lain benar sikapnya setelah beberapa minggu kami bernikah. Inai di jari masih belum padam. Tapi, kenapa cintanya padaku sudah padam. Ya Allah.. Aku tak berdaya dengan ujian kali ini.

Aku berbaring di katil. Gambar perkahwinan aku tatap. Hancur luluh hatiku apabila mengingati ungkapan Firdaus. Air mata aku biarkan mengalir. Tak mampu aku seka lagi. Abang.. Mar sayangkan abang. Jangan tinggalkan Mar..

No comments:

Post a Comment