Tuesday, August 7, 2012

Novel - Aleeya 2


“Leeya.. bukak pintu ni dik..” Azman dan Amran mengetuk pintu Aleeya. Waktu itu malam sudah jauh. Haji Nazim dan Hajah Amina sudah berada di kamar mereka. Mereka belum dapat melelapkan mata gara-gara tragedi tadi. Kini, mereka menyerahkan segalanya kepada Amran Dan Azman. “ Adik.. Along dan Abang man nak borak dengan adik.” Pujuk Azman lagi. Perlahan-lahan Aleeya membuka pintu. Matanya bengkak dan air mata masih mengalir. Azman dan Amran duduk di birai katil Aleeya. “ Adik.. adik tak kesiankan ayah dan ibu ke?” tanya Azman. “ Abang, leeya tau, tapi tak ada siapa yang kesiankan leeya..” Jawab Aleeya. “ Adik, Kahwin tu bukan penamat segala.. adik masih boleh capai cita-cita adik. “ Pujuk Amran pula. “ Tapi Along, takkan leeya nak kahwin dengan orang yang leeya langsung tak kenal..” Kata Aleeya. “ Dah kahwin nanti boleh kenal lagi kan. “ Kata Azman pula. “ Tapi Leeya tak cintakan dia..” Suara perlahan Aleeya mengeluh. “ Cinta? Tak semestinya tiket nak bahagia..” Kata Azman lagi. Aleeya tunduk merenung lantai. Kosong. Jiwanya tidak tenteram. “ Leeya nak capai cita-cita” kata Aleeya. “ Biar abang bagitahu siapa Zackry tu. Dia seorang pensyarah Business Course di Kolej Metropolitan Kuala Lumpur” Kata Azman. Aleeya memandang kedua-dua abangnya itu. “ Kami bercadang lepas adik kahwin, adik boleh sambung belajar. Adik kan nak jadi usahawan, the most successful business person kan..” Kata Amran pula. “ Lagi-lagi kahwin.. kalau Leeya nak belajar tapi tak nak kawin boleh tak?” Soal Aleeya. “ Entahlah.. adik fikirlah.. sekurang-kurangnya ada orang jaga kamu kalau kat sana nanti.. oklah.. kami masuk tidur dulu ye..” kata Amran. Mereka berlalu ke kamar masing-masing. Aleeya kembali memikirkan. “ hmm.. macam mana ye.. huhuuuh” Aleeya berkata pada dirinya. “Bila lagi aku nak balas jasa ibu and ayah? Tapi.. aku tak kenal pun dia.. macam mana nak kongsi hidup dengan dia.” Desis hati Aleeya lagi. Aleeya baring di katilnya. Fikirannya ligat memikirkan segala perkara-perkara yang perlu dia pertimbangkan dan membuat keputusan. Akhirnya, dia terlena.
******************************************************************************
 “ Awak dulu buat janji kenapa tak fikir dulu.” Ngomel Hajah Amina terhadap suaminya. “ Awak ni, kenapa nak salahkan saya pulak?” Haji Nazim membidas isterinya. Amran, Azman, Fatin dan Suria hanya berpandangan melihat pertelingkahan ibu bapa mereka. “ Dah la ayah.. ibu.. kita tunggu saja keputusan adik. Kita terima saja..” Ujar Amran. Fatin Dan Suria menyediakan sarapan pagi buat keluarga itu. Kelibat Aleeya masih belum kelihatan. “ Entahla apa nak jadi.. ditelan mati mak, diluah mati bapa.” Keluh Haji Nazim. “ Kalau buat perkara tu fikir dahulu, baru tak jadi macam ni.” Hajah Amina masih menyalahkan suaminya. Haji Nazim diam. Dia mengakui kesalahan diri sendiri. “ Ayah, Ibu, leeya terima” Tiba-tiba suara Aleeya memecah keheningan. Mereka berpandangan sesama sendiri, Haji Nazim menarik nafas lega. “ Leeya terima kalau itu semua buat ayah, ibu dan semua orang bahagia. Leeya redha.” Ujar Aleeya perlahan. “ Leeya, makan jom..” Pelawa Suria yang memecah suasana suram tersebut. “ Takpe kak suria, leeya dah kenyang.” Kata Aleeya dan berlalu ke biliknya. Suasana kembali suram. Mereka hanya membiarkan Aleeya. Tiada siapa berani memujuknya. Haji Nazim bangun dari kerusinya, dia menuju kearah bilik Aleeya. Pintu bilik anak gadisnya dikuak. Dilihat Aleeya termenung di meja soleknya. “ Leeya.. “ Haji Nazim memegang bahu anaknya itu. Aleeya tunduk. “Maafkan ayah..” Ujar Haji Nazim. Aleeya memandang wajah sungul bapanya. “ Ayah.. leeya Cuma nak ayah bahagia. Maafkan leeya kalau leeya tak mampu memenuhi segalanya.” Kata Aleeya diiringi air mata dipipi. Haji Nazim memahaminya. Dia memeluk erat anak gadisnya itu. “ Terima Kasih Aleeya.” Kata Haji Nazim.
***********************************************************************************
 Majlis pertunangan Aleeya dan Zackry diadakan dalam Susana sederhana tetapi meriah. Dengan mengenakan sepasang kebaya putih bersulam bunga-bunga berwarna emas serta dengan solekan sederhana cukup menyerlahkan kejelitaan Aleeya. Majlis yang dihadiri saudara mara terdekat itu diadakan di teratak milik Haji Nazim. Aleeya disarungkan sebentuk cincin emas bertatah berlian di jari manisnya oleh Datin Syafiah. Kedua- dua belah pihak bersetuju bahawa ikatan pertunangan ditetapkan selama dua bulan agar segala persiapan dapat dilaksanakan sebaiknya. Aleeya suram. Hari itu, dia telah menjadi tunangan orang. Namun, apabila dilihat wajah ceria dan gembira orang disekelilingnya, dia akur. Dia redha dan pasrah. Zackry tidak hadir pada majlis itu. Ikut adat, bakal suami tidak perlu hadir. Masa dua bulan yang diberikan kepada Aleeya dan Zackry oleh keluarga mereka diharap dapat digunakan sebaik-baiknya. Mereka perlu mengenal isi hati bagi melangkah ke fasa seterusnya. Aleeya agak sibuk melayan sanak saudara yang hadir bagi meraikannya. Rata-rata mereka mahu bergambar dengnanya. Dengan senyuman kelat Aleeya membiarkan mereka bergambar dengannya. “Aleeya.. Tahniah. Kau dah jadi tunang orang, tak lama lagi jadi isteri orang. Pensyarah dan merangkap anak Datuk pula tu..” Kata Maisarah, rakan karib Aleeya sewaktu di sekolah. Aleeya hanya membalasnya dengan senyum tawar. “ Hujung bulan ni aku daftar masuk UPM” Kata Maisarah yang merengsakan lagi perasaan Aleeya. “ Untung kau sarah. Aku ni..” Kata-kata Aleeya terhenti. “ Kenapa Leeya?” Maisarah tertanya-tanya. Aleeya menceritakan segalanya kepada Maisarah. “Aku simpati dengan kau.. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni..” Pujuk Maisarah. “ Semua orang cakap macam tu, hmm.. aku harap hikmah tu datang…” Ujar Aleeya sayu. Maisarah memeluk erat temannya itu. 
*************************************************************************************
 Hari ini Aleeya da Zackry menghadiri Kursus Pra Perkahwinan di salah sebuah badan berdaftar dibawah seliaan Jabatan Agama Negeri. Tidak seperti pasangan lain yang ceria, Aleeya dan Zackry melayan emosi masing-masing. Kata-kata yang disampaikan oleh penceramah tidak diendahkan Aleeya. Zackry menjeling kearah Aleeya, dia perasan wajah suram Aleeya. Sejak dari dia menjemput Aleeya lagi tunangnya itu tidak bercakap sepatah pun. Namun Zackry sabar. Ini bukan salahnya mahupun Aleeya. Dia faham perasaan Aleeya. Selesai Sesi pertama, Zackry dan Aleeya pulang. Sesi seterusnya disambung keesokkan harinya. “ Awak nak makan?” Zackry memecah kesunyian. Kereta Honda Accord yang dipandunya meluncur di lebuh raya. “ Tak payahla.. Saya tak lapar” Jawab Aleeya. Zackry akur. Setelah sampai di rumah Aleeya, dia cepat-cepat turun dan terus masuk ke dalam rumahnya. Ditinggalkan Zackry begitu sahaja dalam keadaan terpinga-pinga. Waktu itu Haji Nazim berada di kebunnya. Hajah Amina menggeleng kepala melihat kelakuan Aleeya itu. Dia menghampiri Zackry. “ Maafkan Aleeya ye Zack.” Kata Hajah Amina. “ Tak pe Makcik.. zack faham.” Ujar Zackry. “ Tak masuk dulu ke?” Pelawa Hajah Amina. “ Takpe la.. zack balik dulu ye. Lagipun dah nak maghrib ni.” Zackry meminta diri. Setelah bersalam dengan bakal ibu mertuanya, Zackry memandu pulang. Keesokkan harinya, mereka menghadiri satu lagi sesi sebelum mendapat sijil. Keadaan masih sama. Aleeya lebih banyak mendiamkan diri. Apa yang disampaikan hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Zackry sedikit mengeluh dengan kelakuan Aleeya. “Aleeya, awak marahkan saya ke?” tanya Zackry sewaktu dalam perjalanan pulang. Aleeya memandang tajam kearah Zackry. “ Kenapa pula saya nak marah awak? And.. awak tak perlu tanya soalan tu pun.” Rungut Aleeya dengan nada yang agak kasar. Zackry terdiam.
 Kini, masa yang dinanti bakal tiba dalam masa beberapa hari lagi. Segala persiapan sudah hampir sempurna. Seperti bakal pengantin lain, Aleeya dan Zackry sudah melalui segala prosedur termasuklah ujian HIV. Aleeya langsung tidak merasakan debaran sebagai pengantin baru. Dia Cuma berasa sedih mengenangkan nasibnya. Aleeya termenung dijendela rumahnya sewaktu ahli keluarga lain sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi hari bahagianya. “ Adik..” Sapa Azman. Aleeya memandang kosong abangnya itu. “ Kenapa ni? Pengantin mestilah gembira.” Kata Azman. “ leeya.. entahla abang.. leeya tak tau macam mana nak hadapi semua ini..” Kata Aleeya. “ sudahla.. InsyaAllah Leeya akan dapat laluinya. Adik abang kan kuat. Dahla, tak mau sedih-sedih, nanti hilang seri pengantin, oklah, abang nak tolong orang kat luar. Jangan sedih- sedih tau. “ Tambah Azman. Aleeya tersenyum kelat. Sementara itu, keluarga Datuk Zabidin juga sedang sibuk menyiapkan apa yang patut. Majlis Akad nikah akan diadakan pada malam sabtu seterusnya majlis persandingan sebelah perempuan pada sabtu manakala pihak lelaki pada Ahadnya. Majlis diadakan dalam suasana yang sederhana sahaja tetapi meriah. Aleeya mundar mandir dibiliknya. Dia resah menanti saat untuk diijab qabulkan. 
************************************************************************************
 “Aku terima nikahnya Nurul Nazzatul Aleeya Binti Ahmad Nazim dengan mas kahwinnya RM 80 tunai..” Dengan sekala lafaz sahaja Zackry berjaya melakukannya. Berwalikan Haji Nazim, Aleeya kini sah menjadi isteri kepada Zackry Syafiq. Hadirin yang memenuhi perkarangan Masjid At-Taqwa mengucap syukur. Aleeya dan Zackry yang memakai sedodon putih hanya membiarkan orang sekeliling memerhati mereka sambil mengambil gambar. Dalam upacara membatalkan air sembahyang, Sebentuk cincin disarungkan ke jari manis Aleeya oleh suaminya, Zackry. Aleeya bersalam dan mencium tangan suaminya lalu Zackry mencium dahi isteriya. Langsung tiada apa-apa perasaan di hati keduanya. Mereka bagaikan pelakon di hadapan orang ramai. Aleeya bersalam dengan semua yang hadir. Hajah Amina bersyukur kerana Aleeya telah selamat diijab qabulkan. Haji Nazim juga begitu, hajatnya untuk berbesan dengan Datuk Zabidin, sahabat baiknya itu tercapai. Kini, mereka berjaya menunaikan janji masing- masing. Selesai majlis ijab qabul, para hadirin menuju ke rumah Haji Nazim bagi menikmati jamuan yang disediakan. Begitu juga Aleeya dan Zackry yang diarak kerumah Haji Nazim. Sanak saudara mengambil kesempatan bergambar di pelamin bersama pengantin. Hari tersebut begitu memenatkan Aleeya. Mereka masih memerlukan tenaga bagi menghadapi kenduri pada keesokan harinya. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Kebanyakan orang kampong pulang kerumah masing-masing, Cuma tinggal sanak saudara yang masih belum melelapkn mata. Kenduri kendara seperti itulah yang menjadi medan berkongsi cerita dan menemukan yang jauh dan mengeratkan lagi yang dekat. Aleeya masuk ke biliknya, Zackry pulang kerumahnya bersama kedua orang tuanya. Jarak rumah mereka cuma 1 jam. Aleeya menghempaskan diri di katil. Biliknya yang dihias dengan pelbagai hiasan amat memikat hatinya. Namun, semua itu tidak penting baginya, dia menjadi mangsa perjanjian orana tuanya. Aleeya cuba melelapkan mata, mata masih belum tertutup. Di bayangannya terbayang bagaimana dia akan berkongsi katil bersama lelaki yang dia tidak cintai itu. Walaupun Zackry telah menjadi suaminya, tetapi Aleeya masih belum bersedia untuk menyerahkan takhta yang dipertahankan olehnya selama ini. Pasti ada caranya. Hati kecilnya berbicara. Sedang dia mengelamun, pintu biliknya diketuk. “ Leeya dah tidur?” Wajah Hajah Amina muncul di muka pintu. “ Belum bu” Jawab Aleeya. Hajah Amina melabuhkan punggungnya di birai katil puterinya itu. “ Leeya.. mari sini, ibu nak cakap sikit” kata Hajah Amina. Aleeya bangkit dan menghampiri ibunya. “ Leeya sekarang dah jadi isteri Zack. Leeya harus hormat dia, tunaikan tanggungjawab sebagai isteri tau. Syurga leeya sekarang ada pada suami tau..” Hajah Amina memberi ceramah kepada Aleeya. Aleeya mengangguk. Sengaja mahu menjaga hati ibunya. Selesai sesi itu, Hajah Amina keluar. Aleeya melelapkan matanya bersama seribu kesedihan yang bakal dihadapinya.
************************************************************************************
 Suasana Majlis perkahwinan Aleeya dan Zackry amat meriah dihadiri sanak saudara dan para jemputan yang hadir dari segenap pelusuk bumi. Aleeya masih dibiliknya dan disiapkan oleh Mak Andam yang ditempah khas. Tema warna kuning diraja menyerlahkan seri Aleeya. Dengan solekan yang dikenakan, kejelitaan Aleeya pasti memukau pandangan hadirin yang hadir. “ Cantiknya adik kita kan fatin” Kata Suria yang kepada Fatin sejak tadi menemani Aleeya. “ Cantik luar je kak..” Suara sayu Aleeya. ” Hish… tak elok macam ni.. senyum sikit.” Kata Fatin. Mereka mengerti rasa hati adik ipar mereka itu. “ Ucu… ucu nak kahwin ye.. Pak cu Zack baik.. nanti bagi boy baby boy ye..” Kata Badrul. Aleeya hanya tersenyum. Keletah anak buahnya itu sedikit sebanyak mengubat lara dihatinya. “ Cepat, pengantin lelaki dah sampai” Jerit Azman. Aleeya bersiap sedia untuk diarak. Fatin menjadi pengapitnya. Di perkarangan rumah, Zackry yang segak berbaju songket persis seorang Raja sedang menunuggu permaisurinya. Aleeya berjalan perlahan menghampiri Zackry. Tangan keduanya di satukan. Mereka diarak ke pelamin. Majlis persandingan dan menepung tawar dijalankan. Zackry mahupun Aleeya hanya memendam rasa. Rimas diperlakukan sedemikian. Lebih menggeramkan waktu sesi bergambar dijalankan, pelbagai pose yang perlu mereka lakukan. Itu belum lagi usikan yang diberikan oleh tetamu yang hadir. Panas sahaja hati Aleeya. Wajah Zackry yang bersahaja semakin menambah geram dihati Aleeya. Selesai acara bersanding dan makan Damai, hadirin yang pulang semakin ramai. Aleeya melayan teman-teman sekolahnya yang hadir. Zackry pula berbual-bual dengan kedua-dua abang Aleeya. Dari jauh dia asyik memerhatikan Aleeya. Sehingga ke hari ini, hatinya semakin tertarik untuk mendekati Aleeya. Namun dia sedar Aleeya masih belum dapat menerimanya sebagai suami. “Leeya, Kau tak jemput Haikal ke?” Tanya Haliza yang terkenal dengan cakap lepas. “ Hmm.. malaslah…” Jawab Aleeya. Dari jauh, ada kelibat seseorang memerhatikan Aleeya. Aleeya perasan kelibat itu. Dia menghampirinya. “ Haikal??” Kata Aleeya. “ Ya.. Tahniah, saya dengar awak kahwin paksa.. kesian awak..” Kata-kata Haikal umpama ejekan buatnya. “ Awak… “ Aleeya tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Dia geram. Sudahla Haikal mempermainkan perasaannya, kini, dia diperli pula. “ Anyway.. hope awak enjoy your life with your beloved hubby la.. “ Kata Haikal diiringi senyum sinis. Seperti ada maksud tersirat di hujung kata-katanya. Aleeya semakin berang. Setelah Haikal berlalu, Aleeya terus ke kamarnya. Hadiah yang diterima memenuhi ruang kamarnya. Geram dengan sikap Haikal dan keadaan bilik yang berselerak menambah tekanan buat Aleeya. Dia menumbuk bantal lalu mengalirkan air mata. Dia geram, bengang, benci dengan segala-galanya. Dia benci dengan kehidupannya yang sentiasa menjadi mangsa dan korban bagi memuaskan hati pelbagai pihak. Siang berlalu pergi, Malam menampakkan suramnya. Aleeya masih tertidur di katilnya akibat kepenatan. Zackry memasuki kamar pengantin itu. Dia kasihan melihat Aleeya. Tidak sampai hati mahu dikejutkan isterinya itu. Zackry mandi dan menukar pakaianya. Dia harus berehat bagi berhadapan dengan majlis pihak lelaki keesokkan harinya. Aleeya membuka mata perlahan-lahan. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat Zackry berdiri dihadapannya dengan hanya berkain pelikat. “ Aaa…wak buat apa dalam bilik saya ni??!!” marah Aleeya. “ Eh.. ni kan bilik kita..” Zackry kehairanan. Aleeya memandang sekeliling. Dia menarik nafas panjang. “ Sory.. ini bilik saya, awak Cuma menumpang okey.. tolong pakai baju boleh tak? Geli saya tengok.” Kata Aleeya. Zackry mencapai bajunya. “ Tak nak tengok sudah.. bukan saya nak tunjuk pun.. pergi mandilah.” Kata Zackry. Aleeya mencapai tualanya. Dia terus ke bilik air. Selesai mandi dia bersiap dengan pakaian tidurnya. Malam semakin tua. Aleeya berbaring di atas katil. Zackry pula masih di luar. Aleeya membiarkan zackry. Tidak lama kemudian Zackry masuk dan terus baring di atas katil, sebelah Aleeya. Aleeya separuh menjerit. “ Awak… walaupun kita dah kahwin, tapi tak bermakna awak suami saya..” Kata Aleeya. Zackry duduk dan berkata “ Apa awak cakap ni?” “ Saya tak pernah anggap awak suami saya and takkan pernah pun. Awak tidur di bawah okey.” Aleeya mencampak bantal ke bawah. Zackry akur. Hatinya sedikit kecewa dengan sikap Aleeya. Tapi dia perlu bersabar. “ one more thing, esok masa bersanding and bergambar, tak payah nak romantic-romantic sangat. Suka- suka hati saja nak peluk and cium saya.. please la..” Aleeya memberi amaran. Zackry akur. Dia pun bukan teringin sangat. Cuma mengikut apa yang diarahkan. Zackry melelapkan matanya. Aleeya puas, kemarahannya kini dilepaskan kepada Zackry.
**********************************************************************************
 Majlis di pihak lelaki tidak kurang meriahnya. Majlis resepsi ala taman yang diadakan di dewan hotel bertaraf lima bintang dihadiri VVIP yang rata-ratanya teman seperjuangan Datuk Zabidin. Aleeya yang mengenakan gaun putih diarak bagai Cinderella bersama Zackry yang kacak mengenakan suit. Majlis di pihak lelaki lebih memenatkan kerana mereka terikat dengan beberapa protokol. Apa yang lebih menghairankan Aleeya, Zackry langsung tidak mengundang teman-temannya di Kolej Metropolitan. Pelajar-pelajarnya juga tidak diundang. Alasan Zackry adalah kerana mereka kahwin paksa. Malas mahu dihebohkan. Aleeya sebenarnya tidak pasti mereka berkahwin atas paksaan atau memaksa diri. Biarlah, asalkan semua gembira. Tamat sahaja Majlis tersebut, Aleeya menginap di rumah keluarga mentuanya selama seminggu. Selepas itu mereka akan berpindah ke rumah baru yang dihadiahkan oleh Datuk Zabidin. Rumah yang berhampiran dengan Kolej Metropolitan itu dalam proses pengubahsuaian. Di rumah keluarga mentuanya, Aleeya dapat menyesuaikan diri dengan mudah. Hubungannya dengan ibu zackry, Datin Syafiah juga rapat. Begitu juga dengan Datuk Zabidin. “ Mama selalu tak masak?” Tanya Aleeya. “ Mama memang suka masak la leeya. Walaupun ada orang gaji, papa tak suka tau, dia nak makan air tangan mama juga. Zack pun macam tu.” Ujar Datin Syafiah. Aleeya mengangguk. “ Ha… ni mama nak ajar leeya masak makanan kesukaan Zack, Gulai Lemak Cili Padi Ketam” Kata Datin Syafiah lagi. Aleeya kaget. “Ciss.. buat apa aku nak masak untuk dia, buang masa saja” Desis hati kecil Aleeya. Namun, bagi menghormati ibu mertuanya, Aleeya belajar jugak. 
**********************************************************************************


No comments:

Post a Comment