Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 21


Aku berdiri ditingkap ruang pejabatku di Menara Sutera. Aku renung langit ciptaan Tuhan. Kini hari-hari yang aku lalui membahagiakan. Aku kini bergelar tunangan orang. Sudah sebulan aku mengikat tali pertunangan dengan Firdaus. Kami bertunang tidak lama. 6 bulan sahaja. Cuma memenuhi tradisi yang ditinggalkan orang terdahulu.

Aku kini boleh dikatakan semakin sibuk dengan tugas. Sutera Holding telah mendapat kontrak membina bangunan kerajaan dan beberapa projek naik taraf hospital di sekitar Selangor. Alhmadulillah. Aku bersyukur dengan rezeki Tuhan ini. Aku kini banyak menghabiskan masa dengan memantau tapak-tapak projek serta urusan di pejabat. Sibuk. Memang sibuk. Namun aku cuba juga luangkan masa untuk bersama tunang kesayanganku. Kami juga kini membuat serba sedikit persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal menjelma beberapa bulan lagi. Aku gementar, teruja untuk menanti saat bergelar seorang isteri. Aku kini sedang melengkapkan diri untuk bergelar seorang isteri.

“Cik Mardihah…” Hanisah menghentikan lamunanku. Aku menoleh kearahnya.

“Amboi.. teringat tunang ke?” Soalnya sambil tersenyum.

“Tak la.. ada apa Hanisah?” Aku menghampirinya.

“Ini Fail laporan kewangan bulan ini. Ini surat jemputan dari Ketua Pengarah Media Prima untuk majlis makan malam hujung minggu ni. Mereka nak confirmation secepat mungkin.” Kata gadis manis itu. Aku ambil surat jemputan dari Media Prima itu. Penting. Media Prima adalah satu syarikat yang mempromosikan dan banyak membantu dalam menaikkan Sutera Holding.

“Baiklah.. saya confirm akan pergi..” Kataku. Hanisah mengangguk.

“Ada apa-apa lagi tak Cik?” Setiausahaku itu menyoal.

“Ooo.. Kejap, awak panggil En Syukri masuk office saya. Saya ada hal nak discuss..” Pesanku. Setiausahaku itu mengangguk dan keluar. Aku duduk dikerusiku kembali. Aku ambil gambar yang terdapat di meja. Ayah, Ibu, abang.. Aku rindukan mereka.

“Ayah, Ibu, Abang.. Mar dah Berjaya sekarang. Alhamdulillah.. Sutera Holding dah jadi macam dulu semula. And… Mar akan jadi wife orang tak lama lagi.. Alangkah happynya kalau ayah, ibu and abang ada pada hari bahagia Mar nanti…” Desis hati kecilku. Perkahwinan adalah sesuatu yang membahagiakan jika dapat dikongsi dengan keluarga yang tersayang. Tapi aku…?? Tuhan, aku redha dengan semua ini. Telefon bimbitku bordering. Firdaus menghubungiku.

“Assalammualaikum abang..” Aku memberi salam. Firdaus menjawab salamku.

“Abang sihat? Dah makan?” Soalku.

“Alhamdulillah.. belum makan. Kejap lagi la.. sibuk sikit kat yayasan ni. Maklumlah hujung tahun macam ni.. banyak urusan sikit..” Balas tunangku itu.

“Ye la.. Mar pun macam tu.. “ Aku menambah. Aku akui, memang kami sibuk. Cuma ada sedikit masa untuk bertanya khabar. Jumpa? Jarang sekali. Kalau ada pun Firdaus bawa aku pulang bertemu ibu bapanya di Kelang. Alhamdulillah. Keluarganya menerima kehadiranku dengan hati terbuka.

“Hujung minggu ni Yayasan ada buat Majlis doa selamat untuk yang nak ambil SPM.. Mar datang ya..” Firdaus memberitahu.

“Hujung minggu? Ala.. Mar ada Dinner dengan Media Prima la abang.. Mar rasa tak boleh..” Aku membalas. Aku pasti jawapan itu mengecewakan dia.

“Yeke.. Macam mana ni.. Mereka semua nak Mar datang.. Abang tak kisah pun..” Jawabnya.

“Mar betul-betul minta maaf. Mar dah buat confirmation dengan Media Prima…” Aku menambah. Firdaus akur. Aku kesal. Tapi, Janji yang dibuat terlebih dahulu perlu aku tunaikan.

“Ok lah Mar.. abang buat kerja dulu ya sayang..” Firdaus memberitahu. Sejak bergelar tunang dan mengenali lelaki itu dengan lebih lagi, ternyata Firdaus seorang yang romantik, penyayang dan bertanggungjawab. Aku rasa sungguh bertuah kerana memiliki hatinya.

“Ok abang.. Assalammualaikum” Kataku. Firdaus menjawab salamku dan mematikan talian. Serentak dengan itu, Ahmad Syukri tiba. Aku memanggilnya masuk dan berbincang dengannya. Perbincangan dua hala dengan kakitangan syarikat selalu aku lakukan. Aku sentiasa memberikan peluang kepada mereka bagi mengeluarkan idea-idea yang boleh membantu memajukan Syarikat.

No comments:

Post a Comment