Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 29


“Najwa ni cuti semester dia tinggal lagi dua hari kan.. Bila nak balik?” salina menyoal Mak Yam. Waktu itu Najma tiada dirumah kerana keluar bersama Aidil. Salina temani Mak Yam di dapur menyediakan juadah kuih muih untuk minum petang.

“Ya la Puan… Najma tak kata apa-apa ke?” Soal Mak Yam kembali.

“Tak.. Saya rasa mereka ni ada rancang sesuatu. Macam ada sesuatu yang dirahsiakan dari saya..” Salina curiga terhadap kedua-dua anaknya itu.

“Kenapa pula puan rasa macam tu?” soal Mak Yam lagi.

“Entahlah.. hati saya rasa.. Lagipun Najwa tu saya call tak jawab..” Salina membalas.

“Risau juga.. Budak-budak ni…” Mak Yam mengeluh.

“Tu la.. saya pun risau. Si Najma takpa lagi, Najwa tu yang saya risau sangat. Dah la tak tahu dia ke mana sebenarnya..” Salina suarakan lagi.

“Puan call lah dia lagi..” Mak Yam cuba tenangkan hati majikannya itu. Salina angguk. Selepas sudahkan kuih yang dibuatnya, dia keruang tamu. Telefon bimbitnya dicapai. Dia hubungi nombor Najwa. Berkali dia hubungi tapi tiada yang menjawab.

Sementara itu, di rumah Syed Hazim, suara Laila terjerit jerit kerana sakit perut kedengaran. Najwa ketawa. Laila makan makanan yang disediakan Mak Biah malam semalam. Dia juga pesan agar letakkan julap tapi Syed Hazim dan Najwa tak makan makanan itu. Pada tengah malam, Laila tak dapat tahan lagi perut yang berkeroncong. Dia jamah makanan yang ada. Apa lagi, dia terkena bahan buatan sendiri. Sepanjang hari destinasinya adalah tandas. Najwa ketawa sahaja lihat ibu tirinya itu.

“Pa.. Naja keluar sat.. Nak beli barang kat padang besar..” Kata Najwa. Syed Hazim tak dapat menemaninya kerana Laila sedang dilanda cirit birit. Jadi, Najwa pergi bersama pemandu bapanya.

Salina hubungi lagi Najwa. Syed Hazim yang sedang melalui bilik Najwa terdengar telefon bimbitnya bordering. Dia pantas masuk dan menjawab panggilan itu.

“Assalammualaikum. Najma tak dak.. Dia pi padang besaq..” Kata Syed Hazim. Salina terkedu.

“Najma?” Salina hairan. Syed Hazim yang mendengar suara itu lantas lihat di skrin telefon bimbit anaknya. Tulisan “Mama” Pada skrin itu.

“Salina?” Syed Hazim berkata. Salina gamam. Dia cukup kenali suara itu.

“Abang…” Salina digamit kerinduan. Syed Hazim tutup pintu bilik Najma. Dia tak mahu Laila dengar perbualannya.

“Salina sihat? Najma tinggal fon dia.. dia pi padang besaq beli barang..” Syed Hazim berkata.

“Ina sihat bang.. Tapi ni kan nombor Najwa. Najma ada kat rumah ina ni..” Balas Salina. Syed Hazim terkejut.

“Najwa? Ya Allah..” Syed Hazim mengucap panjang.

“Kenapa bang?” Soal Salina.

“Depa dah tipu kita. Maknanya yang mai sini Najwa. Dia kata dia Najma.” Syed Hazim beritahu Salina.

“Budak-budak ni.. Patutlah berahsia sangat. Najwa memang ada ubah imej jadi macam Najma sebelum pergi sana. Najma kata adiknya pergi camping..” Balas Salina.

“Ina… Najwa datang..” Syed Hazim bersuara sebak.

“Ya abang… tak pa lah. Nanti saya cakap dengan Najma. Budak-budak ni betullah..” Salina mengomel.

“Najma macam mana? Sihat dia?” Syed Hazim soal.

“Sihat bang.. abang macam mana?” Salina pula soal.

“Macam ni lah.. Kena makan ubat.. Ina, maafkan abang..” Syed Hazim rendahkan suaranya.

“Abang jagalah kesihatan. Ina dah tak boleh nak jaga abang….” Salina terhenti seketika. Mereka bermain perasaan. Salina sebak.

“Ina…. Sudahla.. yang dah lalu. Yang penting anak-anak kita..”Syed Hazim bersuara semula.

“Ye abang.. Okay lah.. Najma dah balik tu.. nanti ina cakap dengan dia.. Assalammualaikum..” Salina akhir perbualan. Syed Hazim jawab salam isterinya. Dia letakkan telefon bimbit Najwa dia atas meja. Syed Hazim kini atur agendanya.

“Najma…” Tegas suara Salina memanggil anaknya itu. Aidil yang ada bersama Najma terkedu. Dia dan Aidil berpandangan.

“Syarifah Najma Aisha Syed Hazim… ke sini sayang..” Salina panggil. Najma hampiri ibunya. Aidil membontotinya.

“Ya ma… ada apa?” Najma soal.

“Adik kamu pergi mana?” Soal Salina pula.

“Camping…” Najma jawab. Dia tunduk.

“Camping kat rumah papa di Arau, perlis?” Salina sengaja menyoal. Najma terkedu. Dia pandang Aidil. Aidil bulatkan mata.

“Mama dah….” Najma tak sempat habiskan ayatnya, dia dipangkah oleh ibunya.

“Dah tahu… kenapa rahsia dari mama? Kalau apa-apa jadi kan susah..” Salina berleter.

“Maaf ma.. Adik yang nak rahsiakan..” Najma tunduk.

“Mama dah agak.. Najwa ni memang…” Salina menambah.

“Ma.. biarlah adik tu.. Dia nak sangat jumpa papa… Papa pun tahu lah kan..” Najma bersuara lagi.

“Papa dah tahu. Kita tunggu je lah apa jadi lepas ni.. Najwa, Najwa…” Salina mengeluh.

“Puan, Najwa buat semua ni untuk jumpa papa dia.. Mungkin cara dia salah, tapi kita tak boleh salahkan dia. Seorang anak yang nak jumpa papanya setelah 13 tahun tak jumpa.. Tak salah kan..” Aidil pula bersuara.

“Awak pun tahu?” salina pandang Aidil.

“Errr… tahu puan..” Aidil jawab perlahan.

“Mama tak salahkan wawa. Mama yang salah... dia mesti happy dapat jumpa papa dia. Alhamdulillah la…” Balas Salina. Najma pegang tangan ibunya. Salina alirkan air mata.

“Naja… Mama dapat dengar suara papa.. mama rindu papa..” Salina bersuara sebak. Najma peluk ibunya itu.

“Ma…” najma tak mampu berkata. Dia peluk ibunya sekuat hati. Aidil memandang disisi. Salina lepaskan pelukan. Tangan kanannya memegang tangan Najma manakala tangan kirinya pegang tangan Aidil.

“Naja.. Aidil.. Mama tak nak apa yang jadi kat mama berulang pada kamu berdua. Selagi cinta boleh ditahankan, pertahankanlah. Jangan terlalu cepat mengalah. Tak salah kalau kita pertahankan hak kita..” Salina berpesan. Najma pandang Aidil. Aidil pandang Najma. Mereka angguk.

“Ma… Naja janji..” Najma balas. Aidil juga begitu. Najma lap air mata yang mengalir dipipi ibunya.

“Kita tunggu wawa balik…” Salina berkata dan kemudian senyum. Najma dan Aidil lega.

No comments:

Post a Comment