Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 15


Najwa intai dari tingkap. Dia lihat kakaknya pulang dihantar seorang lelaki. Macam dia kenali sahaja kereta yang di pandu lelaki itu. Najwa fikir. Sementara itu, Najma yang dihantar Kay pulang setelah keluar seharian pada hari minggu.

“Thanks belanja saya makan, jalan-jalan..” Kata Najma.

“Its okay.. Asalkan awak happy..” Balas Kay.

“Happy sangat. So, kalau boleh before end of this month settlekan pasal deal tu boleh.. Hope sangat..” Pinta Najma.

“InsyaAllah. Sekarang pihak pengurusan masih sibuk dengan pembukaan cawangan baru. Maybe next week baru meeting pasal produk tu..” Balas Kay. Sejak membuat persetujuan untuk membekal produk, pihak syarikat kay masih belum membuat kata putus. Najma agak teruja dengan projek itu kerana telah diberi kepercayaan oleh ibunya untuk uruskan projek tersebut. Najma mahukan hasil yang baik.

“Okay.. drive elok-elok.. Assalammualaikum..” Kata Najma. Kay jawab salam Najma dan pandu pulang. Najma menapak masuk kerumahnya.

“Amboi.. dah pandai keluar dengan jantan..” Suara Najwa memperli.

“Eh.. adik.. tak keluar ke? Mama mana?” Sapa Najma.

“Tak ada jantan nak bawa aku keluar… Kak, siapa mamat tadi tu?” Najwa soal. Dia sedikit curiga.

“Kawan business..” jawab Najma. Walaupun mulutnya berbicara seperti itu, namun hatinya sudah sedikit sebanyak dicuri Kay. Dia selesa berteman dengan kay kerana pengalaman yang dimiliki lelaki itu. Dia kagum dengan kay.

“Macam Kasanova je..” Perli Najwa.

“Najwa.. apa cakap macam tu..” Salina yang muncul dari dapur mencelah.

“Tak de lah ma.. Lain macam je wawa tengok.. jangan sampai kakak ni kena apa-apa ke..” Kata Najwa. Najma diam. Takkan sampai macam tu dia dibenci.

“Adik.. nak kutuk kakak kutuklah.. Tapi jangan kutuk orang lain boleh tak? Kalau kakak, adik boleh minta maaf, kalau orang lain ada ke kesempatan nak minta maaf?” Najma lepaskan isi hatinya. Salina gamam. Najwa juga begitu. Pertama kali dilihat kakaknya berbicara dengannya lebih dari lima patah perkataan. Najwa tak mampu cakap apa lagi. Dia naik kebiliknya. Hatinya masih curiga dengan kehadiran lelaki yang menghantar Najma pulang tadi. Dia nekad mahu disiasat.

“Sudahla Naja.. Wawa memang macam tu..” Salina pujuk anak gadisnya itu.

“Its okay ma.. Naja rasa Naja terlalu lembut dengan dia.. Tapi Naja tak sampai hati nak marah dia. Naja sayang dia..” Kata Najma.

“Ye la.. Sayang pun berpada, baguslah Naja tegur kalau dia salah.. Ni ceria semacam je.. Ada apa-apa ke?” Salina cuba mengorek rahsia anaknya.

“Tak lah ma.. Tapi Naja hairan dengan Kay tu, lambat betul company dia reply kontrak tu.. jenuh Naja tunggu..” Kata Najma lagi.

“Business sayang. Mesti ada istilah delay, lambat and macam-macam lagi. Nak Berjaya kita kena sabar..” Nasihat Salina. Najma angguk.

“Kalau Berjaya projek ni, Naja and Aidil ada buat kira-kira, projek ni boleh tingkatkan 40% keuntungan syarikat kita. Lagi lama kontrak ni, lagi untung selain Syarikat Kay setuju nak promosikan bersama produk kita..” Jelas Najma.

“Baguslah… tapi jangan terlalu teruja. Nanti kecewa bila target tak dapat dicapai sepenuhnya.” Pesan Salina lagi.

“Ye ma.. Naja naik dulu ye nak tukar baju..” Kata Najma. Salina angguk. Najma melangkah ke kamarnya.

Najwa dibiliknya tidak henti-henti cuba menghubungi Ray. Dia curiga. Dia seakan kenal lelaki yang dipanggil Kay oleh Kakaknya. Dan Hot Mama Café juga dia tahu di mana tempatnya. Najwa tekadkan hati untuk siasat. Dia tak mahu kakaknya terjerat. \

“Bangsat!! Tak jawab phone pula…” Najwa kutuk Ray. Dia geram. Telefon bimbitnya dicampak ke tilam. Najwa hempas badannya atas tilam empuk itu. Fikirannya ligat mengatur strategi

“Ha… call abang Aidil la..” Kata Najma. Dia cari senarai nombor telefon. Dia hubungi Aidil.

“Abang Aidil, bagitahu wawa apa projek besar kakak tu, pasal Hot mama Café, pasal si Kay tu.. Urgent..” Najwa terus bercakap sebaik Aidil sambut panggilannya.

“Ya Allah. Kalau ye pun mana salamnya…” Bebel Aidil. Najwa beri salam. Aidil jawab.

“Cepatlah abang… Wawa rasa tak sedap hati..” Kata Najwa.

“Abang pun. Projek tu dari apa yang akak wawa bagitahu abang, itu projek besar dan boleh tingkatkan keuntungan syarikat. Abang tak campur sangat sebab dia pengarah operasi…” jelas Aidil.

“Apasal tak campur? Campurlah abang.. Abang lama kan kat KL, tau tak Hot Mama café?” Soal Najwa.

“Macam pernah dengar. Abang ada tanya member abang, diorang cakap Pub. Tapi bila abang cakap pada Najma, dia sangkal. Kay dah terangkan, pub tu salah satu cawangan mereka untuk tujuan hiburan. Projek tu tak libatkan Pub tu.. abang nak cakap apa lagi..” Balas Aidil.

“Ish.. wawa tak caya lah.. Hot Mama tu memang pub, tak ada cawangan-cawangan. Akak ni dah kena kencing la..” Tambah Najwa.

“Abang pun rasa macam tu… sebabnya, diorang respon kontrak lambat tau. Asyik bagi alasan. Ni mesti ada udang sebalik batu ni… Puan Salina pula 100% bagi tugas ni pada Najma..” Aidil balas.

“ Macam mana nak buat ni.. abang bagi lah tahu akak..” Najwa mendesak.

“Dia tak percaya sebab kita tak ada bukti. Lagipun dia bersemangat gila dengan projek ni.. Lagi satu, dia macam dah sayang si Kay tu.. Nak buat apa lagi..” Suara Aidil perlahan.

“Lembik la abang ni… kalau nak usahalah.. Kita siasat sama-sama abang. Nanti abang tolong wawa boleh tak?” Soal Najwa.

“Okay…” Kata Aidil

Sementara itu Najma dibiliknya sedang berbual dengan Kay di telefon.

“Baguslah awak dah sampai…” Kata Najma.

“Kenapa? Risau ke?” Soal lelaki itu.

“Adalah sikit risau..” Balas Najma dan ketawa kecil. Kay sambut ketawa gadis itu.

“Ada baulah… pergi mandilah..” Kata Kay.

“Ala.. dia yang bau.. okaylah.. Saya mandi dulu.. Malam nanti sambung..” Kata Najma.

“Okay… mandi wangi-wangi…” Balas Kay. Najma ketawa kecil. Talian dimatikan. Dia gembira dengan layanan Kay. Ternyata Kay seorang yang mengambil berat dan romantik.

Najma gapai tualanya dan menuju ke kamar mandi. Setiap saat dia rasakan bahagia jika dengar suara Kay apatah lagi jika lelaki itu memberinya tunjuk ajar dan selok belok perniagaan. Hati Najma berbunga girang.

Siang melabuhkan tirainya, malam kini menjelma. Salina duduk di ruang tamu menonton Buletin Utama. Najwa tika itu baru selesai makan, dia ke ruang tamu.

“Kakak mana? Tak turun makan sekali?” Salina soal.

“Entah. Bergayut kat fon lah tu..” Balas Najwa geram.

“Kay telefon la tu.. Tak lama dapat menantu lah mama..” Salina menjawab.

“Ma.. please lah.. Wawa tak nak abang ipar macam tu.. Ma, please suruh kakak jangan kawan dengan jantan tu..” Rayu Najwa.

“Najwa… kenapa ni? Kamu jangan buat bukan-bukan. Mama seronok tengok kakak kamu bahagia. Biarlah. Dia dah dewasa nak tentukan mana baik mana buruk..” Bebel Salina.

“Mama ni… orang cakap sikit je.. membebel pula/..” Rajuk Najwa.

“Bukan bebel, nasihat. Mama tak nak wawa ganggu kebahagiaan kakak. Ingat, kalau wawa buat apa-apa sampai kakak nangis lagi, mama tak maafkan wawa..” Suara Salina agak keras memberi amaran. Najwa terkejut. Hingga begitu ibunya perlakukan dirinya.

“Ma… apa ni?” Soal Najma perlahan. Dia pandang wajah ibunya.

“I am serius syarifah Najwa Aisha. Jangan jadi budak kecil lagi. Hargai kakak kamu tu. Dah banyak dia berkorban tau. Dia sayang kamu, tapi apa kamu bagi pada dia? Nak hancurkan kebahagiaan dia pula?” Salina sambung. Najwa kaget. Ternyata suara hatinya disalah erti ibunya. Najwa merajuk. Dia sedih dengan tutur kata ibunya. Dia terus naik kebiliknya. Salina tak endahkan. Sengaja mahu diberi pelajaran pada Najwa. Agar dia beringat dan tahu hargai kasih sayang orang lain.

No comments:

Post a Comment