Thursday, August 9, 2012
Sangkar Kasih 14
Najma masuk ke pejabatnya sedikit awal hari ini. Dia memandu sendiri ke pejabat kerana Salina berada di Singapura bagi menyertai satu Seminar. Sebaik masuk, dia terkejut melihat sejambak bunga ada di atas mejanya. Najma ambil dan baca kad yang ditinggalkan bersama bunga itu.
“Just for you.. Kay..” Najma membaca tulisan di kad itu.
“Kay? Siapa?” Najma soal dirinya. Puas dia berfikir, dia tidak mempunyai teman bernama Kay. Kalau Aidil yang beri, kenapa letak nama sedemikian. Najma abaikan. Bukan masa untuk difikirkan. Dia mulakan tugasnya. Beberapa minit kemudian telefon bimbitnya berdering. Najma lihat skrin. Satu nombor yang tidak dikenalinya. Najma jawab. Dia memberi salam. Pemanggil itu menjawab salamya.
“Siapa ni?” Soal Najma.
“Dah dapat bunga Cik Najma?” Suara lelaki yang membalas.
“Dah.. You are Kay?” Soal Najma ingin dapatkan kepastian.
“Ya.. macam mana bunga tu.. Okay?” Kata Kay.
“Thanks. But, awak siapa?” Soal Najma lagi.
“Awak mungkin tak kenal saya. Tapi lepas ni saya harap kita makin mengenali. Kalau tak keberatan boleh kita jumpa masa lunch nanti. Ada deal untuk Business.” Kata kay.
“Ooo.. For Business. InsyAllah boleh. Di mana tu En Kay?’ Kata Najma. Dia sedikit lega kerana itu adalah urusan perniagaan dan bukannya peribadi.
“Restaurant depan bangunan Naj Mawa…” Kata Kay. Najma setuju. Nampaknya dia punyai satu lagi peluang untuk meneruskan perniagaan ibunya. Najwa kembali menumpukan pada kerja di hadapannya. Semakin hari, tugasnya semakin banyak. Namun Najma tidak sekalipun mengeluh kerana dia rasa seronok dengan tugasnya. Najma bertekad mahu lakukan sebaiknya dalam bidang yang diceburinya. Masa berlalu bagaikan begitu pantas. Najma sudahkan fail terakhir yang perlu disemaknya.
“Maya.. masuk kejap..” Najma hubungi pekerja bawahnya. Tidak lama kemudian wajah Maya muncul menandakan bersedia melaksanakan tugas yang bakal diberi.
“Tolong serahkan Fail peruntukan pembiayaan ini pada Bahagian Kewangan. Kalau boleh saya nak mereka luluskan secepat mungkin..” Arah Najma.
“Baiklah Cik Najma. Ada apa-apa lagi?” Balas Maya.
“Tak.. Thanks Maya..” Kata Najma. Maya angguk dan berlalu keluar dari bilik Najma bagi meneruskan tugasnya. Najma rehat sebentar bersama Kit Kat.
“Dah dekat Lunch hour..” Desis hati Najma. Dia kena awal untuk bertemu pelanggan. Najma capai tas tangannya dan menuju ke tempat yang dijanjikan.
Setiba di Restoran tersebut Najma duduk di satu meja. Dia pesan Nasi Ayam sebagai juadah tengaharinya. Dia masih menanti Kay.
“Assalammualaikum.. Maaf lambat.. Parking susah..” Kay yang baru tiba memohon maaf dari Najma. Najma jawab salam lelaki itu. Dari pandangan Najma, Kay adalah lelaki yang berkarisma. Gayanya segak. Najma mempersilakan Kay duduk.
“Saya Kay, Khairul dari Hot Mama café. Saya pengarah urusan.” Kay memperkenalkan diri. Najma juga memperkenalkan dirinya pada Kay. Mereka berjabat tangan.
“So.. macam mana saya boleh tolong En Kay?” Soal Najma. Dia lebih berminat berdiskusi terus tentang kerja berbanding soal peribadi.
“Tak payah nak berencik dengan saya.. Panggil Kay cukup. Macam ni, Café kami nak tambahkan produk. Jadi setelah berbincang dengan semua, Kami setuju nak letakkan produk dari syarikat awak untuk setiap cawangan café kami..” Jelas Kay.
“Wait a minute. Hot Mama café? Tak pernah dengar.. Perniagaan apa ni?” Soal Najma.
“Kami masih baru dalam pasaran ni, jadi kami nak kembangkan. Kalau setuju, pihak kami nak bekalan roti, cookies setiap bulan untuk setiap cawangan.. Boleh?” Balas Kay.
“Hmm.. boleh. Kami alu-alukan..” Jawab Najma.
“Buat masa sekarang kami masih belum tentukan jumlah kuantitinya, Cuma nak capai persetujuan dari kedua belah pihak.” Kata Kay lagi.
“Ooo.. Saya setuju. Ini peluang kerjasama yang baik. Nanti awak sediakan semua perkara meliputi kuantiti dan tempoh untuk kontrak ni. Soal harga kita boleh runding dari semasa ke semasa.” Najma jelaskan. Ini satu projek yang besar. Najma senyum.
“Nanti saya bawa pada mesyuarat akan datang.. Kami belum tetapkan tarikhnya, tapi bila dah tahu nanti saya inform pada awak..” Balas kay. Najwa angguk. Najwa nikmati makan tengaharinya bersama Kay. Ternyata Kay seorang yang banyak pengalaman dalam dunia perniagaan. Najma sempat soal mengenai selok belok perniagaan. Kay tak lokek berkongsi pengetahuan. Najma selesa dengan lelaki itu.
“Dalam perniagaan, hubungan jangka panjang dua belah pihak penting. Bukan setakat untuk urusniaga, tapi saling kenal antara satu sama lain.. Jadi friends, lover or apa-apalah..” Kata Kay. Najma angguk setuju. Dia kagum dengan Kay.
“InsyaAllah lepas ni kita saling berhubung lagi.. banyak boleh saya pelajari nanti..” Kata Najma.
“Boleh.. apa salahnya..” Balas Kay. Najma habiskan baki terakhir nasi ayam dipinggannya.
“Nanti apa-apa inform ok..” Kata Najma sebelum mengakhiri mesyuarat kecil itu. Kay angguk. Najma ucap terima kasih kerana Kay belanjanya untuk makan tengahari. Najma memberi salam kemudian berlalu keluar. Kay hubungi seseorang setelah Najma hilang dari pandangan.
“Settle.. next step..” Kata Kay. Dia matikan talian dan bangun dari kerusinya. Dia berjalan menuju keluar dari Restauran. Kay senyum. Dia mengatur strategi seterusnya.
Najma tiba di pejabatnya. Dia ke surau sebentar untuk tunaikan solat Zohor. Keluar dari Surau dia bertembung dengan Aidil.
“Hai.. dah makan?” Soal Aidil.
“Dah.. Aidil, jom sat masuk office saya. Ada benda nak discuss..” Kata Najma. Aidil angguk dan melangkah beriringan menuju bilik Najma. Aidil duduk dihadapan Najma.
Najma mulakan bicaranya. Dia ceritakan segalanya tentang apa yang dibincangkannya dengan Kay.
“Hot Mama café??? Macam nama pub je..” Aidil hairan. Dia seperti pernah dengar nama itu.
“Tak lah… ini standard macam starbuck, Old Town. Baru nak naik..” Balas Najma.
“Ooo.. mungkin lebih kurang kot.. So, dah setuju?” Soal Aidil.
“Of course la.. projek besar ni… Nanti next meeting deal soal harga..” Jawab Najma.
“Okaylah macam tu. Tapi hati-hati sikit takut menipu. Dalam business ni acam-macam orang ada..” Kata Aidil. Dia nasihatkan Najma.
“Awak ni.. Kay tu baik, banyak pengalaman. Takkan nak menipu pula..” Najma nafikan.
“Cuma ingatkan. Nanti apa-apa bagitahu ok.. Saya balik office dulu. Banyak betul kerja hari ni..” kata Aidil meminta diri. Najma angguk. Aidil melangkah keluar dari ruang pejabat Najma.
“Big project, bagi mama bangga..” Desis hati kecil Najma. Dia senyum sendirian. Dia kembali lunaskan kerja yang masih banyak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment