Tuesday, August 7, 2012

Sangkar Kasih 6


“Pagi yang gelap, kini sudah hujan.. aku adikmu dan engkau akak.. ku amat menyampah denganmu..” Najwa melantunkan vokalnya. Katrina dan Hakim yang sedang memainkan muzik diam.

“Hoi wawa… agak-agakla kalau nak MENYUMBANGKAN lagu kot…” Bebel Hakim.

“Woii.. aku faham lirik ko tu. Tapi kalau band Hujan tu dengar, mahunya diorang letupkan kau lepastu diorang pulak letupkan diri..” Katrina pula mengomel. Najwa tersenyum sumbing sambil menggarukan kepala yang tidak gatal.

“Spoil la kau.. woi minah, kau tak ok lagi dengan kakak kau..?” Hakim menyoal. Mereka menghentikan seketika latihan mereka. Hakim mengambil sebotol air mineral dan meminumnya.

“Belum.. aku tak tahulah wei.. Kekadang aku menyampah, tapi… aku rasa macam sayang pulak.. aku tak tahulah..” Pengakuan jujur Najwa.

“Aku tahu.. inilah yang dipanggil Firasat kembar. Kau sebenarnya sayang kakak kau tu.. saja kau ego buat-buat menyampah kat dia je kan..” Katrina menambah.

“Amboi cat.. pandai kau bermadah kata..” Hakim memerli. Seketul penumbuk hinggap di pahanya. Dia mengerut kesakitan.

“Maybe.. aku dah segan pula nak baik-baik dengan dia..” Najwa menambah lagi. Hakim dan Katrina mendengar.

“Ikut kau la wawa.. bak kata orang lain la bukan aku.. manusia akan lebih hargai sesuatu bila dia dah kehilangannya.. jangan sampai kakak kau dah tak ada nanti baru kau nak cakap kau sayang dia..” Mulut Hakim berpujangga.

‘Agak-agak la woi..” Najwa menghadiahakan satu lagi penumbuk buat hakim. Dia dan Katrina tertawa. Mereka kembali ke bilik latihan. Hakim mengerut lagi.

“Takraw betullah korang ni.. namanya je dalam IC perempuan, penumbuk kuat gila!!” Hakim geram. Selalu dia menjadi mangsa.

“Sapa suruh kau jadi jambu macam tu.. baru tumbuk sikit dah sakit.. kalau kitorang takraw, kau tu balet. Lembut..” Najwa membalas. Dia ketawa. Mereka kembali berlatih.

Najwa selaku vokalis dan pemain gitar , Hakim piano dan Katrina drum. Latihan ini hanyalah untuk tujuan amali bagi melengkapkan pengajian mereka. Najwa melontarkan vokalnya yang mantap dalam nyanyian. Hakim dan Katrina juga tidak kurang hebatnya dalam tugas masing-masing.

“Hello.. Ray.. hoi mangkuk.. apa hal?” Najwa menjawab panggilan teman lelakinya setelah mereka selesai membuat latihan. Najwa, Hakim dan Katrina berjalan seiringan menuju ke cafeteria.

“Saja nak call.. you kat mana?” Soal Ray.

“Oo.. banyak pula kredit you.. call just nak tanya I kat mana.. kat kolej la beruk.. takkan kat tanah perkuburan pula..” Balas Najwa. Hakim dan Katrina merah muka menahan tawa. Memang malang Ray memilih Najwa untuk dijadikan teman wanita.

“Cantiknya bahasa you.. Adoi you ni.. I miss you sayang..” Balas Ray seperti mahu menangis. Najwa selalu mengenakannya.

“Tak payah nak miss I lah.. geli.. you buat apa tu?” Najwa membalas. Mahu meleleh air mata Ray mendengar tiap patah jawapan Najwa. Dia sabar.

“I baru nak keluar.. Sorry coz cancelkan date hari tu.. next time kita jumpa ye sayang..” Kata Ray.

“la.. tak de hal lah.. Tapi mana cukup say sorry je.. Bagilah coklat ke, coklat ke, dan coklat..” Najwa berkata.

“Okay… nanti I ada masa I bagi… Okay la. Bye sayang.. love you..” Ray membalas.

“Okay.. bye-bye..” Jawab Najwa. Dia mematikan talian. Najwa ketawa berdekah-dekah.

“ hoi.. dah macam Babun aku tengok kau ni..” Hakim menegur.

“Ala.. biarlah..kau tau ke babun tu apa? Peah tengok?” Najwa membalas. Hakim menggeleng.

“ha.. meh aku tunjuk..” Najwa mengajak Katrina dan Hakim. Mereka mengikuti.

“Ni lah babun..” Najwa menunjukkan.

“Woi.. pintulah tu..” Katrina bersuara.

“Tu lah korang.. balik nanti beli kamus arab melayu.. Babun tu maksudnya pintu..” Najwa membalas dan ketawa. Geli hati dia melihat muka temannya itu.

“Sengal betul kau ni..” Hakim geram. Tapi mereka tertawa juga setelah menyedari diri dikenakan Najwa. Najwa dan temannya tiba di cafeteria dan memesan makanan. Mereka duduk di satu sudut sambil menikmati hidangan. Suasana di cafeteria agak lengang. Mungkin kerana masih ramai yang belum tamat kelas.

“Malam ni lepak mana?” Katrina menyoal.

“woi.. aku tak boleh.. ada kenduri tahlil lagi la..” Hakim berkata.

“Kau ni.. ayik kenduri tahlil je.. Adoi.. Rumah Pak Long kau lagi ke? Buat Tahlil pasal apa?” Najwa membalas.

“Mak Long aku baru meinggal. Tu yang buat Tahlil sikit. Tapi Pak Long aku tu pelik la.. Baru seminggu lebih Mak Long aku meninggal, boleh dia bawak sekali awek dia yang bakal jadi bini baru dia masa tahlil tu..” Hakim menambah. Najwa dan Katrina menunjukkan muka hairan.

“Tu lah orang lelaki..” Katrina mengomel.

“Entah.. sama macam papa aku tu.. Baru cerai ngan mama aku dah ada wife baru.. Apa entah, Mummy laila kot.. Entah apa-apa..” Najwa bersuara lagi.

“Yeke.. wei.. papa kau kerja apa ye? Selama ni kitorang tahu pasal mama kau je.. Kau tak jenguk papa kau?” Hakim yang sentiasa banyak soalan menyoal.

“Papa aku pencen askar.. lepas tu dia buka Hotel kat Kuala Perlis and langkawi.” Kata najwa.

“Pergh.. memang anak orang kaya la kau ni.. Kau tak pernah jumpa papa kau ke lepas diorang divorce?” Katrina mengemukakan soalan susulan.

“Tak.. Kakak aku je yang selalu datang sini. Lepas mama aku pindah sini, aku tak jumpa pun papa aku. Malas aku.. lagipun aku malas nak mengadap muka Mak tiri aku tu.. Aku tau pasa papa pun bila mama cerita..” Jelas Najwa.

“Kau ni.. 13 tahun tak jenguk dia.. kau tak rindu dia ke.. kalau aku, daddy aku pergi oversea seminggu pun aku dah rindu.. Tapi yang best bila dia balik bawa buah tangan untuk aku..’ Katrina menambah. Dan senyum. Najwa diam.

“Entah.. aku pun macam kau… Dulu ayah aku outstation aku demam wei.. rindu punya pasal..” Hakim pula berkata. Najwa tunduk. Ada linangan air mata di matanya. Dia pantas bangun dan pergi meninggalkan dua temannya itu.

“Eh, Wawa!!” Hakim dan Katrina menjerit serentak. Mereka kaget. Najwa terus berlalu meninggalkan dua temannya itu. Entah kenapa hatinya sebak bila mendengar temannya bercerita perihal bapa masing-masing. Najwa tiba di keretanya dan terus meluncur laju. Hakim dan Katrina mengah. Mereka tidak sempat mengejar Najwa.

“Kita salah cakap ke?” soal Hakim.

“Entahlah.. mungkin dia terasa kot bila kita story pasal dad.. Ala.. aku tak tahulah pula dia sensetif bila cakap pasal tu. Aku tengk dia otai je..” Katrina kesal.

“Tu lah.. kau lah yang start.. dah dia merajuk..” hakim menyalahkan Katrina.

“Aku pula yang kena? Kau pun sama lah…” Katrina membalas.

“Yela-yela.. nanti kita sama-sama pujuk dia.. Jom lah blah..” Hakim menambah.
Sementara itu, Najwa menangis sambil memandu. Jauh di sudut hati dia rindukan ayahnya. Walaupun dia cuba kuatkan diri hidup tanpa kasih sayang seorang ayah, walaupun egonya tinggi tapi bila mendengar kedua temannya bercerita tentang bapa masing-masing, hatinya terguris. Dia sebak.

“Wawa benci papa.. kenapa papa tinggalkan wawa and mama..” desis hati kecil Najwa sambil mengesat air matanya. Kenapa dia ditakdirkan begitu. Najwa teruskan pemanduan. Dia memandu pulang. Tiada destinasi lain harus dituju. Telefon bimbitnya bordering. Panggilan dari Katrina. Najwa abaikan sahaja. Sekali lagi Katrina menghubunginya. Najwa tiada pilihan. Dia sambut panggilan itu.

“Woi.. ala kau ni.. sensetif la pula.. Aku ngan Hakim mintak maaf ni.. Janganlah macam ni wei.. Kitorang tak tahu plak kau jadi sampai macam ni.. Sorry la wawa.. Please..” Katrina merayu. Najwa hanya diam.

“Wawa.. tak kesian kat kitorang ke? Janganlah macam ni.. Kalau kau macam ni aku nanti makan tak lalu, tidur tak lena, mandi swimming pool tau.. sorry la..” Suara Hakim pula kedengaran.

‘Hmm.. Bukan salah korang la.. Its okay la beb.. Tapi aku dah on the way nak balik ni.. see you all tomorrow.. bye” Balas Najwa. Talian dimatikan. Dia kembali memandu tenang. Sekali sekala dikerling jam digital dalam keretanya. Jam baru menunjukkan pukul 4 petang. Najwa teruskan pemanduan sehinggalah dia tiba di rumah.

“Awal balik wawa..” Tegur Mak Yam sebaik Najwa melangkah masuk ke dalam rumah.

“Dah tak ada kelas…” Jawabnya perlahan. Mak Yam hairan.

“Aikk.. demam ke? Selalu, kalau belum matahari terbenam, tak reti-reti nak pulang..” Mak Yam mengomel. Najwa mencemik muka.

“mak Yam ni.. ingat wawa ni jahat sangat ke? Dah la.. wawa masuk bilik dulu” Balas Najwa. Dia melangkah menuju kamarnya. Sebelum masuk ke bilik, dia sempat menjenguk bilik Najma. Entah kenapa detik hatinya tiba-tiba mahu menjenguk. Tombol pintu dipulas. Pintu dikuaknya.

“Sweet and soft.. kakak aku ni still sama macam dulu..” Hatinya berkata. Dia senyum. Dia tutup kembali pintu dan menuju ke kamarnya. Najwa merebahkan diri di atas katil. Dia keluarkan sebuah dari laci.

“Papa… kakak.. mama.. wawa nak kita kembali macam dulu..” Desis hati kecilnya. Air mata mula menitis. Najwa menyelak satu persatu gambar yang tersusun dalam album itu. Hatinya diruntun hiba. Dia masih ingat waktu berpindah ke Kuala Lumpur, dia demam teruk kerana merindui bapa serta kakaknya. Najwa juga sering rasa tersisih kerana seringkali diejek tidak mempunyai ayah. Dia juga cemburu bila melihat teman-temannya yang lain sering dihantar dan dijemput oleh bapa mereka. Najwa juga rindu gelak tawa bersama kakaknya. Tapi keadaan dan masa mengubah segalanya sehingga dia menebalkan egonya. Dia menjadi marah dengan situasi itu. Namun jauh disudut hati, dia mengharapkan keluarganya kembali bersatu. Najwa peluk Teddy Bear pemberian ibunya.

Dia membaringkan diri sambil menggamit memori lalu. Tiba-tiba najwa terdengar suara riuh rendah dari tingkat bawah rumahnya. Najwa bingkas bangun dari katil dan keluar dari kamarnya. Dari atas dia terlihat ramai orang keluar masuk dari rumahnya. Muka mereka semuanya suram. Najwa turun. Dia memerhati sekeliling mencari kelibat ibunya. Tapi tidak kelihatan. Dia hanya dengar suara esakan beberapa orang. Kebanyakan dari mereka tidak dia kenali.

“Wawa..” Suara Mak Yam kedengaran. Najwa menoleh. Wanita itu sedu sedan menahan sebak. Mak Yam peluk Najwa.

“Kenapa ni Mak Yam? Mama mana?” Najwa menyoal. Mak Yam tunduk.

“Mama ada kat dapur.. Kakak kamu. Najma dah meninggal. Kemalangan. Ni tengah tunggu jenazah dia dari hospital..” Ungkap Mak Yam. Najwa terkedu. Serta merta seluruh tubuhnya lemah. Air mata mula membasahi pipi. Najwa berlari ke dapur. Dia mendapatkan Salina dan memeluk ibunya itu.

“Mama…. Kakak ma..” Najwa tidak dapat menahan sebak.

“Kakak dah tak ada sayang..” Salina berkata dalam esak tangis. Najwa menangis. Dia terus menangis.

“Puan.. Jenazah dah sampai..” Beritahu Mak Yam. Salina pimpin Najwa ke ruang tamu. Jenazah najma diturunkan dan ditempatkan di ruang tamu. Bau kemenyan mula menyelubungi rumah. Di setiap sudut, sanak saudara dan sahabat handai membacakan Yassin. Najwa lemah. Sekujur tubuh dihadapannya yang sudah lengkap dikafankan adalah milik kakaknya. Najwa rebah di sisi jenazah Najma. Salina pegang anaknya itu. Kain penutup muka dibuka. Salina mencium wajah anaknya yang sudah kaku. Najwa semakin lemah.

“Kakak.. adik sayang kakak.. kenapa akak tinggalkan adik… akak!! Bangunlah!!” Najwa semakin tak terkawal. Dia goncang tubuh kakaknya yang kaku itu.

“Wawa.. sabar…” Salina menenangkan anaknya.

“No ma… kakak belum mati.. buka ni!! Kakak masih hidup… Bangunlah Kak!!!” Najwa menangis. Beberapa orang cuba tenteramkannya.

“Najwa… Cukup!! Kita kena redha..” Salina menguatkan suara. Walaupun dia juga masih sedih, dia harus kuat lebih-lebih lagi dihadapan puterinya itu.

“Ma.. Wawa sayang kakak… Tuhan tak adil.. Wawa nak kakak semula.. Ma…” Najwa memeluk ibunya. Salina membawa Najwa ke sofa. Najwa ditenangkan. Dada Najwa masih turun naik menahan kesedihan.

“Kakak… bagi balik kakak aku…” Najwa berkata. Salina dan Mak Yam cuba mengurut-ngurut belakang Najwa agar dia tenang. Selesai solat jenazah dan segalanya. Jenazah Najma dibawa keluar dari rumah untuk menuju ke tanah perkuburan. Sekali lagi Najwa tak terkawal.

“Jangan bawa kakak pergi… Akak!!! Jangan tinggalkan adik..” Najwa meraung. Jenazah Najma tetap dibawa pergi. Dia kemudian pengsan tidak sedarkan diri. Pandangan najwa gelap.

“Wawa…. Wawa… bangun sayang..” Suara Salina kedengaran. Najwa membuka mata. Dia terus bangkit dan peluk ibunya.

“Hey.. kenapa ni? Tu lah.. Tidur maghrib.. Dah.. bangun mandi..” Salina berkata. Najwa pandang ibunya. Ibunya masih berpakaian pejabat. Dia pandang pula sekeliling. Itu biliknya. Dia lihat jam. Sudah pukul 7.30 petang. Najwa mengucap panjang.

“Ma baru balik kerja? Kakak mana?” Soalnya.

“Ye sayang… Kakak kat bilik dialah. Kenapa?” Salina membalas. Najwa menggelengkan kepala.

“Wawa mandi dulu ma…” Kata Najwa. Salina angguk. Dia melangkah keluar dari kamar anaknya itu. Najwa meraup muka dan beristighfar. Dia bersyukur kerana itu hanya mimpi.

No comments:

Post a Comment