Tuesday, August 7, 2012

Novel - Aleeya 1


Malam semakin merangkak jauh, bulan semakin pudar cahayanya, ungas-ungas semakin kurang nyanyiannya. Nurul Nazzatul Aleeya, gadis semanis namanya masih belum mampu melelapkan matanya. Keheningan yang mampu menusuk tulang temulang langsung tidak dihiraukannya. Fikirannya ligat. Ligat memikirkan nasib diri lantas keputusan peperiksaan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kurang menyengat. Suara garau bapanya, Haji Ahmad Nazim yang memarahinya masih terngiang-ngiang hingga sekarang. Ibunya, Hajah Amina Aisyah hanya mampu memandang. Aleeya tahu mereka kesal dengannya. Dia tidak mampu mengulang kejayaan dua abangnya. Muhd Nazman Amran merupakan seorang doktor di hospital swasta dan Muhd Nazmi Azman yang baru tamat pengajian kejuruteraan di Jerman baru mendapat tawaran dari UMW-Toyota sebagai Jurutera Automobil. Hmmmm… Aleeya mengeluh. Bukan dia tidak pandai, namun kelekaannya dalam menyulam cinta sewaktu peperiksaan hampir memusnahkan impiannya. Gara-gara kecewa dengan percintaannya bersama Haikal, anak ketua kampung, Aleeya hilang tumpuan terhadap pelajarannya. Dan, kerana itu juga bapanya tidak henti-henti memerli. Panas telinga Aleeya mendengarnya. Namun, dia harus telan kerana itu kesilapan dirinya. Haikal ternyata hanya mempermainkan perasaannya. Cinta yang dicurah Aleeya terhadap lelaki itu hanya sia-sia. Haikal adalah lelaki buaya darat!!!.. 
******************************************************************************
 Aleeya sedang menyapu halaman rumahnya, banglo dua tingkat itu didiami keluarganya sejak Aleeya kecil lagi. Dahulunya Haji Nazim seorang tentera dan sentiasa berpindah randah. Namun setelah pencen, mereka sekeluarga tinggal di Kampung Sri Cahaya dan menetap disitu. Hasil titik peluh Haji Nazim, mereka sekeluarga mampu untuk hidup selesa. Kini, setelah pencen, Haji Nazim mengusahakan projek ternakan lembu serta kebunnya. Selain itu, Haji Nazim turut mempunyai sebuah pasaraya di Bandar Cahaya. Hajah Amina pula membuka sebuah kedai jahit secara kecil-kecilan. Aleeya berbangga dengan semangat keusahawanan kedua orang tuanya itu. Dia sendiri meminati bidang keusahawanan. Kalau mempunyai peluang, dia mahu mempunyai syarikat sendiri. Namun, dia tidak pasti adakah impian yang tersurat dihati kecilnya itu mampu dikecap atau sebaliknya. Dengan keputusan peperiksaan yang sedemikian dia tidak mempunyai jawapan yang pasti tentang masa depannya. Aleeya kembali meneruskan tugasnya menyapu dihalaman rumah. Sengaja dia buat rajin, tidak mahu dia mendengar lagi leteran bapanya. Sedang dia sibuk menyapu daun-daun dari pohon rambutan dihadapan rumahnya sebuah kereta Toyota Wish bernombor WKE 3886 memasuki perkarangan rumahnya. Aleeya kaget, dia tidak mengenali kereta tersebut. Kereta tersebut berhenti diperkarangan rumahnya. Seorang lelaki sebaya bapanya turun diikuti seorang wanita yang usianya lebih kurang Hajah Amina. Lelaki tersebut senyum kearah Aleeya dan Aleeya membalas senyuman lelaki tersebut. Dia menghampiri mereka dan bersalam dengan keduanya.”Ayah ada?” Tanya lelaki separuh abad itu tanpa memperkenalkan dirinya.”Err.. ada… masuklah dulu.. ibu pun ada dalam rumah” Aleeya mempelawa keduanya. Lelaki tersebut bersama wanita itu yang mungkin isterinya . Aleeya masih termangu di halaman itu. Hatinya masihtertanya-tanya siapakah lelaki dan wanita itu. Sedang Aleeya melayan hatinya yang tertanya-tanya suara seorang lelaki menyapanya.” Rajin menyapu.” Tegur lelaki itu. Aleeya mengagak usia lelaki itu lebih kurang Azman, abangnya.”Tak adalah…” jawab Aleeya. “jemputlah masuk..” Pelawa Aleeya. Lelaki itu mengangguk dan terus berjalan masuk ke rumah Aleeya. Aleeya terus masuk kerumahnya melalui pintu dapur. Di dapur Aleeya cuba curi-curi mengintai. “aleeya..” sergah Hajah Amina. Aleeya terkejut kerana ibunya tiba-tiba muncul dihadapannya. “ Ibu ni.. bu, siapa tu? Kawan Ayah ke?” Aleeya menyoal siasat ibunya persis seorang Inspektor polis. “ Ye… dah-dah.. jangan banyak tanya, cepat buat air dan hantar kat depan.” Perintah ibunya. Aleeya akur. Dia menyediakan air sirap dan sedikit kuih muih lalu dihantar ke ruang tamu. “ Rajinnya anak dara ni..” Usik lelaki separuh abad itu. Aleeya hanya tersipu. “ Leeya, ni ayah kenalkan, kawan karib ayah masa dalam tentera dulu, Datuk Zabidin dan Datin Syafiah.” Haji Nazim memperkenalkan. Aleeya bersalam buat kali keduanya dengan mereka. “ish abang ajim.. tak payah nak berdatuk datin dengan kami.. kita dah kenal lama.. lagipun tak lama lagi kita nak jadi keluarga.” Kata Datuk Zabidin. Berderai ketawa mereka. Aleeya hanya diam. “ Ni lah Nazzatul Aleeya.” Kata Hajah Amina. Aleeya hanya senyum. Tidak tahu mahu menyampuk dimana. “ Aleeya, ini anak makcik, Zackry Syafiq.. Panggil Zack je.. satu-satunya anak kami..” Perkenal Datin Syafiah. Aleeya mengangguk. Zackry Syafiq senyum. Aleeya tunduk. “ Leeya mintak diri dulu ye..” Pinta Aleeya. Tidak mahu dia mengganggu perbualan orang tua-tua. Aleeya kembali ke dapur. 
******************************************************************************
 “ Abang Ajim, janji kita dulu saya pegang.” Kata Datuk Zabidin. “ Ya Bidin.. Aku tau.. tapi kita kena tanya yang punya badan dulu.” Kata Haji Nazim. Datuk Zabidin dan Datin Syafiah mengangguk. “ Anak kamu macam mana?” Tanya Hajah Amina. “ Zackry okey.. dia setuju saja..” Kata Datin Syafiah. “ Ya mak cik, apa yang terbaik untuk saya, saya terima” Sampuk Zackry. Haji Nazim dan Hajah Amina kagum dengan ketaatan Zackry. Haji Nazim termenung seketika. Tidak tahu bagaimana mahu dikhabarkan kepada Aleeya. Anaknya itu lain sedikit sifatnya. Tapi janji masih janji. Dahulu sewaktu mereka masih dalam perkhidmatan dan tinggal berjiran mereka pernah berjanji mahu berbesan bagi mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan. Kini, setelah lebih sepuluh tahun Datuk Zabidin datang menuntut janji. Datuk Zabidin, Haji Nazim dan isteri masing-masing masih rancak berbual. Maklumlah, sudah lama tidak ketemu. Pelbagai cerita keluar dari mulut masing-masing termasuklah soal anak-anak. Datuk Zabidin kini juga seorang usahawan dan mempunyai syarikat di ibu Negara. Selain itu, dia juga merupakan pemegang saham terbesar di beberapa buah Syarikat gergasi antarabangsa mahupun global. Disebabkan kejayaannya yang besar itu dia dikurniakan anugerah Datuk. “ Tak sangka aku, kau dah berjaya sekarang, dapat Datuk lagi..” Usik Haji Nazim. “ ish abang Ajim ni.. abang pun apa kurangnya.” Jawab Datuk Zabidin. “ Ingat dulu budak-budak ni kecil lagi. Aleeya pun berhingus lagi.. sekarang besar panjang dah.. cantik manis pula..” Kata Datin Syafiah. “ Zackry pun apa kurangnya..” Kata Hajah Amina membalas.” Yelah.. budak-budak dah besar panjang, kita pun dah semakin tua, rumah kata pergi, kubur kata mari..” Haji Nazim menyampuk. “ Abang dah berapa cucu?” Tanya Datuk Zabidin. “ Dah tiga Bidin. Anak Amran dua dan Azman satu..” Jawab Haji Nazim. “ Alhamdulillah.. kami pun kalau boleh nak menimang cucu jugak secepat mungkin, yelah.. sebelum menutup mata..” Sampuk Datin Syafiah. Zackry yang mendengar perbualan itu hanya menunduk. Walaupun dia tidak membantah, namun jauh disudut hatinya dia gusar dengan penerimaan Aleeya terhadap dirinya. Perkahwinan yang hadir tanpa disulam cinta membuatkan dia risau. Mampukah dia mengharungi hidup dengan insan yang belum dikenali secukupnya. Bagaimana pula Aleeya?. Setujukah dia? Relakah dia bersuamikan insan bernama Zackry?. Ahh.. dia sendiri tidak pasti dengan keputusannya. Dia tidak membantah, dia juga rela asalkan kedua ibu bapanya gembira dan bahagia. Bukan dia tidak pernah bercinta, namun cinta yang dibina seringkali terputus ditengah jalan. Dia sudah penat. Biarlah soal jodoh ditentukan keluarga. Umurnya sudah menginjak 28, ramai teman-temannya yang sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai zuriat. Bukan dia tidak mahu mempunyai keluarga yang sempurna. Cuma masa belum tiba. Kariernya sebagai seorang Pensyarah di sebuah Kolej Swasta di Kuala Lumpur membataskan waktu untuk dia berfikir soal teman hidup. “ err.. mak cik, saya nak guna tandas boleh?” Pinta Zackry. “ Ishh.. kamu ni.. pergi je.. “ Kata Hajah Amina. Dia tertarik dengan sikap sopan Zackry. Memang temannya itu tidak gagal mendidik anak. Zackry melangkah menuju ke arah yang ditunjukkan. Sementara itu, Aleeya yang berada di dapur masih duduk termangu. Macam-macam perkara yang difikirkannya. “ Aleeya…” Panggil Zackry. Aleeya terkejut. Dia menoleh kebelakang dan melihat Zackry berdiri tercegat dibelakangnya. “ Tandas mana?” Tanya Zackry. “ Tu..” Aleeya menunjukkan arah tandas. “ Jap.. 20 sen” Gurau Aleeya. “ La… tandas rumah pun nak bayar?” Tanya Zackry. Aleeya ketawa. “ Takla… gurau je..” Zackry terus masuk ke tandas. Lima minit kemudian dia keluar. Aleeya masih di meja makan. “ Awak.. thanx ya.. muka awak memang sesuai jadi mak cik cleaner and jaga tandas.” Kata Zackry lalu dia berlalu meninggalkan Aleeya. Bengang sahaja Aleeya mendengarnya. “ Muka aku yang cantik ni disamakan dengan makcik cleaner? Macam la dia handsome sangat” desis Aleeya di dalam hati. “ Aleeya…” Panggil Hajah Amina. Aleeya keluar dari dapur dan menuju keruang tamu. “ Ni Makcik dan Pakcik dah nak balik.. Salam la” Kata Hajah Amina. Aleeya bersalam dengan keduanya. Dia memandang Zackry, Zackry hanya senyum. Aleeya tidak membalas senyuman Zackry itu. “ Abang Ajim.. kalau boleh secepat mungkin ya..” kata Datuk Zabidin. Haji Nazim mengangguk. Dia mengiring Datuk Zabidin dan keluarganya sehingga ke kereta. 
*******************************************************************************
 Malam minggu tiba lagi, Amran dan Azman pulang ke kampong halaman bersama keluarga mereka. Selesai makan malam Aleeya dan kedua kakak iparnya, Suria Kasandra iaitu isteri Amran dan Fatin Nurbaya isteri Azman mengemas meja makan. Haji Nazim, Hajah Amina, Amran dan Azman duduk di ruang tamu dan berbincang. “ Along rasa kita tak boleh buat keputusan terburu-buru ayah..” Kata Amran. “ Betul ayah, Man rasa kita perlu tanya pendapat adik dulu, ini masa depan dia, hidup dia” Azman setuju dengan abangnya. “ Ayah pun fikir macam tu.. ayah tak tahu macam mana nak bagi tahu dia.” Keluh Haji Nazim. “ Kita semua tahu perangai adik tu.. kita bincang dulu lah ayah, slow talk dengan dia.” Tambah Azman. Tidak lama kemudian Fatin dan Suria tiba diruang tamu. Aleeya pula sibuk melayan ketiga-tiga anak buahnya. Badrul Hakim, 3 tahun dan Balqish Hidayah,1 tahun adalah anak kepada Amran dan Suria manakala Nur Najwa Fatihah, 10 bulan merupakan anak Azman dan Fatin. “ Ucu.. boy boring la.. aqish and wawa baby girl, boy tak ada friends la..” keluh Badrul. Hampir tergelak dengan keluhan anak buahnya itu. “ ala… okey la.. nanti ucu kahwin, ucu bagi boy baby boy ye..” kata Aleeya. Badrul senyum. “ Promise ya..” kata Badrul. Dia seronok dan bersemangat. “ Adik.. sini kejap” Panggail Azman. “ Ala pak ngah ni.. kacau la.. “ Marah Badrul. Semua yang ada tergelak melihat keletahnya. Aleeya menghampiri Hajah Amina dan duduk disebelahnya. “ Leeya, ayah ada hal nak cakap ni..” Kata Haji Nazim. Aleeya mengangguk. “ Ingat tak Datuk Zabidin kawan ayah yang datang dulu?” Tanya Haji Nazim. Aleeya mengangguk. Sudah pasti dia masih mengingati Datuk itu, lebih-lebih lagi anaknya Zackry yang memanggilnya Mak Cik Cleaner itu. “ Ayah dah lama kawan dengan dia, dulu, masa dalam tentera, kami pernah berjanji untuk berbesan.” Haji Nazim menjelaskan. Namun dia terhenti sebaik melihat air wajah Aleeya berubah. “ Hmm.. Jadi, dia nak jodohkan leeya dengan anak lelakinya Zackry tu.. ini semua untuk merapatkan lagi hubungan persaudaraan.” Jelas Haji Nazim. “ Mereka dah meminang leeya.. leeya setuju tak?” Sambung Hajah Amina. Aleeya terkedu. Matanya mula berkaca. “ayah.. itu semua perjanjian ayah.. kenapa leeya pulak yang nak kena berkorban.” Aleeya naik berang. Semua disitu tenang. Mereka sudah menyangka tindak balas Aleeya itu. Azman mendapatkan Aleeya dan berkata “ Adik.. adik tak..” Belum sempat Azman menghabiskan kata-katanya Aleeya berdiri. “ Ayah, Leeya tahu leeya anak tak guna, leeya tahu leeya degil, leeya tak pandai macam Along dan Abang Man, Leeya selalu susahkan ayah, sebab tu ayah dan ibu nak kahwinkan leeya kan? Sebab nak leeya keluar dari rumah ni, supaya leeya tak payah lagi peningkan semua orang kan..!!” nada suara Aleeya semakin tinggi diiringi air mata yang mengalir laju. “ Astaghfirullah leeya.. Kami tak pernah anggap macam tu..” Haja Amina mengucap panjang. Air wajah Haji Nazim berubah. Sehingga begitu sekali tuduhan Aleeya terhadapnya. “ Leeya ada cita-cita ayah, leeya nak berjaya jugak, I’m only 20 Along, abang man.. Leeya sayang ayah, leeya sayang ibu, leeya sayang semua.. tapi kenapa buat macam ni pada leeya, seolah-olah leeya ni patung, bagilah leeya buat keputusan dalam hidup leeya..” sambung Aleeya lalu berlari kecil ke biliknya. Daun pintu dihempas kuat tanda bantahan dan biliknya dikunci. Semua disitu terdiam. Haji Nazim hilang punca. Dia kasihan melihat anaknya, namun janji perlu ditunaikan.  
*****************************************************************************


No comments:

Post a Comment