Tuesday, August 7, 2012

Sangkar Kasih 3


“Apasal kau moody semacam je hari ni?” Soal Katrina, teman baik Najwa.

“Entah.. kau datang bulan ke woi..?” Hakim pula menyoal.

“Agak-agak la woi.. aku bengang la. Kakak aku balik. Bosan betullah. Mama aku pula happy sangat anak kesayangan dia balik. Bodoh betul!!” Najwa membalas. Dia kurang senang dengan kehadiran Najma.

“Eleh.. hal kecil pun moody sampai macam ni.. Relax la.. Tak kan kau tak rindu kakak kau beb. Kembar tu.. pelik betul aku..” Hakim menambah.

“Alaaa.. suka hati aku lah.. aku memang tak rindu pun. Menyampah adalah. Dah la ayu semacam. Geli aku. Tak trendy langsung. Tu lah duduk terperuk kat utara sana. Minum ayaq, tu lah jadinya. Kampung je..” Najwa membalas lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Kelasnya sudah tamat dua jam yang lalu, tapi telah menjadi kebiasaan bagi anak kota sepertinya untuk melepak. Suasana Bukit Bintang tika itu agak sibuk. Najwa dan dua temannya Hakim dan Katrina sedang menikmati secawan kopi di Old Town White Café. Najwa meluahkan rasa kurang senangnya dengan kehadiran kakaknya ke rumahnya.

“Oii beb.. esok kelas tak ada.. nak lepak mana?” Hakim menyiku Katrina.

“Entah.. aku on je mana nak pergi.. minah ni la..” Katrina menunjukkan ke arah Najwa. Najwa membetulkan ikat rambutnya yang mengurai.

“Esok weekend kan.. jom jamming wei.. aku dah gian nak melalak ni..” Hakim menambah. Najwa masih diam.

“Oii wawa.. kau dengar tak.. beb.. sudah-sudahla moody tu.. biar lantak ar kakak kau tu..” Katrina geram.

“Okay-okay.. esok aku tak boleh gi mana-mana la.. aku ada date dengan Ray..” Kata Najwa. Dia tersenyum.

“Hek eleh kau ni.. muka dah brutal, dress up dah mantap, hati jiwang la cat.. poyo.. pergi blah la dengan kau punya abang macho tu..” Hakim membalas. Dia dan Katrina tertawa. Najwa tersengih. Ala, dia bukan benar-benar cintakan Ramli atau lebih dikenali sebagai Ray itu. Namun sengaja dia mahu merasa bercinta sepertimana orang lain. Dia tahu, Ray bukanlah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Sekadar suka-suka sahaja. Lagipun Ray adalah pengerusi kelab Myvi yang disertainya. Mereka berkenalan sewaktu perjumpaan ahli kelab di Rawang. Itu pun Ray yang memikatnya. Dia layan saja. Ramai yang mengkhabarkan bahawa Ray adalah playboy, dia hanya senyum. Dia pun bukan serius dengan lelaki itu.

“Okay.. Times up, aku kena blah dulu..” Hakim mengangkat punggung dari kerusi.

“Ala.. relax la.. baru pukul 7.30.. anak mak betul lah kau ni..” Najwa membebel.

“Aku kena ikut mama aku malam ni. Ada kenduri tahlil rumah Pak Long aku kat Serdang. Aku cau dulu.. cau cincau..” Hakim pergi meninggalkan Najwa dan Katrina.

“Entah apa-apa lah mamat jambu ni. Mengata aku, kau pun sama.. poyo tak sudah-sudah..” Najwa membebel lagi.

“Ala… biar lah dia.. aku pun kejap lagi nak balik juga. Sorry la tak dapat lepak lama-lama dengan kau..” Katrina pula bersuara. Najwa mencemik muka.

“Oii.. apahal korang ni.. ala.. tak kan aku sorang-sorang beb.. tak rock la..” Najwa merungut kecil. Katrina hanya senyum melihat kelakuan temannya itu.

“Ala.. kau pun bawak-bawak la balik rumah.. okaylah.. aku blah dulu..” Katrina bangun dan berlalu. Kini tinggal Najwa seorang. Najwa masih setia bersama segelas kopinya. Dia hirup perlahan. Tenang. Hatinya berat mahu pulang. Bukan apa, malas mahu mengadap muka kakaknya yang tidak disukainya. Dia mengeluh.

“Hai.. boleh saya duduk sini?” Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya.

“Oii.. aku tengok banyak je kerusi kosong kat sini.. pehal nak duduk sini pulak?” Najwa menjerkah lelaki itu. Lelaki dihadapannya terkejut. Tapi dia cuba mengawal dengan senyuman.

“Memang banyak kosong.. tapi saya kesian tengok awak sorang-sorang.. Jom kita minum sekali..” Pelawa lelaki itu. Najwa memandang lelaki itu atas kebawah. Lelaki yang boleh tahan paras rupanya itu lengkap berkemeja. Mungkin baru pulang dari pejabat.

“Encik yang saya hormati, sorry saya tak kenal awak. Thank you. Good bye..” Najwa membalas. Dia bangun dan terus berlalu. Lelaki itu terkedu tetapi masih tertawa lucu dengan sikap Najwa. Najwa terus berlalu kearah keretanya dan memandu meninggalkan Café tersebut.

“Ceh.. zaman macam ni pun ada lagi orang guna style lama nak ngorat. Hampeh je..” najwa mengomel sendirian dan tertawa sambil memandu keretanya. Radio di hidupkan. Berkumandanglah lagu Aril, Menatap Matamu. Najwa menyanyi bersama. Walaupun liriknya berterabur kerana baru kali kedua lagu itu didengarinya, dia layan saja.

“Nak pergi mana ni? Takkan balik rumah kot.. adoi.. menyemak la kakak aku ni. Malas betul nak menghadap muka dia. Mama pun satu, selalu banggakan anak kesayangan dia tu…” Najwa mengomel lagi. Dia tidak tahu arah tujuan yang harus ditujunya. Dia mencapai telefon bimbit. Ray dihubunginya.

“Hoi mangkuk.. you kat mana?” Najwa memulakan bicara.

“You ni sayang. Mangkuk you panggil I? Dalam banyak-banyak awek I, you yang paling siot..” Ray membalas. Bengang digelar begitu. Baginya Najwa sukar dipikat. Bila dah dapat dia pula sukar nak mendapat Najwa sepenuhnya sepertimana yang dilakukannya terhadap gadis lain.

“Ala.. kira ok lah I panggil you mangkuk. Kalau I panggil besen, baldi, tapis air, periuk lagi tinggi darjat you dapat.. you kat mana?” Najwa membalas. Sengaja dia begitu. Lelaki playboy seperti Ray harus dilayan begitu. Dia gembira dapat memainkan Ray. Dia bukan tidak tahu niat Ray. Dia sengaja tak endahkan. Biar jadi jinak-jinak merpati.

“Whatever la sayang.. I kat Uptown, lepak-lepak dengan member.. kenapa?” Ray berkata.

“Oooo.. I go there sekarang okay..? I bosan ni.. boleh lepak-lepak dengan member you sekali..” Najwa menambah.

“Eh.. tak payahlah.. I ramai-ramai ni.. karang you tak selesa pula.. diorang ni tak sesuai lepak dengan you. Karang diorang ngorat you I pula yang susah..” Ray mengeluarkan ayat-ayat manisnya. Najwa tersenyum sinis.

“Eleh you tu.. Entah-entah keluar dengan awek lain.. member lelaki or perempuan?” Najwa membalas.

“Eh.. lelaki la sayang.. you kan tahu, hanya you perempuan dalam hidup I..” Ray menidakkan.

‘Ooo.. ye ke.. Baru I tahu, nenek and mak you lelaki kan.. so, I je perempuan dalam hidup you..” Najwa menjawab. Sengaja mahu disakat lelaki kasanova itu.

“You ni.. esok kan kita nak jumpa.. tunggu esok ok... bye sayang.. I love you..” Ray mematikan talian. Najwa tertawa kecil. Latar belakang suara perempuan sudah cukup membuktikan Ray lelaki buaya darat.

“I lap you Ray…” Najwa berkata. Kerana tiada destinasi lain, Najwa mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Apa yang bakal berlaku bila dia pulang nanti, dia sendiri tidak pasti.

Sementara itu, di rumah Najma sedang menikmati makan malam bersama ibunya. Ada adegan suap menyuap disitu. Wajah Salina ceria setiap kali Najma ada bersamanya.

“Mama.. esok weekend, mama buat apa?” Najma menyoal.

“Mama nak ajak Naja teman mama shopping. Naja shopping la baju sesuai untuk start kerja isnin nanti..” Balas Salina.

“Isnin ya start? Bestnya.. Naja pun bosan kalau tak buat apa-apa.. Nak shopping apa lagi? Naja dah bawa banyak baju kurung.. cukuplah..” Najma membalas.

“Ala.. shopping la baju-baju trendy sikit sayang.. Nanti mama pilihkan untuk Naja..” Salina menambah. Najma mengangguk.

“Wawa tak balik lagi ma? Lambatnya..” Najma hairan.

“Biasalah dia.. kejap lagi balik lah tu..” Balas Salina. Benar kata Salina. Tidak lama kemudian, kereta dipandu Najwa masuk keperkarangan rumah. Najma dan Salina
selesai makan dan mengemas meja makan. Najma terus kemuka pintu bagi menyambut kepulangan adiknya itu. Dia amat merindui adiknya.

“Adik dah balik?” Najma senyum memandang Najwa yang baru keluar dari kereta. Seperti yang dijangka, Najwa tidak mengendahkan kelibat kakaknya itu. Dia terus berlalu masuk kerumah.

“Najwa... Salam dulu dengan kakak tu..” Suara salina menghentikan langkah Najwa. Dia malas benar dengan adegan bersalaman itu. Tapi kerana menghormati ibunya, dia hampirkan diri dengan Najma. Najma menghulur tangannya. Salam disambut Najwa dengan kasar. Najma cuba memeluk adiknya yang dirindui tetapi pantas ditepis Najwa.

“Najwa.. kakak kamu tu.. tak elok buat macam tu.. Dia baru sampai.. kan dah 3 tahun tak jumpa..” Salina membebel lagi.

“Ma.. Wawa tahu la.. 3 tahun ke, selama-lamanya tak jumpa pun ingat wawa nak kisah ke?.. menyemak je datang sini.. dahla.. wawa penat.. Good Night mama..” Balas Najwa dan terus berlalu ke kamarnya. Najma tersentap. Salina menghampiri Najma.

“Maafkan wawa sayang..” Salina memeluk anak gadisnya itu.

“Tak apa mama.. Naja faham. insyaAllah satu hari nanti Naja yakin Naja dapat juga peluk dia..” Balas Najma. Salina kesal kerana gagal mendidik Najwa sebaiknya.

“Terima Kasih Naja.. Malam ni nak tidur dengan mama tak?” Salina menyoal. Najma mengangguk Dia rindu dibelai, didodoi dan dipeluk ibunya itu. Mereka berjalan seiringan menuju bilik Salina. Dia jarang mendapat belaian seorang ibu seperti itu. Kini, dia dapat rasakan hangat pelukan dan kasih sayang seorang ibu.

No comments:

Post a Comment