Tuesday, August 7, 2012

Sangkar Kasih 5


“Assalammualaikum dan selamat pagi semua.. Ini saya perkenalkan Pengarah Operasi baru syarikat kita dan akan menggantikan tepat saya..” Salina memulakan bicara di hadapan staff syarikatnya.

“eh.. Cik Najwa la.. baju kurung pula dia pakai.. dah insaf ke?” Terdengar suara dari salah seorang kakitangan.

“Ye la.. muka nampak suci je.. soft make up pula tu.. Tak macam aku Nampak hari tu. Make up macam zombie kampong pisang je..” Balas temannya.

“Assalammualaikum semua.. Saya Sharifah Najma Aisha Syed Nazim diberi tanggungjawab ini dan saya akan pikulnya sebaik mungkin. Harap semua kakitangan dapat membantu dalam apa jua kekurangan yang saya ada. Harap kita semua dapat bekerja sebagai satu family..” Najma memberikan sepatah dua kata.

“Najma?” Suara seorang staff kedengaran hairan.

“Tentu kamu semua hairan kan.. ini anak saya yang lagi satu. Anak saya kembar.. Najma dan adiknya Najwa yang selalu kamu jumpa tu.. ini kakaknya..” Salina menjelaskan kekeliruan kakitangan syarikatnya itu. Dia akui, rupa Najma dan Najwa memang sama dan apa yang membezakan adalah personality mereka.

“Ooo… Selamat datang Cik Najma..” Aidil Adam, pengarah sumber manusia menghulurkan salam perkenalan. Najma sambut salam lelaki itu. Selepas memperkenalkan semua staff, Salina membawa Najma melawat sekitar pejabat dan kilang. Najma sangat teruja untuk memulakan tugasnya di situ.

“Macam mana? Okay?” Salina menyoal anak gadisnya itu.

“InsyaAllah ma.. Naja usaha..” Jawab Najma. Salina senyum. Bangga dengan minat anaknya itu. Dia melihat Najma seperti dia melihat diri sendiri. Semangat dan kelembutan dalam diri Najma diwarisi darinya. Tapi lembut bukan bererti boleh ditindas. Itulah prinsip yang dipegang Salina hingga membolehkannya menapak seperti
sekarang.

“Puan Salina.. petang ini puang ada meeting dengan dua pembekal kita..” Suzila, setiusaha Salina memaklumkan. Salina mengangguk.

“Now.. mama serahkan pada Naja. Hari ni Naja tak perlu buat kerja lagi. Just pantau-pantau.. Kalau ada apa-apa yang Naja nak tanya or tak faham boleh berurusan dengan pengarah-pengarah lain.. Mereka akan bantu Naja. Mama pergi dulu sayang.. Petang nanti nak balik mama ambil..” Kata Salina.

“Okay ma..” Balas Najma. Dia kembali duduk di kerusi empuk ruang pejabatnya. Najma senyum. Dia seronok mempunyai pejabat seperti itu. Memang itulah idamannya. Najma menyemak fail yang ada di atas mejanya. Serba sedikit dia boleh memahaminya. Dia perlu perlahan-lahan belajar.

“Cik Najma.. kalau ada apa-apa boleh panggil saya..” Kelibat Farok, salah seorang staf dari Bahagian Operasi tiba-tiba muncul di muka pintu. Najma sedikit terperanjat.

“Okay.. but now tak ada apa lagi kot…” Balas Najma.

“Ooo yeke.. Saya ni memang suka membantu, dulu ingat nak jadi polis tapi dapat tawaran dari Puan Salina..” Farok menambah lagi. Najma hanya mengangguk.

“Cik sure tak ada apa-apa nak saya bantu?? Cakap je la.. jangan malu-malu.. kalau malu duduk dulu la cik..” Farok berkata lagi dan tersengih. Najma tertawa dengan aksi Farok itu.

“Its okay.. Nanti kalau nak saya panggil awak.. awak pergilah buat kerja dulu..” Najma membalas.

“Cik.. dekat office ni semua kenal saya.. Kalau tak kenal saya, maknanya mereka itu bukan insan terpilih la cik..” Farok menambah lagi. Najma hanya diam dan senyum. Dia tak tahu nak balas apa.

“Farok.. buat apa mengendap-ngendap ni..” Aidil pula muncul.

“Eh, Encik Aidil.. Saya saja pantau kot-kot Cik Najma nak bantuan saya..” Farok membalas. Aidil Adam senyum kearah Najma.

“Boleh saya masuk?” Soal Aidil. Najma mengangguk.

“Boleh saya masuk juga?” Farok mencelah.

“Kau pergi buat kerja… tak payah masuk-masuk.. banyak lagi kerja tu.. nanti kena potong gaji baru tau..” Aidil berkata pada farok.

“Ala.. Encik Aidil ni.. okay lah.. mengalah tak bererti kalah.. kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi.. kalau ada umur yang panjang.. Cik Najma, nanti kita ketemu lagi.. bye.. see you..” Farok berlalu. Najma tertawa dengan gelagat Farok.

“Orang sekarang tak mandi kat sumur dah.. pakai shower..” Aidil menambah. Sekali lagi Najma tertawa.

“Duduklah En Aidil..” Najma mempelawa. Aidil duduk.

“Ada apa nak bincang ke or ada apa-apa yang perlu saya buat?” Najma menyoal sebaik lelaki itu duduk.

“Tak lah.. Saya ke bilik Puan Salina tadi hantar report. Dia meeting pula. Esok seharian saya tak ada kat office.. Boleh saya tinggalkan dengan Cik Najma?” Kata Aidil.

“Oo.. boleh.. esok saya bagi mama.. Esok ke mana?” Kata Najma. Aidil menyerahkan fail tersebut. Najma ambil dan menyoal.

“KLCC. Buat pantauan pekerja di Bakery. Eh, bukan Pengarah Operasi kena pergi sekali ke? Selalunya saya pergi dengan Puan. Saya conduct workers and Puan product and operation.” Balas Aidil.

“Oohh.. Yeke.. Maybe mama lupa nak pesan.. So.. saya kasi mama this file balik nantilah. Tomorrow kita pergi together la.. See you there..” Kata Najma pula.

“Okay Cik Najma..” Balas Aidil.

“Jap.. tak payahla panggil saya Cik. Kita sama level kan. Just call me Najma. Nak simple Naja..” Jelas najma dan senyum ke arah Aidil.

“Oohh.. ok Naja.. call me Aidil cukupla..” Kata Aidil pula. Aidil bangun dan keluar dari ruang pejabat Najma. Hatinya sedikit tertarik dengan kelembutan dan senyuman Najma. Aidil tersenyum sendirian. Dia kembali ke biliknya.

“Aidil.. senyum semacam je..” Tegur Manisah, Pengarah Kewangan Syarikat sewaktu mereka berselisih di lif.

“Ehh.. mana ada kak.. Senym kan sedekah..” Balas Aidil cuba menafikan.

“Akak tahu lah.. Ni mesti baru balik dari bilik Najma ni.. amboi kau.. pandai ye.. Ingat sikit.. tu anak bos..” Manisah meleter.

“Akak ni.. saya tak cakap apa pun.. Memandai je akak..” Aidil membalas. Dia senyum.

“Dah la… akak nak pergi settlekan gaji korang ni..” Manisah berlalu. Aidil meneruskan perjalanan ke pejabatnya.

“Kalau betul, apa salahnya..” desis hati kecil Aidil. Dia tertawa kecil. Rasa brsemangat pula menempuh hari esok di KLCC. Aidil senyum lagi.

No comments:

Post a Comment