Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 6


Aku membuka mata perlahan-lahan.
“Aku kat mana ni?” Suaraku tersekat.
“Hospital..” Suara seorang lelaki menjawab. Aku menoleh ke kanan. Ha? Aku seperti pernah melihat lelaki itu.
“Macam mana…” Aku cuba bangun. Sakit. Aku bantutkan niat untuk bangun. Apa yang berlaku amat malang bagiku. Tidak sampai beberapa minit aku mengetahui bahawa Tan Sri Muiz yang selama ini menjadi teman sekatil dan segalanya adalah bapa saudaraku sendiri yang telah lama menghilang, aku pula di belasah isterinya iaitu ibu saudaraku. Mungkin sudah qada dan qadar. Aku redha.
 “Awak cedera, awak pengsan depan rumah awak semalam. Kebetulan saya lalu dan saya ternampak awak, saya bawa awak ke sini… awak kena banyak rehat. Tapi luka awak tak serius.” Jelasnya. Suaranya yang penuh sopan membuatkan aku tenang mendengarnya. Aku perhati setiap genap wajahnya. Memang aku kenal dia. Cuma disebabkan kesakitan itu membataskan fikiranku untuk mengingatinya.
“Saya balik dulu..” Katanya lalu melangkah keluar. Sejurus lelaki itu keluar, seorang jururawat masuk.
“Cik, petang ni Cik dah boleh keluar, kecederaan Cik tak terlalu serius, tapi banyakkan berehat..” Ujar seorang jururawat. Aku mengangguk.
“Nurse, siapa lelaki yang hantar saya ke sini?” Aku menyoal.
“Ooo… Namanya En Firdaus. Dia kata dia kenalan Cik..” Jururwat itu menjelaskan.
“Ha? Tapi saya tak kenal dia pun.. macam mana…” Aku bingung.
“Secret Admire kot Cik…” Kata Jururawat itu. Aku hanya senyum. Kotak fikiranku masih mencari jawapan. Siapakah lelaki itu?
Seperti yang di jadualkan, petang itu aku dibenarkan keluar dari hospital. Bil? Alamak.. Mana aku ada duit.
“Bil Cik dah dijelaskan. En tu yang jelaskan semuanya.” Kata pembantu di kaunter Hospital itu dan menunjukkan kearah seseorang. Aku menoleh. Firdaus. Aku mengangguk dan berlalu kea rah Firdaus.
“Awak.. Thanks so much.. nanti saya bayar..” Aku menyapanya. Dia hanya senyum dan mengangguk.
“Jom saya hantar awak balik..” Pelawanya
“Eh… tak apa.. saya boleh naik teksi..” Aku menolak. Malu mahu menyusahkannya lagi.
“Cik Mardihah… saya hantar awak ke sini, biar saya yang hantar awak balik.. jom..” Katanya. Aik? Dia tahu nama aku?
“macam mana tahu nama saya?” Aku menyoal.
“IC awak kan ada…” Ujarnya lalu tertawa kecil. “Bengong..” Aku mengutuk diri sendiri. Kami tiba di keretanya. Aku dipelawa naik. Dan dia memandu keluar dari perkarangan hospital. Sepanjang perjalanan pulang, kami hanya berdiam diri. Aku hanya memerhati sekeliling keretanya. Hiasan semuanya berkonsepkan islam. Aku malu denganya. Aku dengan berpakaian agak seksi serta rambut yang berwarna sedangkan dia, mukanya seperti ada sinar. Jauhnya beza diri aku dengannya.
“Awak… Thanks sekali lagi…” Ucapku sebaik tiba. Dia mengangguk.
“Awak tinggal di mana?” Aku menyoal.
“Jauh… Selang tiga rumah dari rumah awak…” Ujarnya dan tersenyum. Apa? Maknanya dia jiran aku? Lalainya aku selama ni.. Jiran sekitar pun aku tak kenal. Terlalu taksub dengan hidupku hingga aku lupa apa itu silaturrahim. Aku tersengih.
“Awak banyak-banyak berehat.. kalau ada apa-apa.. call la saya.. Assalammualaikum..” Katanya dan menghulurkan kad namanya. Dia terus memandu ke rumahnya. Aku masuk ke rumah. Ha… Baru aku ingat. Dia adalah lelaki yang aku perhatikan di sebuah kedai makan beberapa minggu yang lalu. Aku menggaru kepala yang tidak gatal itu.
Aku masuk ke kamar. Aku baring. Sakit masih terasa walaupun kecederaanku sudah di ubati. Aku berfikir. Aku harus berbuat sesuatu. Aku harus keluar dari jalan ini. Sunyi. Aku hidupkan suis radio di sebelah katilku. Azan. Azan maghrib berkumandang. Aku kelu. Seperti ada sesuatu menusuk ke kalbu. Aku menangis. Sudah lama aku abaikan seruan Ilahi ini. Ya Tuhan, masih adakah ruang dalam AgamaMu yang Suci itu buatku. Aku menangis.
***************************

Aku pergi ke Syarikat seperti biasa. Kali ini bukan untuk bekerja tetapi untuk memulangkan segalanya. Tan Sri Muiz, Pak Long aku masih belum muncul. Aku ke pejabatnya. Aku letakkan kunci rumah, kereta dan surat perletakan jawatan. Aku hendak mulakan hidup baru. Aku tidak mahu segala yang haram itu. Ya Tuhan. Aku terlalu jauh dari landasan yang Engkau letakkan. Masih adakah ruang buatku? Aku memerhati sekeliling ruang pejabat Tan Sri Muiz. Banyak benar kenangan di situ. Namun, segalanya hanya kenangan hitam. Aku melangkah keluar.
Aku berjalan menuju ke hentian bas. Dengan berbekal beberapa ratus ringgit, aku mahu membina hidup baru. Aku termenung sambil menunggu bas. Orang di sekitar langsung aku tidak pedulikan. Aku bingung. Aku tidak tahu harus ke mana. Aku tidak ada sesiapa di kota ini. Ke mana aku harus pergi? Ya Allah, tunjukkan aku jalan. Hatiku berdoa.
Bas tiba. Aku naiki bas. Sepanjang perjalanan bas, aku hanya termenung dan termenung. Fikiranku jauh. Tapi tiada destinasinya.
“Cik.. Bas ni sampai sini je..” Tegur seseorang. Aku tersedar dari lamunan. Aku memandang sekeliling. Kosong. Hanya aku yang tinggal dalam bas itu. Aku bangun. Aku melangkah keluar dari bas itu.
“Maaf Pak Cik..” Kataku sebelum beredar. Dengan sebuah beg pakaian dan tas tangan, aku melangkah keluar. Aku tidak tahu arah tuju. Aku terus berjalan. Langkahku terhenti di hadapan satu binaan. Binaan agung yang sudah lama tidak aku jejaki. Masjid. Kakiku ringan melangkah masuk ke dalamnya.
Sebaik aku melangkah, Azan Asar berkumandang. Aku melangkah lagi. Beberapa orang juga berjalan menuju ke dalam Masjid itu. Mereka memandang pelik ke arahku. Aku membalas pandangan mereka dengan senyuman. Aku masuk. Aku perhati sekeliling. Kemudian aku duduk di satu penjuru. Aku akhirnya terlena kerana kepenatan.
“Nak… Nak… Bangun…” Suara seorang wanita. Aku tersedar.
“Hantu…..!!” Aku separuh menjerit. Wanita di hadapanku yang memakai pakaian serba putih itu menakutkan aku.
“Astaghfirullah…. “ Katanya. Aku tenang. Aku memandangnya.
“Maaf Mak Cik….” Kataku. Aku tunduk.
“Mak Cik tengok anak tidur sini dari asar tadi lagi. Sekarang dah Maghrib. Anak tak apa-apa ke?” Wanita itu menyoal.
“Yeke… Maaf, saya penat… saya tak perasan dah tertidur terlalu lama..” Kataku lagi.
“Mari nak, ambil wuduk, kita solat bersama..” Pelawa wanita itu. Solat? Aku tak tahu. Sudah lama aku meninggalkan amalan wajib itu. Aku sudah lupa caranya.
“Errr… Saya Uzur..” Aku memberi alasan. Setahu aku kalau uzur tak perlu solat.
“Uzur mana boleh masuk masjid…” Ujarnya. Alamak. Aku kaget. Aku capai beg pakaianku dan aku keluar tergesa-gesa dari rumah Allah itu. Beberapa orang wanita yang ada di situ memandang aku. Aku tidak pedulikan pandangan mereka. Aku terus melangkah keluar.
Sebaik keluar dari masjid, aku terfikir seseorang. Hanya dia yang mampu membantu aku. Hanya dia. Aku mencapai telefon bimbitku dank ad nama Firdaus aku keluarkan. Aku dail nombor telefon bimbitnya.
“Firdaus.. Saya ni.. Mardihah… awak kena tolong saya..” Ujarku. Air mataku mengalir. Esakan tangis mengiringi tutur bicaraku.
“Mardihah…? Kenapa? Apa yang boleh saya bantu awak? Awak di mana?” Soalnya. Aku memberitahu situasiku dan tempat aku berada.
“Baik, awak tunggu di sana. Saya datang. Jangan ke mana-mana..” Ujarnya.
Aku tunggu kedatangan Firdaus di sebuah hentian bas yang hanya beberapa meter dari masjid. Suasana sekitar yang gelap dan sunyi menyeramkan. “Cepatlah datang..” Desisi hati kecilku. Setengah jam kemudian, Firdaus tiba. Dia keluar dari kereta. Aku menuju ke arahnya. Dia mempelawa aku masuk.
“Mardihah… awak okay?” Soalnya. Aku diam. Hanya air mata yang mengalir keluar.
“Maaf saya menyusahkan awak lagi.. saya dah tak ada sesiapa, saya dah tak tahu arah tuju saya, saya dah tak ada tempat nak pergi..” Jelasku diselangi esakan.
“Awak ada masalah? Kalau tak keberatan ceritalah… boleh saya bantu..” Ujarnya dengan berhemah. Aku mengangguk. Firdaus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Aku mula mengatur bicara. Aku ceritakan segalanya. Dari A sampai Z hingga tiada suatu pun yang tertinggal. Aku menangis. Aku lepaskan semuanya.
“Astaghfirullah…” Hanya itu yang keluar dari mulutnya. Aku tahu, dia pasti akan pandang hina aku selepas ini. Selepas dia tahu segalanya tentang sifat keji diriku ini.
“Saya dah tak tahu nak buat apa.. saya fikir biar saya mati je.. Dah terlalu banyak dosa saya. Inilah Hukuma Tuhan buat saya….” Aku menambah.
“Mardihah… Pintu taubat tu teruka luas buat semua Hambanya ynag ikhlas dan ingin kembali ke JalanNya..” Ujar Firdaus.
“Tapi.. saya terlalu kotor, terlalu keji… saya dah terpesong dari landasanNya..” Aku mengeluh
“Tuhan tu Maha Adil, Maha pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun..” Firdaus menambah. Aku tunduk. Firdaus menhidupkan enjin keretanya semula.
“Saya hantar awak balik..”Katanya
“Awak… saya dah tak ada rumah.. saya dah pulang semua, saya… dah tak ada tempat nak pergi..” Aku menjelaskan. Air mata aku seka.
“Kalau macam tu.. Awak duduk dulu sementara di rumah kawan saya…” Ujar Firdaus. Dia menghubungi seseorang. Usai itu, dia memandu menuju ke rumah teman yang dimaksudkannya. 15 minit perjalanan, kami tiba di sebua bangunan. Yayasan Jannatul Firdaus.Aku membaca Papan Tanda di luar bangunan itu.
“Awak… ini…” Aku kelu. Dia hanya senyum. Aku membontotinya ke dalam bangunan itu.
“Assalammualaikum..” Firdaus member salam. Aku hanya memerhati sekeliling.
Seorang wanita dalam lingkungan 40-an muncul di muka pintu. Firdaus memanggilnya Kak Jamilah. Aku Bersalaman dengan wanita itu.
“Mardihah… awak tinggal di sini ya… Kak Jamilah akan bantu awak apa yang patut. Saya balik dulu. Esok kita jumpa lagi..” Firdaus menjelaskan. Aku mengangguk. Firdaus melangkah pulang. Kak Jamilah mempelawa aku masuk. Kawasan itu kelihatan seperti asrama. Aku masuk. Kak Jamilah menunjukkan sebuah bilik untukku.
“Mardihah.. ini bilik Mardihah.. berehat la dulu… mesti penat kan..” Katanya.
“Akak… Boleh saya Tanya sikit…” Aku menahan wanita itu dari keluar.
“Ya… Boleh dik…” Jawabnya lembut.
“Akak… yayasan ni… En Firdaus punya? Saya baru kenal dia, dan saya dah tak ada tempat untuk berteduh, dia bawa saya ke sini. Saya masih bingung sebenarnya. Siapa Firdaus tu?” Aku menyoal.
“Yayasan ni memang diasaskan oleh En Firdaus. Yayasan ini sentiasa terbuka untuk semua. Di sini terdapat 40 orang anak yatim, 5 orang ibu tunggal termasuk akak dan 9 orang Muallaf..” Jelas Kak Jamilah. Aku mengangguk.
“Mardihah rehat dulu ya… esok kita cerita lagi..” Kak Jamilah menyarankan kepadaku. Aku mengangguk. Dia melangkah keluar dari bilik itu.
Aku menukar pakaian dan berbaring di katil. Fikiranku masih terkenang Firdaus.
**********************

No comments:

Post a Comment