Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 12


“ En Firdaus, Kak Jamilah dan semua warga Yayasan, Mardihah nak ucap terima kasih banyak-banyak atas bantuan semua pada saya. Saya bersyukur sangat dapat mengenali kamu semua..” Ungkapku sewaktu berjumpa di pusat pentadbiran dengan warga Yayasan. Aku sudah mebulatkan tekad, Tuhan telah menunujukkan jalan. Auntie Maria lebih memerlukan aku. Aku harus membantunya dan melaksanakan amanat arwah ayah.

“ Kami semua juga berterima kasih pada Mardihah..” Ujar Kak Jamilah.

“Berat hati Mar nak tinggalkan semua, tapi… Mar ada tanggungjawab yang lebih penting..” Sambungku denga mata berkaca. Firdaus sedari tadi hanya mendiamkan diri. Raut wajahnya Nampak tenang. Aku menanti kata darinya.

“Baiklah semua, Mar pergi dulu.. Assalammualaikum..” Aku mengundur diri. Salamku disambut.

“Mardihah…” Firdaus memanggilku. Aku menyeka air mata dan berpaling memandangnya.

“Awak masih keluarga kami, Yayasan ini sentiasa terbuka untuk awak, kembalilah bila-bila masa..” Ujarnya. Aku mengangguk dan senyum. Dia membalas senyumku. Aku melangkah keluar dari pintu yayasan. Sebuah teksi yang menanti di luar setia menungguku.

“ Bawa saya ke Alamat ini Pak Cik..” Pintaku sambil menghulur sekeping kad padanya.

“Baiklah Cik..” Katanya lalu memulakan pemanduannya. Berat hatiku apabila melihat warga yayasan melambai ke arahku. Aku pasti akan kembali ke sini. Yayasan ini banyak mengubah hidupku. Tak mungkin akan aku lupakan. Firdaus, Terima Kasih. Aku menyeka air mata. Perjalanan yang memakan masa hampir sejam itu tak aku rasakan langsung kerana mindaku khayal memikirkan apa yang bakal berlaku dan kenangan bersamam warga Yayasan. Aku tenang duduk di belakang hingga aku tiba di destinasiku.

Pusat Rawatan Islam Husna. Aku membaca papan tanda itu sebaik tiba. Aku melangkah masuk ke dalam dan menuju ke kaunter Khidmat Pelanggan.

“Assalammualaikum Cik, boleh saya bantu..?” Soal petugas di situ. Aku menjawab salamnya.

“ Saya nak berjumpa dengan Dr Azimah.” Ujarku. Petugas itu menghubungi seseorang. Aku menunggu.

“Cik boleh masuk bilik Dr Azimah. Mari saya tunjukkan.” Kata Petugas itu. Aku mengekorinya. Beberapa meter kemudian, kami tiba. Aku mengetuk pintu dan member salam. Petugas tersebut beredar. Salamku dijawab.

“ Cik Mardihah.. sila duduk..” Pelawa Dr Azimah. Dia masih mengingati aku. Aku duduk di kerusi yang disediakan.

“Saya dah buat keputusan, saya akan ambil Auntie Maria..” Ujarku berterus terang.

“Alhamdulillah.. Mari saya tunjukkan bilik dia.. Cik Mardihah boleh berjumpa dia dahulu dan urusan selebihnya tentang segala prosedur membawa pulang akan saya sediakan.” Katanya lalu bangun dari tempatnya. Kami keluar dari kamar Dr Azimah.

“ Tapi doctor, saya mungkin tak bawa dia pulang hari ini, saya kena cari rumah untuk tinggal dahulu..” Kataku dalam perjalanan ke wad yang didiami Auntie Maria.

“Cik Mardihah jangan risau, peguam Puan Maria ada datang beberapa hari lalu, seluruh asset, syarikat serta rumah telah dinamakan atas nama Cik Mardihah. Dia ada bagi tahu saya, dia ingin berjumpa Cik Mardihah atas urusan pembahagian harta peninggalan arwah bapa cik. “ Ujar Dr Azimah lagi. Aku terkejut. Baru aku teringat, En Nazri, peguam keluarga kami.

“En Nazri ke peguam tu?” Soalku

“Ya, En Nazri.. nanti cik Mardihah boleh jumpa dia.. dia akan jelaskan semua..” Sambung Doktor muda itu lagi. Aku mengangguk. Kami tiba di wad 211. Dr Azimah membuka pintu. Aku menurutinya masuk ke dalam wad tersebut.

“Ya Allah..” Hanya itu mampu aku ucapkan apabila melihat keadaan Auntie Maria. Dia nyata berbeza dengan Auntie Maria yang aku kenali dahulu. Tubuhnya agak susut, mukanya lemah, pucat dan keadaannya menyedihkan. Dia memandangku. Dapat aku lihat air matanya mengalir dipipi. Aku menjadi sebak.

“Mardihah..” Suaranya perlahan memanggilku. Tangannya menggapai memanggilku. Aku menghampirinya.

“Auntie.. Mar datang.. Mar bawak Auntie balik..” Ujarku perlahan.

“ Maafkan Auntie..” katanya. Aku terharu, aku dapat rasakan keikhlasannya, aku memeluk Auntie Maria. Walau dia pernah menghina, menghalauku namun saat dan tika aku memeluknya, aku telah memaafkan dirinya.

“ Cik Mardihah, Puan Maria sudah pulih walaupun bukan secara keseluruhan. Dia masih memerlukan teraphi dalaman dan cik mardihah sahaja yang dapat membantunya mengembalikan semula memorinya. “ Dr Azimah bersuara.

“Baik Doktor..” Aku membalas. Aku mengusap rambut Auntie Maria.
Aku bersama Dr Azimah menguruskan segala keperluan Auntie Maria apabila dibawa pulang nanti. Sementara itu kami menunggu ketibaan En Nazri, peguam keluarga. Aku menyediakan segala dokumen dan ubat-ubatan Auntie Maria. Dr Azimah memberikan penerangan kepadaku tatacara menjaga Auntie Maria.

“Assalammualaikum..” Sapa seseorang. Aku dan Dr Azimah menjawab serentak.

“ En Nazri,sila duduk.. Ini Cik Mardihah..” Dr Azimah menambah.

“Mardihah.. dah besar panjang awak sekarang.. rasanya hampir 10 tahun kita tak jumpa.. “ Ujar Nazri. Aku mengangguk.

“Baiklah, kita tak punya banyak masa, saya akan jelaskan.. ini semuanya untuk awak..” Nazri menyerahkan 2 kunci, satu sampul surat. Aku bingung.

“Ini kunci rumah dan kereta, dalam sampul surat ini ada segala dokumen penyerahan dan wasiat dari ayah awak.. awak adalah pewaris tunggal Sutera Holding. “ Ujar Nazri. Aku semakin bercelaru. Terlalu banyak benda yang aku harus terima dalam satu masa.

“En Nazri, saya minta masa untuk semua ini.. saya bingung ni.. banyak sangat kejutan dalam satu hari ni.. boleh saya uruskan yang lainnya kemudian, sekarang yang penting saya nak uruskan Auntie Maria dulu..” Ujarku. Dr Azimah mengangguk setuju denganku dan memandang En Nazri.

“Baiklah Cik Mardihah.” Kata lelaki itu.

No comments:

Post a Comment