Tuesday, August 7, 2012

Sangkar Kasih 7


Najma menyemak operasi di Naj Mawa Bakery di KLCC. Segalanya dia perhatikan. Aidil pula berurusan dengan pekerja yang seramai 10 orang di sana. Dari pukul 10 pagi mereka di situ hingga kini sudah menunjukkan pukul 2 petang.

“Dah settle part awak Aidil?” Soal Najma.

“Belum.. tapi kita solat and lunch dulu.. lepas ni sambung semula. Banyak lagi report nak kena tengok ni..” Balas Aidil. Najma mengangguk. Dia mencapai tas tangannya dan beriringan berjalan dengan Aidil.

“Surau kat mana awak?” Soal Najma. Aidil menunjukkan arah. Najma dan Aidil menuju haluan masing masing. Najma ke surau wanita manakala Aidil di surau lelaki. Mereka menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan sebelum menyambung tugas mereka. Usai solat, Najma kembali ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu Aidil. Najma melangkah cermat persis gadis melayu terakhir. Sedang dia berjalan, telefon bimbitnya berdering. Panggilan dari Salina.

“Semuanya okay ma.. Alhamdulillah..” Beritahu Najma sebaik disoal ibunya.

“Baguslah.. Aidil macam mana? Dia ada tolong?” Salina menyoal lagi.

“Dia banyak tolong Naja ma.. Mama kat Office lagi ke? Naja rasa habis dalam pukul 5 ni.. Jumpa mama kat Office nanti ye..” Balas Najma.

“Mama Kat Office, tapi malam ni mama ada Dinner dengan Datuk Halim. Meeting. Naja balik sendiri boleh?” Salina menambah.

“Yeke? Macam mana nak balik sendiri ma? Naik teksi ke?” Najma pula menyoal.

“Hmm.. minta Aidil hantar pun boleh. Dia tahu rumah kita.. Dia selalu juga hantar mama..” Balas Salina. Aidil? Alamak. Najma segan nak minta pertolongan lelaki itu.

“Kalau naik teksi tak boleh ke ma?” Najma menyoal lagi. Dia telah menghampiri Aidil. Aidil tidak mahu mengganggu perbualan Najma. Dia biarkan dahulu. Najma memberi isyarat tunggu sekejap. Aidil mengangguk.

“Ish.. bahaya sayang.. Kenapa? Segan nak cakap ke? Biar mama cakap dengan dia.. Dia ada kat situ tak?” Pinta Salina. Najma akur. Dia berikan telefon bimbitnya pada Aidil.

“Kenapa?” Soal Aidil.

“Mama nak cakap..” Balas Najma. Aidil ambil dan berbicara dengan Salina.

“Saya ada meeting dengan Datuk Halim, kamu tolong hantarkan Najma balik boleh tak? Dia segan nak cakap pada kamu.. Boleh tak?” Soal Salina.

“Boleh Puan.. InsyaAllah saya hantar dia nanti..” Balas Aidil. Najma disisi senyum tawar. Aidil tertawa kecil.

“Jaga elok-elok puteri saya tu.. siap nanti awak..” Salina memesan. Aidil tertawa. Selesai bercakap dia kembalikan telefon bimbit kepada najma.

“Okay sayang.. Take care. Assalammualaikum..” Kata akhir Salina. Najma menjawab salam ibunya itu. Dia simpan telefon bimbitnya dalam tas tangannya.

“Aidil.. Thanks ya.. Sorry susahkan awak..” Kata Najma.

“Its Okay… . Tak menyusahkan pun.. jomlah kita lunch. Nanti boleh sambung kerja. Siap awal, balik awal..” Kata Aidil.

“Amboi.. kalau bab balik suka awak ye.. Anak isteri tunggu kat rumahlah tu..” Kata najma. Aidil tertawa mendengar kata Najma itu.

“saya ni bujang terlajak Najma..” Balas Aidil. Najma pula tertawa. Mereka berjalan beriringan ke Food Court. Najma memilih untuk makan Nasi Ayam manakala Aidil makan Nasi Campur. Sambil makan mereka berbual-bual tentang kerja. Banyak yang Najma soal. Aidil pula tidak jemu-jemu menjawab. Dia merenung wajah manis Najma. Hatinya berbunga indah.

“Alangkah bahagianya kalau dapat dia ni..” Aidil berkata dalam hatinya. Soalan Najma menghentikan lamunan Aidil. Aidil kembali focus pada soalan Najma.

“Baguslah awak ni.. semua awak tahu.. Thanks..” Kata Najma.

“Tak adalah.. Puan Salina lagi banyak tahu..” Balas Aidil.

“ memanglah.. tapi style mama dia tak bagitahu saya segalanya tau..dia suruh saya cari sendiri.. katanya, kalau kita usaha nak dapatkan sesuatu tu, kita akan lebih ingat dan hargai..” Najma menambah.

“Betullah tu..” Kata Aidil.

“Aidil…!! Amboi kau, hari kerja keluar dengan awek..” Bahu Aidil dipegang seseorang. Aidil menoleh.

“Ceh.. Kau Bob.. sihat kau..” Kedua sahabat itu bersalaman. Najma hanya memandang. Tak tahu nak mencelah di mana.

“Nama pun Bob. Badan Orang Besar.. Kau ni dating time office hour pehal? Wah.. bahagia Nampak..” Bob menambah. Najma senyum.

“Oiit.. bukanlah. Ni anak bos aku la.. kerja sama dengan aku.. ape dating-dating pulak..” Aidil menafikan. Najma lega.

“Oo.. maaf cik..” Bob berkata pada Najma.

“Its Okay…” Balas Najma.

“Kau macam mana sekarang? Buat apa kat sini?” Soal Aidil.

“Aku cuti sekarang.. Next week nak naik pelamin. Ni tengah usha barang nak tambah sikit-sikit lagi..” Balas Bob.

“Wah.. kau lagi cepat dari aku.. siot kau.. mana tunang kau?” Aidil menepuk bahu temannya itu.

“Dia tengah makan kat sana.. aku ni nak pergi toilet ni.. Okaylah bro. Jemputlah datang.. Cantik..” Balas Bob. Mereka tertawa. Najma hanya diam. Sesudah Bob berlalu. Aidil memandang Najma kembali.

“Kawan?” Soal Najma.

“yup.. member kat kolej dulu.. dah nak kahwin pun.. saya juga tak laku-laku.. Ni rasa macam nak nyanyi lagu wali band je.. ” Balas Aidil. Najma hanya senyum.

“Awak senyum-senyum ni mesti dah tak lama kan?” Aidil menyoal.

“Eh tak lah.. Saya ni usah nak kata tunang, boy friend pun tak ada tau..” Balas Najma.

“yeke? Orang cantik macam awak ni.. takkan tak ada yang berkenan kot..” Aidil menambah.

“Entah. Ada kot, saya tak berkenan.. Malas lah nak fikir lagi pasal kahwin. Banyak lagi matlamat hidup nak dicapai..” Jawab najma.

“Yeke..mesti jenis memilih kan awak ni..” Aidil berkata lagi.

“Tak salah kan kalau memilih? Kahwin tu bukan main-main, kenalah cari yang betul-betul untuk hidup bersama. Taknak lah cerai-cerai..” Tambah Najma. Aidil angguk setuju.

“Jomlah.. saya dah siap..” Kata Najma. Dia bangun. Aidil menurutinya. Mereka kembali melaksanakan tugas mereka. Sambil melakukan tugas, Aidil tak terlepas mencuri pandang terhadap Najma. Dapat rasakan hatinya mula tertarik pada Najma. Apabila Salina memintanya menghantar najma pulang, bagai pucuk dicita ulam yang datang baginya. Dia senyum sendirian. Najma pula melakukan tugasnya dengan penuh dedikasi. Dia sentiasa belajar dan belajar. Minat yang mendalam menjadi pendorong buatnya selain sokongan dari ibuya. Bidang perniagaan adalah minantnya. Kerana itu juga dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan hingga menggengam segulung ijazah dalam bidang itu. Suatu hari nanti dia berhasrat mahu memiliki perniagaan sendiri dan mengulangi kejayaan ibunya.

“Okay.. settle semua.. a month dari sekarang kita akan pantau lagi..” beritahu Aidil. Najma mengangguk ambil bersiap untuk pulang. Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 5.30 petang. Mereka terlewat setengah jam dari apa yang disasar. Namun, itu bukanlah masalah kerana tugas yang dilangsaikan mestilah dilakukan dengan sempurna. Najma dan Aidil berjalan menuju ke parkir. Hati Najma masih dirundung segan kerana menyusahkan Aidil menghantarnya pulang. Kalau dia punyai kereta sendiri seperti adiknya Najwa, situasi itu tidak akan berlaku. Mulai sekarang dia perlu kumpul duit untuk membeli kereta sendiri. Bukan dia tidak mahu meminta dari ibunya, namun dia lebih suka memiliki sesuatu hasil titik peluh sendiri.

“Selalu ke awak hantar mama saya balik?” Soal Najwa. Dia memakai tali pinggang keledar sebagai langkah keselamatan.

“Taklah.. Ada dua kali je..” Balas Aidil. Enjin kereta dihidupkannya. Kereta Toyota Wish miliknya itu dipandu keluar meninggalkan parkir KLCC.

“Oo.. so, ingat tak jalan nak kerumah saya?” Najma soal lagi lelaki berusia 27 tahun itu.

“Ingatlah.. Semua jalan kat KL ni saya dah hafal lah Najma.. janganlah risau.. tak sesat punya..” Aidil berkata bangga. Najma senyum. Dia angguk. Aidil memandu cermat dijalan raya.

“Awak nak balik terus ke?” Soal Aidil. Najma terkedu dengan soalan itu.

“Yelah.. kenapa?” Nakma menyoal hairan.

“Tak lah.. mana lah tahu nak jalan-jalan dulu.. awak mesti belum ronda KL ni habis lagi kan..” Aidil menambah.

“Memanglah. Nak ronda pun tak ada masa..” Balas Najma.

“Jom kita pergi Tasik titiwangsa nak tak? Awak dah pernah pergi sana?” Soal Aidil.

“Pernah pergi ngan mama.. tapi 3 years ago. Nak ke sana buat apa?” Najma balas.

“duduk-duduk nikmati pemandangan tasik..” Balas Aidil pula.

“Buang masa.. Tak payah la awak.. Dah petang ni. Hantar saya balik terus k.. Maybe lain kali..” Najma menjawab. Aidil terkedu. Punah impiannya untuk meluang masa bersama gadis manis itu. Aidil akur. Dia hantar Najma pulang.

“Thanks Aidil hantar saya balik.. Esok jumpa kat office ok.. drive elok-elok..” Kata Najma sebaik turun dari kereta.

“Okay.. jumpa esok.. Assalammualaikum..” Balas Aidil. Najma menjawab salam Aidil. Dia terus masuk ke perkarangan rumah. Najma sedikit hairan melihat sebuah kereta Honda Jazz ada di perkarangan rumahnya selain kereta milik Najwa. Najma terus melangkah masuk kedalam rumah. Dia terlihat Najwa dan seorang lelaki sedang berbual di sofa. Najma tidak mahu campur mahupun membangkitkan rasa kurang senang adiknya Dia terus berlalu naik ke biliknya.

“Kak.. Mama tak balik sekali?” Suara Najwa memanggilnya. Langkah Najma terhenti. Hatinya sedikit gembira mendengar sapaan Najwa itu.

“Belum.. mama ada dinner and meeting. Lambat sikit balik..” Najma menjawab.

“Oohh.. Okay..” Balas najwa dan kembali berbual dengan temannya. Najma diam. Tapi hatinya sudah cukup terubat ditegur sebegitu oleh adik kesayangannya itu. Mungkin itu satu permulaan yang baik. Najma kembali melangkah ke kamarnya.

“Hoi Ray.. apasal you ternganga??!!” Najwa tampar paha Ray. Ray menunjukkan muka hairan. Eko matanya mengiringi tiap langkah Najma ke kamarnya. Najwa tertawa.

“Tu kakak I.. kitorang kembar..” Najwa menjelaskan.

“Ooo.. Patut muka sama.. you tak pernah bagitahu I pun.” Balas Ray.

“Ala.. bukan penting pun nak tahu.. Dahla.. you ni bila nak balik.. dah 2 jam lepak rumah I..” Ngomel Najwa.

“You ni sayang.. Halau I ke? Sampai hati you..” Ray menarik muncung.

“Tak lah menghalau.. Tapi kalau you nak balik, I alu-alukan..” Jawab Najwa.

“Okaylah.. you ni macam tak suka I je.. Jom keluar nak tak? Kita lepak-lepak.. kat hotel ke..” Ray memberi cadangan. Dia cuba menggoda Najwa.

“I senggugut la.. Lain kali ok.. you baliklah dulu..” Najwa memberikan jawapan menghampakan Ray. Lelaki kasanova itu pasrah. Dia melangkah keluar dan terus ke keretanya. Sebelum memandu pulang, Ray mengatur strategi.

“Kalau tak dapat adik, kakak pun boleh.. cantik juga..” Kata hati kecil lelaki itu. Dia tertawa sendiri. Ray terus memandu pergi dari kediaman Najwa.
Najwa dapat membaca niat buruk Ray. Pandangan mata Ray membuatkan dia curiga. Dia risaukan kakaknya. Najwa melagkah masuk kerumah.

“Dah balik kawan kamu wawa?” Mak Yam muncul dari dapur. Najwa mengangguk.

“Pelik je Mak Ya tengok kawan kamu tu.. Macam bukan orang baik je.. Hati-hati kamu berkawan dengan budak tu..” Nasihat Mak Yam.

“Mak Yam jangan risau.. ni wawa la..” Jawab Najwa. Dia segera menaiki tangga menuju kamarnya. Di pertengahan tangga, dia berselisih dengan kakaknya, Najma. Najwa pandang Najma begitu juga Najma. Mata mereka bertentangan. Najwa cepat mengalih pandangannya dan berlalu ke kamarnya. Najma melihat adiknya itu dengan ekor mata. Dia mengeluh kecil.

“ego budak ni..” Kata Mak Yam. Najma menghampiri wanita itu. Dia hanya senyum, tidak tahu apa yang harus diucapkan. Biarlah Najwa begitu, Najma hanya berdoa suatu hari nanti Najwa terbuka hati menerima kehadirannya. Biarlah masa dan keadaan yang menentukannya.

No comments:

Post a Comment