Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 30


Pagi yang hening. Aku tenang duduk dibelakang. Kereta yang dipandu Pak Samad bergerak lancar menyusuri lebuhraya menuju ke Subang. Tiada lagi air mata yang nak aku tangiskan. Aku kini nekad mahu bertemu wanita yang telah merosakkan hidup Firdaus. Sudah dua hari Firdaus tidak pulang kerumah setelah pertengkaran hebat antara aku dan dia berlaku. Aku hubunginya, dia matikan telefon. Yayasan juga tidak dijejaknya. Dia jauh berubah. Ya Allah. Kembalikan suamiku yang dulu.

“Jauh lagi ke Pak Samad..?” Aku menyoal.

“Sekejap lagi Puan. Tapi saya tak pasti dia ada atau tak di sana..” jawab Pak Samad.

“Tak apa, kalau ada rezeki kita jumpa..” Balasku tenang. Tidak lama kemudian kami tiba di Apartment Putra Height, Subang. Pak Samad meletakkan kereta yang disediakan. Aku membuka pintu kereta dan melangkah keluar.

“Puan nak saya teman?” Soal Pak Samad.

“Tak payah. Pak Samad tunggu sini saya naik sorang.. Nanti apa-apa saya panggil..” Balasku. Lelaki tua itu mengangguk. Aku melangkah ke arah yang dituju. Hati sangat berdebar. Harap tiada yang buruk akan berlaku. Aku sanggup hadapi apa jua yang bakal terjadi. Aku nekad. Aku melangkah masuk sebaik lif terbuka. Tingkat 8. Aku tekan punat itu. Hati semakin berdebar. Ya Allah. Berikan aku kekuatan. Destinasi tiba. Pintu Lif terbuka.

“Abang..” Aku terkejut kerana melihat Firdaus sebaik pinti Lif dibuka. Firdaus sangat terkejut melihatku. Wanita disebelahnya memeluk erat tangan Firdaus. Aku sebak. Runtuh hatiku. Ternyata apa yang aku dengar selama ini adalah suatu kebenaran.

“Buat apa kat sini?” Soal Firdaus. Dia pantas merentap tanganku. Aku mengaduh kesakitan. Wanita disebelahnya tadi hanya mendiamkan diri.

“Mar… Siapa perempuan tu?” Aku memandang tepat matanya. Tiada langsung rasa bersalah dari raut wajahnya.

“Hai.. Saya diyana.” Kata Wanita itu. Aku menghulur salam. Aku perlu positif. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku memarahi wanita itu. Namun, aku bukan siapa-siapa untuk melakukan sedemikian. Firdaus seakan-akan membela wanita itu.

“Abang.. Balik lah..” Air mata yang aku cuba tahan selama ini mula menitis.

“Siapa kau nak suruh aku balik? Aku bahagia dengan dia.. Kenapa? Kau tak puas hati??” Balas Firdaus. Aku terkedu.

“Mar masih isteri abang…” Kataku padanya.

“Aku… sudahlah.. Malas akau nak layan kau. Baliklah dan amaran aku, jangan sesekali kau ganggu diyana.. kalau tak… nahas kau.!!” Tengking Firdaus. Aku terkedu. Ya Allah. Aku lihat Firdaus dan Diyana kelihatan mesra sekali. Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku itu.

“Abang.. berubah lah.. Tuhan masih sayangkan kita. Dia masih bagi peluang untuk bertaubat. Mar nak abang yang dulu. Mana Ustaz Firdaus yang penyayang, yang pernah jadi tunggak Yayasan Jannatul Firdaus, yang membimbing Mar ke jalan Allah ni.. Kenapa abang jadi macam ni??” Aku membidas kata-katanya. Dia terdiam.

“Mar kesal dengan sikap abang. Mar tak kisah abang nak buat apa pun, tapi ingat. Kita orang islam. Abang pernah bombing ramai orang kejalan kebenaran.. Kenapa abang pla yang terpesong? Mana iman abang? Mar tak kisah juga kalau abang nak abaikan Mar.. tapi Allah? Abang dah lupa ke??” Sambungku. Lagakku seperti penceramah bebas member ceramah padanya. Niat aku Cuma satu, mahu dia sedar dan kembali kepangkal jalan.

“Abang tak malu ke? Anak-anak yayasan semua agungkan abang, mak ayah abang, keluarga abang.. abang dah lupa semua tu ke!!” Aku sedikit berkeras. Firdaus semakin mendiamkan diri. Diyana yang berada sedikit jauh dari kami hanya terkebil-kebil memandangku. Aku tak pasti dia dengar atau tak perbualan kami.

“Abang ajar Mar segalanya. Bawa Mar kembali dalam landasan islam. Tapi kenapa abang jadi macam ni?? Sedarlah abang.. Belum terlambat lagi.. Abang nak mati dalam kekufuran ke??!!” Aku menyambung. Pang!! Satu tamparan hinggap. Walaupun tidak sekuat mana tapi sedikit sebanyak membuatkan aku terkejut. Aku terdiam.

“Abang…” Aku menangis menahan sakit sambil mengusap pipiku.

“Hey.. Hal aku biar aku yang tanggung. Macam lah kau baik sangat nak cakap semua ni..!! Kau tak nampak apa aku buat, jangan nak memandai cakap aku macam-macam..” Firdaus bersuara. Aku pula terdiam.

“Mar Cuma mengingatkan sebagai seorang muslim..” Kataku. Air mata masih menitis. Luka di hati terus membengkak. Pedih apabila diperlakukan seperti itu.

“Sudahlah.. aku tahu apa aku buat..” Kata-kata terakhirnya sebelum berlalu meninggalkan aku. Dia pergi ersama kekasihnya itu. Aku hanya memandang tanpa mampu melakukan apa-apa. Ya Allah. Aku mohon padamu. Bukakanlah hatinya. Aku berdiri di depan lif. Air mata aku seka. Biarlah. Aku redha dengan apa yang bakal berlaku.

Pintu Lif terbuka. Aku masuk. Seorang lelaki berada didalamnya. Mungkin penghuni di Apartment 15 tingkat ini. Aku naik sambil menundukkan kepala. Tidak mahu dia perasan dengan keadaan diriku yang dirumdung kesedihan.

“Mardihah..” Tegur lelaki itu. Aku berpaling. Terkedu kerana dia mengetahui namaku.

“Saya.. awak kenal saya?” Soalku. Aku seka air mata. Mungkin dia perasan. Ah. Biarlah

“Kenal.. Awak tak ingat saya? Ihsan..” Katanya. Ihsan? Aku cua mengingati. Tapi nama itu seperti tiada dalam kotak ingatanku.

“Ihsan.. Kita sama kelas masa di kolej dulu. Awak Mardihah Muin kan..” Katanya.

“Ooohh.. maaf saya baru ingat. Tak sangka awak ingat lagi..” Aku membalas.

“Ingat.. mungkin awak tak ingat sangat sebab saya tak famous pun masa dulu..” Katanya sambil tertawa kecil.

“Tak lah.. Maaf.. Tapi awak dah lain sekarang.. dulu lain..” Balasku. Aku masih ingat. Syed Ihsan Akram, budak skema masa di kolej. Tapi dia juga terkenal kerana kepintarannya dan pernah beberapa kali menjulang anugerah kedekanan. Aku cuba mengupas memori itu.

“Awak ok?” Soalnya sebaik melihat mataku yang kemerahan.

“Hmm Okay… Awak tinggal kat sini?” Balasku.

“Ya.. Tingkat atas sekali. 15.. awak tinggal sini juga?” Katanya. Aku menggeleng.

“Buat apa pagi-pagi kat sini?” Soalannya semakin bertambah.

“Err.. jumpa kawan.. Awak nak kemana pagi-pagi hari minggu ni?” Balasku. Aku cuba menyembunyikan tragedy aku dengan Firduas itu.

“Oohh.. Saya nak keluar ambil angin kat taman bawak kejap..” Jawabnya. Aku senyum arahnya. Pintu Lif buka. Aku melangkah keluar.

“Awak ada hal ke lepas ni?” Ihsan menyoal.

“Tak.. saya terus balik.. driver saya dah tunggu..” Balasku

“Kalau macam tu.. Jom, saya belanja awak breakfast.. Boleh borak-borak. Saya tengok awak macam need someone untuk tenangkan awak. I’m very sure you are not okay..” Katanya. Alamak. Dia dapat membaca air wajahku. Aku berfikir sebentar. Mungkin ada baiknya aku terima pelawaannya. Memang waktu sebegini aku memerlukan seseorang bagi mengurangkan tekanan yang aku hadapi ini.

“Hmm.. okay.. saya call driver saya kejap..” Balasku. Dia mengangguk. Aku capai telefon bimbit dan hubungi Pak Samad. Selesai itu aku berjalan beriringan dengan ihsan ke cafeteria berhampiran. Hatiku masih dirundung pilu. Sejak tadi aku lihat tiada kelibat Firdaus. Entah kemana dia pergi. Hanya Tuhan yang tahu rasa hatiku tika ini.

“Minum je? Tak nak makan ke?” Soal Ihsan sebaik melihat aku Cuma memesan segelas milo suam.

“Tak.. “ Jawabku ringkas. Aku menghirup minuman itu. Ihsan memesan dua keeping roti bakar dan segelas kopi panas.

“Puan Mardihah Muin, Pengarah Urusan Sutera Holding.. So.. How your life now? How your beloved Hubby?” Ihsan berbicara.

“You know everything about me?” Aku terkedu apabila dia mengetahuinya.

“Ya.. everyone know you.. Tak lah.. I just tahu sikit-sikit.. so, macam mana you sekarang? Oh ya… Belum terlambat I nak ucap selamat pengatin baru..” Balasnya dengan senyuman. Pengantin baru? Hmm.. Perkahwinan yang tiada erti buatku.

“Thanks.. Everything okay.. How about you?” Aku pula menyoal. Sejak tamat belajar di kolej, aku tidak mengetahui apa-apa berita tentangnya.

“I tak sehebat you yang run your own company. I kerja dengan Petronas. COO..” Ujarnya.

“Wow.. I just teruskan Legasi ayah I.. Run Sutera Holding tu..” Aku pula membalas.

“Baguslah.. semakin maju. Kagum I dengan you.. So, hubby you macam mana? Mesti tengah diambang bahagia sekarang kan..” Ihsan menambah. Aku tunduk.

“Lebih kurang macam tu lah kot..” Jawabku. Tak tahu apa harus aku lafazkan sebagai jawapan persoalannya itu.

“Are you okay? You Nampak semacam je? “ Ihsan menyoal lagi. Aku sedikit kaget. Aku hanya diamkan diri.

“Mardihah.. ada apa-apa yang I boleh tolong ke? Tadi you menangis kan..” Ihsan bertukar menjadi serius. Aku terkedu. Memang Ihsan pasti perasan dengan aku yang baru lepas menangis masa terserempak dengannya seentar tadi.

“Hmm. Nothing..hal kecil je..” Jawabku cuba menyembunyikan perkara sebenar.

“Its okay kalau you tak ready nak kongsi. But I’m very sure that’s not hal kecil. Maybe kalau nanti you nak share or need someone to talk about it, untuk kurangkan problem you.. I ada for you..” Kata Ihsan. Aku tunduk. Perlu ke aku beritahu dia hal sebenar? Hmm.. Mungkin tidak.

“Okay lah Ihsan. I balik dulu.. I.. ada kerja sikit..” Aku bangun dan meminta diri.

“Okay.. you nak balik naik apa?” Soalnya pula.

“I call my driver..” Kataku

“kalau I hantar boleh? I pun tak ada apa-apa nak buat hari ni..” Ihsan menawarkan bantuannya. Aku terdian seketika.

“Jomlah..” Lelaki itu menambah. Aku menerima pelawaannya itu. Lagipun kalau aku minta Pak Samad, sudah pasti menyusahkan orang tua itu. Biarlah. Sekurangnya ada teman untuk berbicara sepanjang perjalanan. Sedikit sebanyak merawat luka di hati. Aku membontoti Ihsan menuju ke kereta Toyota Camry miliknya. Ihsan membukakan pintu untukku. Segan pula rasanya. Aku naik ke perut keretnya. Ihsan menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan. Aku perhati sekeliling jika terdapat ayang-bayang Firdaus. Hampa.

“Maaf menyusahkan you..” Aku memulakan perbualan.

“Its okay.. I tak kisah pun.. But, janganlah you sedih-sedih macam ni..” Balasnya. Aku angguk. Walaupun luka masih berdarah aku cuba juga mengukir senyuman di wajah. Sepanjang perjalanan kami berbual. Pelbagai kisah lalu kami kongsi. Tertawa aku dengan sifat lucu Ihsan.

“So.. Hubby you kerja apa?” Soal Ihsan. Dari tadi aku cuba mengelak dari ditanya soal rumahtangga.

“dia owner sebuah yayasan. Rumah perlindungan untuk anak yatim dan orang-orang yang memerlukan..” Jelasku serba sedikit.

“Oo.. baguslah.. Alhamdulillah. You dapat the best hubby la..” Balasnya. Aku hanya senyum tawar.

“You? Dah kahwin?” Aku pula menyoal. Sengaja mengalih tajuk.

“Tak ada siapa nak kat I..” Balasnya dengan tawa kecil

“Ye la tu.. Handsome macam ni tak ada orang nak? Hmm… you yang memili kot..” Aku menambah.

“Tak la.. I belum jumpa jodoh yang sesuai untuk I.. InsyaAllah. Doakan lah…” Katanya.

“You stay dengan siapa kat rumah tu?” Aku menambah soalan. Aku sedaya upaya mencuba agar dia tidak menyoal perihal rumahtanggaku.

“Alone.. My mum dah stay kat Perth dengn Hubby baru dia..” Jawabnya.

“Ooo… Cepat-cepatlah cari teman hidup..” Aku membalas.

“Tengah mencari lah ni.. Jumpa dengan you tapi dah kahwin pula..” Ihsan tertawa kecil. Aku juga tertawa. Kereta dipandu Ihsan berhenti ketika lampu isyarat mrah. Kami sedang rancak berbual ketika itu mengenai soal kerja. Aku terkedu. Aku toleh ke kiri. Kereta disebelah adalah milik Firdaus. Dia tidak perasankan aku. Firdaus bersama Diyana.

“You.. Nanti speed sikit.. Jangan bagi kereta sebelah ni Nampak I..” Aku mengarahkan Firdaus. Dia menoleh ke kereta sebelah.

“Why?” Soalnya hairan.

“Nothing.. Just do it..” Aku membalas. Lampu bertukar hijau dan Ihsan memecut seperti yang diarahkan.

“Mardihah.. anything wrong?” Soalnya. Aku diam. Air mata mula membasahi pipi.

“Itu Hubby you kan? Dengan perempuan lain..?” Ihsan mula mengesyaki sesuatu. Aku terus berpaling menghadapnya.

“How you know?” Soalku perlahan.

“I agak je.. I kenal that’s girl. Duduk satu tempat dengan I.. and.. I selalu tersempak dengan mereka kat parking.. So, means tadi you kesana jumpa mereka?” Kata Ihsan dan menyoal. Aku mengangguk kecil. Tidak mampu lagi bersembunyi.

“Ya Allah. I ingat Hubby you orang baik-baik. Tapi.. “ Ihsan menambah lagi.

“dia baik.. Until jumpa perempuan tu.. kami baru sebulan lebih kahwin.. I tak tahu nak buat apa..” Aku mula bersuara.

“You menderita Mardihah.. Just leave him..” Ujar Ihsan.

“Tak semudah itu.. I sayang dia.. If I leave him, I dah tak ada sesiapa.. I love him so much..” Aku membalas.

“Sampai bila you nak tunggu?” Ihsan menyoal lagi.

“Forever.. Until dia balik pada I.. Pintu hati I sentiasa terbuka untuk dia.. dia suami I..” Jawabku dengan linangan air mata. Aku terus mendiamkan diri.

“You… Janganlah seksa diri you.. Mungkin lepas ni you akan jumpa yang lebih baik dari dia..” Ihsan menambah.

“Tak.. I tak boleh biarkan dia dalam kesesatan macam tu.. I kena tolong dia macam mana dia dah tolong I dulu.. dia amanah I sebagaimana I amanah dia..” Balasku.

“Ikut you lah Mardihah.. Harap you bahagia.. Kalau ada apa-apa bagitahu lah I..
InsyaAllah I tolong..” kata Ihsan lagi.

“Thanks..” Balasku. Kereta dipandu Ihsan memasuki perkarangan tempat letak kereta rumahku.

“Mardihah.. jaga diri elok-elok..” Katanya. Aku mengangguk.

“Thanks hantar I.. And dengar problem I..” Balasku. Kami bertukar nombor telefon dan aku masuk ke rumah selepas keretanya hilang dari pandangan. Aku naik ke kamar. Aku berdiri di jendela. Fikiranku kembali tertumpu pada Firdaus. Jauh disudut hati aku berdoa agar dia kembali sepsrti dahulu. Aku mahu dia menjadi seorang suami yang terbaik untukku. Yang aku bisa cintai seumur hidupku. Aku mahukan dirinya semula. Ya Allah.. Bantulah aku hamabaMu yang lemah lagi tak terdaya ini. Sesungguhnya Hanya Engkau yang Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment