Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 34


Setahun bukanlah tempoh yang pendek. Namun, masalah demi masalah serta kesibukan dan persoalan yang mendatang menyebabkan aku rasa hari-hari yang aku lalui semakin membingungkan. Kalau aku tidak kuat, mungkin aku sudah berada setempat dengan pesakit mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta. Tuhan masih sayangkan aku. Dia masih beri aku peluang. Aku hargai peluang ini. Terima Kasih Tuhan. Setiap hari aku tidak pernah lupa untuk berdoa pada Yang Maha Esa. Aku harap dikurniakan kehidupan yang penuh keredhaanNya.

Ihsan? Lelaki itu tidak pernah putus asa menagih cintaku. Hari-hari aku dihadiahkan bunga sehingga menimbulkan gossip-gosip liar di Sutera Holding. Aku semakin rimas tapi dalam masa yang sama aku terasa seperti dihargai. Setiap hari aku disoalnya adakah aku sudi menerimanya. Aku hanya mendiamkan diri. Mungkin itu lebih baik dari member harapan ataupun luka buatnya.

Firdaus? Entahlah. Aku tak tahu sejauh mana aku denganya. Namun aku hairan, walaupun dia seperti sudah tidak menyayangi aku, sudah tidak menganggap aku isterinya, namun belum pernah dia ungkapkan lafaz cerai. Bukan aku harap lafaz itu, tapi aku hairan. Jika dia sudah tidak mahukan aku, kenapa tidak dilepaskan sahaja. Aku menjadi semakin bingung. Namun, bukan itu sahaja. Tingkah laku dan perangai Firdaus memalukan aku lebih-lebih lagi dengan warga Yayasan. Aku kesal kerana suamiku yang digelar ustaz suatu masa dahulu berubah menjadi sedemikian rupa. Ya Allah. Kembalikanlah Ustaz Firdaus yang dahulu pada aku, anak-anak yayasan dan keluarganya.

Aku semakin malu mahu menjejak ke Yayasan yang kini aku ambil alih sepenuhnya dan meletakkan Zainnul Mutaqim sebagai Pengetuanya. Biarlah aku teruskan Legasi itu. Seluruh warga Yayasan tahu perubahan Firdaus dan setiap kali aku berkunjung, aku pasti disoal. Aku tak tahu harus bagaimana lagi. Aku hanya redha. Andai mereka berada ditempatku, mereka pasti tahu. Tapi.. Biarlah aku sendiri yang merasainya.

Sutera Holding pula kini semain meningkat prestasinya. Alhamdulullah disebalik ujian yang Allah berikan, ada kegembiraan yang Dia beri padaku. Dengan semangat dan dedikasi semua warga kerja, Sutera Holding kini mampu melangkah merentasi sempadan dengan membuka anak syarikat di Jakarta, Indonesia. Aku bersyukur kerana kini, Sutera Holding tersenarai sebagai Syarikat tempatan yang sudah melangkah ke pasaran luar. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur aku panjatkan buat Allah. Sekurang-kurangnya ada kegembiraan dalam kesedihan yang aku alami.

“Puan Mardihah.. Suami Puan, En Firdaus terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Duke dan dia telah dibawa ke HUKM..” Panggilan yang aku terima cukup mengejutkan dan sekali gus menghentikan lamunanku. Ya Allah. Aku benar-benar terkedu. Air mata mengalir. Aku bergegas ke HUKM. Sepenuh hati aku berdoa agar Firdaus selamat. Setiba di HUKM aku terus ke unit kecemasan. Aku hubungi keluarga Firdaus dan menghantar pesanan ringkas buat warga Yayasan melalui Kak Jamilah. Aku juga hubungi Ihsan.

“Okay.. I datang sekarang… sabar…” Ihsan menjawab. Aku duduk si ruang menunggu Unit Kecemasan. Air mata masih berlinang. Hati kecilkan tidak henti-henti mendoakan agar suamiku itu selamat. Aku berdebar menanti diluar.

“Puan Mardihah..” Panggil doctor yang bertugas sebaik keluar dari bilik kecemasan.

“Ya saya… Macam mana keadaan suami saya.?” Aku menyoal dengan nada cemas.

“Kami dah Berjaya selamatkan dia dari zon kritikal, tapi dia masih belum sedarkan diri dan kami mesti tempatkan dia di Unit Rawatan Rapi kerana keadaan kecederaan dia agak serius.” Jelas Doktor itu. Aku mengurut dada. Lega kerana Firdaus stabil walaupun masih memerlukan rawatan rapi.

“Boleh saya jumpa dia?” Aku soal lagi.

“Buat sementara ni belum lagi, tapi lepas dia dah dipindahkan ke wad, Puan boleh jumpa dia.. Mungkin dalam sejam lagi.. Puan berehatlah dulu.. Saya minta diri dulu..” Kata Doktor tersebut. Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Doktor lelaki itu melangkah pergi. Aku tarik nafas syukur.

“Mardihah..” Suara Ihsan kedengaran. Aku menoleh. Kelibat lelaki itu menghampiri aku.

“So macam mana dengan Firdaus?” Soalnya sebaik mendekati aku. Aku menjelaskan segalanya pada dia.

“Alhamdulillah.. Moga dia cepat sembuh.. Jom kita ke cafĂ© dulu.. sejam nanti kita datang sini.. you Nampak terkejut lagi.. Jom minum dulu..” Pelawa Ihsan. Aku tidak membantah. Aku atur langkah seiringan dengannya. Terima kasih sekali lagi kerana dia ada disisiku sewaktu musibah datang kepadaku. Untuk ke cafeteria, perlu melalui unit pesakit luar dan di situ aku terpana apabila terlihat seseorang. Aku kaku seketika.

“Go.. Talk to her..” Ihsan mengarahkan. Aku akur. Aku hampiri wanita yang sedang duduk di kerusi menunggu.

“Assalammualaikum.. Diyana..” Sapaku. Diyana memandangku. Dia tunduk. Salamku dijawab perlahan.

“Firdaus macam mana?” Soal wanita itu.

“ICU..” Hanya itu aku mampu jawab. Aku sesekali memandang Ihsan yang berdiri agak jauh dari kami. Aku kumpul kekuatan untuk bersemuka dengan wanita itu. Diyana juga ada sewaktu kemalangan yang terjadi. Namun, dia hanya cedera ringan dan diveri rawatan pesakit luar.

“How about you?” Aku soalnya.

“Okay.. Cuma luka sikit.. Hmm.. mardihah.. boleh kita bercakap sikit..” Diyana seperti ingin menyatakan sesuatu kepadaku. Aku angguk.

“Maybe kat sini tak sesuai.. Jom..” Diyana mengajakku. AKu akur. Selesai dia mengambil ubatnya, dia melangkah ke Taman Istirehat HUKM. Aku membontotinya. Ihsan aku arahkan supaya tidak ikut serta. Aku melabuhkan punggung disebelah Diyana. Wanita cantik dan seksi itu mengukir senyum memandang aku. Cantik. Patutlah Firdaus tertarik.

“Mardihah.. maafkan saya..” Ungkapan Diyana diiringi lelehan air mata. Aku kaget. Diyana memelukku. Aku hairan.

“Kenapa?” Soalku. Pelukan dilepaskan.

“Saya bersalah pada awak, pada Firdaus. Saya bukan seorang yang baik.. Saya ni sebenarnya diupah untuk goda Firdaus.. I’m really sorry..” Ungkapnya lagi. AKu terdiam. Aku biarkan dia menyambung penjelasan yang sangat aku mahu dengar itu.

“Saya tak cintakan Firdaus pun. Saya diupah dengan upah yang lumayan untuk pikat dia, rosakkan dia, rosakkan rumahtangga awak, musnahkan hidup awak…” Sambungnya lagi.

“Astaghfirullah… Siapa upah awak?” Aku terkedu. Aku menyoal. Berkobar-koer perasaan ingin tahu.

“Suzie.. Dia Bos saya dan kawan awak dulu. Dia nak hancurkan hidup awak. Nak balas dendam.. Saya hanya buat kerana upah yang dia tawrkan lumayan..” Jawabnya. SUZIE??? Aku sekali lagi terkejut. Sampai begitu sekali dia sanggup lakukan. Ya Allah. Kenapa? Aku bingung.

“Kenapa awak beritahu saya semua ni? Awak tak takut ke Suzie apa-apakan awak?” Aku menyoal lagi.

“Suzie dah banyak seksa dan selalu ugut saya. Saya dah tak tahan dengan dia. Lagipun…………Saya dah tak hidup lama. Tadi masa pemeriksaan selepas kemalangan, doctor bagitahu saya ada HIV. Mungkin ini balasan. Saya… menyesal…” diyana tunduk. Air matanya mengalir laju membasahi pipi.

“HIV??!! Ya Allah.. Firdaus macam mana?” Aku terkedu. Risau.

“Jangan risau. Saya dah Tanya doctor. Firdaus tak apa-apa… Mardihah.. maafkan saya..” Wajah wanita itu penuh keinsafan. Aku menarik nafas lega apabila Firdaus selamat. Lega rasanya. Aku pegang tangan Diyana.

“Diyana. Mungkin ini balasan atau Ujian. Bertaubatlah.. Pintu taubat masih terbuka dan Allah tu Maha Pengampun..” Kataku padanya.

“Mardihah.. Firdaus sayangkan awak.. awak terlalu sempurna untuk dia. Dia memang sayangkan awak.. Dia selalu kata tu pada saya masa dia waras..” Jelasnya.

“Waras??” Aku sekali lagi hairan.

“Suzie arahkan saya bagi dadah pada Firdaus. Sebab tu dia agresif dan pukul-pukul awak. Saya minta maaf..” Kenyataan diyana sekali lagi mengejutkan aku. Sampai begitu Suzie malakukan. Aku hairan. Apa lagi dia mahu. Apa dendamnya.

“Kenapa Suzie buat semua ni..” Aku berkata perlahan. Cuba merungkai persoalan.

“Dia cemburukan kehidupan awak. Dia nak awak merana… Itu yang dia bagitahu saya..” Kata diyana sebaik mendengar keluhan aku.

“Ya Allah.. saya betul-betul tak faham. Sudahlah. Biar Tuhan sahaja yang membalas perbuatannya. Semoga dia dapat Hidayah dan petunjuk Allah..” Balasku.

“Awak terlalu baik. Walaupun dia dah lakukan macam tu, awak masih doakan dia? Mardihah… awak tak marahkan saya? Saya yang memawa kemusnahan hidup awak..” Diyana tunduk.

“Diyana… Kita sesama islam dan harus doakan kesejahteraan umat islam yang lain. Tak ada apa yang saya nak marahkan awak. Awak Ikhlas jelaskan semua pada saya. Terima kasih…” Jawabku.

“awak akan terima Firdaus semula?” Diyana menyoal lagi.

“Dia masih suami saya selagi dia tak lepaskan saya..” Jawabku. AKu tunduk. Hatiku masih ada baki perit dan luka sengsara yang dibuat Firdaus. Walaupun bukan semua salahnya.

“Dia pernah bagitahu saya walau apa pun dia tetap sayang awak.. Dadah tu yang buat dia begitu. Sebenarnya Firdaus masih sama macam yang awak kenal. Setiap kali dia tersedar, dia pasti menangis menyesalinya tapi atas arahan Suzie, saya suntik lagi dadah pada dia… maafkan saya Mardihah..” Diyana menambah. Aku angguk.

“Diyana.. Ubahlah kehidupan awak.. masih belum terlambat untuk bertaubat… Kalau awak sudi, ada satu Yayasan yang boleh bantu awak..” Kataku dan menghulur sekeping kad. Aku menyarankan dia ke Yayasan Jannatul Firdaus. Hanya itu yang mampu aku lakukan untuk membantu sesame muslim.

“DIYANA!!!!” Jeritan mengejutkan aku dan Diyana. Diyana gelabah. Aku bingung.

“SUZIE??” Kataku sebaik melihat kelibat Suzie bersama dua lelaki. Suzie tidak mengendahkan aku sebaliknya terus mendapatkan Diyana dan mengarahkan dua pembantunya itu memegang Diyana.

“Lepaskan dia!!” Jeritku. Mereka terhenti.

“Oohh.. Mardihah Muin.. Pelacur kelas atasan yang dah berubah jadi muslimah la konon… Ini hal aku dengan dia.. Kau jangan campur!!” Suzie menjerit kearahku.

“Suzie.. kau ni manusia jenis apa ha? Insaflah.. Kita sama-sama hamba Allah. Aku berhak bela dia.. Lepaskan dia..” Aku membalas. Susana sedikit tegang tetapi masih terkawal.

“Hey.. kau ingat kau dah pakai tutp-tutup ni, tudung sana sini, kau fikir kau baguslah!! Kau dulu pun sama!! Kau tak layak nak ceramah aku!!..” Jeritan dan herdikan Suzie menyebabkan suasana gempar. Beberapa orang disekeliling menghampiri.

“Aku tak kata aku bagus.. Aku Cuma mengingatkan sesame islam..” Aku mebalas. Ihsan yang tiba di taman it uterus menghampiri aku. Beberapa orang mula memenuhu sekeliling.

“Tak payah la Mar..!! berambus dengan kau punya islam..!! Izat, Kadir.. bawa dia..” Suzie mengarahkan dan berjalan menuju kekereta. Diyana meronta-ronta ingin dilepaskan.

“SUZIE!!! Lepaskan dia!!! Atau aku call polis!!!” Aku jerit. Ihsan cuba mengawal sekitar.

“Hoi Mardihah!! Kalau aku tak campur hidup kau!! Jangan kau campur urusan aku!!” Suzie menghampiri aku dan memberi amaran. Kemarahannya semakin mendalam. Ihsan cuba menghalang.

“Insaflah Suzie.. berapa orang lagi kau nak rosakkan??” Aku mencabarnya lagi. Suzie semakin berang.

“Hey Mar… apa aku nak buat, nak macam mana pun.. Bukan hal kau!!” Suzie menolak bahuku. Aku terundur.

“Rumahtangga aku kau nak musnakan.. nak rosakkan.. siapa lagi yang kau nak kenakan lepas ni ha?? Kau ingat kau boleh lepas di dunia.. Tapi akhirat Tuhan pasti akan beri pembalasan…” Aku pula membalas bengang. Geram dengan sikapnya.

“Itu hal aku dengan Tuhan.. Syurga Neraka bukan kau yang tentukan!! Jangan kau berani nak halang aku!!” Suzie membalas. Mukanya merah padam menahan marah. Aku pandang Ihsan. Tidak berapa lama kemudian sebuah kereta peronda polis tiba. Suzie gelabah. Dua orang suruhannya cuba larikan diri tapi sempat dikejar dan dilari polis. Suzie semakin gelabah. Dia hampiri aku dan memeluk leherku. Sepucuk pistol diletakkan tepat dikepalaku. Aku terketar. Ihsan cuba membantu tetapi ugutan Suzie mencemaskan semua orang.

“Lepaskan dia.. kalau tak kami lepaskan tembakan..” Polis yang bertugas member arahan.

“Berani??? Tembaklah!! Perempuan ni akan mati bersama!!!” Jerit Suzie. Aku menangis. Takut. Hatiku hanya berdoa memohon Allah menyelamatkan aku.

“Ya Allah…” Hatiku berdoa.

“Dalam kiraan sepuluh. Baik kamu lepaskan..” Sekali lagi amaran diberi. Suasana sekitar cemas. Aku mencari kelibat Ihsan. Hilang. Kemana dia pergi? Ya Allah. Selamatkan aku. Suzie semakin merisaukan aku. Dia semakin mengganas. Picu pistol ditarik dan bila-bila masa tembakan boleh dilepaskan menyebabkan sebutir peluru akan menembusi kepalaku. Ya Allah. Pang!!!!! Bunyi tembakan mengejutkan. Aku diam. Kaku. Hanya terdengar jeritan beberapa orang.

“Mardihah…” Suara Ihsan. Aku memandangnya. Linanangan air mata membasahi pipi. Suzie Berjaya diberkas polis.

“Siapa kena tembak?” Aku soal Ihsan. Ihsan memberitahu polis lepaskan tembakan keudara supaya dapat mengalih perhatian Suzie dan selepas itu Ihsan pantas menerkam Suzie dari belakang menyebabkan Suzie tersungkur dan digari. Tiada siapa yang cedera.

“Diyana… mana?” Aku mencari.

“Mardihah.. terima kasih..” Diyana muncul dan memelukku. Kami berpelukan. Kami hampiri polis yang telah memberkas Suzie. Kami diminta ke balai polis untuk memberi laporan.

“Mar… Kau jangan ingat kau dah menang!!” Suara Suzie aku dengari. Aku tidak endahkan. Menurut polis, Suzie dan sekutunya telah lama diburu polis atas pelbagai kesalahan termasuk menjadi dalang perlacuran di ibu kota serta terlibat dalam pengedaran dadah. Aku mengucap panjang namun jauh disudut hati aku doakan agar dia mendapat hidayah dan kesejahteraan dari Allah.

“Terima Kasih Ihsan… you dah selamatkan I..” Aku ucapkan pada Ihsan.

“I akan lakukan apa sahaja untuk orang yang I sayang walaupun sampai korbankan nyawa…” Balasnya perlahan. Aku terdiam. Aku pandangnya. Ihsan senyum kearah aku. Aku membalas senyumannya.

No comments:

Post a Comment