Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 26


“Tolong!!!” Suara Laila menjerit. Syed Hazim tika itu baru melangkah masuk kerumah setelah keluar untuk beberapa urusan. Dia berlari kebiliknya. Sebaik pintu dikuak, dilihat Laila melompat-lompat diatas katil.

“Bang… tikus….” Laila menggeletar ketakutan. Syed Hazim lihat ada seekor tikus di penjuru biliknya.

“Comelnya tikus..” Najwa muncul dibelakang Syed Hazim. Laila memandang Najwa dengan mata marah.

“Kepala hotaq hang comel… Siap hang Najma!!!” Jerit laila.

“Tikus kecil pun takut.. berlagak je lebih…” Najwa mengomel. Sengaja mahu disakiti hati ibu tiriya itu. Syed Hazim pandang anak gadisnya. Najwa sengih.

“Abang!! Cepatlah tangkap!!” Arah Laila. Syed Hazim turuti. Tikus sebesar tapak tangan itu dengan mudah ditangkapnya. Laila termengah-mengah menahan penat. Dia pandang tajam arah Najwa. Geram benar dia dengan anak itinya iru. Dia hampiri Najwa.

“Hang punya kerja kan??!!” Jerkah laila. Najwa senyum sumbing.

“Memandai je tuduh..” Jawab Najwa selamba.

“Hey… Sejak hang balik, macam-macam jadi.. kalau bukan hang siapa lagi?” Laila marah.

“Mungkin papa, munkin Mak Biah, wak koncoro or sesiapa yang sewaktu dengannya…” najwa jawab.

“Menjawab hang!!!” Laila geram. Dia cuba pukul Najwa dengan kipas tangannya. Laila pantas mancapai tikus dari tangan bapanya dan melempar kearah Laila. Tikus itu betul-betul jatuh atas kaki Laila. Sekali lagi wanita itu menjerit. Habis tanggal sanggulnya.

“Mestilah jawab kalau dah ditanya…” Najwa berkata. Laila masih terjerit. Dia lari kesana kemari. Syed Hazim ketawa melihat aksi itu.

“Aku bunuh hang Najma!!!” laila menjerit. Bingit telinga semua yang ada disitu. Najwa terus berlalu kekamarnnya. Tidak lama kemudian suara jeritan Laila tak kedengaran lagi. Najwa ketawa sekuatnya. Biar padan muka Laila. Najwa berbaring dikatilnya. Dia ketawa. Geli hati melihat muka ketakutan laila itu. Pintu biliknya diketuk.

“Masuklah..” Najwa berkata.

“Naja…” Syed Hazim muncul.

“Papa…” Najwa balas. Syed Hazim hampiri anaknya itu.

“Nakal ya… dah pandai kenakan Mummy..” Kata Syed Hazim.

“Pa marah ke? Naja saja kenakan Biar padan muka dia.. Dia ingat dia hebat sangat. Tikus pun takut..” Bebel Najwa.

“Papa tak marah, tapi jangan buat selalu.. Sekali sekala papa sokong jugak.. dah la. Tidur ya..” Kata Syed Hazim. Najwa angguk.

“Pa…. love you..” Najwa kata kepada bapanya.

“Papa pun sama sayang..” Syed Hazim kucup dahi anaknya itu. Dia selimutkan anak gadisnya itu. Kemudian, Syed Hazim keluar. Najwa senyum. Bapanya masih sama. Jika dulu, sewaktu dia kecil, bapanya rajin membacakan buku cerita buat dia dan kakaknya sebelum tidur. Selalunya dia pasti menyoal banyak soalan. Kakaknya pula, belum habis cerita sudah berada dialam mimpi. Najwa selalu meminta bapanya menyanyikan beberapa lagu untuk mendodoinya.

“Rindunya semua tu..” Najwa berkata dalam hatinya. Sebelum lelapkan mata, Najwa nyanyi kembali lagu yang pernah dinyanyikan bapanya suatu ketika dahulu. Akhirnya Najwa terlena.

Sementara itu di bilik Syed Hazim, Laila merungut. Dia mengadu semua perlakuan Najwa padanya.

“Abang… Tengokla apa Naja tu dah buat kat saya..” Laila mengadu.

“Budak-budak.. Toksah layan sudahla..” Syed Hazim menjawab.

“Budak apa? Kalau kahwin dah beranak pinak.. Perangai macam taik..” laila geram.

“Biarlah dia… awak pun bukan baik sangat..” Syed Hazim tambah. Laila terkedu.

“Abang!!! Macam-macam dia buat kat saya… petang tadi, penat tau lari..” Laila
merajuk. Dia tarik muncungnya. Syed Hazim tak endahkan. Dia tarik selimutnya dan mula memejam mata.

“Abang!! Saya cakap dengan awak ni… dengaqla..” Laila pegang bahu suaminya.

“Penat tau dok berkejaq dengan tikus.. Abang pulak, dok bela budak tu..” Laila bersuara perlahan. Mahu ditarik perhatian suaminya itu.

“Baguihla… Awak pun dah lama tak exercise.. Badan tu dah banyak lemak tepu..” Syed Hazim bersuara.

“Awak ni!!!!” Laila geram. Dia tutup muka dengan bantal. Harapan di hati agar suaminya memujuk. Namun Syed Hazim terus abaikannya dan tidur. Laila geram. Ditumbuknya bantal peluknya.

“Siap hang Naja… tak pa, hari ni hari hang, esok lusa aku balas..” Laila berkata dalam hati. Geram kerana asyik dikenakan anak tirinya itu.

“Sudah-sudahla tu.. pi tiduq..” Suara Syed Hazim menegur. Laila diam. Geram kerana suaminya menyokong Najma. Dia hairan dengan perangai Najma sejak pulang dari Kuala Lumpur ini. Lain benar tingkah laku anak tirinya itu. Laila mengeluh kecil.

No comments:

Post a Comment