Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 5


Hari-hari yang berlalu bagai tiada perubahan dalam hidupku. Setiap hari aku lalui peristiwa yang sama. Tanpa ada lembaran baru. Aku masih aku. Hidupku masih begini. Hidup bahagia ini sangan aku hargai dan nikmati. Hari minggu aku hanya menghabiskan masa di rumah. Lebih-lebih lagi Tan Sri Muiz mempunya kerja yang perlu dibereskan bersama keluarganya. Jadi sudah pasti aku diketepikan. Ah, lelaki tua yang boleh aku panggil Pak Cik itu hanya menggunakan aku apabila perlu sahaja. Hanya pada sebelah malam barulah Tan Sri Muiz datang bertandang kerumahku untuk bermadu kasih.
“Sayang….” Suara Termengah-mengah Tan Sri Muiz yang kelihatan penat. Dadanya berombak dan dapat aku lihat dengan jelas kerana tidak ditutupi sehelai benang pun. Aku yang berbaring disebelahnya membalas panggilannya itu dengan senyuman.
“Kita dah lama kenal, tapi U tak pernah cerita about your family to me kan..” Ujarnya sambil melilitkan tuala di badan.
“Hmm… I rasa better U tak tahu… nothing yang menarik about my family..” Ujarku lembut. Aku menyarung kembali pakaianku.
“Ala… its okay… just tunjuk la gambar family..” Pintanya. Aku mengangguk dan bangun menghampiri almari. Aku keluarkan satu album lama. Gambar insan tersayang dalam hidupku.
“Comel you masa kecil…” Katanya sebaik menyelak helaian pertama album tersebut. Aku hanya tersenyum manja.
“Ini your family?” Soalnya apabila melihat gambar aku bersama keluarga. Aku mengangguk. Gambar pada hari raya sebelum tragedy ngeri itu berlaku. Aku ceritakan segalanya pada Tan Sri Muiz.
“Siapa ni?” Suara Tan Sri Muiz berubah. Mukanya berkerut. Gambar yang sedang dilihatnya adalah gambar ayahku sewaktu zaman mudanya.
“Inilah ayah I.. masa muda, sebelum kahwin dengn mama lagi…” Jelasku dan tertawa kecil. Lucu melihat wajah muda remaja ayah.
“Mar… really? Ini ayah U?” Tan Sri Muiz menyoal lagi. Mukanya benar-benar berubah. Aku hairan
“Ya… ayah I… why? Kenapa dengan U? U kenal dia ke?” Aku menyoal kembali.
“Nama ayah U apa?” Tanyanya lagi.
“Muin.. I kan Nur Mardihah Binti Abd Muin…” Ujarku mengingatkannya. Mungkin dia lupa.
“Muin? Bin?” Lelaki tua di sebelahku menyoal lagi.
“Abd Muin Bin Ahmad, oh ya… sama dengan father U la.. baru I perasan..” Jawabku dan tertawa. Namun, muka Tan Sri Muiz tegang. Serius. Dia tidak tertawa.
“Err.. ya, kebetulan..” Ujarnya tergagap-gagap. Dia lantas memulangkan album tersebut dan menggapai pakaiannya. Dia bersiap seolah mahu keluar.
“Sayang.. You nak pergi mana pula ni.. janji nak tidur sini malam ni…” Aku merengek manja.
“Err.. Mar, I baru teringat, I ada hal sikit… I balik dulu…” Jawabnya dan tergesa-gesa keluar dari rumahku. Aku hanya mampu memandang. Aku hairan benar dengan sikapnya itu. Aku hanya menghantarnya keluar dengan lirik mata.
********************
Aku hairan dengan sikap Tan Sri Muiz yang semakin hari semakin cuba engelak dariku. Selalunya dia tidak begitu. Sudah lebih seminggu dia tidak bertandang ke rumahku. Aku hanya berpeluang berjumpanya di Syarikat. Dia tidak lagi melayanku seperti selalu. Aku hanya dilayan sama seperti pekerja-pekerja lain. Perubahan sikapnya itu menyebabkan aku runsing. Jika perkara ini berlarutan, aku mungkin kehilangan apa yang aku miliki saat dan tika ini. Aku mengambil keputusan bertanya dengannya.
“Sayang… Kenapa sejak akhir-akhir ni U selalu jauhkan diri dari I?” Aku menyoal
“Tak ada apa-apa..” Jawabnya ringkas. Dia berpura-pura membuat kerja. Aku yang berdiri di hadapannya langsung tidak ditatapnya.
“Mustahil.. U tak pernah macam ni sebelum ni.. kenapa U berubah? Puan Sri dah tahu pasal kita ke?” Aku terus-terusan menyoal. Dia hanya menggeleng.
“Habis tu? Please la.. jangan buat I macam ni.. I rindu U… I ada buat salah ke?” Aku merengek. Aku menghampirinya dan aku mengusap lembut bahunya. Dia menepis. Aku terkesima.
“What’s wrong with U? ada problem kita discuss la… jangan la buat I macam ni..” Aku menangis. Dia memandangku.
“Mardihah.. Kita dah tak boleh teruskan hubungan ni…” Katanya. Aku terdiam. Tangisanku terhenti.
“But… kenapa?” Aku gusar. Aku perlukan jawapan darinya.
“Malam ni I datang rumah U… kita discuss semua, and I akan cerita semua..” Janjinya.
“Apa ni… bagi tahu la sekarang…” Aku mendesak. Tidak suka ternanti-nanti
“Sekarang tak sesuai… U keluar dulu, I nak buat kerja..” Katanya
Aku akur. Aku keluar dari ruang pejabatnya dengan 1001 persoalan. Persoalan kenapa dia berubah? Kenapa dia tidak mahu meneruskan lagi hubungan kami ? Dan… bagaimana masa depanku tanpanya, tanpa wang ringgitnya? Tidak dapat aku bayangkan kehidupan aku selepas ini. Aku harus mengatur strategi.
*****************
Seperti yang dijanjikan, seawal 9 malam Tan Sri Muiz tiba di rumahku. Aku yang sedari awal menanti ketibaannya menghiaskan diriku. Biar dia tertarik denganku. Aku tidak mahu dia pergi meninggalkanku. Aku perlukan dia untuk semua cita-citaku. Aku menyambut ketibaannya di muka pintu. Layananku seperti biasa, namun dia menolak semua layananku. Aku pasrah. Dia duduk di sofa dan sedikit berjauhan dariku.
“Mardihah…” Dia merenungku. Aku senyum
“Kita kena stop semua ni… kita dah pergi terlalu jauh..” Dia memulakn bicara. Wajah seriusnya merisaukan aku.
“Apa U merepek ni… Kita kan…” Aku menjawab. Tapi kata-kataku dipotongnya.
“Berdosa Mar… terlalu berdosa…” Ujarnya. Aku hamper ketawa mendengarnya. Sudah setahun aku dan dia bersama, baru sekarang dia ungkap istilah dosa.
“Hey… what’s wrong with U? I tahu la semua tu.. kenapa tiba-tiba nak cakap pasal dosa pula ni.. You dah bertaubat ke…” Aku memerli dan tertawa.
“Mardihah.. I menyesal..” Suaranya berubah. Aku terhenti dari tawaku.
“U ni pelik la… cuba U terus terang… Kalau I ada buat salah, bagi tahu la.. I janji akan betulkan, U dah tak sayang I ke? Jangan la tinggalkan I… I need U sayang…” Aku menghampirinya. Aku memeluk erat tubuhnya. Dia melepaskan pelukan ku.
“Kita dah terlalu jauh.. I dengan U memang tak boleh bersama. I memang tahu ini dosa, but ada something yang lebih penting.. “ Ujarnya. Aku hanya diam menanti penjelasan seterusnya.
“ U anak Abd Muin bin Ahmad and I…. Abd Muiz bin Ahmad.. I am your Uncle Mardihah… Muin, your dad tu adik I..” sambungnya. Wajahnya berubah.
“What???!!!” Aku separuh menjerit. Bagai ada sesuatu yang menghimpit perasaanku. Aku terduduk. Lidaku kelu. Aku mati kata. Fikiranku tiba-tiba teringat ayah.
“Ya… I’m your Pak long. Maria adik kedua I, and Muin adik bongsu I.” Jelasnya.
“Tapi.. ayah tak pernah cerita pun.. U jangan tipu..” Aku mengalirkan air mata.
“Ini serius. I dah lama kena buang dari keluarga. Atuk Mar, Ahmad and nenek Mar, Salbiah kecewa dan marah sebab dulu I jahat, I dihalau keluar dari rumah. Waktu tu ayah Mar sekolah lagi. I lari, I datang kl. Start dari tu, I kerja di sini, I start sebagai budak penghantar di syarikat ayah Puan Sri and when I kahwin dengan dia, I jadi I sekarang.” Jelasnya lagi. Aku diam.
“Lepas lari ada juga I balik kampong, tapi family dah pindah, I dah tak jumpa mereka.. sehinggalah I tengok gambar yang U tunjuk. I terkejut sebab…. Selama ini I berzina dengan anak saudara I sendiri..” Suara penyesalan lelaki itu. Aku semakin kaku. Rasa bersalah menghimpit jiwa. Ya Allah. Allah? Kenapa baru sekarang aku menyebut namaNya? Kesal. Jalan yang aku pilih ternyata salah. Aku malu. Tan Sri Muiz… Pak long ku.
“So…. Mardihah… Kita kena stop.. Pak Long bersalah pada ayah Mar… Pak Long menyesal..” Air matanya menitis. Aku Nampak keikhlasan yang timbul di sebalik kedut-kedut tua itu. Dia memegang bahuku. Dia merenungku. Aku tunduk.
“Pak long….” Kelu lidahku untuk menyebut kalimah itu. Rasa hina benar diri ini. Aku malu. Aku kesal.
“Mar… minta maaf… Mar…” Suaraku tenggelam timbul dalam tangisan. Apa harus aku lakukan. Apa perlu aku buat untuk membaiki semua ini. Apakah masih ada caranya? Aku bingung. Jiwaku bercelaru.
“Kita sama-sama salah… and, Pak Long dah menyesal. Menyesal sangat.. Harap Tuhan terima lagi taubat Pak Long..” Air matanya menitis lagi. Taubat? Masih adakah taubat buat insan sepertiku ini? Aku terlalu jauh menyimpang dari landas agama. Aku terlalu hanyut dengan keduniaan.
“Mar.. tahu nak cakap apa… Mar keliru… Mar… bersalah… “ Aku berkata. Aku tahu, dia juga begitu. Menyesal yang tak sudah. Sumbang mahram yang berlaku itu adalah atas kesilapan diri sendiri. Atas kebebasan hidupku.
“Pak Long, Mar akan pergi… Mar nak cari hidup baru…” Kataku
“Mardihah.. Pak long yang akan pergi, anggap kita tak pernah mengenali, Pak Long Malu pada ayah Mar, Tapi… Mar terimalah semua ni, rumah dan segala ni buat Mar, anggaplah ini pemberian dari Pak long buat Mar sebagai anak buah..” Katanya. Dia terus melangkah keluar dari rumah itu. Aku kaku. Hendak dipanggil lidahku kelu, hendak di halang untuk apa? Aku malu. Aku kesal.
Aku termenung di meja solek. Aku lihat pada cermin. Wajah Mardihah yang penuh dosa dapat aku lihat. Hatiku masih tidak tenang. Aku jadi tak tentu arah. Apa harus aku lakukan. Apa yang telah aku lakukan ini? Jika aku tidak memilih jalan seperti ini, sudah pasti perkara sesadis ini tidak akan berlaku. Aku malu dengan diri sendiri. Nafsu serakah ini yang menghantar aku dalam lembah penuh kehinaan ini. Air mataku menitis. Butir-butir jernih itu mengalir di pipi.
Puas menangis, aku baring di katil. Mata masih belum mampu aku lelapkan. Fikiranku berkecamuk. Perasaanku bercampur baur. Peyesalan dan persoalan berselang seli mengambil tempat di hati dan fikiranku. Wajah-wajah suci milik insan kesayangan muncul bersilih ganti. Sedang aku dibuai perasaan sendiri, telefon bimbitku bordering. Aku ambilnya. Ku perhati pada skrin, no tersebut tidak aku kenali. Aku menjawab.
“Hello… ini Cik Mardihah ke?” Suara seorang perempuan menyoal.
“Ya saya..” Jawabku sopan.
“Boleh Cik keluar sekejap tak? Saya ada depan rumah cik..” Katanya lalu talian diputuskan. Aku hairan.
Tanpa berfikir panjang, aku keluar dari rumah. Aku tinjau kiri dan kanan, tiada siapa di luar. Aku berjalan menghampiri pintu pagar. Buk!!! Satu tumbukan hinggap di muka ku. Aku rebah. Sakitnya amat terasa.
“Hei Betina Sundal!!! Kau kenal aku?” Suara perempuan tadi. Puan Sri? Isteri Tan Sri Muiz itu yang menumbukku. Mataku memandangnya. Aku masih menahan sakit.
“ Dah lama aku perhatikan kau, memang perempuan tak sedar diri. Suami aku kau cuba nak rampas ya..” Puan Sri menarik rambutku. Aku mengerang kesakitan.
“Lepasla…” Jeritku.
“Lepas? Kau ingat kau boleh dapat segalanya dengan goda suami aku? Hey Betina.. Kau ingat ya.. Harta dia tu, semuanya hak aku… dan kau…. BERAMBUS!!!” Dia menamparku. Darah keluar dari rekahan bibir. Sakit. Aku hanya mampu menangis kesakitan. Tanganku dikilas kebelakang oleh seorang lelaki. Dari amatanku, dia mungkin pembantu Puan Sri.
“Maaf…. Saya janji akan serahkan semua..” Aku meminta maaf. Aku harap aku tidak disakiti lagi. Namun, tanggapanku meleset.
“Maaf???? Hahahah… Senang kau cakap. Aku nak kau pulangkan semua sebelum tengah hari esok dank au jangan tunjuk muka lagi.. kalau tak, kau tak akan dapat lihat dunia lagi!!!!” Kata wanita itu. Perutku ditendangnya beberapa kali. Aku dilepaskan. Dia terus menuju ke keretanya bersama pembantunya. Aku dibiar terbaring seorang diri. Sakit. Aku tidak mampu untuk bangun. Aku berdoa agar ada orang yang datang membantu. Aku menangis. Aku cuba bangun. Jatuh. Aku mengesot ke muka pintu. Aku tak terdaya lagi. Pandanganku kabur. Kemudian.. Gelap.

No comments:

Post a Comment