Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 31


“Kau ni perempuan jenis apa ha? Kau pergi canang cerita aku sampai seua orang tahu. Kau hebohkan konon kau jadi mangsa.. mana aku nak letak muka aku?? Yayasan tu aku punya, hak aku.. Kau jangan memandai nak sebar apa-apa kat sana.. Kau nak aku sebarkan kisah silam kau?? Kisah kau yang hitam, kotor, keji.. PELACUR!!” Jerit Firdaus. Aku yang ditamparnya terduduk di sofa. Mak Kiah dan Pak Samad tidak mampu membantu dan hanya memandang. Ya Allah.

“Abang… Insaflah.. Kalau abang nak kahwin denga diyana, Mar izinkan. Janganlah terus dalam lembah zina ni.. berdosa..” Tutur kata yang keluar dari mulutku.

“Kau sedar diri sikit ye Mardihah. Aku ni ilmu agama lagi tinggi dari kau.. jangan memandai nak ceramah aku.. Aku tahu apa aku buat..” Kelakuannya seperti dirasuk. Aku terkedu. Marah mula menguasai diri. Aku bangkit.

“Kalau kau tinggi sangat ilmu agama.. kenapa jadi macam ni??!! Sesat!!” Aku mula meninggikan suara. Pangg!! Satu lagi tamparan hinggap di pipiku. Aku terduduk di sofa.

“Apa hak kau?? Aku tahu aku buat apa…” Kata Firdaus. Dia terus keluar dari rumah. Deruman enjin yang kuat amat menyakitkan hati. Ya Allah. Kau berilah dia pengajaran.

“Puan….” Mak Kiah datang memelukku sambil menangis. Aku tahu dia tidak tahan lagi melihat kesengsaraan yang aku alami.

“Tak apa Mak Kiah.. Semoga Tuhan berikan dia petunjuk..” Balasku. Aku memeluk wanita itu.

“Puan.. darah tu.. nak pergi klinik tak?” Soal Pak samad apabila melihat darah keluar dari bibirku. Aku kesat darah itu. Aku geleng kepala.

“Puan.. Tuan tu dah melampau.. Puan kena buat sesuatu. Report polis, minta cerai..” Pak Samad berkata.

“Tak boleh Pak Samad. Saya nak dia kembali semula ke pangkal jalan. Saya tak nak tinggalkan dia dalam kekufuran macam ni.. dia suami saya.. saya sayangkan dia..” Aku membalas.

“Assalammualaikum..” Sapa seseorang.

“Ihsan…” Aku menyebut namanya sebaik terlihat Ihsan di muka pintu. Aku kaget. Muka Ihsan terkejut melihat aku dalam keadaan sebegitu. Dia terus mendapatkan aku.

“Ya Allah.. ni kes teruk ni.. “ Ihsan bersuara. Aku diam.

“Jom I bawa you ke klinik.. nanti melarat lagi..” Ihsan sekali lagi cuba menghulurkan bantuan.

“Its Okay.. kecil je.. mak Kiah.. buatkan air untuk En Ihsan..” Kataku. Ihsan akur dengan keputusanku.

“Hubby you dah melampau.. Sampai bila you nak macam ni?” Ihsan berkata.

“Entah.. but I nak tunggu juga.. I yakin suatu hari nanti dia pasti kembali macam dulu..” Balasku.

“Hmmm.. you ni degil lah.. Tapi I respect cinta you pada hubby you..” Kata Ihsan.

“Kenapa you datang? Tak kerja ke hari ni?” Aku menyoal.

“I nak jenguk you. Tadi I pergi Office you. Diorang you tak masuk Office hari ni.. I datang sini..” Jelasnya.

“Ooo.. thanks.. I tak larat sikit nak pergi Office. MC hari ni..” Kataku. Mak Kiah tiba dengan hidangan. Aku menjemput Ihsan menjamu selera.

“Mar.. I risau la you macam ni… dah sampai pukul-pukul.. I tak sanggup tengok you macam ni..” Ihsan bersuara lagi.

“Sudahlah Ihsan… I redha. Mungkin ini Ujian Tuhan buat I.. I dah banyak dosa sebelum ni.. Mungkin ini balasan yang I patut terima.” Aku membalas.

“Redha? You tak boleh macam ni… You ada hak untuk bertindak.. Jangan hanya redha je..” Kata Ihsan lagu.

“Entahlah.. I tak tahu nak kata apa lagi.. I bagitahu dia I sanggup bermadu.. I tak nak dia dalam lembah zina macam tu.. I minta dia kahwin dengan perempuan tu.. I juga mita nak jumpa dengan Diyana tu.. Nak ceritakan dan mita dia kahwin dengan Firdaus..” Aku beritahunya.

“Kahwin.. Diyana tu pelacur you tahu.. dari apa yang I tahu dia bekerja di bawah orang.. Kalau you nak jumpa dia.. I boleh tolong.. Tapi make sure that time hubby you tak ada dengan dia..” Jelas Ihsan.

“Really? I nak.. Thanks again Ihsan..” Balasku. Aku memandangnya dengan penuh harapan. Aku tiada cara lain. Aku tak mahu Firdaus terus dalam jalan hitam itu kerana aku telah laluinya. Aku sayangkan Firdaus. Jika telah Tuhan takdirkan untuk aku berkongsi suami, aku relakan. Sekurangnya aku dapat membantu mereka ke jalan Allah.

Aku sayangkan Firdaus, aku cintakan dia. Aku mahu terus bersamanya. Apa salahnya jika aku mengalah. Ya Allah. Bantulah aku. Tetapkan hati hambaMu ini. Aku hanya wanita biasa, wanita yang tak sehebat Saidatina Khadijah, tak semulia Aisyah Ummul Mukmin, tak sesuci Fatimah Azzahra dan tak setabah Sumaiyah. Tapi Ya Allah, bantulah aku untuk menghadapi ujian ini. Jadikanlah Aku hamba yang sentiasa redha dan menerima ujianMu.

“Mardihah… betul you tak nak ke klinik?” Ihsan menyoal lagi mendapatkan kepastianku. Aku mengangguk dan menghadiahkan satu senyuman dari muka bengkak dan lebamku.

“Oklah.. I balik dulu. Kalau ada apa-apa cepat-cepat bagitahu I.. I risaukan you..” Ihsan menambah. Aku angguk sekali lagi. Aku menghantar Ihsan hingga muka pintu. Bersyukur kerana ada teman seperti itu. Teman yang memahami dan banyak membantu. Teman yang datang waktu aku kesusahan. Teman yang sentiasa mengambil berat tentangku. Terima Kasih Tuhan.

No comments:

Post a Comment