Tuesday, August 7, 2012

Sangkar Kasih 1


Suasana di dalam gerabak kereta api agak tenang kerana kebanyakan dari mereka tidur. Sharifah Najma Aisha belum mampu melelapkan mata. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Ini menandakan ada lagi 2 jam sebelum keretapi tiba di destinasi yang ingin ditujunya. Perjalanan selama hampir 12 jam dari stesen keretapi Arau ke KL Sentral terasa agak lama. Najma cuba melelapkan mata. Hanya bayangan dua insan yang dirinduinya menerjah minda. Selang seli wajah Sharifah Najwa Aisha, adik kembarnya serta Salina, ibunya bermain difikiran. Najma amat rindukan mereka. Sudah hampir 3 tahun dia tidak bertemu ibu dan adiknya itu. Najma gamit kembali memori silam sewaktu dia terpaksa berpisah dengan ibu dan adiknya. Ibunya, Salina dan bapanya, Syed Hazim berpisah ketika Najma dan Najwa berusia 10 tahun. Waktu itu Najma dijaga oleh bapanya yang tinggal dia Arau, Perlis manakala ibunya membawa Najwa ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan. Peristiwa sedih itu berlaku sudah lama, 13 tahun dahulu. Kini Najma yang merupakan graduan Universiti Utara Malaysia ini mengambil keputusan ke Kuala Lumpur setelah tamat pengajian. Najma ingat lagi sewaktu meminta keizinan dari bapanya.

“Papa.. Naja nak pi KL. Dok sini pun tak da kerja. Naja nak pi dok ngan mama..” Katanya sewaktu mula memberitahu bapanya.

“Pasai pa? Naja tak kesian kat papa ka?” Syed Hazim menyoal anak gadisnya itu.

“Bukan macam tu pa.. Naja dah 3 tahun tak jumpa mama ngan Wawa. Naja rindu.. Papa kan ada Mummy Laila..” Balas Najma. Laila yang dimaksudkan adalah ibu tiri Najma yang dinikahi bapanya selepas 3 tahun bercerai dengan ibunya. Laila adalah pilihan datuk dan neneknya. Namun, pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

“Naja… berat hati papa nak lepaskan Naja pi sana.. Tapi papa tak boleh halang Naja pi jumpa mama ngan wawa.. Jaga diri elok-elok..” Syed Hazim memeluk anak gadisnya itu.

“Thanks pa.... Pa… Naja nak tahu..pa sayangkan mama lagi tak?” Najma menyoal. Syed Hazim tunduk. Najma cuba tafsir kelakuan ayahnya itu. Najma sangat berharap ayah dan ibunya bersatu kembali kerana dia tahu mereka masih menyayangi dan perpisahan yang berlaku bukan kehendak mereka.

“Abang.. hantaq saya pi rumah che Nab..” Ibu tiri Najma itu muncul. Najma kurang senang dengan kehadiran Laila yang memang tidak disukainya. Bapanya pula hanya akur dan mengalah setiap kali di arah Laila. Najma mengeluh kecil.

Keretapi yang dinaiki Najma tiba di stesen KL Sentral. Najma mengambil barang-barangnya dan bersedia untuk turun. Suasana hening pagi agak menyejukkan. Najma sarung baju panas miliknya. Di hentian KL Sentral, ramai penumpang turun. Najma terpaksa sedikit bersesak untuk keluar. Akhirnya berjaya juga dia turun ke platform. Najma menarik nafas lega kerana sudah lepas dari kesesakan orang yang berpusu-pusu untuk turun. Dengan dua beg miliknya, Najma melangkah menuju lif untuk ke tingkat atas. Najma mencapai telefon bimbitnya dan hubungi ibunya.

“Mama.. Naja dah sampai.. mama kat mana?” Soal gadis itu.

“Mama dah sampai juga, mama tunggu Naja dekat tempat tunggu ni..” Jawab Salina.

“Okay mama..” Najma menjawab. Dia bergegas menaiki Escalator menuju ke tempat ibunya menunggu.

‘Mama…” Najma memanggil ibunya sebaik nampak kelibat ibunya. Salina bangun dan terus menuju kearah anaknya itu. Kedua beranak itu berpelukkan. Melepaskan kerinduan yang terpendam.

“Wawa tak ikut ke?” Najma menyoal kerana tidak Nampak kelibat Najwa.

“Dia belum bangun pun sayang.. Jom lah kita balik rumah dulu.. Naja mesti penat” Kata Salina. Najma mengangguk dan mengangkat beg miliknya. Mereka berjalan menuju ke tempat letak kereta. Salina gembira apabila anaknya tiba dengan selamatnya. Hatinya berbunga riang kerana Najma kini ada depan matanya.

“Mama beli kereta baru.. wow..” Najma bersorak riang apabila melihat depan matanya sebuah perodua Myvi baru. Sebelum ini ibunya menggunakan sebuah Toyota Vios.

“Bukan kereta mama.. Kereta Wawa..” Jawab Salina.

“Ooo.. bestnya dia dapat kereta.. dia sihat ma? Naja rindu kat dia..” Balas Najma. Sememangnya dia amat merindui saudara kembarnya itu. Sebelum ibu bapa mereka berpisah, hubungan Najma dan Najwa amat rapat. Makan, tidur, pendek kata kemana pergi pun pasti bersama. Namun, perpisahan itu merubah segalanya. Najwa seakan membenci Najma. Najma sendiri tidak pasti kenapa. Tapi setiap kali Najma berkunjung ke rumah ibunya, Najwa pasti menunjukkan sikap kurang senang. Najma hanya bersabar.

“Mama belikan dia, senang dia nak ke kolej. Mama tak sempat nak hantar dia..” Jawab Salina. Wanita anggun itu memandu tenang.

“Wawa tak habis lagi belajar ma?” Najma menyoal.

“Dia tukar course. Dulu kan ambil design, sekarang tukar music pula. Kena extend dua sem lagi.. Mama pun tak faham.. macam-macam kerenah dia..” Salina sedikit mengeluh dengan sikap anak bawah jagaannya itu.

“Biarlah ma.. itu minat dia… Naja rindu dia..” Kata Najma.

“Tapi mama tak tahulah dia macam mana pula bila jumpa Naja nanti.. Maafkan mama ye sayang..” Tambah Salina.

“Tak apa ma.. bukan salah mama.. Ma, Naja datang ni nak kerja sekali sebenarnya, study dah habis.. Kat Arau tu tak ada kerja sangat..” Tambah Najma.

“Mama dah aturkan sayang.. Graduate Business Study kena kerja dengan mama.. Boleh tak manage bakery mama?” Salina membalas. Sejak berpindah ke Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu, Salina memulakan perniagaan kecil kecilan membuat roti. Kini dia telah memiliki sebuah Syarikat dalam industry makanan dengan produk asas adalah roti dan biskut. Syarikat yang dinamakan Naj Mawa Food Industry Sdn. Bhd telah mempunyai dua cawangan di Damansara dan KLCC.

“InsyaAllah ma.. Mama ajarlah Naja nanti..” Balas Najma pula. Salina mengangguk dan senyum. Kareta yang dipandu meluncur tenang di jalanraya yang masih lengang.

Akhirnya mereka tiba di banglo dua tingkat milik Salina yang dibelinya hasil titik peluhnya selama ini. Mahligai tempat berteduh dia dan anak-anaknya cukup indah dengan hiasan kreatifnya.

“Jom masuk sayang… Bilik Naja mama dah minta Mak Yam kemaskan. Tak tahulah Naja suka tak..” Salina mempelawa anak gadisnya itu. Najma mengangguk dan melangkah masuk ke mahligai ibunya itu. Dia atur langkah melangkah anak tangga menuju ke tingkat atas. Biliknya bersebelahan dengan bilik Najwa. Najma kuak daun pintu.

“Cantiknya ma… colour pink…” Najma melompat girang persis anak kecil. Memang itu warna kegemarannya. Sesuai dengan personalitinya yang lembut dan ceria.

“Mama tahu Naja suka colour ni.. dahla, rehat la dulu.. Mama nak siap-siap pergi office..” Salina berkata. Najma mengangguk. Dahi anak gadisnya itu dikucup. Dia melangkah ke kamarnya. Najma pula kebilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk untuk solat subuh. Selesai tanggungjawabnya dengan tuhan, Najma ke katil. Dia baring. Penat perjalanan masih terasa. Najma terus terlena.

“Mama pergi kerja dulu sayang..” Salina mengucup dahi anak gadisnya yang sedang lena. Dia usap rambut anaknya itu. Sayang benar dia pada kedua-dua puterinya itu. Hatinya diruntun hiba tatkala mengenang Najma yang terpisah dari ibu manakala Najwa yang tidak dapat kasih sayang seorang ayah. Jauh disudut hati, dia tidak rela dengan perpisahan. Namun itu terjadi juga. Ibu mertuanya, nenek Najwa dan Najma yang tidak merestui pernikahannya dengan Syed Hazim kerana perbezaan darjat. Nazim adalah golongan kerabat manakala dia hanya dibesarkan di rumah anak yatim. Setelah sebelas tahun, perkahwinan mereka terlerai juga. Pasti orang tua itu tersenyum gembira. Salina hanya redha diselangi air mata. Sehingga kini dia masih belum mencari pengganti kerana hatinya masih untuk Syed Hazim. Bukan tiada yang mahu, tapi hati Salina belum terbuka. Wanita berusia 48 tahun itu memang anggun dan pandai bergaya. Sudah pasti ada lelaki yang menaruh perasaan terhadapnya. Dia sahaja yang tidak mahu. Salina melangkah keluar rumah menuju ke pejabatnya.

No comments:

Post a Comment