Tuesday, August 7, 2012

Sangkar Kasih 10


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut, Perak memakan masa lebih empat jam. Kereta Toyota Hilux, kenderaan Syarikat milik Salina meluncur lancar di lebuhraya. Kereta itu dipandu oleh Zaid, salah seorang pekerja yang mewakii syarikat dalam Karnival Laut Lumut. Di sebelahnya adalah Aidil manakan di belakang Najma dan Natasya. Bahagian belakang kereta tersebut dipenuhi barang-barang untuk Karnival tersebut.

“Kita terus ke Lumut kan En Aidil..?” Zaid bersuara.

“Ya.. kita kena daftar dulu. Then prepare apa yang patut baru pergi hotel. Bilik semua dah tempah.. Kita boleh masuk bila-bila. Yang penting kita daftar dulu..” Jelas Aidil.

“Tak jauh ke hotel kita stay dengan tapak Karnival tu?” Zaid menyoal lagi.

“Tak lah.. dekat je.. Hotel di Lumut full. Kita terpaksa stay di Sri Manjung. Dalam 15 minit je..” Balas Aidil. Zaid mengangguk. Dia masih memberikan tumpuan pada pemanduan pacuan empat roda itu. Najma pula sedari tadi diamkan diri. Dia rasa sedikit pening. Natasya pula sudah berada dalam mimpinya.

“Errr.. boleh stop kat mana-mana R&R tak Zaid? Saya nak pergi toilet..” Najma bersuara. Aidil menoleh kebelakang. Dia lihat muka Najma sedikit pucat.

“Lagi 500 meter ada rasanya..” Balas Zaid. Dia teruskan pemanduan.

“Awak okay tak Najma?” Aidil menyoal. Risau dia lihat keadaan Najma.

“Okay.. Cuma pening sikit..” Balas Najma. Zaid memberhentikan kenderaannya di tempat letak kereta R&R Ladang Bikam. Najma turun dan menuju ke tandas.

“Kita rehat kejap 15 minit..” Kata Aidil. Zaid mengangguk. Dia juga turun. Tinggal Natasya yang masih tertidur dalam kereta.

“Mabuk?” Soal Aidil sebaik Najma keluar dari tandas. Aidil menghulurkan sebotol air mineral pada Najma.

“Tak.. pening sikit..” Balas Najma. Dia duduk di kerusi yang disediakan di situ. Aidil duduk sebelahnya. Najma minum air mineral pemberian Aidil.

“Nak minyak angin or apa-apa?” Aidil menyoal lagi.

“Dah ada bawa.. Saya okay.. Awak nak makan pergilah..” Balas Najma.

“Tak.. dah 15 minit pun.. Jom masuk kereta.. Awak rehatlah dalam kereta nanti..” Aidil berkata. Najma angguk. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta. Zaid dan Natasya sedang menunggu.

“Cik Najma okay tak ni?” Natasya menyoal.

“Okay.. jom lah kita gerak..” Balas Najma. Dia masuk. Zaid menghidupkan enjin kereta dan kembali meneruskan perjalanan. Sesekali Aidil kerling kebelakang melihat keadaan Najma.

“Jangan risau.. Saya dah okay..” Najma kata pada Aidil. Dia senyum kearah lelaki itu.

“En Aidil tu risau la tu…” Natasya menambah. Zaid tertawa. Aidil jeling Natasya.

“Saya ni jaga kebajikan semua tau… memandai lah kamu..” Aidil kata pada Natasya.

“Kebajikan yang tersayang lebih diutamakan…” Zaid mencelah. Aidil terkedu. Najma terdiam.

“Awak sayang semua kan… Kita kan family..” Najma berkata. Aidil mengurut dada. Zaid dan Natasya mengiyakan. Namun dalam hati mereka, mereka tahu hakikatnya.

“Wow.. dalam tentative program ni ada tulis hari terakhir nanti ada pertunjukkan dari Tentera Laut..” Natasya kecoh.

“Memanglah.. Kem diorang kan kat Lumut.. Apasal?” Zaid menyoal.

“Abang-abang Navy ni mesti handsome kan.. Bolehlah aku nak mencari jodoh kat sini..” Balas Natasya.

“Kerja lah wei.. kau nanti tak ada masa nak mencari..” Balas Zaid.

“Apa salahnya. Nanti mesti ada Abang Navy datang gerai kita. Bolehla berkenalan sorang dua kan tasya..” Najma mencelah. Natsya angguk.

“Tak payahlah.. Navy ni bukan boleh percaya sangat..” Aidil pula bersuara.

“Kenapa pula? Okay la.. Smart je diorang dalam uniform putih tu kan Tasya..” Najma menambah lagi.

“Tau tak pe.. Diorang ni dengki la tu..” Natasya membalas.

“Tak de maknanya… Tapi kalau dah ada depan mata, buat apa nak cari abang Navy lagi.. Kan En Aidil..” Zaid pula berbicara.

“Ha… betul-betul.. Awak ni macam tahu-tahu je..” Aidil menjawab.

“Tu la.. tapi saya ni tak ada yang depan mata.. Boleh juga cuba nasib abang navy..” Najma menambah. Aidil pandang Najma.

“Dia ni… betul-betul ke?” Desis hati kecil Aidil. Hatinya sedikit gusar.

“Cik Najma pilih la satu navy nanti.. Boleh kahwin bawah pedang..” Natasya berkata.

“Ye la… nanti nak carilah..” Balas Najma. Aidil memandang Natasya. Geram.

“Kenapa En Aidil?” Natasya soal. Dia tertawa kecil.

“Tak da apa-apa.. ingat, kerja tau.. jangan menggatal..” Kata Aidil. Zaid tertawa. Najma senyum. Hairan dengan tingkah laku Aidil.

Susana dalam kereta hening. Natasya, Zaid sedang lena dibuat mimpi. Aidil kini mengambil alih tugas memandu. Najma di belakang diam memerhati alam sekeliling. Pandangan yang menenangkan. Sesekali terdengar dengkuran Zaid.

“Dah nak sampai..” Kata Aidil.

“Yeke.. Kesian awak penat memandu..” Balas Najma.

“Tak lah.. Dah biasa. Sama macam balik kampong je..”Aidil menafikan. Benar, perjalanan yang sama untuk ke Kampungnya di Teluk Intan. Cuma, Lumut jauh sedikit.

“Awak pernah datang sini?” Soal Aidil. Kereta yang dipandunya mula memasuki simpang kearah Lumut.

“Pernah.. Tapi ke pangkor. Naik dari sini la.. Masa belajar dulu. Ada camping kat Pangkor..” Balas Najma.

“Ooo.. Tengok tu.. Dah ramai la..” Kata Aidil. Dia memandu ke kawasan letak kereta yang disediakan. Aidil berhentikan kereta. Aidil mengejutkan Zaid manakal Najma kejutkan Natasya.

“Dah sampai ke?” Soal Natasya yang masih mamai. Matanya digosok.

“Dah.. Abang Navy dah tunggu tu..” Kata Najma. Dia tertawa kecil.

“Tak habis-habis…” Aidil menyampuk.

“Kamu dengan Natasya tunggu sini. Saya dengan Cik Najma pergi register dulu..” Aidil memberi arahan. Zaid angguk. Aidil dan Najma berjalan menuju ke khemah utama untuk tujuan pendaftaran.

“Assalammualaikum Cik, kami wakil Naj Mawa Food Industry..” Najma memulakan bicara. Urusetia yang bertugas mula mendaftarkan mereka. Setelah selesai mengisi borang dan membuat pembayaran Aidil dan Najma tunggu arahan selanjutnya dari urusetia itu.

“Gerai no 7. Boleh turunkan barang dan buat persiapan. Pukul 5 petang ni kita ada sedikit taklimat utuk peserta. Hantar wakil seorang sahaja..” Jelas Urusetia tersebut. Aidil dan Najma angguk. Mereka kembali menuju kea rah Zaid dan Natasya.

“Cantik tempat ni…” Kata Najma.

“Yup… kalau tak ramai orang, tenang je..” Balas Aidil. Najma angguk setuju. Suasana di Perlabuhan Lumut tika itu riuh rendah dengan kehadiran peyertaan beberapa syarikat seluruh Malaysia. Karnival tersebut akan dimulakan awal pagi keesokan harinya. Walaupun belum bermula, sudah ada pengunjung yang melawat sekitar tapak Karnival.

“Okay.. boleh turun barang.. siap semua kita ke hotel. Pukul lima nanti ada taklimat. Biar saya yang pergi. Lepas ni kamu semua boleh rehat dulu di hotel.” Jelas Aidil. Semua angguk. Mereka menurunkan barang dari kenderaan. Najma turut membantu. Semangatnya berkobar-kobar.

“Tak nak letak belon-belon ke kat booth kita ni?” Natasya menyoal.

“Jangan buang tabiat. Ni Karnival bukan birthday party..” Balas Zaid.

“Ala.. rileks la.. simple and kemas macam ni dah cukup.. Yang penting banner taruk depan..” Aidil menyampuk.

“Okay… siap..” Najma berkata. Dia berpuas hati dengan kerjasama pasukannya itu. Aidil angguk. Dia teguk air mineral yang disediakan pihak penganjur. Aidil lihat jam di tangannya. Pukul 3 petang. Najma hampiri Aidil.

“Aidil.. awak Nampak penat.. Biar saya lah yang dengar taklimat tu nanti..” Kata Najma.

“Eh, taklah.. saya okay.. Awak kan tak sihat sangat, awak rehatlah. Lepas ni tak boleh rehat dah.. Kita kena datang booth seawall 7 pagi dan balik tak tentu, mungkin 2 pagi..” Kata Aidil.

“Saya dah okay la… Dah tak pening. Kesian saya tengok awak.. Drive lagi, apa lagi.. lagipun ini tugas saya kan. Awak cuma membantu. Biarlah saya dengar taklimat. Boleh juga belajar sikit-sikit..” Pujuk Najma.

“Hmm.. Okaylah kalau macam tu.. Tapi, saya ikut awak nanti.. Awak dengarlah taklimat, saya rehat kat booth..” Balas Aidil.

“Awak rehatlah kat hotel, lagi selesa..” Jawab Najma. Dia kasihan lihat Aidil kepenatan.

“Habis? Awak nak drive ke Hilux tu? Boleh ke?” Soal Aidil. Najma tersengih. Betul juga. Mana mampu dia nak memandu kereta pacuan empat roda itu.

“Okay… Thanks..” Kata Najma. Selesai semuanya, mereka menuju ke hotel. Hotel Lake View di Seri Manjung menjadi tempat penginapan mereka. Najma duduk sebilik dengan Natasya manakala Aidil dengan Zaid di bilik sebelah.

“Wah.. ada swimming pool.. Boleh la mandi ni..” Zaid berkata.

“Banyak la masa kamu nak mandi-manda.. Entah sempat ke tidak mandi..” Balas Aidil. Najma dan Natasya masuk ke bilik mereka. Ada dua katil bujang disediakan. Bilik yang cukup selesa walaupun hotel itu cuma bertaraf tiga bintang. Selesai mengatur barangnya, Najma pergi membersihkan diri. Segar rasanya dapat mandi setelah empat jam perjalanan.

“Aik.. tidur dulu? Bila nak mandi?” Najma soal Natasya. Natasya yang berbaring tersengih.

“Mandilah.. segar sikit badan tu..” Tambah Najma.

“Kejap lagi la.. Cik nak ke Booth la lepas ni ye.. Dengan abang sayang tu ke?” Natasya menyoal. Abang sayang? Memandai je Natasya ni. Najma senyum.

“En Aidil la.. pandai-pandai je awak.” Kata Najma. Dia sarung sepasang seluar Jeans dan kemeja T. Ringkas.

“Saya keluar dulu.. Apa-apa call lah..” Kata Najma lagi. Dia capai tas tangan dan menuju keluar dari bilik. Aidil sudah menanti di luar.

“Okay jom..” Kata Aidil.

“Petang ni lepas taklimat tak ada apa-apa kan..?” Soal Najma.

“Dalam tentative tak ada. Booth pun tak boleh open lagi. Just kalau nak setup-setup je yang boleh.. Program semua start esok..” Balas Aidil.

“Ooo.. so, after taklimat ni bolehla awak rehat..” Sambung Najma.

“Awak ni.. jangan risau.. saya okay la.. Saya ingat malam ni nak balik kampong sekejap. Lama dah tak jenguk ibu and ayah saya..” Kata Aidil.

“Ooo.. bestnya.. Kita semua pergi ke?” Soal Najma.

“Saya dah bagitahu Tasya dengan Zaid, diorang malas nak ikut. Diorang nak rehat. Awak nak ikut tak? Bukan jauh pun, dalam sejam je dari sini. Saya balik pun sekejap je..” Balas Aidil.

“Boleh juga..” Kata Najma. Aidil senyum.

No comments:

Post a Comment