Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 26


Alamak. Aku terbangun agak lewat. Subuh gajah aku hari ini. Firdaus pula entah apa anginnya tak mengejutka aku. Aku terus bersiap. Penerbangan untuk ke Indonesia pukul 11 pagi. Aku lihat jam tangan. Baru pukul 9. Masih sempat. Firdaus pula ketika itu sudah ketempat kerja. Nampak gayanya tak sempatlah aku bersalaman dengannya sebelum ke Indonesia. Tak apa lah. Cuma dua hari aku di sana. Aku cuba menghubungi Firdaus. Tapi tak dijawabnya. Siuk barangkali. Aku siapkan diri dan barang-barang.

“Pak Samad hantar saya ke Airport boleh. Saya nak ke Indonesia..” Kataku kepada lelaki separuh abad itu. Pak Samad mengangguk. Dia hidupkan enjin kereta dan memasukkan bagasiku ke dalam bot kereta.

“Mak Kiah.. nati Tuan balik masak, klu ada apa-apa call saya..” Pesan aku buat Mak Kiah.

“Baik Puan.. elok-elok ye..” Balasnya. Aku mengangguk. Perjalanan dari rumah ke Lapangan Terbang mengambil masa hamper 30 minit. Pak Samad memang pemandu yang cekap. Aku tiba di LCCT jam 10 pagi dan terus ke balai perlepasan. Walaupun hatiku gusar meninggalkan Firdaus dalam tempoh dua hari, tapi ini adalah tugaskan. Projek jutaan ringgit menanti di sana. Aku harus berkorban demi Sutera Holding. Aku kekaunter untu membuat semakan perjalanan.

Perjalanan dari LCCT ke Lapangan Terbang Bandung hanya memakan masa 45 minit. Sepanjang perjalanan menaiki Air Asia, aku tenang meneliti semua dokumen. Harap semuanya berjalan lancar. Ketibaan aku di Bandung disambut wakil dari Syarikat Pertina Indonesia. Aku menetap di Hilton Hotel, sebuah hotel bertaraf 5 bintang di sana. Layanan yang diberikan sangat memuaskan.

Berada di Indonesia bukan semata-mata untuk bercuti atau melancong, aku punyai tugas berat di sana. Pada sebelah petang aku dijemput untuk minum petang bersama pengarah urusan Pertina. Kami berbincang segala yang perlu bagi projek yang bakal dilaksanakan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Keesokan harinya aku perlu hadir ke sidang media di Pejabat Urusan Pertina.

Perjumpaan dengan Media Indonesia sedikit sebanyak membantu dalam mempromosikan Sutera Holding dan usahasama syarikat Malaysia dan Indonesia itu mampu mengeratkan lagi hubungan dua Negara yang berjiran ini. Memang tugas yang berat dan banyak perkara perlu dilakukan. Namun aku cukup berpuas hati kerana segalanya berjalan seperti yang dirancang.

“Terima Kasih kerana sudi bekerja sama dengan Syarikat Kami..” Kata Omas Sudiran, wakil dari Pertina.

“Sama-sama.. Malaysia dan Indonesia harus mempunyai hubungan yang baik.. Kita kan berjiran..” Balasku. Di sana, bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia tidak banyak perbezaan jadi ini memudahkan proses komunikasi kerana kebanyakan warga Indonesia tidak fasih berbahasa Inggeris.

Sebelum berangkat pulang, aku sempat membeli belah buah tangan buat suami. Dua hari di sana membuatkan aku cukup merindui Firdaus. Namun, kesibukkan membataskan aku untuk menghubunginya. Dia pula tiada menghubungi aku. Mungkin dia juga sibuk. Berkobar-kobar rasanya aku mahu pulang.

No comments:

Post a Comment