Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 33


Aku kembali menjalankan tugas sebagai Pengarah Urusan seperti biasa setelah bercuti selama beberapa hari. Krisis rumahtanggaku bukan lagi rahsia dikalangan staff Sutera Holding. Aku hanya mampu berdiam. Memang ramai yang bersimpati dan memberikan aku sokongan serta nasihat. Aku terima. Nyata masih ada yang perihatin terhadap diriku.

Yayasan Jannatul Firdaus, sudah lama aku tak jejak kaki ke tempat itu. Aku hanya berhubung dengan Kak Jamilah melalui telefon. Dari itu juga aku mengetahui Firdaus semaki mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Yayasan yag dibina bersama bekas isterinya dahulu. Firdaus dah lupa semuanya. Dia dah lupa siapa dirinya, dia lupa insan-insan yang menyanginya, dia lupa agama, dia lupa segala-galanya. Dia kini hanya dalam dunia fantasi ciptaannya. Aku duduk merenung gambar perkahwinan yang menghiasi kamar pejabatku. Entah kenapa hatiku kini kosong dengan semua itu. Hmm..

Kini, sejak Ihsan hadir, hanya dialah tempat aku mencurahkan segalanya. Sikapnya yang sentiasa mengambi berat membuatkan aku selesa bersamanya. Tengahari menjelma. Aku keluar dari pejabat. Waktu untuk makan tengahari tiba. Aku ada janji dangan seseorang. Mungkin juga sudah menjadi rutin. Ihsan kerap datang makan bersamaku. Dia kini penemanku di kala aku lara.

“Ihsan.. you ada nampak lagi tak Firdaus kat area rumah you?” Aku menyoal sebaik makanan yang dipesan tiba.

“Ada.. Sudahlah Mar.. I tak rasa Firdaus tu akan balik macam dulu..” Ihsan mengatur bicara. Aku melepaskan keluhan kecil. Aku juga semakin berputus asa. Setelah 4 bulan perkara ini menghantui rumahtanggaku, aku semakin pasrah. AKu redha apa yang bakal terjadi.

“Mar.. leave him.. you bina hidup baru.. jangan musnahkan hidup you dengan lelaki macam tu…” Sambung Ihsan lagi.

“I tak tahu lah Ihsan.. Kalau I buat keputusan macam tu.. I nanti hidup sorang-sorang.. I dah tak ada sesiapa..” Aku membalas.

“Mar.. mungkin ada yang disekeliling you yang sayang you, sudi jadi peneman hidup you.. you je yang tak perasan..” Kata Ihsan. Aku terpana. Aku pandang wajahnya. Kenapa dia berbicara seperti itu?

“Maksud you?” Aku menyoal untukkan kepastian.

“Mungkin you boleh bina life baru yang lebih bahagia dengan orang lain.. maybe dengan I..” Ihsan menjelaskan. Sekali lagi aku terkedu. Tidak aku sangka selama beberapa bulan mengenalinya, dia berbicara seperti itu. Dia.. dia menaruh perasaan padaku?

“But.. I tak nak you terima I sebab you kesian dengan life I sekarang…” Aku membalas.

“No.. bukan seab tu.. but, sebab love..” Kata Ihsan. Ya Allah. Aku dala dilemma.

“Ihsan.. apa you cakap ni.. I anggap you teman, friends. Just that..” Aku mengerutka kening.

“Tapi.. I dah start sayangkan you… Sebenarnya dari dulu lagi. Tapi I tak pernah ada peluang nak cakap and after that kita loss cotact.. Bila ada peluang jumpa you sekarang.. I nak say that I love you..” Bicara Ihsan. Aku terpana. Aku tenung wajahnya. Dia tenung aku. Aku tunduk.

“But, I masih isteri orang..” Nada suara aku rendahkan.

“Isteri yang merana.. suami yang seperti tak wujud.. sudahlah Mardihah.. I rasa, Baik you let Firdaus jadi sejarah buat you.. Bina hidup baru..” Ihsan masih dengan pendiriannya.

“I can’t.. I’m sorry.. I need time..” Ujarku pula.

“Take your time Mardihah.. I tunggu..” Balasnya. Aku terus bangun dari kerusi dan meluru keluar dari restoran. Ihsan membiarkan, mungkin dia sudah jangkakan situasi itu. Aku terus berjalan pulang ke Menara Sutera. Fikiranku berkecamuk. Ya Allah. Apa aku harus lakukan. Sampai di pejabat, aku terus duduk. Fikiranku masih dalam
dilemma. Mungkin ada kebenarannya ungkapan Ihsan itu. Selama mana aku harus bersama Firdaus, hidup dalam sengsara bersamanya. Benar, aku seperti tidak wujud dimata Firdaus. Tapi bagi Ihsan, aku umpama nyawanya. Aku bagai seorang insane yang penting baginya. Mana aku harus pilih? Firdaus atau Ihsan? Antara cinta suami yang aku tagih dan entah bila aku dapat dan cinta seorang teman yang sedia menanti? Aku buntu. Keduanya aku sayang. Tapi.. Ya Allah. Bantulah aku.

“Puan.. meeting dah nak start… mereka semua dah ada dalam meeting room..” Panggian Hanisah mengejutkan aku. Ya Allah. Aku terlupa aku ada mesyuarat dengan setiap bahagian bagi melaporkan prestasi mereka.

“Thanks Hanisah.. saya ke sana sekarang..” Jawabku. Aku bangkit dan terus melangkah ke bilik mesyuarat. Masalah yang melandan memang menurunkan prestasi pekerjaanku. Aku kurang tumpuan kerana tekanan yang dihadapi.

“Puan Okay tak? Kalau tak saya bole wakilkan.. nanti saya report pada Puan..” Hanisah menyoal.

“saya Okay.. jangan risau.. “ Balasku. Aku tahu, kebanyakan dari mereka perasan dengan perubahan diriku.

Sebaik tiba, aku meminta mesyuarat diadakan segera. Setiap bahagian membentangkan laporan masing-masing. Aku mendengar sambil erbincang apa yang perlu dilakukan dan diperbaiki bagi meningkatkan prestasi Sutera Holding secara keseluruhannya. Masing-masing membentangkan idea-idea baru dan boleh digunakan bagi memastikan perjalanan Sutera Holding lancar dan meniti kemajuan.

Sedang aku di dalam bilik mesyuarat yang dipenuhi 20 orang, sekali sekala fikiranku terkenang insane-insan yang membuatkan aku dalam dilemma. Antara Ihsan dan Firdaus. Mana aku harus terima. Ya Allah. Berikan aku petunjuk.

No comments:

Post a Comment